my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Ahad, 6 November 2011

” Cepat-cepatlah Kawin “

" Dan Berikanlah Khabar Gembira Kepada Hamba-hambaku , Iaitu Mereka Yang Apabila Mendengar Sesuatu Perkataan Maka Dia Akan Mengambil Yang Terbaik. Mereka Itulah Yang Diberi Petunjuk Oleh Allah , Dan Merekalah Golongan Ulul Albab "
[ Az Zumar : 17-18 ]

Ungkapan gurauan ini selalunya dicipta untuk mewarnai suasana. Sebagai bahan usikan dan semata-mata. Tetapi malangnya, apabila tidak ramai yang sedar, bahawa ungkapan ringkas tersebut ibarat adakalanya tidak lebih daripada meletak garam ke luka bagi sebahagian teman atau sahabat kita.

Tidak ramai yang sanggup berterus terang tentang betapa ‘terdesaknya’ mereka untuk berkahwin dan mempunyai pasangan yang halal.

Meskipun mereka punya seribu satu sebab untuk merasa begitu, tetapi untuk menghuraikan sebab-sebab tersebut kepada orang lain, ia suatu perkara yang sukar. Bahkan kebanyakan mereka menyimpan beberapa kebimbangan, antaranya :




1> Mungkin orang bakal hilang rasa hormat kepada mereka, setelah mengetahui ‘dalaman’ mereka tidak sekuat ‘luaran’.

2> Mungkin juga orang akan memandang serong, dengan menganggap mereka ‘terdesak’ disebabkan nafsu semata-mata.

3> Boleh jadi juga mereka merasa suatu yang sia-sia jika memberitahu sebab-sebab itu kepada manusia-manusia yang tidak berada di tempat mereka, dan memang dijangka tidak akan memahami mereka.

Apapun, situasi ini memang ada.

Kadangkala, teman yang setiap hari menyimpul senyum di hadapan kita rupanya menyimpan murung di belakang kita. Sebabnya hanya satu. Resah menunggu hadirnya jodoh untuk mereka.

Lebih parah, jika orang-orang sekeliling seorang demi seorang ‘dijemput’ jodoh masing-masing. Berganda-gandalah parahnya jika setiap kali tiba musim cuti, terpaksa menghadiri kenduri kahwin kawan-kawan rapat dan menyaksikan betapa bahagianya mereka.

Begitu juga jika satu geng yang telah lama berkawan dari alam sekolah sehingga ke universiti. Tetapi sorang demi seorang berkahwin dan berbahagia dengan hidup masing-masing. Sedangkan dia, masih kekal sendirian.



APA YANG BOLEH KITA TOLONG?

Sebenarnya menyaksikan ‘senyuman’ di wajah teman kita yang berada dalam keadaan tersebut, jauh lebih sedih daripada melihat tangisan zahir mereka.

Berdepan dengan mereka, kita sebenarnya terbahagi kepada dua golongan. Pertama yang memang enggan ‘simpati’ jauh sekali mahu menolong. Mereka buat hal sendiri. Kedua, yang simpati, cuba memahami dan cuba menolong ( dengan syarat sama jantina! ).

Golongan pertama gurauan mereka mungkin pedas, atau ‘sengaja dipedaskan’ dan memang tidak memikirkan pun perasaan atau kondisi teman tersebut.

Adapun golongan kedua, mereka lebih lunak. Di samping cuba mencarikan calon, memperkenalkan dengan orang tertentu, mereka juga memberikan semangat dan motivasi.

Sudah tentu, saya sangat berharap kita menjadi golongan kedua. Memang benar, tiada apa yang kita boleh bantu.

Kita hanya mampu mengungkap kalam, tetapi kita bukan penentu takdir. Tetapi seboleh mungkin, kita mahu setiap daripada kita bergembira dengan takdir masing-masing. Kita tidak mahu setelah kita beroleh bahagia, kita membiarkan teman kita larut dalam air mata.



APA YANG MEREKA PERLU?

Cuba kita lihat kehidupan dengan kacamata yang lebih besar.

Allah tidak pernah berlaku zalim kepada manusia. Meskipun secara zahir, Dia tidak menjadikan semua orang kaya, bahkan ada juga yang miskin, namun di sebalik dua keadaan itu ada hikmah besar yang Allah tetapkan untuk manusia fikir.

Dalam bab zakat contohnya.

Ada ulamak menyebut, bahawa Allah ketika menciptakan manusia, Dia bahagikan rezeki sama rata. Kemudian diambil daripada satu puak dan ditambah ke atas puak yang lain. Maka lahirlah golongan kaya dan golongan miskin. Di tengah-tengahnya ada suruhan mengeluarkan zakat, di mana hakikatnya adalah ‘pemulangan’ semula hak puak pertama ke atas puak kedua. Allah mahu menilai, adakah si kaya hanya akan berpeluk tubuh atau akan membantu saudara mereka?

Kita juga begitu.

Allah tetapkan takdir kita masing-masing, dengan jodoh masing-masing. Cuma, mugkin jodoh serta kebahagiaan kita tiba lebih awal berbanding mereka. Mereka juga ada jodohnya, cuma masih teraba-raba dan tertunggu-tunggu.

Mereka kesedihan, kegundahan dan kerisauan.

Apa yang perlu kita buat hanyalah ‘mengikat’ mereka dengan sifat perhambaan dan keyakinan kepada takdir, supaya mereka tidak putus asa dan ‘lari’ daripada Allah. Zahirnya kelihatan mereka sedang diuji, sedangkan hakikatnya kita juga turut diuji.

Adakah ketika saudara kita itu bersedih, kita mahu memahami, mendokong, memberi motivasi, memberi semangat supaya tetap sabar dan teguh menunggu takdir, ataupun kita hanya memberikan perlekehan dan rasa sakit hati?

Kata mudahnya, kalau tidak mahu memberi madu, jangan pula memberi racun.



GURAUAN

Ada alasan yang kuat untuk anda berhati-hati dalam gurauan. Antaranya adalah, ia tidak menambah kekuatan walau sedikit pun kepada teman tersebut. Percayalah, temanmu yang berada dalam keadaan tersebut jiwanya jauh lebih rapuh dan sensitif, khususnya kaum hawa. Ya, memang anda sedang bergurau. Boleh jadi kerana geram melihat dia murung, ‘jiwa kacau’, atau anda tidak tahu apa yang perlu diungkap bagi menceriakan suasana ( di mana anda berharap dia akan gembira dengan gurauan tersebut).

Berhati-hati, bukan bermakna tidak boleh bergurau. Tetapi lebih kepada bertindak bijak berdepan dengan sebahagian besar teman kita. Apatah lagi jika kita memang mengetahui keadaan mereka yang terdesak untuk berkahwin, atau memang sangat-sangat perlukan perkahwinan tetapi belum ada calon, belum dilamar, belum ada yang ‘nak’ dan sebagainya, maka sangatlah tidak bijak untuk mengungkapkan gurauan sedemikian.

Ingat, kita memang tidak mampu menyegerakan perkahwinan atau jodoh mereka walau seminit, tetapi kita masih mampu memberikan semangat kepada mereka, walaupun seminit.

Justeru, jadilah teman yang memahami. Ini bukan perkara main-main. Ini semua soal hati!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan