my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Isnin, 26 Ogos 2013

Apa itu kanser usus?

Apa itu usus?
Apa itu kanser usus?
Saluran Pencernaan
KANSER USUS:
KESAN DENGAN AWAL
1
Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada
kanser yang kerap berlaku.
Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan
boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah
-
langkah yang boleh anda ambil
untuk mengurangkan risiko kanser usus.
Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian:
Usus kecil
-
tempat makanan diserap
Usus besar
-
tempat air dan garam diserap
Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum.
Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus
besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk
menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada
peringkat awal.
Services
mendidik, menyokong dan
memperkasa
Services
mendidik, menyokong dan
memperkasa
Berapa ramaikah penghidap kanser usus?
Siapakah yang berisiko menghidapi kanser
Tanda
-
tanda kanser usus
2
Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang
ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia.
Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika
anda berusia lima puluh tahun ke atas.
Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih
daripada lapan tahun.
Jika anda mempunyai faktor
-
faktor di atas, berbincanglah dengan doktor anda tentang
risiko mendapat kanser usus.
Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda
-
tanda atau simptom awal tetapi anda harus
berjumpa dengan doktor jika anda alami mana
-
mana yang berikut:
Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang
air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air
besar daripada biasa.
Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
Sakit perut.
Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini
mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi.
Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda
-
tanda amaran kanser
usus. Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda
-
tanda kanser usus di atas, sila
berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian
tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah
lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan