|  |  | 
                  
                     | 
Pendahuluan 
  
                           
Kanser
 adalah penyakit kronik
                           yang boleh dihidapi oleh sesiapa saja tanpa 
mengira usia dan jantina. Kanser boleh menyebabkan penderitaan ke atas 
penghidapnya,
                           penderitaan yang dialami seringkali memberi 
kesan yang sangat besar kepada diri pesakit dan juga ahli-ahli keluarga 
yang lain.
                           Tidak semua kanser boleh diubati sepenuhnya 
dan tidak semua pesakit kanser yang telah pulih akan terhindar dari 
mendapat kembali
                           kanser yang sama. Terdapat juga di kalangan 
pesakit yang menghidap lebih dari satu jenis kanser seperti kanser ovari
 dan kanser
                           rahim.  Ada
 juga pesakit yang menghidap kanser payudara dan kemudiannya di dapati
                           pula menghidap kanser ovari. Kanser kedua 
yang terjadi di organ yang lain mungkin juga disebabkan oleh kanser yang
 sama telah
                           merebak ke organ tersebut. Bab ini akan 
memperkatakan tentang penjagaan pesakit kanser yang menghadapi keadaan 
di mana kanser
                           yang dihidapi tidak boleh disembuhkan lagi. 
Bab ini juga akan menerangkan berkenaan dengan penjagaan pesakit-pesakit
 kanser
                           yang berada pada peringkat akhir ataupun 
terminal. Tidak semua ahli masyarakat mengetahui betapa pentingnya 
penjagaan ke atas
                           pesakit-pesakit yang menghadapi masalah yang 
tersebut dan tidak ramai yang mengetahui bahawa terdapat kaedah-kaedah 
rawatan
                           yang boleh mengurangkan penderitaan penghidap
 kanser yang berada pada peringkat akhir ini. Kita tentu banyak 
menyaksikan bagaimana
                           ramai pesakit kanser yang terbiar dan 
terlantar tanpa sebarang usaha-usaha untuk mengurangkan penderitaan 
mereka dan pesakit-pesakit
                           ini akan meninggal dalam keadaan yang sangat 
menyedihkan. Kaedah rawatan yang bertujuan untuk mengurangkan 
penderitaan pesakit
                           kanser yang berada pada peringkat akhir 
ataupun yang tidak boleh disembuhkan lagi dinamakan penjagaan ataupun 
rawatan paliatif. 
 
PENJAGAAN PALIATIF 
 
Penjagaan
 paliatif bermaksud
                           penjagaan holistik yang merangkumi rawatan 
melegakan masalah fizikal, sosial dan psikologi pesakit. Pesakit yang 
dimaksudkan
                           di sini adalah pesakit yang menghidap 
penyakit-penyakit kronik yang serius dan tidak ada peluang untuk sembuh.
 Penjagaan paliatif
                           ini juga meliputi penyakit buah pinggang dan 
lain-lain. Walau bagaimanapun penyakit yang sering dikaitkan dengan 
penjagaan
                           paliatif ini adalah penyakit kanser. 
Penjagaan paliatif telah bertapak lama di negara kita dan sehingga hari 
ini terdapat
                           banyak pusat-pusat rawatan paliatif samada di
 Hospital Kerajaan ataupun swasta. Ianya dikendalikan oleh 
petugas-petugas yang
                           datangnya dari berbagai-bagai latar belakang 
termasuk bekas-bekas pesakit sendiri. Hampir di semua hospital-hospital 
besar
                           kerajaan mempunyai pusat rawatan paliatif. 
Pusat-pusat rawatan paliatif ini akan mempunyai doktor yang bertugas, 
jururawat-jururawat
                           dan sukarelawan-sukarelawan. Di tempat-tempat
 tertentu, pusat rawatan paliatif ini dinamakan Hospis.  Penjagaan paliatif merangkumi 
aspek fizikal , mental (psikologi) dan juga sosial, dengan itu penjagaan
                           paliatif ini memerlukan penglibatan semua 
pihak seperti doktor, jururawat, pekerja sosial, pakar psikiatri dan 
yang paling
                           penting adalah penglibatan ahli-ahli keluarga
 yang terdekat. Penjagaan atau rawatan paliatif ini merangkumi penjagaan
 semenjak
                           pesakit dimasukkan ke wad di hospital 
sehinggalah penjagaan pesakit di rumah . Di antara 
perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat
                           di dalam bidang penjagaan paliatif ini adalah
 : 
Rawatan melegakan kesakitanRawatan melegakan gejala-gejala akibat kanser seperti perdarahan, jangkitan kuman, keluar lendiran berbau, kesukaran
                           bernafas, kesukaran membuang air besar dan lain-lain.Lawatan ke rumah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pesakit di rumah.Aktiviti-aktiviti sosial dan kumpulan sokongan onkologi serta aktiviti-aktiviti spiritualKhidmat nasihat kepada ahli-ahli keluarga yang menjaga pesakit untuk mengurangkan beban mereka.Setengah-setengah Pusat Rawatan Paliatif  juga
 memberi bantuan sokongan
                           memulihkan masalah fizikal seperti pemindahan
 darah, mengeluarkan air dari selaput paru-paru, mengeluarkan air dari 
rongga
                           abdomen (ascitis) dan ada juga yang 
menyediakan rawatan kemoterapi. 
 
BILAKAH PESAKIT DIKATAKAN
                           MENGHIDAP KANSER YANG TIDAK BOLEH DISEMBUHKAN.  
 
Terdapat
 tiga golongan besar
                           pesakit kanser yang dikatakan telah mencapai 
peringkat di mana kanser mereka sudah tidak dapat disembuhkan lagi, 
golongan
                           tersebut adalah : 
 
Pesakit-pesakit
 baru yang dikesan menghidap kanser dan didapati sudah berada pada 
peringkat akhir iaitu peringkat 4.
                           Contohnya, pesakit kanser pangkal rahim yang 
didapati kansernya sudah merebak ke paru-paru, hati, tulang, otak dan 
lain-lain
                           anggota badan.Pesakit yang telah menjalani rawatan tetapi kemudiannya didapati menghidap semula kanser yang sama. Pada mulanya pesakit
                           tersebut mungkin menghidap kanser pada  peringkat
 awal serta telah menjalani rawatan
                           lengkap dan sembuh tetapi selepas beberapa 
ketika, kanser tersebut datang kembali. Untuk kali kedua ini, kanser 
tersebut telah
                           merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain 
seperti hati, paru-paru, tulang dan lain-lain. Ada juga di kalangan 
pesakit ini
                           yang didapati telah sembuh sepenuhnya untuk 
jangkamasa 2-3 tahun tetapi selepas itu didapati kanser tersebut datang 
kembali.Golongan
 ketiga adalah pesakit-pesakit kanser yang tidak dapat menjalani rawatan
 disebabkan oleh masalah kesihatan
                           ataupun keupayaan fizikal yang sangat lemah .
 Masalah-masalah fizikal yang dimaksudkan adalah seperti kegagalan buah 
pinggang,
                           kegagalan hati, penyakit jantung yang serius 
dan lain-lain. Dalam keadaan ini sebarang bentuk rawatan kanser akan 
menyebabkan
                           komplikasi yang sangat tinggi termasuk 
kematian.
                            |  | 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan