my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Isnin, 16 Julai 2012

Erti Puasa



Puasa ialah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana Allah Taala. Begitu juga hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.
Bersempena dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak ini, saya
diamanahkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka untuk
membantangkan satu kertas kerja yang bertajuk Penghayatan Ramadhan
Menurut Sunnah Rasulullah ε Dan Para Sahabat: Peluang, Cabaran Dan
Tips Menanganinya. Justeru saya bahagikan kertas kerja ini berdasarkan
kerangka berikut:
i. Muqaddimah.
ii. Takrif puasa, ramadhan dan pensyariatannya.
iii. Penghayatan Ramadhan menurut sunah Rasulullah ε dan para sahabat.
iv. Peluang, cabaran dan tips menanganinya.
v. Penutup.
vi. Rujukan.
TAKRIF PUASA, RAMADHAN DAN PENSYARIATANNYA 
Dalam bahagian ini dipecahkan kepada tiga tajuk utama.  
Pertama: Takrif Puasa
Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan,
minum dan bercakap. Hal ini berbetulan dengan firman Allah s.w.t
menceritakan perihal Maryam, melalui Surah Maryam, ayat 26:
Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat
al‐Rahman.
Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang
perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam
dengan niat puasa.
Kedua: Takrif Ramadhan
Ramadhan pada bahasa dengan maksud kepanasan atau batu‐batu kecil yang
berada di padang pasir pada musim panas. Ia merupakan satu bulan daripada
bulan‐bulan Islam yang berada di antara Sya’ban dan Syawal. Bulan ini
ditaklifkan kepada umat Islam berpuasa.
Al‐Syeikh Sya’rawi di dalam al‐Fatawa berkata: Perkataan bulan ﺷﻬﺮ diambil
daripada maksud pemberitahuan dan penzahiran dan kadang‐kadang
dinamakan masa yang tetentu sebagai bulan.
Sesungguhnya matahari tidak mampu untuk diketahui berkenaan dengan
bulan kerana ia berfungsi hanya untuk menetukan hari. Matahari yang
muncul disebelah timur pada hari ini begitu juga akan muncul pada hari esok
mengikut  sifat dan bentuknya yang sama. Sedangkan bulan dapat dipastikan
datang dengan Hilal (anak bulan) pada permulaan kemudian membesar
sehingga menjadi bulan mengambang yang penuh hingga kepada
kekurangan semula, justeru dapat di bezakan awal, pertengahan dan akhir
bulan.  
Atas dasar inilah Allah s.w.t mengikat segala amalan ibadat dengan ayat
kauniyyah yang zahirah (tanda kekuasaan Allah yang zahir). Ayat di sini ialah
anak bulan selepas itu baru di ambil dari matahari hari tersebut kerana anak
bulan tidak memberikan kepada kamu kefahaman tentang hari justeru, kita
berhajat kepada kedua‐duanya. Dengan sebab itulah sentiasa bermula masa
ramadhan dengan malam dan segala ibadat di sini berkenaan dengan
ramadhan bahawa malam didahulukan sebagaimana yang ma’ruf (tidak ada
khilaf dalam masalah ini bahawa siang hari mendahului malam kecuali pada
satu ibadat iaitu wuquf di `arafah. Malam datang selepasnya).
Bulan ramadhan asalnya daripada kalimah ﺽ   ﻡ ﺭ yang menunjukkan kepada
kepanasan atau kepada kepanasan yang membawa kepada dahaga begitu
juga pasir‐pasir yang panas di padang pasir. Al‐Qurtubi berkata: Dikatakan
dinamakan Ramadhan kerana ia membakar segala dosa dengan amalan yang
soleh. Ini kerana diambil dari perkataan ﺍﻹﺭﻣﺎﺽ yang bermaksud membakar.
kepanasan mau`izah dan fikrah pada urusan akhirat sebagaimana pasir dan
Ada pendapat mengatakan kerana hati‐hati dapat mengambil padanya dari 
batu menjadi panas dengan sebab panahan cahaya matahari. Seolah‐olah
manusia ketika mereka datang untuk meletakkan nama‐nama berbetulan
pada ramadhan pada waktu yang panas terik (sebagaimana bulan rabi’ yang
pertama dan kedua berlaku dalam musim bunga) ini menunjukkan mereka
memerhatikan sifat bulan ketika menamainya, kemudian berlangsungnya
masa yang khas bagi orang arab sebagai hilali pada zaman yang am sebagai
syamsi. Kemudian datangnya ramadhan pada musim sejuk dan juga
datangnya ramadhan pada musim luruh, tetapi saat penamaan adalah pada
musim panas, justeru penamaan tersebut berkenaan dengan ramadhan dilihat
pada waktu dinamakannya. Seolah‐olah Allah yang sebenarnya telah
memilih bagi bulan ini dengan nama yang tersebut untuk menunjukkan
betapa masyaqqah untuk ditempuhi oleh orang yang berpuasa.
Ketiga: Pensyariatan Puasa
Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2
Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan
umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi ε. Hal ini
berdasarkan firman Allah Ι dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya
Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari
kamu bertaqwa.
ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak
di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung
perintah Allah dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang
mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun
maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat
al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa
di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah Ι. Taqwa
itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya
merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang
menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan
taqwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju
oleh mereka menerusi ibadat puasa.
Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan
lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat‐umat terdahulu
adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi
Muhammad s.a.w secara khususnya difardhukan puasa bulan Ramadhan
tersebut berdasarkan Surah al‐Baqarah, ayat 185:
Maksudnya: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang
padanya diturunkan al‐Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi
keterangan‐keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara
yang benar dan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan
PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH ε DAN 
anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya hendaklah ia berpuasa bulan itu.
PARA SAHABAT  
Rasulullah s.a.w amat bergembira dengan kedatangan Ramadhan al‐
Mubarak, bahkan baginda menganjurkan para sahabat supaya bergembira
dengan mengisi ketaatan yang penuh sama ada fardhu ataupun sunat bagi
menghiasi Ramadhan al‐Mubarak. Dengan sebab itu banyak hadith‐hadith
yang menunjukkan kelebihan dan keutamaan Ramadhan dan puasa serta
acara sunat yang lain untuk menambahkan lagi koleksi pahala di sisi Allah.
Di sini dinyatakan hadith‐hadith antaranya:
1. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d,
sabda Rasulullah:
ﺇ ﻥﱠ ﰲ ﺍ ﳉﹶ ﻨ ﺔِ ﺑﺎﺑﺎ ﻳ ﻘ ﺎ ﻝﹸ ﻟﹶ ﻪ ﺍ ﻟ ﺮ ﻳ ﺎ ﻥﹸ ﻳ ﺪ ﺧ ﻞﹸ ﻣِ ﻨ ﻪ ﺍ ﻟ ﺼ ﺎ ﺋِ ﻤ ﻮ ﻥﹶ ﻳ ﻮ ﻡ ﺍ ﻟ ﻘِ ﻴ ﺎ ﻣ ﺔِ ، ﻻ ﻳ ﺪ ﺧ ﻞﹸ ﻣِ ﻨ ﻪ ﺃ ﺣ ﺪ ﻏﹶﻴﺮﻫﻢ، ﻳ ﻘﹶ ﺎ ﻝﹸ: 
ﺃ ﻳ ﻦ ﺍﻟﺼﺎﺋِﻤﻮﻥﹶ؟ ﻓﹶ ﻴ ﻘﹸ ﻮ ﻣ ﻮ ﻥﹶ ﻓﹶ ﻴ ﺪ ﺧ ﻠ ﻮ ﻥ ، ﻓﺈﺫﺍ ﺩ ﺧ ﻠﹸ ﻮ ﺍ ﺃ ﻏﹾ ﻠ ﻖ ﻋﻠﹶﻴﻬِﻢ، ﻓﹶ ﻠﹶ ﻢ ﻳ ﺪ ﺧ ﻞﹾ ﻣِ ﻨ ﻪ ﺃ ﺣ ﺪ
Maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali
dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang
berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang
yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai
ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.  
2. Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda
Rasulullah:
ﺍ ﻟ ﺼ ﻴ ﺎ ﻡ ﺟ ﻨ ﺔﹲ  
3. Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar    bahawa
Maksudnya: Puasa sebagai perisai.
Nabi bersabda:
ﺇ ﻥﱠ ﻟِ ﻠ ﺼ ﺎ ﺋِ ﻢِ ﻋِ ﻨ ﺪ ﻓِ ﻄﹾ ﺮِ ﻩِ ﺩ ﻋ ﻮ ﺓﹰ ﻻ ﺗ ﺮ ﺩ  
Maksudnya: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka
mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.
4. Hadith riwayat al‐Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat.
Firman Allah  dalam hadith qudsi:
ﺍﳊﺴﻨﺔ ﺑﻌﺸﺮ ﻭﺃﺯﻳﺪ، ﻭﺍﻟﺴﻴﺌﺔ ﻭﺍﺣﺪﺓ ﻭﺃﳏﻮﻫﺎ، ﻭﺍﻟﺼﻮﻡ ﱄ ﻭﺃﻧﺎ ﺃﺟﺮﻱ ﺑﻪ، ﺍﻟﺼﻮﻡ ﺟﻨﺔ ﻣﻦ ﻋﺬﺍﺏ               
ﺍﷲ ﻛﻤﺠﻦ ﺍﻟﺴﻼﺡ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻴﻒ  
Maksudnya: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu
kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk‐
Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah
sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang.
5. Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah,
Rasulullah  bersabda:
ﺍﻟﺼﻴﺎﻡ ﻧﺼﻒ ﺍﻟﺼﱪ، ﻭﻋﻠﻰ ﻛﻞ ﺷﻲﺀ ﺯﻛﺎﺓ، ﻭﺯﻛﺎﺓ ﺍﳉﺴﺪ ﺍﻟﺼﻴﺎﻡ
Maksudnya: Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu
mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.
6. Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id:
Maksudnya: Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya
ﻣﻦ ﺻﺎﻡ ﻳﻮﻣﺎ ﰲ ﺳﺒﻴﻞ ﺍﷲ ﺑﺎﻋﺪ ﺍﷲ ﻭﺟﻬﻪ ﻣﻦ ﺟﻬﻨﻢ ﺳﺒﻌﲔ ﻋﺎﻣﺎ  
Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun.
7. Hadith riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al‐
Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi ε
bersabda:
ﺻﻤﺖ ﺍﻟﺼﺎﺋﻢ ﺗﺴﺒﻴﺢ ﻭﻧﻮﻣﻪ ﻋﺒﺎﺩﺓ ﻭﺩﻋﺎﺅﻩ ﻣﺴﺘﺠﺎﺏ ﻭﻋﻤﻠﻪ ﻣﻀﺎﻋﻒ  
Maksudnya: Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan
ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.
8. Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:
ﺇﺫﺍ ﺟ ﺎ ﺀَ ﺭ ﻣ ﻀ ﺎ ﻥﹸ ﻓﹸ ﺘِ ﺤ ﺖ ﺃﹶ ﺑ ﻮ ﺍ ﺏ ﺍ ﳉﹶ ﻨ ﺔِ ﻭ ﻏﹸ ﻠﱢ ﻘﹶ ﺖ ﺃ ﺑ ﻮ ﺍ ﺏ ﺍ ﻟ ﻨ ﺎ ﺭِ ﻭ ﺻ ﻔﱢ ﺪ ﺕِ ﺍ ﻟ ﺸ ﻴ ﺎ ﻃِ ﲔ
Maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga,
ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.
9. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab
al‐Sunan:
ﻣ ﻦ ﺻ ﺎ ﻡ ﺭ ﻣ ﻀ ﺎ ﻥﹶ ﺇﳝﺎﻧﺎ ﻭ ﺍ ﺣ ﺘِ ﺴ ﺎ ﺑ ﺎ ﻏﹸ ﻔِ ﺮ ﻟﹶ ﻪ ﻣﺎ ﺗ ﻘﹶ ﺪ ﻡ ﻣِ ﻦ ﺫﹶ ﻧ ﺒِ ﻪِ  
Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan
ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.

ramadhan al mubarakh



Ramadhan, kehadiranmu dinanti para pencinta Ilahi. Dikau hadir membawa makna. Manusia, tatkala leka dengan dunia, dikau hadir mengingatkan mereka erti kasih sayang Tuhan s.w.t. Tatkala manusia riang gembira dalam kekayaan dan kekenyangan, dikau hadir mengingatkan mereka erti kesusahan dan pengorbanan.

Itulah Ramadhan, rahmat bagi yang menghayati. Di sini, tidak perlu berbincang tentang kelebihan Ramadhan menurut Al-Qur'an dan Sunnah kerana ianya sudah dibincangkan secara meluas oleh para ulama' dahulu dan kini, saban Ramadhan mengunjung lagi. Di sini, tulisan ini ingin membawa kita menghayati Ramadhan dari dalam diri sendiri.

Bulan Ramadhan kunjung kembali, mengetuk hati-hati yang mati. Orang-orang awam tergambar kemeriahan Ramadhan yang lepas. Tergambar kemeriahan sewaktu berbuka puasa. Tergambar kemeriahan sewaktu bersahur dalam keadaan antara jaga dan lena. Terbayang kemeriahan sewaktu membeli juadah berbuka puasa di bazar dan medan selera. Terbayang kemeriahan sewaktu mengunjungi masjid bersama-sama keluarga. Terbayang juga kemeriahan dalam menyediakan persediaan untuk menyambut raya.

Zahirnya, Ramadhan membawa makna kemeriahan. Zahirnya, Ramadhan membawa makna persaudaraan. Zahirnya, Ramadhan membawa makna pengorbanan.

Tetapi, di sebalik setiap yang zahir, ada batinnya.

Tatkala sebelas bulan, para hamba Allah yang lalai, leka dengan duniawi, tiba-tiba Ramadhan datang mengajak mereka merenung kembali erti kehidupan ini.

Kalaulah kehidupan ini untuk kelalaian, kenapa perlu mati? Kalaulah kehidupan ini untuk kemeriahan, kenapa perlu meninggalkan kehidupan ini? Kalaulah kehidupan ini untuk hiburan, kenapa perlu duduk di dalam kubur dan dipersoalkan?

Jelas, bukan itu makna kehidupan, tetapi mengapa itu yang kita lakukan?

Ramadhan mengetuk kembali leka-leka yang menyaluti rohani insani. Tiada lagi makan di siang hari. Malam pula, kawan-kawan pergi solat Tarawikh, takkanlah tak ikut sekali? Jadi, sesiapa yang disayangi Allah s.w.t., pasti akan memikir untuk berubah dan mengambil bulan Ramadhan sebagai madrasah tarbiah. Oleh itu, jadikanlah diri kita di kalangan mereka yang disayangi-Nya, dengan keinginan untuk berubah di bulan Ramadhan.

Cukuplah dari leka dengan dunia. Cukuplah dari mengejar kelazatan yang sementara. Cukuplah berlumba-lumba dalam pangkat dan harta. Cukuplah dari tenggelam dalam hiburan yang meleka. Cukuplah dari maksiat-maksiat yang membawa kemurkaan Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa.

Gantikanlah ia dengan cinta akhirat yang kekal abadi. Gantikanlah ia dengan keinginan untuk mencapai kelazatan maknawi (kebahagiaan) di akhirat nanti. Gantilah ia dengan berlumba-lumba menghampiri Ilahi (s.w.t.). Gantilah ia dengan zikir-zikir yang memenangkan rohani. Gantilah ia dengan amal soleh yang membawa keredhaan Allah s.w.t. yang Maha Mengasihi.

Dunia oh dunia. Engkau tu sekejap, bukan lama. Aku pula, akan mati entah bila. Bila aku mati, engkau nak ikut sama?

Fahamilah…

Ramadhan merenung kita, tatkala kita merenung diri sendiri. Ramadhan berkata: “ubahlah diri dalam diriku” tatkala kita berkata: “ke mana hala tuju diri?” Tatkala itu juga Allah s.w.t.: “Wahai yang bertanya, bukankah Aku lebih hampir kepadamu dari dirimu sendiri?” Mengapa nantikan senja untuk pulang ke pengkalan?

Ramadhan sudah mari. Syaitan dah digari. Nafsu pun lemah dalam kelaparan. Masyarakat pun dah sibuk dalam amalan. Kenapa tidak mahu jadikan ia peluang untuk meraih secebis nur rohani, bernama KEINSAFAN?

Fikirlah tentang Tuhanmu. Dia cintakan kamu. Kalau tidak, takkan Dia ciptakan kamu. Dia ciptakan kamu untuk mencintai-Mu. Kenapa kamu tidak mahu mencintai Dia yang mencintaimu seadanya. Tiada yang mencintaimu lebih dari cinta-Nya terhadapmu.

Tatkala kamu leka dengan dunia, Dia juga yang bagi itu dunia. Tatkala kamu leka dengan kelazatan duniwi, bukankah itu juga Dia yang beri? Tatkala kamu tidur juga, bukankah Dia yang mengawasimu dan menghidupkanmu semula.

Ingatlah, tatkala kamu lapar, bukankah Dia yang memberi makan kepadamu. Tatkala kamu sakit, Dialah jua yang menyembuhkanmu. Tatkala kamu kesorangan, Dialah yang menemanimu sehingga mententeramkanmu tanpa kamu sedari. Tatkala kamu disisih, Dialah sebenarnya membelamu. Tatkala kamu jatuh, Dialah yang sebenarnya membangunkanmu.

Bukankah kamu yang sakit itu, tatkala sihat melupai-Nya? Mengapa Dia menyembuhkanmu setelah apa yang kamu lakukan terhadap-Nya pada waktu kamu sihat? Bukankah kamu yang lapar itu, tatkala kenyang, melakukan maksiat kepada-Nya? Kenapa pula Dia sudi mengenyangkanmu walaupun setelah apa yang kamu lakukan kepada-Nya tatkala kamu kenyang?

Jawapannya tak lain wahai hamba. Ini kerana, Dia cintakan kamu. Kamu sahaja yang tidak rasa kerana kamu tidak mencintai-Nya. Seorang ayah sekalipun, kalau anak degil-degil sangat, meluat juga. Tapi Tuhan, bertahun-tahun lamanya kamu degil, Dia tetap memanggil-manggilmu dan menanti kepulanganmu di sisi-Nya. Dia memberi kepadamu peluang demi peluang untuk kembali kepada-Nya.

Bukankah kamu yang berdoa kepada-Nya sewaktu kamu susah dahulu, lalu melupai-Nya sewaktu kamu senang kemudiannya. Bukan sekali dua kamu begitu, bahkan ratusan malah ribuan kali pun tetap begitu. Tuhanmu s.w.t. tidak jemu membantumu, kerana pada hakikatnya kamu memang tidak memiliki sesiapa melainkan Dia. Masalahnya, kamu sendiri tidak menyedarinya. Kamu merasa memiliki apa sahaja di sekelilingmu termasuklah diri kamu, padahal tidak begitu. Kamu dan apa sahaja di sekeliling kamu malah, milikNya, semuanya.

Kan Ramadhan sudah tiba. Ia satu peluang untuk kamu kembali kepada-Nya. Janganlah tangguh-tangguh. Ramadhan lagi satu belum tentu hadir. Kalau ia hadir sekali lagi pun, kamu boleh jadi sudah meninggal dunia.

Carilah makna Hamba dalam Ramadhan, kerana ia ialah bulan Cinta…Carilah sinar keinsafan pada bulan Ramadhan kerana ia ialah bulan keampunan. Carilah erti kehinaan dunia yang fana pada bulan Ramadhan kerana ia ialah bulan yang mulia.

Tatkala seorang hamba terleka dengan dunia yang memukau pandangan rohani, Ramadhan hadir mengisi kekosongan jiwa sanubari. Dari sudut masa, Ramadhan hanya satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Dari sudut makna, Ramadhan ialah bulan cinta dari Maha Pencipta buat manusia yang dicipta, bagi meningkatkan lagi taqwa mereka, dalam rangka menuju makna "hamba".

Ramadhan ialah madrasah maknawi yang mengajar manusia makna di sebalik rupa. Kehidupan ialah suatu rupa. Nyawa ialah suatu rupa. Manusia ialah suatu rupa. Dunia dan seluruh isinya ialah suatu rupa. Namun, kita hidup bukan untuk rupa, tetapi untuk makna. Makna yang terkandung dalam diri manusia, iaitu "kehambaan".

Manusia yang leka dan terus leka dengan rupa dari dunia, terpanggil dek Ramadhan menjelma. Tatkala seorang muslim yang leka, menahan dirinya dari lapar dan dahaga, di siang hari bulan puasa, terketuk sanubarinya, "mengapa perlu aku tahan lapar dan dahaga?"

"Kalau aku makan pun, bukan ada sesiapa tahu." Namun, dia, yang dulunya leka, terus menahan lapar dahaga, walaupun mampu makan jauh dari mata manusia, semata-mata kerana fitrah kerohanian dalam dirinya seolah berkata: "Tuhanmu melihatmu", tanpa disedarinya.

Secara tidak langsung, makna kehambaan dalam dirinya semakin terzahir, dari perasaan muroqobah seseorang hamba tatkala berpuasa. Sedikit demi sedikit, Ramadhan membentuk suatu perjalanan rohani yang lebih mudah buat para hamba-Nya.
Bukankah di bulan Ramadhan, manusia sudah tidak lagi menghadapi ancaman bisikan syaitan. Hanya yang tinggal, perjuangan supaya diri sendiri tidak jadi syaitan. Nafsu yang membuak-buak, lepas dek kelaparan puasa. Alahai, kan senang kerja. Kata yang berkata: "tidur orang yang berpuasa pun, dikira ibadah!".

Dari renungan ini, tidakkah kita fahami, bahawa Ramadhan ialah Bulan Cinta dari Ilahi s.w.t.. 11 bulan hamba-hamba-Nya yang durhaka, terus menerus menderhakai-Nya, namun Allah s.w.t. tetap memuliakan mereka dengan satu bulan, bulan cinta. Dia s.w.t. tetap memberi peluang kepada para hamba-Nya yang kecundang dalam 11 bulan, untuk kembali bangkit dalam masa sebulan, untuk menempuh bulan-bulan yang mendatang.

Berbahagialah sesiapa yang sempat bertemu dengan Ramadhan dan berusaha mengambil peluang untuk kembali bangkit setelah jatuh. Berbahagialah bagi sesiapa yang memahami cinta Tuhan dari bulan Ramadhan. Berbahagialah bagi sesiapa yang berusaha meraih cinta Allah s.w.t. tatkala diberi peluang untuk kembali kepada-Nya.

Madrasah Ramadhan sentiasa diperkatakan tentang kelebihan amalan padanya. Ramai yang terpukau dek kilauan ganjaran pahala dari amalan pada bulan Ramadhan, hatta pahala 1 ibadah wajib, sama seperti pahala 70 ibadah wajib di bulan Ramadhan.
Itu yang zahir. Para ahli zauqi memahami dari bulan Ramadhan, bahawa Allah s.w.t. menjadikannya suatu bulan, untuk para hamba-Nya berlumba-lumba untuk kebaikan. Mengapa Allah s.w.t. melakukan sedemikian, kalau bukan kerana cinta-Nya kepada para hamba-Nya?

Maka, para ahli Allah meningkatkan ibadah di bulan Ramadhan kerana mensyukuri kurniaan Allah s.w.t. kepada para hamba-Nya, serta menghargai cinta-Nya kepada para hamba-Nya. Cukuplah Ramadhan menggambarkan kasih sayang Tuhan kepada para hamba-Nya, membuatkan para ahli Allah s.w.t. berlumba-lumba untuk menghampiri-Nya.

Semoga Allah s.w.t. menjadikan kita di kalangan mereka yang mengambil faedah dari Ramadhan...