my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Ahad, 4 Julai 2021

khasiat cengkih...

Berikut manfaat cengkeh sebagai obat herbal. 

1. Asam urat 

Mengutip dari buku Atasi Asam Urat & Rematik ala Hembing, cengkeh mengandung tanin dan kaya akan eugenol. 

Senyawa aktif tersebut bermanfaat untuk menurunkan kadar asam urat dalam tubuh. 

Untuk merasakan manfaat dari obat herbal cengkah untuk asam urat cukup mudah. Anda cukup merebus 1-5 gram cengkeh sampai mendidih.

Setelah hangat, Anda minum air rebusan cengkeh. 

2. Obat batuk

Cengkeh dipercaya bisa mengobati batuk. Hal ini disebabkan cengkeh bersifat antibakteri dan anti batuk. 

Mengutip dari buku berjudul Tanaman Potensial Berkhasiat Obat Cengkeh Temulawak Jahe Kunyit Kencur Serai, karya Suharman, cengkeh bisa mengeluarkan dahak dari tenggorokan. 

Untuk merasakan manfaatnya cukup mudah, Anda cukup kunyah cengkeh dengan garam.

3. Obat sakit gigi 

Cengkeh bersifat antiseptik dan analgesik alias pereda nyeri. Hal ini membuat cengkeh dipercaya sebagai obat sakit gigi herbal yang ampuh. 

Cara mengobati sakit gigi dengan cengkeh cukup mudah. Anda cukup oleskan minyak cengkeh di atas kapas. Lalu, Anda tempelkan kapas tersebut pada area gigi yang berlubang. 

4. Bau mulu

Selain mengobati sakit gigi, cengkeh juga bisa menghilangkan bau mulut yang tidak sedap. 

Untuk merasakan manfaatnya, Anda cukup merebus 10 butir bunga cengkeh dengan segelas air sampai mendidih. Setelah air rebusan bunga cengkeh dingin, Anda gunakan air tersebut untuk kumur-kumur. 

Anda bisa mengulangi berkumur air rebusan bunga cengkeh sampai bau mulut hilang. 

5. Meredakan mual dan muntah 

Anda sering mengalami mual dan rasa ingin muntah? Cengkeh bisa menjadi solusinya. 

Bubuk cengkeh yang ditambahkan dengan madu efektif meredakan mual dan rasa ingin muntah karena lambung yang terluka. 

asal usul kg mampan batu pahat...HJ TAHIR IS MY GRAND FATHER.

TUMPANG LALU SEDULURKU...
Asal usul Kampung Mampan:

Kampung Mampan ialah sebuah kampung di dalam daerah Batu Pahat, Johor. Kawasan DUN Semerah, dan di dalam Kawasan Parlimen Parit Sulong. Jarak dari Bandar Batu Pahat lebih kurang 12 kilometer.

Asal usul nama Kampung Mampan berkisar seperti ini.. 

Disekitar tahun 1850 hingga 1900 beberapa orang pemuda dari Tanah Jawa dan Jawa Tengah telah meneroka satu kawasan hutan untuk dijadikan petempatan dan juga untuk dijadikan kawasan bercucuk tanam.

Diantara pemuda-pemuda ini ialah 3 adik beradik dari 4 beradik iaitu:

#( 1)Hj Abdul Kadir yg wakafkan tanah perkuburan di belakang masjid mampan(bapa kepada: Pasirah,Hj Ahmad lembu) .

#(2)Hj Yunos (bapa kepada :hj Buang Separap,hj mansor separap,cikgu kamsan separap ayah penyanyi haslina,hj safari,hj samad,cikgu sarifah,wak fatimah),
 
#(3)Hj Tahir (bapa kepada: hj siraj(ibunya bernama satimah),
wak Ahmad bagok pt hj ibrahim(ibunya bernama markiah),
wak mik separap(ibunya bernama markiah),
wak Bainah separap(ibunya bernama markiah),
wak niah endau(ibunya bernama markiah),
wak rais(ibunya bernama markiah),
hj saim peserai kecil(ibunya bernama markiah),
cik hendon lapis semarang(ibunya bernama markiah),
busu samirah semencu yg ibunya bernama markiah).

 #Haji Rasul (bapa Cikgu Jais,hj rohani,hjh sharipah,mak yok,wak ayip,wak asit), 

#Haji Arshad, (Bapa Hj  Anis) ,

#hj ibrahim 
dan beberapa orang lagi. Mereka datang ke kawasan ini dengan menaiki sampan mengharungi Selat Melaka berhijrah ke Tanah Melayu hanya dengan harapan untuk mencari rezeki dan meneroka di kawasan ini untuk dijadikan tempat kediaman. Begitulah semangat yang ada pada mereka diwaktu itu.

Walaupun semasa mereka meneroka dan membuka hutan, peralatan penting yang ada hanyalah parang, kapak, gergaji dan cangkul, namun dengan semangat yang kuat dan jitu, mereka terus bekerja secara bergotong-royong dari pagi hingga ke petang dan hanya berehat untuk waktu makan dan bersolat.   

Meneroka hutan untuk dijadikan tempat kediaman dan tanah untuk bercucuk tanam bukanlah satu perkara yang mudah. Mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan halangan seperti berhadapan dengan binatang buas, seperti harimau, ular dan lain-lain lagi, namun segala rintangan dan halangan ini dapat diatasi berkat kerja keras serta semangat dan kegigihan mereka.

Kegigihan dan semangat mereka bekerja menebang pokok hutan yang kadangkala sebesar pemeluk membuatkan mereka terlupa untuk berhenti rehat. Mereka hanya berhenti setelah salah seorang daripada mereka menyeru kawan-kawan untuk berehat, makan tengah hari dan bersolat. Salah seorang daripada mereka akan memekik kawan-kawannya untuk berehat dalam bahasa Jawa " Yok mapan " yang membawa maksud mari berehat untuk makan.Setelah mereka mendengar pekikan suara tadi, mereka barulah berhenti dan berehat sambil menikmati makan tengah hari.

Setelah beberapa lama, hutan yang mereka terokai jadilah satu kawasan petempatan yang terdiri dari beberapa buah rumah kecil, pondok, dan surau serta satu kawasan untuk bercucuk tanam. Diwaktu malam, selepas mereka menunaikan solat Isyak di surau, mereka berbincang untuk menamakan tempat mereka itu. Dalam perbincangan, mereka telah bersetuju untuk menamakan tempat itu dengan nama MAPAN iaitu diambil dari perkataan Yok mapan.

Masa berlalu dengan pantas, begitulah juga dengan "Kampung Mapan" ini. Dari sehari ke sehari, penduduknya semakin ramai dan kawasannya semakin luas. Tempat ini semakin maju dan hasil kampung semakin menjadi.  Akhirnya, dari Yok mapan, ia bertukar menjadi Mapan, dan kini menjadi Mampan, iaitu Kampung  Mampan., dan kini, tempat yang diterokai oleh pemuda-pemuda yang gigih bekerja dengan semangat waja tanpa mengenal berehat akhirnya dikenali dengan Kampung Mampan.
                                          
Sek Keb Penghulu Salleh dulu nama asalnya Sek Keb Kandang Lembu..Tapaknya dulu skrg tapak rumah kediaman arwah Cikgu Mahbob b Cikgu Hamid..Kemudian brtukar nama kepada Sek Keb Mampan dn akhirnya ditukar nama Sek Keb Penghulu Salleh sehingga skrg..Masa tu klu x silap zaman arwah Pak Matlob menjadi guru besarnya..

Dulu masa zaman Tanah Melayu dijajah komunis ( Bintang 3 ) byk rmh² besar org kaya penduduk kg Mampam dibakar oleh tali barut komunis yg trdiri dari bangsa cina..

Antara rmh yg dibakar ialah rmh Buyut Alias straw ( buyut Hj Fuad , Kak Ana dll ank² cucu cicitnya dan buyut Hj Seman ( bapa Yaie Abu ).

Tapak rumah Buyut Hj Seman sblh blkg rmh Pak Hj Ahmad Pani, dulu penah dibeli arwah Cikgu Mahfodz Sarwin tp skrg dgrnya dh dibeli cina dn tapak rmh Buyut Alias kat sblh rmh arwah Wak Sairi..
Skrg tnh tu milik Kak Ana sblh depan dn sblh blkg milik Cik Koyah Spore..

Mereka kini semuanya telah kembali ke Rahmatullah. Yang tinggal hanya anak cucu, serta cicit mereka, dan ditambah dengan penduduk baru dari sekitarnya. Semoga roh mereka yang menjadi pengasas Kampung Mampan ini akan ditempatkan oleh Allah swt bersama-sama orang -orang yang soleh. Aamiin.

Al Fatehah buat Atok2ku...dan kerabat yg telah tiada..
(1)Dijawa Ngerso~Menetap di Jawa Tengah.
(2)Hj Abd Kadir.
(3)Hj Tahir (My Grand Father).
(4)Hj yunos.

crochet part 2

crochet