my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Sabtu, 14 September 2013

jabot /lengkoro /ngoang/udang ketok

Haiwan Pelik Seperti Udang Ditemui Di Marang | Penemuan haiwan pelik merupakan antara penemuan yang boleh dianggap sebagai satu yang jarang ditemui. Baru-baru ini, seorang penduduk yang berasal dari Marang mendakwa menemui haiwan pelik yang menyerupai seperti seekor udang besar. Bagaimanapun, hasil maklumat daripada orang ramai, KisahBest.My difahamkan ia merupakan haiwan yang dikenali sebagai jabot jika di negeri Johor. Berkemungkinan atas faktor sukar ditemui atau berada dalam spesis yang kian pupus, ada sesetengah menganggap ia penemuan pelik
kalau anda pergi ke tanjung piyai....ada 1 tempat peranginan disana ..anda boleh temui haiwan nie...tu pun kalau nasib anda baik...

Jumaat, 30 Ogos 2013

cucu cicit lain laksmana bentan

SALASILAH CUCU CICIT MEGAT SERI RAMA - PAHANG

Syukri Shahidayu telah dapat merungkai salasilah cucu cicit Megat Seri Rama yang berada di Pahang. Daripada apa yang Bapa nya maklum "atuk punye mak (Siah binti Montok) ade pertalian sepupu dengan saorang keturunan Megat Seri Rama Generasi yang ke-5 yang pernah beliau ketemui Pekan dulu. Tahniah Syukri atas usaha anda.

Selasa, 26 Oktober 2010

Sessi Bergambar Perjumpaan 16 OKT 2010, Gen Tok Usoh - Cucu Megat Seri Rama



BANYAK LAGI MAKLUMAT DI SINI - klikkkkk

Masih tak terjawab dan tiada salasilah

Muhidin adalah generasi ke Enam dari Datuk Laksamana Bentan....Laksamana Bentan atau nama sebenarnya Megat Seri Rama adalah hulubalang atau pun Panglima Kerajaan Melayu Johor ketika di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1685-1699). Beliau telah membunuh Sultan Mahmud akibat rasa marah dan membalas dendam terhadap pembunuhan isterinya oleh baginda Sultan Mahmud.

Laksamana Bentan berjaya membunuh Sultan Mahmud yang ketika itu sedang dijulang sewaktu hendak ke masjid menunaikan solat Jumaat. Kemudian beliau turut dibunuh ketika itu juga, apabila baginda sultan melontarkan keris baginda ke arahnya. Kisah-kisah berkaitan baginda sultan dan laksamana begitu banyak diperkatakan malah, sebuah filem Melayu bertajuk “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang” beberapa kali ditayangkan. Sehubungan itu, rasanya sebahagian besar masyarakat di negara ini memahami kisah tragis lagi bersejarah ini.

"Makam Laksamana Bentan terletak di Kampung Kelantan dan berhampiran dengan Tebing Sungai Kemang di Daerah Kota Tinggi.

Perjalanan ke Makam ini hanya sejauh dua km dari bandar Kota Tinggi. Dipercayai di sinilah telah disemadikan Megat Seri Rama yang juga dikenali sebagai Laksamana Bentan, pahlawan Melayu terbilang dan isterinya Dang Anum.

Nama sebenar Laksamana Bentan ialah Megat Seri Rama berasal dari Bentan Sumatera dan bertugas sebagai Panglima angkatan laut Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Megat Seri Rama telah menikam Sultan Mahmud sewaktu dijulang ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat Jumaat.

Ini disebabkan dendamnya terhadap tindakan Sultan yang telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas isterinya sewaktu ketiadaan beliau mempertahankan negeri daripada serangan musuh. Dang Anum yang sedang mengandung telah dijatuhkan hukuman bunuh kerana dituduh memakan seulas nangka yang diambil dari kawasan larangan Diraja.

Sultan Mahmud sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau telah bersumpah yang mana keturunan Laksamana Bentan diharamkan menjejak kaki di kawasan makam sultan di Kota Tinggi tersebut selama tujuh (7) keturunan. Sekiranya keturunan Laksamana Bentan menjejakkan kaki di kawasan makam tersebut, mereka akan muntah darah....

Abang Long (Zianodin Ariffin) pernah cuba menjejakkan kaki di makam sultan tersebut, tetapi baru saja sampai di kawasan masjid, beliau telah merasa hendak muntah yang amat sangat. Lalu abang Long tidak jadi melawat makam sultan Mahmud, lalu abang Long berpatah balik.....

salahsilah keturunan laksmana bentan......

Laksamana Bentan: Megat Seri Rama atau Wan Demali?




Sejarah Melayu negeri Johor telah mencatatkan satu peristiwa tragis, di mana Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699) telah mangkat dibunuh oleh Laksamana Bentan. Rentetan itu membawa kepada munculnya pelbagai versi cerita rakyat tentang kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Banyak dikisahkan sehinggakan menimbulkan mitos serta langenda berkaitan kisah pembunahan cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, penubuh Kesultanan Johor tersebut.
Kisahnya berkisar kepada isteri Laksamana Bentan telah dibelah perutnya atas titah Sultan Mahmud Syah II. Titah yang dikeluarkan kepada pengawal istana kerana Dang Anum, isteri Laksamana Bentan telah memakan seulas nangka yang diambil dari kebun diraja. Dang Anum yang sedang sarat hamil ketika itu mengidam untuk memakan nangka telah dibelah perutnya tanpa perasaan ihsan dan belas kasihan.
Berikutan pembunuhan isterinya itu, Laksamana Bentan telah mengambil tindakan membalas dendam terhadap Sultan Mahamud dengan menikam baginda yang sedang berada di atas usungan. Persitiwa itu berlaku di kawasan dikenali sebagai Johor Lama (Kota Tinggi) pada tahun 1699. Sultan Mahmud masih sempat membalas tikaman tersebut yang menyebabkan Laksamana Bentan turut meninggal dunia.
Daripada kejadian pembunuhan Sultan Mahmud itu, timbul pula persoalan. Siapakah yang dimaksud dengan Laksaman Bentan dalam peristiwa tersebut?
Makam Laksamana Bentan Megat Seri Rama
Catatan popular ialah bahawa Laksamana Bentan itu bernama Megat Seri Rama yang didakwa sebagai cucu kepada Bendahara Sekudai. Beliau dikatakan berasal dari Bentan di Sumatera yang dilantik sebagai Laksamana Angkatan Laut Sultan Mahmud. Perlantikan tersebut dibuat setelah Megat Seri Rama dapat mematahkan satu kumpulan lanun di laut Johor.
Terdapat pula versi baharu yang menyatakan bahawa Wan Demali adalah Laksamana Bentan yang dimaksudkan di dalam kisah pembunuhan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang itu. Ini adalah berdasakan bahawa Wan Demali juga berasal dari Bentan, Sumatera.
Siapakah pula dan dari mana pula asal usul Wan Demali itu?
Berdasar sejarah serta kajian dari Kelantan dan Patani, Wan Demali adalah putera kepada Sayyid Ali Nurul Alam bin Sayyid Hussein Jamadil Kubro. Ini bermakna, Wan Demali adalah cucu kepada Sayyid Hussein Jamadil Kubro. Wan Demali juga disebut sebagai Wan Demali Alimuddin mempunyai 7 orang lagi adik beradik. Mereka ialah:
1)      Wan Abdullah (Sultan Wan Abdullah Umdatuddin / Wan Bo Teri Teri – Raja Champa 1471 – 1478).
2)      Wan Hussein (Syeikh Wan Hussein as-Senawi – Pendakwah Islam Nusantara yang membina Masjid Teluk Manok)
3)      Wan Jamal
4)      Wan Biru (Puteri)
5)      Wan Hassan
6)      Wan Senik
7)      Wan Muhammad Shalleh (Syeikh Wan Muhammad Shallih al-Laqihi)
Menurut sejarah Kelantan dan Patani lagi, setelah Siam Ayyuthia berjaya dihalau keluar dari Chermin-Langkasuka pada tahun 1467, putera-putera Sayyid Ali Nurul Alam telah membahagikan tugasan berdakwah ke Nusantara. Umpamanya, Wan Abdullah telah ditugaskan berdakwah di Jawa dan seterusnya ke Champa sebagai Panglima Perang Raja Champa. Wan Hussein dan Wan Demali telah dihantar ke Madura. Wan Hussein kemudiannya kembali ke Patani dan membuka pusat dakwahnya di sana. Wan Demali pula menuju ke Bentan di Sumatera.  Adik-beradiknya yang lain pula ada yang ke Bangkok, Kelantan serta Patani.
Di Bentan, Wan Demali telah dilantik sebagai Pateh Kermawijaya oleh pemerintah Majapahit diatas jasa-jasanya serta kebolehan beliau dalam dakwah dan pertahanan negara. Sesuai dengan kebolehan beliau sebagai Panglima Perang, maka Wan Demali digelarkan sebagai Laksaman Bentan.
Bagi merungkaikan siapakah Laksamana Bentan yang membunuh Sultan Mahmud, perhatikan tahun kejadian yang berlakunya peristiwa tersebut. Wan Demali adalah putera Sayyid Ali Nurul Alam (1360 – 1470) yang dilahirkan sekitar menghampiri tahun 1400 dan meninggal dunia dalam tahun menghampiri 1500. Pembunuhan Sultan Mahmud oleh Laksamana Bentan pula berlaku pada tahun 1699.
Jika diperhatikan jarak masa zaman Wan Demali dan pembunuhan Sultan Mahmud, tempohnya telah melangkaui 200 tahun! Jadi penulis meyakini bahawa Laksamana Bentan Megat Seri Rama (cucu kepada Bendahara Sekudai) yang dimaksudkan dengan peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Sedangkan Laksamana Bentan Pateh Kermawijaya Wan Demali Alimuddin pula hidup di zaman 200 tahun sebelum kejadian tersebut.
 Wan Demali dan Laksaman Bentan itu adalah dua orang yang berbeza.
Wan Demali adalah golongan ulama yang menyebarkan agama Islam yang berasal dari Patani. Sedangkan Laksamana Bentana adalah seorang pegawai istana dan keduanya berada dalam jarak tahun yang berbeza.
photos simpanan aku...setiap waris yg ada dalam photos ini..ada simpanan photos ini setiap seorang...untuk family aku..sudah pastinya aku la yg simpan...kena copy 11...coz adik beradik aku ada 11...masa nie mak ngan bak aku baru je lepas naik pelamin...atok aku belah mak..paling penyayang kat cucundanya....aku jumpa atok pon masa tuh aku umur berapa tahun...ingat2 lupa....kalau buyut2 aku tuh ada yg aku jumpa...ada yg x jumpa...
 

pisang dan khasiatnya

Pisang penawar Dan Racun penyakit


Pengelasan saintifik

Alam : Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
(tiada pangkat) : Commelinids
Order: Zingiberales
Keluarga: Musaceae
Genus: Musa

Buah pisang amat digemari ramai penduduk dunia, ia mempunyai 1,001 khasiat, kaya dengan pelbagai vitamin. PISANG pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh dijadikan pemakanan dan ubatan mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.

Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah amat tinggi.

Komposisi Kimia Buah Pisang (Embon)

Pisang embon (Musa paradisiaca L.) mempunyai komposisi kimia sebagai berikut. Menurut Stover (1987), komposisi kimia daging buah pisang ambon masak antara lain adalah:

kadar gula 88,28%,
gula reduksi 5,44%,
Sukrosa 1,05%,
pati 0,84%,
protein 0,68%,
Pektin 0,93%,
Protopektin 0,21%,
lemak 0,53%,
serat kasar 1,28%, dan
abu 1,33%.

Perubahan Sifat Fisik dan Kimiawi

Selama proses pemasakan, buah pisang akan mengalami perubahan sifat fisik dan kimiawi, antara lain adalah: perubahan tekstur, aroma dan rasa, kadar pati dan gula (Pantastico, 1989).

Tekstur buah ditentukan oleh senyawa-senyawa pektin dan selulosa. Selama pemasakan buah menjadi lunak karena menurunnya jumlah senyawa tersebut. Selama itu jumlah protopektin yang tidak larut berkurang sedang jumlah pektin yang larut menjadi bertambah. Menurut Palmer (1981),

jumlah selulosa buah pisang yang baru dipetik adalah 2–3% dan selama pemasakan buah jumlahnya akan berkurang. Rasa manis setelah buah masak, ditentukan oleh adanya gula hasil degradasi pati yang menjadi gula yang lebih sederhana yaitu sukrosa, glukosa, dan fruktosa (Paul dan Palmer, 1981).

Daging buah yang masih mentah memiliki rasa kelat yang disebabkan oleh senyawa tanin. Selama proses pemasakan buah rasa kelat berangsur-angsur kurang, hal ini disebabkan kandungan tannin aktif menurun pada buah yang masak (Stover, 1987).

Timbulnya aroma yang khas pada buah pisang disebabkan terbentuknya senyawa kompleks dari senyawa yang mudah menguap dan beberapa minyak esensial yang ada. Di samping timbulnya aroma terbentuk juga gula selama pemasakan buah. Bertambahnya senyawa mudah menguap pada saat pemasakan buah pisang sangat erat hubungannya dengan pembentukan aroma buah pisang(Stover, 1987).

Komponen penyusun aroma pada buah pisang adalah iso–amil asetat, amil asetat, amil propionat, amil butirat, heksil asetat, metil asetat, pentanol, butil alkohol, amil alkohol, dan heksil alkohol (Hulme, 1981).

Sebahagian besar zat padat dalam buah adalah karbohidrat. Karbohidrat utama jaringan tanaman yang tidak ada hubungannya dengan dinding sel adalah senyawa pati. Pati terdapat dalam plastid intraseluler atau granula yang mempunyai ukuran dan bentuk khusus. Metabolisma pati mempunyai peranan yang penting pada proses pemasakan buah. Selama waktu pasca penuaian, pati dapat diubah menjadi gula sederhana seperti sukrosa, glukosa, dan fruktosa. Dalam penyimpanan suhu rendah, terjadinya akumulasi gula adalah akibat dari aktivitas enzim.

Perubahan kadar pati dan penambahan kadar gula merupakan sifat yang menonjol dalam proses pemasakan buah pisang. Pada waktu dituai , buah pisang mengandung pati sekitar 20–30% berat basah. Pada akhir pemasakan buah, hampir kesemua pati terhidrolisis menjadi gula sederhana hanya tinggal 1–2% saja. Kandungan gula pada buah pisang yang masih muda hanya sekitar 2% tetapi setelah masak meningkat menjadi 15–20% (Winarno, 1984).

Pada waktu kandungan pati menurun, kandungan sukrosa akan naik, dan sukrosa yang terbentuk akan dipecah menjadi glukosa dan fruktosa. Glukosa yang terbentuk akan digunakan untuk proses respirasi atau diubah menjadi senyawa lain.

Selulosa

Selulosa adalah salah satu penyusun dinding sel pada buah pisang. Senyawa ini tidak larut dalam air. Hidrolisis selulosa dengan enzim selulase mengakibatkan terpecahnya ikatan β–1,4 glukosida yang menghasilkan selobiosa dan glukosa (Mandels, 1986).

Enzim selulase merupakan enzim ekstraseluler dan bersifat induktif. Enzim selulase kemungkinan aktif selama penyimpanan buah meskipun kontribusinya dalam perubahan tekstur tidak jelas. Meskipun aktivitas selulase berakibat lemahnya dinding sel, namun belum jelas apakah juga mengakibatkan pelunakan pada daging buah.


Jenis pisang

Terdapat berpuluh jenis pisang di dunia. Seperti pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, dan embunyang biasa didengari. Namun seperti pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.

1) Pisang Abu
2) Pisang abu keling
3) Pisang awak
4) Pisang Berangan
5) Pisang Benggala (Galla)
6) Pisang Bunga
7) Pisang Embun
8) Pisang Kapas
9) Pisang Kari
10) Pisang Kelat Keling
11) Pisang Khaki
12) Pisang Lemak Manis
13) Pisang Lidi
14) Pisang Mas
15) Pisang Merah
16) Pisang Nangka
17) Pisang Nipah
18) Pisang Putar
19) Pisang Rastali
20) Pisang Serendah
21) Pisang Susu
22) Pisang Talang
23) Pisang Tanduk
24) Pisang Tanduk Raja
25) Pisang teratai

Ketua Diatetrik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad, berkata seperti yang kita tahu, semua pisang boleh dimakan, bagaimanapun ada berapa jenis pisang yang tidak boleh dimakan iaitu pisang pisang hutan kerana banyak biji atau pisang muda.

"Ada pisang yang dimakan mentah dan ada juga tidak boleh dimakan mentah antaranya pisang tanduk, nangka, abu, lidi dan kapas," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Beliau berkata, pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.

"Sebagai contoh, 2 biji pisang mas mengandungi 100 kalori, 73gram (g) air, 1.4g protein, 23 g karbohidrat, 1.7 g serat, 380 mikro gram (mg) karoten (pre vitamin A), 63 RE vitamin A, 8.3 mg vitamin C dan 342 mg kalium," katanya.

Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa pembekal tenaga. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

Kegunaan Pisang dan Pokoknya

Pokok pisang adalah satu tanaman serba guna daripada pucuknya hinggalah kepada batangnya.

Daun pisang :

Pucuk pisang @ Daun pisang muda digunakan untuk membuat pembalut lemang.

Daun tua untuk dibuat bungkus kuih, nasi lemak, tapai, kuih abuk-abuk, alas kuih bingka, alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Digunakan sebagai pelindung diri semasa hujan. Pembalut masakan seperti ikan bakar hinggalah mengganti sebagai pinggan ketika makan.

Pelepahnya boleh dibuat penyepit dodol semasa dodol hendak dimasukkan dalam tampin.

Batang pisang :


Digunakan untuk membuat rakit. Pengalas belanga panas. Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Di kalangan masyarakat Melayu lama di Pantai Timur telah lama menggunakan tali pisang dalam proses mencelup benang losing bagi menenun kain cindai atau kain ikat. Tali pisang yang dibuat dari batang pisang 'gala' yang kuat, kukuh dan tidak rapuh telah digunakan bagi mengikat benang losing tersebut. Daun pisang yang telah kekuningan atau kering pula digunakan sebagai pembalut sebelum diikat dan dicelup.
Manakala di Sarawak pula, satu usaha telah dibuat bagi menghidupkan kembali seni kraftangan yang dibuat dari pelepah pisang.


Jantung pisang :


Dibuat sebagai ulam selepas dicelur.

Buah pisang :


Boleh dimakan bila buah masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.

Pisang boleh diberi makan kepada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal yang mudah dihadam.

100 gram pisang menyediakan
# 1.2 gm protein
# 0.3 gm lemak
# 17 mg kalsium
# 78 mg karotin
# 88 mg kalium
# 27.2 gm karbohidrat
# 0.4 gm fiber
# 116 kcal tenaga.

Khasiat Buah Pisang

Pisang bukan sahaja mengenyangkan, bahkan ia juga tidak menggemukkan, dan amat berkhasiat bagi kesehatan serta kecantikan. Buah ini tidak hanya mudah di cerna, bahkan juga mengandung 9 kandungan gizi dan dapat mengembalikan tenaga yang hilang. Dibanding dengan buah lain, sebiji pisang yang matang mengandung 99 gram (gr) kalori, 1,2 gr protein, 0,2 gr lemak, 25,8 miligram (mg) karbohidrat, 0,7 gr serat, 8 mg kalsium, 28 mg fosfor, 0,5 mg besi, 44 RE vitamin A, 0,08 mg vitamin B, 3 mg vitamin C dan 72 gr air. Pisang yang matang dapat mengubah gula darah menjadi glukosa alami, serta cepat diserapkan oleh badan.

Ciri-ciri pisang yang matang : Berkulit warna kekuning, keorengan, kuning kuningan dengan bercak cokelat atau hijau kekuningan. Kandungan buah pisang matang membekalkan beberapa manfaat kesehatan, terutama bagi:
1. Alergi
Pisang sangat berguna bagi mereka yang alergi terhadap makanan tertentu, tidak seperti makanan protein lainnya, yang mengandungi asam amino yang boleh menyebabkan alergi. Pisang hanya berisi asam-amino jinak yang tidak menyebabkan alergi.

2. Anemia
Kandungan zat besi yang cukup tinggi dalam pisang. Ia membantu merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah bagi pesakit anemia. Dua biji pisang sehari, menjauhkan anemia.

3. Menambah Tenaga
Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga. Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.

4. Sembelit
Pisang merupakan makanan terbaik bagi penderita sembelit karena ia menormalkan fungsi usus besar untuk menyerap sejumlah besar air agar usus berfungsi dengan baik.

5. Disentri
Pisang bersama dengan sedikit garam merupakan ubat yang sangat mujarab untuk disentri. Bagi kanak kanak kecil pisang harus dilumatkan terlebeh dahulu sebelum di beri makan.

6. Mabuk
Campuran milkshake pisang dengan madu adalah ubat yang baik bagi pemabuk. Pisang menenangkan perut Anda, bersama dengan susu, membantu merehidrasi sistem anda.

7. Membantu Membersihkan Nikotin
Nutrisi yang terdapat dalam pisang seperti vitamin A1, B6, B12, C, magnesium, dan kalium membantu menarik nikotin dari tubuh.

8. Meningkatkan Mood
Pisang mengandung Tryptophan, asam amino yang bertanggung jawab untuk produksi Serotonin. Serotonin adalah hormon yang dikenal untuk mengatasi depresi dan meningkatkan mood.

9. Gangguan Usus
Pisang sebagai makanan pencegah gangguan pencernaan. Ia adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa mendatangkan tekanan keatas usus besar yang menyebabkan penyakit maag kronis. Pisang juga dapat meneutralkan kelebihan asam lambung dan melapisi perut sehingga mampu mengurangi iritasi. Bagi yang mengalami penyakit usus atau kolik akibat asam lambung, Pisang dicampurkan dengan segelas susu diminum (banana milk shake).

10. Meningkatkan fungsi otak
Kalium ditemukan dalam pisang merupakan sumber yang baik untuk meningkatkan fungsi otak. Satu ujikaji telah dijalankan di sebuah sekolah Inggeris, 200 pelajar mampu menyelesaikan ujian akhir hanya dengan bersarapan pisang. Mereka digalak pengambilan buah pisang pada waktu rehat dan makan tengahari, sebab pisang mampu meningkatkan kecerdasan otak.

11. Gangguan Ginjal
Dengan kandungan rendah protein dan kadar karbohidrat yang tinggi, pisang bermanfaat dalam pengubatan gangguan ginjal. Pisang berguna dalam uremia dan nephritis, kerana membuang racun toksid dan sumbat pada salur ginjal.

12. Gangguan haid
Masak bunga pisang dan makan dengan dadih dianggap ubat yang efektif untuk menyembuhkan gangguan menstruasi seperti pendarahan yang berlebihan dan nyeri haid. Bunga pisang membantu meningkatkan hormon progesteron agar mengurangi pendarahan.

13. Mengurangi risiko Serangan Jantung dan Stroke
Pisang merupakan sumber kalium yang membantu menjaga tubuh dan keseimbangan elektrolit cairan dalam sel tubuh dan membantu dalam mengawal tekanan darah, sehingga mengurangi risiko serangan jantung dan stroke. Penelitian telah menunjukkan bahwa pengambilan pisang secara rutin dapat mengurangi risiko stroke sebanyak 40%.

14. Batu Ginjal
Juice dari batang pisang diguna sebagai ubat gangguan kencing. Ia meningkatkan fungsi ginjal dan hati, dan melawaskan kencing dan mengurangkan rasa nyilu pada bahagian salur. Telah diterbukti sebagai membantu memecahkan batu ginjal dan prostat.

15. Ibu Hamil
Wanita hamil dianjurkan supaya memakan pisang, karena pisang mengandungi asam folat yang tinggi, penting bagi ketumbuh besaran dan kesihatan janin, pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadi cacat bawaan. Sebiji pisang matang, mengandung sekitar 85-100 kalori. Dengan memakan dua biji pisang sahaja telah dapat memenuhi keperluan asam folat yang diperlukan. Di samping itu, pisang membantu menggawal kadar gula dalam darah yang dapat mengurangkan symptom muntah muntah diawal pagi “morning sickness”.

16. Penderita Penyakit Hati (Lever)
Bagi penderita penyakit hati, dua biji pisang sehari ditambahan sesatu sudu madu, baik untuk menambah tenaga dan selera makan.

17. Merawat Luka Bakar
Mangsa kebakaran kulit, daun pisang dapat digunakan sebagai ubat. Caranya, kulit yang terbakar dsapukan campuran abu daun pisang dan minyak kelapa. Campuran ini mampu meyejukkan kulit yang terbakar. Atau dengan melekat pelekat dengan melumatkan pisang yang terlebeh masak kekawasan yang melecur atau luka.

18. Tekanan (Stress)
Pisang mengandungi potasium, yaitu mineral terpenting (vital) yang membantu menormalkan denyutan jantung, membekal oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan kadar air dalam tubuh. Ketika mengalami stress, metabolisma tubuh akan meningkat drastis sehingga menurunkan kadar potasium dalam tubuh. Dengan pengambilan pisang, potasium dalam tubuh dapat diseimbangi.

19. Penderita Stroke
Berdasarkan risalah “The New England Journal of Medicine”, penggambilan pisang setiap hari dapat menurunkan resiko kematian akibat stroke hingga 40%.

20. Mengawal Suhu
Di beberapa buah negara, pisang dipandang sebagai makanan penyujuk yang dapat menurunkan suhu badan, lebeh lebeh lagi kepada emosi ibu hamil. Di Thailand contohnya, ibu hamil mengambil pisang bagi memastikan bayi dilahirkan dalam suhu badan yang sejuk.

21. Pisang Dalam Diet dan Kecantikan
Pisang juga punya peranan dalam menurunkan atau menaikkan berat badan. Sebuah penelitian telah membuktikan, bahwa seseorang mampu menurunkan berat badannya dengan berdiet pisang.

Bila ingin menghilangkan berat badan, caranya ; Setiap hari dimakan empat biji pisang dan minum empat gelas susu tanpa lemak dalamsehari. Dilakukan selama tiga hari dalam seminggu.

Air dari batang pisang dikatakan berkhasiat bagi melebatkan rambut, caranya mudah sekali hanya perlu membuat lubang pada batang pisang kemudian ditutup dengan plastik dan dibiarkan semalaman hingga air bertakung didalamnya lalu disapukan ke kulit kepala. Manakala kulit pisang Emas pula digosokkan pada kulit untuk wajah yang halus dan licin.


Dari pisang dan susu tersebut, Anda mendapatkan 1,250 kalori. Menu ini cukup menyehatkan bagi tubuh Anda. Selain menurunkan berat badan, diet pisang juga membantu kulit wajah menjadi lebih bersih dan tidak berminyak.

22. Kutil (Warts)
Bagi mereka ang mencari rawatan semulajadi yang ingin membuang kutil, ambil kulit pisang (putih dibahagian kulit dan kuning dibahagian luar) tampalkan diatas kutil dan dibaluti dengan pelekat atau pembalut.
23. Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.

24. Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.

Kandungan Zat dan Gizi Pisang


Pokok Pisang (Musa sapientum) dari Encyclopædia Britannica 1911
Pisang Merah (red bananas), Bananitos (apple bananas), Cavendish (bananas-Banana), Mentah, bahagian yang boleh dimakan nilai Nutris bagi 100g (3.5oz)

Energy 371 kJ (89 kcal)
Carbohydrates 22.84 g
Sugars 12.23 g
Dietary fiber 2.6 g
Fat 0.33 g
Protein 1.09 g
Vitamin A equiv. 3 μg (0%)
Thiamine (Vit. B1) 0.031 mg (2%)
Riboflavin (Vit. B2) 0.073 mg (5%)
Niacin (Vit. B3) 0.665 mg (4%)
Pantothenic acid (B5) 0.334 mg (7%)
Vitamin B6 0.367 mg (28%)
Folate (Vit. B9) 20 μg (5%)
Vitamin C 8.7 mg (15%)
Calcium 5 mg (1%)
Iron 0.26 mg (2%)
Magnesium 27 mg (7%)
Phosphorus 22 mg (3%)
Potassium 358 mg (8%)
Zinc 0.15 mg (1%)

One banana is 100–150 g.
Percentages are relative to US recommendations for adults.
Source: USDA Nutrient database

Hasil dari Buah Pisang



Jenis Pisang Komersial

Pengertian komersial disini adalah banyak terdapat dipasaran, baik dipasar umum maupun supermarket, jenis-jenis pisang itu banyak digemari oleh masyarakat karena keistimewaaanya. Berikut uraian mengenai jenis-jenis pisang komersial.

a. Pisang barangan


Pisang barangan di Filipina dikenal dengan nama pisang lakatan dan dimalaysia disebut pisang berangan. Pisang jenis ini sangat popular sebagai pisang meja. Berat rata-rat pertandan berkisar 12-20 kg terdiri dari 8-12 sisir. Setiap sisirnya terdiri dari 12-20 buah. Ukuran buahnya 12-18 cm dengan diameter 3-4 cm warna kulit buahnya kuning kemerahan dengan bintik-bintik cokelat. Warna daging buahnya agak oren rasanya enak dan aromanya harum.

b. Pisang raja


Pisang jenis ini tangkai buahnya terdiri atas 6 sisir yang masing-masing terdiri 15 buah. Berat 1 buah pisang sekitar 92 g dengan panjang 12-18 cm dan diameter 3,2 cm. bentuk buahnya melengkung dengan bagian pangkal bulat. Warna daging buahnya kuning kemerahan tanpa biji. Empulur buahnya nyata dengan tekstul kasar. Rasanya manis lama tanaman berbunga sejak anakan adalah 14bulan. Sedangkan buah masak 164 hari sesudah muncul bunga.

c. Pisang raja sere


Pisang raja sere dikenal sebagai pisang meja ukuran buahnya kecil dengan panjang buah 10-15 cm dan diameter 3-4 cm berat pertandan 10-14 kg, jumlah sisir 5-9, dan tiap sisir terdiri 12-16 buah. Pada waktu matang warna kulitnya kunig kecoklatan dengan bintik-bintik cokelat kehitaman. Kulit buahnya tipis, warna daging buahnya putih, rasanya manis, dan aromanya harum.

d. Pisang ambon lumut


Pisang ambon lumut atau pisang ambon hijau tetap berwarna hijau, walaupun buahnya sudah matang. Kalau terlalu matang, kilitnya agak kekuningan dengan bercak-bercak cokelat. Per tandan terdiri dari 7-12 sisir dengan berat 15-18 kg. Persisir piang berisi 20 buah. Buahnya lurus, panjang 15-17 cm, berdiameter 4,2 cm. Kulit buah agak tebal, daginga buah berwarna kuning agak putih, tidak berbiji. Rasanya manis, aromanya kuat. Berat per buah sekitar 80 gram.

e. Pisang ambon kuning


Pisang ambon kuning memiliki bentuk buah melengkung dengan pangkal buah bulat. Per tandan terdiri dari 6-9 sisir dengan berat 18-20 kg. Persisir berisi 15-20 buah. Panjang buah 15-17 cm, bobot 100 gram per buah. Daging buahnya putih kekuningan, tidak berbiji. Rasanya manis, pulen, dan harum.

f. Pisang nangka


Pisang nangka termasuk pisang olahan. Kulit buahnya tebal dan tetap hijau, walaupun sudah matang. Jika terlalu matang warna buah menjadi agak kekuningan. Daging buahnya kuning kemerahan. Rasanya manis masam dengan aroma harum. Pertandan terdapat 7-8 suisir dengan berat 12-14 kg. Dalam setiap sisir berisi 14 sampai 24 buah. Panjang buah sekitar 15 cm beratnya 120 gram.

g. Pisang tanduk


Pisang tanduk termasuk pisang olahan. Kulit buahnya tebal, berwarna kuning dengan bintik-bintik hitam. Dalam satu tandan terdapat 1-2 sisir. Dengan berat 7-10 kg. setiap sisir terdiri dari 10-15 buah. Panjang buah 206-28 cm diameter 4,6 cm. bentuk buah melengkung. Warna daging buah kuning muda atau putih kekuningan. Buah tidak berbiji. Buah dimakan setelah direbus, rasanya manis. Berat per buah 320 g.

h. Pisang raja uli


Pisang raja uli dikenal sebagai pisang olahan warna kulit buah kuning cerah dan daging buah putih. Buahnya berasa manis dan beraroma harum. Setiap tandannya terdiri dari 5-8 sisir buah dengan berat setiap sisir kurang lebih 1620 g. beratnya buah 120 g. panjang buah 18 cm, dan lingkar buah 13 cm. Pisang ini sangat enak jika direbus atau digoreng.

i. Pisang Embun


Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .

j. Pisang Emas


Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 sentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.

k. Pisang Rastali


Buah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8 sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7 sentimeter.

Kepelbagaian Buah Pisang












pisang

KHASIAT BUAH PISANG
Selain enak untuk dimakan, pisang mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan. Antara khasiat pisang :
SEMBELITBuah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.
TEKANAN DARAHBagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.
SEIMBANGKAN FUNGSI JANTUNG‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.
REDAKAN TEKANANProtein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.
KURANGKAN RASA MUALIbu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.
KULIT PISANGPARUT luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.
ANTARA PENAWAR PENYAKIT MELALUI PISANG
Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

AWAS :
Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)Sumber: Forumer nur_sakura di www.jomlayan.com

********************
Ramai diantara kita masih memperlekehkan Pisang.

Mereka menganggap pisang sebagai buah yang low standard dan buah kampung.
Sebaliknya mereka menganggap buah-buahan luar negara seperti epal, anggur, strawberi lebih bagus, berkhasiat dan lebih high class…kata mereka.

Sebenarnya mereka telah silap. Pisang adalah jauh lebih baik daripada semua buah2 yang disebutkan diatas. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi yang terpenting iaitu sucrose, fructose and Glucose. Selain itu ia juga kaya dengan fiber.

Pisang dapat membekalkan tenaga yang segera kepada badan. Hasil kajian membuktikan, dengan hanya memakan 2 biji pisang,badan kita dibekalkan tenaga yang mencukupi untuk membuat kerja-kerja berat selama tidak kurang sejam setengah. Sebab itu pisang telah menjadi buah pilihan utama bagi atlit dan ahli sukan seluruh dunia.

Pisang sebenarnya bukan saja membantu kita membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Tetapi ia juga berkhasiat dalam melindungi kita daripada terkena pelbagai jenis penyakit.

Menurut kajian yang dijalakan, pisang adalah berkhasiat dalam mengurangkan penyakit-penyakit seperti berikut ;


KemurunganSatu kajian oleh MIND kepada orang yang mengalami masalah kemurungan telah mendapati bahawa pisang telah membantu orang mengalami kemurungan mengurangkan tahap tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi. Ini adalah kerana, Pisang mengandungi sejenis protein yang digelar tryptophan. Trytophan ini akan ditukarkan oleh badan kepada serotonin yang mana unsur ini membuatkan tubuh badan kita menjadi lebih rileks dan meningkatkan mood seseorang. Ia membantu meningkatkan kesegaran tubuh badan.
PMSMasalah PMS adalah masalah orang perempuan yang moody ketika datangnya haid. Untuk mengurangkan masalah PMS ni, ramai yang mengambil jalan mudah dengan menelan pil ubat saja. Selepas ini, anda tak perlu lagi makan pil/ubat yang mahal itu. Sebaliknya, amalkan makan pisang kerana Pisang mengandungi vitamin B6 yang mengawal paras glucose di dalam darah.
Apabila paras glucose dalam darah terkawal dengan baik,ianya mengurangkan perasaan moody anda.
AnemiaDi dalam pisang terdapat kandungan zat besi atau iron yang tinggi. Iron ini akan merangsangkan pembentukan hemoglobin di dalam darah kita. Jadi, ianya membantu menangani masalah penyakit Anemia ini.
Tekanan DarahPisang sangat kaya dengan kandungan Potassium dan kurang kandungan garamnya. Jadi, ia sangat membantu dalam masalah tekanan darah dan stroke. Jabatan Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat telah mengiktiraf bahawa Pisang memang membantu manusia dalam menangani masalah tekanan darah dan stroke.
Mencerdaskan OtakSatu kajian yang dijalankan kepada seramai 200 orang pelajar di Twickenhem mendapati, Pisang telah membantu semua pelajar tersebut dalam mencerdaskan otak mereka. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar telah diberi makan pisang pada waktu makan pagi, tea break dan makan tengah hari. Hasil yang ditunjukkan adalah amat positif.
PenghadamanKandungan fiber yang tinggi di dalam Pisang membantu tubuh kita dalam proses penghadaman makanan.
Mabuk disebabkan minuman kerasSalah satu ubat yang paling mujarab yang sangat popular di dunia barat ialah banana milkshake.
Pisang di blender bersama dengan susu dan madu kemudian diminum. Ianya terbukti dapat mengurangkan mabuk alcohol.
HeartburnPisang juga mengandungi satu unsur semulajadi yang dapat meneutralkan kandungan asid di dalam badan kita. Jadi, jika sesiapa yang mengalami masalah heartburn, bolehlah amalkan memakan pisang.
Masalah Morning Sickness / muntah-muntah.Amalan memakan Pisang diantara waktu makan dapat membantu tubuh dalam mengawal kandungan gula didalam tubuh badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang menghadapi masalah morning sickness / masalah muntah2.
Gigitan NyamukJika anda terkenan gigitan nyamuk, gunakan bahagian dalam kulit pisang untuk mengurangkan kegatalan dan kesan gigitan. Kini anda tak perlu lagi membazirkan wang untuk membeli krim penyembuh gigitan nyamuk. Gunakanlah kulit pisang. Ianya pasti berkesan.
* Nota : Pisang hanya berkesan untuk gigitan nyamuk sahaja. Ianya tidak berkesan untuk gigitan cinta…hehe.SarafPisang kaya dengan Vitamin B yang membantu dalam mengawal sistem saraf. Secara tak langsungnya mengawal mententeramkan mereka yang ada masalah gugup.
UlserPisang adalah buah yang enak dan lemabut serta membuat tekstur yang senang dihadam. Selain itu ianya mempunyai sifat antacid atau peneutral kepada asid yang dapat mengurangkan tahap acid di dalam usus.
Pengawal suhu badanPisang memang dikenali sebagai buah yang bersifat sejuk /”cooling” fruit. Jadi ia memang membantu kita dalam menurunkan suhu badan. Di Thailand, ramai wanita yang mengandung di sana mengamalkan makan Pisang sebagai cara untuk mengurangkan suhu badan dan memudahkan kelahiran.
Masalah perokokOleh kerana pisang kaya dengan kandungan vitamin B6 & B12, Potassium dan Mangesium,
ianya juga digunakan oleh perokok perokok tegar dalam membantu mereka mengurangkan tabiat merokok. Unsur seperti B6,B12 dan Potassium dapat mengurangkan kesan ketagihan nikotin.
Stress / TekananPotassium yang ada di dalam pisang adalah mineral asas yang dapat mengawal tahap kandungan air dan oksigen dalam darah. Ia dapat membantu mengawal penghantaran oksigen ke otak dan mengawal tahap metabolic dalam badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang mengalami masalah tekanan.
StrokesSatu kajian yang dijalankan oleh “The New England Journal of Medicine” membuktikan bahawa,
Amalan memakan pisang dapat mengurangkan risiko sebanyak 40% daripada risiko mati disebabkan strokes.
KetuatKulit pisang dapat mengubati kita daripada ketuat. Hanya tekapkan bahagian dalam kulit pisang kepada biji ketuat selama beberapa kali, InsyaAllah, lama kelamaan ianya akan hilang.


Pisang memang terbukti mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu manusia dalam menangami masalah kesihatan manusia. Pisang adalah buah penawar yang mujarab.

Kita rakyat Malaysia patut berbangga dan bersyukur kerana di Malaysia, pisang sangat mudah didapati dan sangat murah.

Jika nak dibandingkan pisang dan epal, pisang adalah jauh lebih baik samaada daripada segi rasa mahupun khasiatnya. Kandungan protein dalam pisang adalah 4 kali lebih banyak daripada epal. Karbohidarat 2kali lebih, Phosphorus 3 kali lebih, Vitamin A dan Iron 5 kali lebih, mineral dan vitamin lain adalah 2 kali lebih banyak daripada epal.

Sumber:http://pakarhowto.com

********************

Banyak manfaat kebaikan dan kesehatan dari buah pisang. Apakah sajakah? Pastinya, konsumsi dan jangan abaikan pisang.

Ada 8 khasiat pisang bagi tubuh Anda. Mulai dari membantu menurunkan tekanan darah, sampai menjaga kadar gula dalam darah. Inilah...

1. Pisang merupakan sumber kebaikan potassium, karena 100 gram pisang mengandung 400 gram potassium. Sekedar mengingatkan, potassium adalah nutrisi yang bisa membantu menurunkan tekanan darah, menyuplai energi, membantu pertumbuhan otot dan mencegah terjadinya kram otot.

2. Delapan asam amino-molekul pembentuk protein dikandung pisang. Itu dibutuhkan tubuh, karena tubuh tak mampu menghasilkannya.

3. Duapuluh tiga Juta pisang dikonsumsi para petenis pria dan wanita dalam turnamen tenis Wimbledon setiap tahunnya. Maklum, pisang memiliki sumber energi tinggi.

4. Diare bisa disembuhkan hanya dengan mangkonsumsi pisang yang memiliki titik-titik coklat di kulitnya. Sebab, ada pectin, potassium dan magnesium yang dikandungnya.

5. Pisang mampu memulihkan stamina tubuh, sebab pisang menggantikan potassium yang hilang dari dalam tubuh. Selain itu pisang juga mampu menghilangkan rasa pegal, mengurangi rasa mual, dan mengurangi tingginya level magnesium, sehingga membantu menghilangkan pusing dan melancarakan peredaran darah.

6. Kulit pisang mempunyai manfaat lebih di daerah tropis, selayaknya Indonesia. Rasa gatal dan bengkak bekas gigitan nyamuk bisa dihilangkan dengan hanya mengusapkan kulitnya.

7. Dua pisang sehari mampu mengurangi tekanan tinggi sampai 10 persen. Itu berdasarkan penelitian para dokter di India.

8. Pisang mengandung tiga gula: fruktosa, sukrosa, glukosa dan memiliki lebih banyak karbohidrat serta serta yang penting dibandingkan buah lain. Gula yang masuk ke aliran arah mengalir dengan kecepatan berbeda yang bisa menjaga kadar gula dan menghindari energy crashes.

Sumber: http://www.dexpand.com

********************

Wah..wah..wahhhh... tiba² aku teringat.. watak En. Pisang di Sasame Street yg bernama Bert.. heheh.. Okeh.. ini pula jenis² pisang yang terdapat di Malaysia..


********************

Pisang EmbunPisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .
Pisang EmasSaiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 saentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.
Pisang RastaliBuah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8 sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7 sentimeter.

Terdapat pelbagai jenis pisang yang tumbuh subur di negara kita selain dari tiga jenis pisang yang telah diterangkan. Ianya adalah seperti pisang Berangan, pisang Masak Hijau, pisang Nipah, pisang Raja, pisang Tanduk, pisang Awak dan tidak ketinggalan juga pisang Raja Udang yang dipercayai tidak boleh dimakan. Satu lagi jenis pisang yang kurang dikenali ramai iaitu pisang Kaki. Pisang ini unik kerana bentuknya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buahnya berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea.


********************



Okeh.. rasernyer cukup ler setakat itu sessi perkenalan kita dengan En. Pisang... dah panjang sangat nieh! Jom makan pisang! Ohhh.. aku tak bleh makan pisang sekarang... sedang berpantang.. coz I'm on diet!

pisang ungu/pisang raja udang dan lagenda

. . inilah pisang raja udang yang menjadi pantang larang masyarakat dan dilarang memakannya kerana menurut lagenda, roh jelmaan pohon pisang raja udang ini telah menolong seorang Putera Raja yang tercedera dalam medan peperangan . . .
Pada suatu masa silam sering berlaku peperangan untuk merebut kuasa dan meluaskan tanah jajahan. Mengikut ceritanya dalam satu peperangan serorang Putera Raja cedera parah dan berjaya menyelamatkan diri daripada musuhnya.
Putera Raja itu bersembunyi di sebuah hutan dan berteduh di bawah sepohon pisang. Oleh kerana lukanya yang parah Putera Raja itu pun jatuh pengsan.
Apabila Putera Raja itu sedar, baginda dapati lukanya telah dirawat oleh seorang gadis. Putera Raja itu berterima kasih kepadanya kemudian pulang ke istananya.
Putera Raja itu dimaklumkan bahawa gadis itu adalah roh jelmaan pohon pisang raja udang itu. Bila Putera Raja itu kembali ke pohon itu didapati pohon itu berbuahkan pisang berwarna merah kesan daripada darahnya.
Oleh kerana terhutang budi, Putera Raja itu mengisytiharkan kepada rakyatnya bahawa mereka tidak dibenarkan memakan pisang raja udang atau menebang pohonnya !!

Versi yg lain...

Di sebalik keenakan pisang raja udang tersimpan kisah tragik di antara sultan dan laksamana.

Kisahnya berlaku sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud Shah II di Kota Tinggi (Johor Lama). Semua bermula apabila berlakunya pembunuhnya Sultan Mahmud Shah II ketika dibawa oleh para pengawal menggunakan tandu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) telah membunuh sultan yang dianggapnya gila kerana telah membunuh isterinya, Dang Anum.

Seperti mana umum tahu, Dang Anum ketika itu sedang sarat mengandung dan mengidam buah nangka.

Kononnya sebelum mati, baginda telah menggunakan daun pisang raja udang untuk dijadikan penutup luka akibat daripada tikaman Laksamana Bentan. Apabila berbuah, kulit pisang dari pokok terbabit kelihatan kemerah-merahan. Sebelum mangkat, banginda juga dikatakan sempat bertitah, selama tujuh keturunan Laksamana Bentan diharamkan menjejakkan kaki di tanah Johor Lama itu.














Cerita daripada orang tua tua, zaman dulu dulu kononnya ada keturunan yg tak boleh makan pisang ni, macam kena sumpahan la. kalau makan jugak, nanti kulit dia terkena sejenis penyakit kulit macam sakit sopak, warna kulit jadi lebih kurang camwarna pisang tu.


Pisang ni ada cerita mitosnya yang tersendiri. Pisang ni tak boleh dimakan oleh orang keturunan Rawa. kisahnya seperti yg telah diceritakan di atas.

Keturunan laksamana bentan juga tak boleh makan pisang udang (pisang merah) jika makan jugak, mesti kulit jadi gatal2. Sekiranya ada di antara keturunan Bentan yang terkena sumpahan (menjejakkn kaki ke daerah kota tinggi) dan muntah2 darah, mereka akan makan sejenis pisang yang diberi nama pisang Raja Udang untuk menghentikan muntah darah tersebut.