my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Jumaat, 4 November 2011

Cara Dapatkan Kembali Akaun yang Telah Digodam

Seorang rakan saya telah kehilangan akaun Gmail nya kerana mungkin telah digodam oleh hacker. Hacker tersebut mungkin telah menukar soalan rahsia/secret question dan juga menukar secret question dan katalaluan pada akaun emel keduanya dengan maklumat yang baharu. Jika kedua-duanya cara ini telah diubah oleh hacker, anda tidak akan boleh mendapatkan kembali akaun emel anda melalui kaedah “forgot password”. Dan akhirnya beliau bertanyakan soalan kepada saya.

Jawapan yang saya berikan adalah begini, Gmail mempunyai halaman istimewa untuk memberi peluang kepada penggunanya untuk mendapatkan kembali akaun Gmail dengan membuat laporan seperti : berlakunya masalah apabila individu tertentu telah memecah masuk ke dalam akaun Gmail anda.Halaman ini boleh diakses melalui https://services.google.com/inquiry/gmail_security1

Atau boleh terus pergi pada Contact Form

Seterusnya (setelah anda isi maklumat pada halaman tersebut), Gmail team akan memeriksa maklumat yang anda berikan -- mereka akan membuat perbandingan maklumat yang anda masukkan dengan maklumat asli akaun anda. Anda juga boleh masukkan maklumat tambahan seperti:
Akaun emel pengguna lain yang selalu anda hubungi (boleh lebih dari 3 emel)
Sebarang servis google yang anda gunakan seperti blogspot (Google blog) dengan akaun Gmail anda (termasuk tarikh anda mula daftar)
Alamat IP anda.

Anda juga boleh menghantar lagi (resubmit) laporan kepada Gmail team jika terdapat maklumat baharu yang ingin anda masukkan -- bagi memudahkan Gmail team membuat penyiasatan. Proses tersebut mungkin mengambil masa kira-kira 4 -- 10 hari bergantung kepada maklumat yang anda beri.

Jadi lepas ini, pastikan secret question dan jawapan secret question anda adalah benar-benar secure dan tidak dapat diteka oleh sebarang hackers. Tetapi anda perlu ingat, sifat hackers adalah mereka akan cuba mencari peluang untuk memecah masuk walaupun peluang itu hanya sebesar zarah. Nasihat saya, anda jangan terlalu dedahkan maklumat anda di Internet khususnya di Facebook atau mana-mana laman sosial. Maklumat yang selalu hackers guna adalah seperti nama penuh anda, alamat emel, tempat tinggal anda, no telefon (please hide) -- salah satu fav saya masa zaman gila hack, sekarang tak dah, banyak lagi keje berfaedah yang saya nak buat. Atau anda boleh rujuk pada artikel sebelum ini di sini.
Minggu Java dan Android.

Minggu ini dan minggu depan saya kena siapakan 2 jenis aplikasi Java dan juga 1 sistem android. Agak sakit kepala jugaklah sebab saya masih baharu dengan package android. Walaubagaimanpun saya akan cuba siapkan secepat yang mungkin sebab kalau tak blog ini akan merasa sunyi kerana tak berupdate.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan