my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Selasa, 27 Ogos 2013

apa itu kanser

Pengenalan


  • Angka pesakit kanser semakin meningkat di Malaysia. Penyakit kanser boleh dihidap oleh sesiapa tidak kira bangsa dan status. Mengikut laporan MAKNA, 11 juta dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dan 6 juta darinya mati akibat kanser di seluruh dunia . Di Malaysia, 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap penyakit kanser setiap tahun. Statistik ini sangat membimbangkan kerana 3 dari 4 pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.


  • Pada 1952, Dr Ernes T Krebs, seorang Bio Kimia dan beberapa saintis perubatan mendakwa bahawa penyakit kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan. Ramai saintis telah membuat kajian bagi merungkai penyakit kanser. Kajian terhadap binatang-binatang liar yang hidup di hutan dikelilingi oleh persekitaran yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan kompaun nitriloside atau vitamin B17 yang tinggi tidak akan dijumpai mati akibat penyakit kanser.


  • Sebaliknya, haiwan-haiwan liar yang dipelihara di zoo didapati berkemungkinan besar mati akibat kanser walaupun makanan yang diberikan kaya dengan zat galian dan mineral tetapi kandungan vitamin B17 tiada langsung.


  • Puak Hunza di pergunungan banjaran Pakistan, kebanyakan mereka hidup sehingga 120 tahun. Makanan utama puak Hunza adalah biji-bijian aprikot yang tinggi dengan vitamin B17. Kajian oleh pihak saintis turut kagum apabila mereka memiliki kesihatan yang tinggi dan tidak pernah mendengar mengenai penyakit kanser, dan tiada seorang pun sejak beribu-ribu tahun diserang penyakit kanser.


  • Hari ini pihak saintis mula sedar bahawa diet makanan kita bernutrisi rendah dan tiada zat pembina daya tahan badan seperti binatang liar yang hidup di hutan dan puak Hunza yang mempunyai diet yang hebat di mana nutrisi seperti vitamin B17 beratus kali lebih tinggi dari purata diet orang di negara maju atau di bandar mahupun di Malaysia.


  • Sebenarnya kompaun vitamin B17 ini boleh diperolehi dengan banyaknya secara semulajadi di seluruh dunia pada lebih 100 jenis tumbuhan boleh dimakan. Tetapi disebabkan zaman yang serba moden dan kian pesat membangun, kebanyakan bahan makanan diproses dengan mengetepikan khasiat dan nutrisi-nutrisi pembina antibodi dan tinggi kandungan tambahan yang boleh menjejaskan kesihatan dan sistem daya tahan badan.


  • Menurut kajian pakar-pakar pemakanan diseluruh dunia, fakor pemakanan merupakan punca utama terjadinya kanser. Realitinya, setiap hari kita tidak terlepas dari pengambilan makanan yang merupakan agen kepada kanser dan hampir 90% makanan kita bersifat asid dan mempunyai kandungan aditif yang tinggi seperti pewarna dan perasa tiruan, pemanis buatan, pengawet dan pelbagai lagi campuran bahan kimia yang merbahaya.


  • Akibatnya diet pemakanan harian kita kurang berkhasiat dan nutrisi-nutrisi pembina daya ketahanan tubuh badan seperti vitamin B1, B2, B3, B5, B7,B12 & B17. Seterusnya sistem daya ketahanan badan menjadi lemah serta boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, jantung, kencing manis dan lain-lain penyakit yang boleh membunuh manusia secara perlahan-lahan.

  • Apakah Kanser?

    • Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.
    • Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.
    • Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
    • Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.


    Bagaimana Sel KANSER membiak?
    Sel kanser akan membuat 'laluan' sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Lama-kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limpa. Rawatan awal boleh mencegah masalah ini.

    Adakah KANSER boleh berulang selepas rawatan?
    Ya! Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh berulang walaupun sudah dirawat. Kadar kejadian kanser yang berulang adalah bergantung kepada jenis kanser, peringkat kanser, kekuatan badan penghidap kanser,samada rawatan yang diberikan mencukupi dan terdapat juga kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kekuatan dalaman, bersikap positif serta emosi yang stabil dapat melawan kanser dengan lebih berkesan dan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih baik.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan