my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Isnin, 26 Ogos 2013

Petua merawat kanser dan makanan mencegah kanser...sila patuhi arahan..

Petua merawat kanser dan makanan mencegah kanser





Tonton Video di bawah


http://youtu.be/lASAVQjQEgQ

http://youtu.be/lASAVQjQEgQ
 



Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003.
Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)


Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang. Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.

http://rawatkanser.com

www. WORLD WITHOUT CANCER

 www.PUSAT SUMBER KANSER PAYUDARA







Makanan yang dapat menentang kanser:

Memakan paling kurang 7 Biji Apricot setiap hari Insyaallah 100% tidak terkena kanser
Elakkan atau sekurang-kurangnya hadkan pengambilan daging merah kepada maksimum 80gm sehari. Anggapkan daging merah hanya sebagai penambah kepada hidangan bukan sebagai hidangan utama.

Jangan makan kulit ayam atau itik. Cuba cari ayam kampung yang tidak disuntik antibiotik atau hormon.
Elakkan makan bahagian organ dalaman seperti hati, ginjal otak dan sebagainya.

Elakkan produk-produk tenusu yang tinggi lemak.
Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara.

Elakkan daging dan ikan yang dipanggang, digoreng dengan minyak yang sudah diguna berkali-kali, disalai atau dibakar. Membakar atau memanggang di dalam ketuhar atau oven jauh lebih selamat.

Elakkan makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan bahan pengawet seperti ikan masin, cincaluk, belacan, acar, buah-buahan jeruk, makanan diawet, dan semua makanan yang ditinkan.

Kurangkan garam, kicap soya dan mSG. Banyakkan penggunaan rempah ratus.
Elakkan mengambil pemanis tiruan seperti sakarin dan siklamat.

Jangan makan makanan yang telah berkulat.
Berhenti memakan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu.

Elakkan menggunakan minyak masak, marjerin dan produk berminyak yang mengandungi asid lemak trans (minyak yang dihidrogenkan atau separuh hidrogen). Gantikan penggunaan minyak masak kelapa sawit dengan minyak zaitun, minyak bunga bunga matahari dan minyak biji Apricot . Begitu juga dengan marjerin.

Makan makanan yang banyak kandungan B17
Rancangan pemakanan yang disarankan:
Kulit ayam/itik mesti dibuang.
Makan banyak sayur-sayuran crucifer seperti brokoli, kobis bunga, bok choy, sengkuang, kobis dan salad/lettuce. Kukus, reneh, celur atau makan mentah.

Makan sekurang-kurang 3 hidangan ikan air sejuk seperti: salmon, tuna, tenggiri, kod.
Makan banyak gentian dan bijirin berserat dari sayur-sayuran, buah-an, kekacang dan bijirin.
Makan tempeh, tofu, tahu, taufu fah dan air kacang soya.

Beli sayuran organik jika mudah didapati.
Makan cendawan payung, tiram, shitake, mitake atau timur-barat (cendawan kampung yang tumbuh selepas hujan).
Makan makanan yang mempunyai betakeratone , karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.

Makan banyak sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.

Sentiasa minum banyak air yang bersih baik dimasak atau mineral mineral.
Buang kentang, bawang yang sudah bertunas. Tempat ia bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen-agen kanser.

Makanlah spirulina iaitu sejenis makanan lengkap. Ianya mengandungi 65% protein sayuran dan keseluruhan vitamin, mineral, antioksidan, klorofil, dan fitonutrien yang membantu meningkatkan fungsi imun untuk menentang kanser.
Kurang minum minuman bergula. Jauhi minum minuman dalam tin atau bergas.

Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam.
Apabila makan diluar, pilih makanan kukus, sup, reneh/stew atau oven-grilled.








Faktor-faktor lain yang membantu menghalang pertumbuhan kanser:

Isi darah kita dengan banyak oksigen kerana kanser tidak boleh hidup jika badan kita mempunyai kandungan darah yang banyak oksigen. Berjalan, menaiki tangga, belajar teknik pernafasan tai-chi, aura therapy dan qigong adalah antara riadah yang dapat meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah. Semakin banyak oksigen, semakin tidak boleh hidup sel kanser itu.Fossilized Coral membantu membekalkan oksigen dalam darah
Ambilkira faktor istirehat yang boleh mengurangkan tekanan kerja atau peribadi. Melawati tempat-tempat seperti tepi-tepi pantai, bukit-bukau, atau tempat berair terjun, sungai dan jeram yang nyaman serta kawasan-kawasan peranginan dingin adalah satu terapi untuk badan. Tempat-tempat ini sebenarnya mempunyai banyak ion-ion positif yang dapat menarik ion-ion negatif di dalam badan kita.
Kurangkan kandungan asid di dalam badan. Berfikiran positif juga menurunkan kadar asid di dalam badan kita. Kerap marah-marah pula sebaliknya akan meninggikan kadar asid di dalam badan. Merasa tertekan juga meninggikan asid di dalam badan. Kerap menangis, bersugul dan bermurung diri juga meninggikan kadar asid dalam badan.

Kita juga wajib percaya bahawa hanya Allah yang dapat menyembuhkan setiap penyakit. Kita diajar untuk sentiasa bersabar, tidak berputus asa, yakin dan meminta kepadaNya supaya diberi ketabahan dan kekuatan mental dalam menempuhi dugaan.




Betik dan Vitamin  B17

Buah betik atau ( Carica Papaya ) merupakan salah satu buah-buahan tropika yang sangat berhasiat dan ajaib dari sudut rawatan yang sangat luar biasa. Menurut kajian buah betik dan bijinya yang telah terbukti mempunyai hasiat antihypertensive, antioxidant, anti- amoebic, antiparasitic, antiseptic, penyembuhan luka luaran dan luka atau pendarahan dalaman.

Sebagai alat Contraceptive ( pencegah kehamilan ), sel kanser akan bertindak balas atau merebak selepas pembedahan. Sebab itu kimotherapy dianjurkan untuk di lakukan untuk membunuh sel kakser. Salah satu alemen yang di perlukan untuk sel kanser merebak adalah kehadiran astrogen Hormon pada luka pembedahan. Buah betik merupakan agen Contraceptive dan dapat menghalang estrogen dari pada berkumpul pada luka pembedahan tersebut.
Situasi ini akan menghalang sel kanser dari merebak dengan cara menghalang kehadiran estrogen pada luka pembedahan tersebut. Tanpa estrogen sel kanser tidak dapat merebak. Selain dari buah betik, batang buah nenas yang mengandungi bromalain juga mempunyai fungsi yang sama seperti buah betik.
Buah Betik merupakan sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A. Buah ini telah dipilih oleh WHO untuk meningkatkan kadar Vitamin A pada kanak-kanan di negara-negara miskin yang mengalami kekurangan Vitamin seperti Cameroon dan Sri Lanka.

Buah betik sangat terkenal dalam penggunaan rawatan Kanser di Mexico. Kajian menunjukan betik mempunyai sifat melawan kanser kerana mengandungi sebatian anti kanser carotenoids yang di kenali sebagai lycopene, beta-carotene dan cryptoxanthin. Benzyl isothiocyanate dijumpai dalam buah betik berfungsi untuk menginduksi apoptosis dalam pankreas, prostat, leukemia dan menghalang karsinogen pada kanser pundi kencing.


Kesembuhan Breast cancer ( kanser Payudara ) sangat rapat hubunganya dengan memakan betik. Benzyl isothiocyanate di temui dalam buah betik dan bijinya telah terbukti secara selectively induce apoptosis di dalam sel kanser payu dara tubuh manusia. Kadar carotenoid yang tinggi di temui dalam buah betik membuktikan pengambilan buah betik secara berterusan dapat membantu merawat dan melindungi seseorang dari terkena Penyakit kanser Payu Dara.


Sistem imun ( Pertahanan melawan penyakit ).
Siapapun yang mencermati sistem imun dan cara kerjanya, pasti ia akan mangatakan bahwa sistem pertahanan ciptaan Allah swt ini merupakan sistem pertahanan yang paling cangih , mengatasi kehebatan sistem pertahanan negara manapun di dunia. Ia bekerja dengan mekanisme yang sangat menakjubkan, untuk mendapat hasil pertahanan yang baik , patogen harus memasuki (port d’entre) pada bahagiaan tertentu.


Bila telah terjadi jangkitan penyakit, patogen akan segera direspon oleh sistem pertahanan tubuh non spesifik sebagai garis pertama sistem pertahanan tubuh, yaitu berupa kulit, selaput lendir, silia, batuk dan bersin, faktor larut yang terdiri dari faktor biokimia seperti lisozim , sekresi sebaseus, laktoferin dan neuraminik asid , faktor humoral seperti komplemen, interferon dan CRP.9 Sebagai wujud satu-kesatuan seluruh kerja sistem tubuh, disaat sistem pertahanan tubuh non spesifik bekerja, sistem pertahanan spesifik sudah diberi arahan untuk bertindak pada saat yang di perlukan.
Selanjutnya, faktor humoral, sel B dan faktor selular seperti Th (Th1, Th2, Ts, Tdth dan Tc) akan terangsang untuk menghasilkan anti bodi, yaitu sejenis protein yang bekerja menaklukkan secara spesifik patogen tertentu. Dan anti bodi yang terbentuk ini, selanjutnya dipertahankan tubuh untuk merawat penyakit yang serupa. Dengan istilah yang paling mudah, sistem pertahanan spesifik akan merakam segala jenis penyakit yang pernah kita hadapi dan bersedia untuk melawanya. Bagi penyakit yang tidak pernah kita hadapi sistem ini akan berusaha untuk merawat dengan cara mengeluarkan anti body yang dapat merawat penyakit tersebut.





Buah Durian Belanda merawat kanser



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. 

Tapi mereka gagal untuk mendapatkan " Graviola Sintetis" untuk di keluarkan dari Graviola dan lakukan di makmal. Sepandai-pandai manusia tidak mungkin untuk meniru 1 bahan sahaja untuk membunuh sel kanser yang ada pada Graviola, bahan ini menjadi misteri hingga kesaat ini. Hanya manfaat dan kesan kesembuhan Graviola sahaja yang dapat kita nikmati. 


Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai Buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor /
kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. 

Fungus dan Parasit
Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga
berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing. Untuk pengetahuan anda Kanser merupakan penyakit sel tidak ada hubungan dengan parasit bakteria atau fungus ( kulat), Tetapi 

persekitaran yang dapat menyuburkan Sel kanser merupakan persekitaran yang menjadi "habitat" makhluk perosak ini. Inilah yang membuat organ yang di serang kanser akan menjadi lebih parah dan proses pereputan, pembusukan, penhancuran, penggulatan pada sel yang diserang kanser akan menjadi lebih teruk lagi. Proses kesembuhan akan menjadi lebih sukar lagi. Graviola merupakan satu-satunya produk yang terbukti bekesan menghalau, mengusir dan meracuni pendatang tanpa izin ini ( PATI )... 

Serangan di mulut
Seluruh tubuh manusia merupakan persekitaran yang tidak selamat untuk di huni , fungus, bakteria, parasit setelah anda mengamalkan Graviola. Graviola akan di serap oleh badan melalui saluran darah. Semua sel di tubuh manusia melalui salur darah. Darah yang mengandungi zat dari Graviola dapat mengusir dan membunuh fungus, bakteria, parasit dan makhluk perosak. Salah satu tempat yang paling selamat untuk makhluk perosak ini melarikan diri adalah pada bahagian yang tidak mengandungi saluran darah iaitu gigi. Graviola teh merupakan salah satu produk yang dapat membasmikan fungus, bakteria, parasit dan makhluk perosak ini dengan cara yang sangat sederhana.


Durian Belanda juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi,
kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Bagi saya yang telah terlibat bersama-sama manusia istimewa ( Pesakit kanser ) , bahkan pernah mengusung keranda bersama meraka, menghadiri kenduri arwah dan menganjurkan beberapa seminar memotivasikan mereka. 



 semangat untuk hidup

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan
bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka
tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh
dipedalaman hutan , tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara
berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan
kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa
mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada
terapi kemo.

2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang
mematikan.

3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan
/ penyembuhan.

4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar
farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20
makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.
Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12
jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara,
Prostat, Paru-Paru, Rahim, Otak dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan
pertumbuhan sel kanser dan membunuh dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo
yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya
memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau
membunuh sel-sel yang sihat.

4. Secara tradisional digunakan untuk mengubati cirit-birit, disentri, kutu kepala, neuralgia, penyakit Jantung, asma, hipertensi, parasit dan banyak lagi.

5.Membunuh cacing terutama pada kanak-kanak. 

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib”
ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung
mengenai hal ini ? 

Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita,
kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan
dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang
tumbuh dihutan . Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini :
kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad
lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan
untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan
rematik. 

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang
mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi
tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat
menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen
pembunuh sel kanser yang berkesan.

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa??..

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat
adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola
ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk
penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan
besar. 




Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar
berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan.
Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh
sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama
pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu
Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser.
Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak
dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang
luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang
berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products
menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di
Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung
di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser
usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin
dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun
Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel
kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya
berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari agent seperti disebutkan terdahulu.




Khasiat Nenas untuk merawat kanser.


Nanas atau nama saintifiknya Ananas Comosus, ia adalah sejenis tumbuhan tropikal. Ianya adalah tumbuhan asli yang berasal daripada Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Nanas merupakan tumbuhan kumpulan bromeliad ( Famili Bromeliaceae). Tumbuhan ini juga boleh dikatakan rendah  herba ( herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal.
Buahnya ini dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Bagi orang yang berasal dari Tupi pula, buah ini dipanggil anana, yang bermaksud “buah yang baik”
Buah nanas ini mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan juga Bromelain. Ianya juga mengandungi asid sitrik ynag berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.


 Buah nanas ini boleh dimakan mentah atau pn dibuat jus minuman untuk memcuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hari dan juga demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Tapi bagaimanapun buah nanas ini tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
Buah nanas ini juga dipercayai mampu merawat penyakit kanser. Bua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan kanser. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak kanser. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel kanser. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A,B, dan  C yang tinggi.
Pokok dan juga buah nanas ini boleh dijadikan sumber komersial asid organic seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperolehi daripada daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
Manakala jus nanas ini pula bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalh kekeringan di bahagia bibir dan di bahagian muka. Jika amalkan minum jus nanas, ianya berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Sellain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.





Epal hijau untuk Merawat kanser



Menurut kajian, khasiat epal hijau dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jusnya yang mengandungi phytonutrient dipercayai mampu melambatkan pengoksidan kolestrol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.
Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organic sewaktu bertindak balas dengan bakteria didalam usus.
Kandungan asidbutrik juga merupakan sember makanan sel usus yang terdapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus. Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh setaip manusia dalam diet harian.
Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah kajian yang telah dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampi mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi. Bukan itu sahaja, di jepun penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengatifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawak pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.



Mengamalkan epal hijau tidak akan mengundang tragedi buruk bahkan ia amat baik untuk untuk kesihatan kamu.Sekiranya kamu mula merasai tanda-tanda mendapat migraine seperti kepala yang berpanjangan, kurangkan kesakitan itu dengan mengunyah epal hijau. Menurut kata Alan Hirsh pengarah The Taste Research Foundation di Chicago epal hijau amat membantu pengidap migraine. Ia dikatakan mempunyai aroma harum tersendiri serta mampu membangkitkan mood ceria dan meredakan ketegangan yang di alami.
Selain itu, bagi golongan yang gemar berdiet selalunya anda mempunyai masalah sembelit. Kini tidak akan menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda.
Meski pun ia bermanfaat mengatasi masalah sembelit buah epal ini juga mempunyai khasiat untuk mengatasi masalah cirit-birit seperti mana yang diterangkan oleh Miriam Polunnin dalam buku ciptaannya yang bertajuk Healing Foods. Menurut apa yang diterangkan didalam buku tersebut, epal sangat bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Dan mengikut kajian buah ini hampir dikatakan tidak mengandungi lemak dan juga kolestrol, dan ianya sangat sesuai dimasukkan dalam menu harian bagi wanita-wanita yang ingin berdiet.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.



Kelebihan epal hijau yang tidak anda ketahui :

Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu kesihatan membrane paru-paru.
Membantu kesihatan tulanf dengan menambah bahan kimia ( boron) pada mineral tulang.
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
Membantu mengekalkan berat badan.
Mengurangkan tekanan penyakit asma.
Mengurangkan risiko kanser.
Menghidu epal dapat menenagkan fikiran.



Petua Pemakanan Mencegah Kanser

 mencegah lebih baik dari mengubat.
 Jadi sebelum kena, jom kita cegah kanser dengan pengambilan-pengambilan makanan pencegah kanser dibawah.
Avocado
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Avocado
 Khasiat Avocado :-
Kaya dengan gluthatione iaitu antioksidan terbaik bagi melawan radikal bebas dalam badan dengan menghalang usus daripada menyerap sesetengah lemak yangmenjadi punca kanser usus.
Membekalkan pottasium kepada badan
Sebagai  sumber Beta Carotene yang baik
Baik untuk merawat Hepatitis bervirus (penyebab kanser hati)
Brokoli
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Brokoli
Khasiat Brokoli :-
Mengandungi Indole-3-Carbinol, menukarkan estrogen penggalak kanser kepada estrogen penghalang kanser.
Antioksidan Lutein dan Zeaxanthin yang boleh mengurangkan risiko terkena kanser prostat.
Mengandungi Fitokimia yang boleh mencegah kanser kolon dan kanser rektum.
Lobak Merah
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Lobak Merah
Khasiat Lobak Merah :-
Beta Carotene - Mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti kanser payudara, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser kerongkong, kanser perut, kanser usus, kanser kolon, kanser pundi dan kanser prostat.
Falcarinol - Membantu mengurangkan kanser.
Cili Merah
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Cili Merah
 Khasiat Cili Merah :-
Mengandungi bahan kimia Capsaicin iaitu bahan yang boleh meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser)
Flax
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Flax
 Khasiat Flax :-
Lignin yang bertindak sebagai antioksidan dengan menghalang sel berubah menjadi sel kanser.
Kaya dengan Omega-3 yang membantu mencegah kanser kolon dan sakit jantung.
Bawang Putih
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Bawang Putih
Khasiat Bawang Putih :-
Mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan sel imun bagi melawan kanser dan menjadi pengurai bahan penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Mengurangkan risiko kanser perut dan dan kanser kolon.

Limau Bali/Limau Abung
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Limau Bali
Khasiat Limau Bali :-
Mototerpenes - Menghalang kanser dengan menyingkirkan karsinogen dari badan.
Kaya dengan Vitamin C, Beta Carotene dan Asid Folik

Anggur Merah
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Anggur Merah
Khasiat Anggur Merah :-
Biofalvonoid - antioksidan yang kuat menghalang kanser
Resveratol - Menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan se kanser dan menekan respon imun.
Ellagic Acid - Sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser dan menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan dan terbantut.

Sayur-Sayuran Hijau Dan Kuning
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Sayuran Hijau Dan Kuning
Khasiat Sayuran Hijau Dan Kuning :-
Mengurangkan risiko kanser perut

Cendawan/Kulat
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Cendawan
Khasiat Cendawan :-
Polysaccharides (lentinan) - Meningkatkan sistem imun badan
Beta Glucan dan Protein (lectin) - Berfungsi menyerang sel kanser dan menghalang pertumbuhan sel kanser.
Thioproline - Meransang pengeluaran interferon dalam badan.

Kekacang
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Kekacang
Khasiat Kekacang :-
Mengandungi antioksidan quercetin dan campferol yang berfungsi menekan pertumbuhan sel kanser.

Limau / Lemon
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Limau
Khasiat Limau/Lemon :-
Mengandungi Limonene yang meransang sel imun pembunuh kanser (lymphocytes) dengan mengurai bahan penyebab kanser.

Betik
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Betik
Khasiat Betik :-
Sebagai antioksidan yang mampu mengurai penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah atau makanan diproses

Rasberi
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Rasberi
Khasiat Rasberi :-
Mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah kanser

Rumpai Laut
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Rumpai Laut
Khasiat Rumpai Laut :-
Mengandungi mineral seperti Pottasium, Kalsium, Magnesium, Iron dan Iodine. Beta Carotene, Protein, Vitamin B12, Klorofil, Chlorophylone (asid lemak yang penting melawan kanser payudara)

Produk Soya (Tofu, Tauhu)
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Produk Soya
Khasiat Produk Soya :-
Phytoestrogen yang berfungsi mencegah kanser payudara dan prostat serta menghalang perubahan sel kepada sel kanser.

Daun Teh
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Daun Teh
Khasiat Daun Teh :-
Mengandungi antioksidan polyphenol (catechins) yang menghalang sel kanser merebak.
Mengandungi fitokimia epigallocathecin gallate (EGCG) yang melekat pada protein sel tumor dan seterusnya memperlahankan pertumbuhan tumor.

Tomato
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Tomato
Khasiat Tomato :-
Antioksidan Lycopene yang menyerap molukel oksigen bebas atau radikal bebas yang meransang kanser terutama kanser mulut.
Kaya dengan Vitamin C

Kunyit Hidup
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Kunyit Hidup
Khasiat Kunyit Hidup :-
Menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 yang sering dikaitkan dengan keradangan dan penyebab kanser kolon atau rektum.

Fiber / Serat
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Serat
Khasiat Fiber :-
Mampu mencegah kanser terutama kanser prostat.

Jus Epal Tak Bertapis
Petua Mencegah Kanser | Khasiat Jus Epal
Khasiat Jus Epal Tak Bertapis :-
Berupaya mencegah kanser kolon.

Selain daripada pengambilan makanan-makanan pencegah kanser diatas, gaya hidup sihat perlu juga diamalkan seperti melakukan senaman untuk menguatkan lagi daya tahan tubuh.

Sumber Tips Mencegah Penyakit Kanser - Food To Prevent Cancer




SERAI PENAWAR KANSER! Penemuan Israel yang disembunyikan!




Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”

Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)

AIR SERAI BERLIMAU

Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih

Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum. 




ANTARA MAKANAN YANG KAYA DENGAN VITAMIN B17


















































APA YANG PESAKIT KANSER TAK BOLEH MAKAN? 

1) Jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5; merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak). 

2) Jangan ambil Gula – Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian 

3) Jangan makan produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain 

Susu membuat tubuh menghasilkan mucus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula. 

4) Jangan makan Seafood : seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser) 

5) Jangan Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat (ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak) 

6) Jangan makan daging merah. WAJIB di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid. 

7) Jangan makan Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut) 

8) Say good bye bye pada Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik. 

Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, Ikan salmon, Ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain (Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser). 

9) Pun tak boleh ! ->Makanan segera & sebarang produk dalam tin: seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet. 

10) Jangan ambil Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan. 

11) Perlu dielakkan Makanan yang dipanggang & di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi. 

12) Jangan makan Sayuran & buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih (sebarang sayur yang berwarna putih, cendawan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan