my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Jumaat, 30 Ogos 2013

salahsilah keturunan laksmana bentan......

Laksamana Bentan: Megat Seri Rama atau Wan Demali?




Sejarah Melayu negeri Johor telah mencatatkan satu peristiwa tragis, di mana Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699) telah mangkat dibunuh oleh Laksamana Bentan. Rentetan itu membawa kepada munculnya pelbagai versi cerita rakyat tentang kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Banyak dikisahkan sehinggakan menimbulkan mitos serta langenda berkaitan kisah pembunahan cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, penubuh Kesultanan Johor tersebut.
Kisahnya berkisar kepada isteri Laksamana Bentan telah dibelah perutnya atas titah Sultan Mahmud Syah II. Titah yang dikeluarkan kepada pengawal istana kerana Dang Anum, isteri Laksamana Bentan telah memakan seulas nangka yang diambil dari kebun diraja. Dang Anum yang sedang sarat hamil ketika itu mengidam untuk memakan nangka telah dibelah perutnya tanpa perasaan ihsan dan belas kasihan.
Berikutan pembunuhan isterinya itu, Laksamana Bentan telah mengambil tindakan membalas dendam terhadap Sultan Mahamud dengan menikam baginda yang sedang berada di atas usungan. Persitiwa itu berlaku di kawasan dikenali sebagai Johor Lama (Kota Tinggi) pada tahun 1699. Sultan Mahmud masih sempat membalas tikaman tersebut yang menyebabkan Laksamana Bentan turut meninggal dunia.
Daripada kejadian pembunuhan Sultan Mahmud itu, timbul pula persoalan. Siapakah yang dimaksud dengan Laksaman Bentan dalam peristiwa tersebut?
Makam Laksamana Bentan Megat Seri Rama
Catatan popular ialah bahawa Laksamana Bentan itu bernama Megat Seri Rama yang didakwa sebagai cucu kepada Bendahara Sekudai. Beliau dikatakan berasal dari Bentan di Sumatera yang dilantik sebagai Laksamana Angkatan Laut Sultan Mahmud. Perlantikan tersebut dibuat setelah Megat Seri Rama dapat mematahkan satu kumpulan lanun di laut Johor.
Terdapat pula versi baharu yang menyatakan bahawa Wan Demali adalah Laksamana Bentan yang dimaksudkan di dalam kisah pembunuhan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang itu. Ini adalah berdasakan bahawa Wan Demali juga berasal dari Bentan, Sumatera.
Siapakah pula dan dari mana pula asal usul Wan Demali itu?
Berdasar sejarah serta kajian dari Kelantan dan Patani, Wan Demali adalah putera kepada Sayyid Ali Nurul Alam bin Sayyid Hussein Jamadil Kubro. Ini bermakna, Wan Demali adalah cucu kepada Sayyid Hussein Jamadil Kubro. Wan Demali juga disebut sebagai Wan Demali Alimuddin mempunyai 7 orang lagi adik beradik. Mereka ialah:
1)      Wan Abdullah (Sultan Wan Abdullah Umdatuddin / Wan Bo Teri Teri – Raja Champa 1471 – 1478).
2)      Wan Hussein (Syeikh Wan Hussein as-Senawi – Pendakwah Islam Nusantara yang membina Masjid Teluk Manok)
3)      Wan Jamal
4)      Wan Biru (Puteri)
5)      Wan Hassan
6)      Wan Senik
7)      Wan Muhammad Shalleh (Syeikh Wan Muhammad Shallih al-Laqihi)
Menurut sejarah Kelantan dan Patani lagi, setelah Siam Ayyuthia berjaya dihalau keluar dari Chermin-Langkasuka pada tahun 1467, putera-putera Sayyid Ali Nurul Alam telah membahagikan tugasan berdakwah ke Nusantara. Umpamanya, Wan Abdullah telah ditugaskan berdakwah di Jawa dan seterusnya ke Champa sebagai Panglima Perang Raja Champa. Wan Hussein dan Wan Demali telah dihantar ke Madura. Wan Hussein kemudiannya kembali ke Patani dan membuka pusat dakwahnya di sana. Wan Demali pula menuju ke Bentan di Sumatera.  Adik-beradiknya yang lain pula ada yang ke Bangkok, Kelantan serta Patani.
Di Bentan, Wan Demali telah dilantik sebagai Pateh Kermawijaya oleh pemerintah Majapahit diatas jasa-jasanya serta kebolehan beliau dalam dakwah dan pertahanan negara. Sesuai dengan kebolehan beliau sebagai Panglima Perang, maka Wan Demali digelarkan sebagai Laksaman Bentan.
Bagi merungkaikan siapakah Laksamana Bentan yang membunuh Sultan Mahmud, perhatikan tahun kejadian yang berlakunya peristiwa tersebut. Wan Demali adalah putera Sayyid Ali Nurul Alam (1360 – 1470) yang dilahirkan sekitar menghampiri tahun 1400 dan meninggal dunia dalam tahun menghampiri 1500. Pembunuhan Sultan Mahmud oleh Laksamana Bentan pula berlaku pada tahun 1699.
Jika diperhatikan jarak masa zaman Wan Demali dan pembunuhan Sultan Mahmud, tempohnya telah melangkaui 200 tahun! Jadi penulis meyakini bahawa Laksamana Bentan Megat Seri Rama (cucu kepada Bendahara Sekudai) yang dimaksudkan dengan peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Sedangkan Laksamana Bentan Pateh Kermawijaya Wan Demali Alimuddin pula hidup di zaman 200 tahun sebelum kejadian tersebut.
 Wan Demali dan Laksaman Bentan itu adalah dua orang yang berbeza.
Wan Demali adalah golongan ulama yang menyebarkan agama Islam yang berasal dari Patani. Sedangkan Laksamana Bentana adalah seorang pegawai istana dan keduanya berada dalam jarak tahun yang berbeza.
photos simpanan aku...setiap waris yg ada dalam photos ini..ada simpanan photos ini setiap seorang...untuk family aku..sudah pastinya aku la yg simpan...kena copy 11...coz adik beradik aku ada 11...masa nie mak ngan bak aku baru je lepas naik pelamin...atok aku belah mak..paling penyayang kat cucundanya....aku jumpa atok pon masa tuh aku umur berapa tahun...ingat2 lupa....kalau buyut2 aku tuh ada yg aku jumpa...ada yg x jumpa...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan