my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Jumaat, 4 November 2011

Software PC Monitoring – Mengesan Aktiviti Browsing Anda

Menjadi kemestian bagi kita untuk memantau komputer kita sendiri atau komputer di pejabat untuk mengesan aktiviti-aktiviti yang berlaku. Hal ini mungkin disebabkan atas beberapa alasan. Terutama bagi ibu bapa untuk memantau komputer mereka bagi mengesan aktiviti anak-anak selama mereka tiada di rumah. Individu tertentu juga perlu memantau komputer pasangan mereka bagi mengawasi kegiatan curang. Atau Pegawai IT yang ingin memantau aktiviti pekerja semasa bekerja di pejabat.

Hari ini, dengan kemajuan dalam bidang teknologi perisian, adalah mudah untuk memantau semua komputer yang kita gunakan. Untuk itu yang perlu anda lakukan adalah dengan menggunakan Software PC Monitoring. Tetapi untuk melakukan dengan cara yang terbaik tidaklah semudah yang disangka bagi sesetengah pihak. Hal ini kerana, terdapat pelbagai Software PC Monitoring di pasaran dan pengguna seringkali menjadi bingung di dalam pemilihan Software PC Monitoring yang terbaik dan bagaimana menggunakannya. Jadi saya akan menyenaraikan beberapa software yang boleh menjadi list di kepala anda.Apakah yang dimaksudkan dengan Software PC Monitoring dan bagaimana ia dapat membantu saya ?

Ia juga adalah seperti software yang lain di mana fungsi utamanya adalah untuk memantau setiap kegiatan/aktiviti yang terjadi pada komputer. Kegiatan/akiviti seperti web browsing, chatting, game dll, kesemuanya akan direkodkan dan disimpan. Software ini boleh merakam setiap pemantauan tertentu dan ini juga termasuk setiap keystroke (dari keyboard). Jadi secara tidak langsung ia dapat merekod username dan password dengan sangat mudah. Softwares PC Monitoring juga dikenali sebagai Keyloggers.

Bagaimana cara memasang Software PC Monitoring ?

Pemasangan Software PC Monitoring adalah terlalu mudah. Semasa proses pemasangan(installation), anda perlu menetapkan (setup) password rahsia dan kombinasi hotkey yang diperlukan. Ini penting bagi menyembunyikan software ini dari dikesan pengguna dan ianya digunakan untuk melihat data yang telah direkodkan (log) kelak. Selepas pemasangan selesai, sofware ini berjalan seperti biasa dan tidak akan disedari oleh pengguna. Anda boleh melihat bila-bila masa data yang telah direkodkan (log) dengan menekan kombinasi hotkey (ex. Shift + Ctrl + F10). Seterusnya tetingkap kecil akan muncul dan meminta password. Di sini anda perlu memasukkan kata laluan yang telah anda setup pada waktu pemasangan. Setelah anda memasukkan password, anda akan dapat melihat semua aktiviti yang berlaku pada komputer anda semasa ketiadaan anda.

Bolehkah pengguna yang menggunakan komputer anda tahu tentang kewujudan Software PC Monitoring ?

Kebarangkaliannya adalah mustahil bagi pengguna untuk mengesan kewujudan Software PC Monitoring. Hal ini kerana, selesai sahaja software ini dipasang ia dapat menyembunyikan dirinya dari menu Start, Program Files, Control Panel, Task manager dll. Oleh itu, pengguna tidak akan dapat mengesan kewujudan software ini yang juga dipanggil teknik stealth.

Software PC Monitoring jenis yang mana yang saya harus gunakan?

Berikut merupakan beberapa jenis Software PC Monitoring terbaik yang saya cadangkan:

Untuk Monitoring Local PC

Spy Agent Stealth
Dokumentasi Pemasangan Lengkap di (reserve)

Untuk Remote PC Secara Dalam Talian/Internet (Juga bekerja pada PC sendiri):

SniperSpy merupakan antara Software PC Monitoring yang terbaik pernah saya cuba dan saya telah pun menggunakannya untuk aktiviti monitoring secara dalam talian bermaksud saya dapat mengesan aktiviti browsing secara langsung dari PC yang berasingan. Software ini boleh terus dipasang/install melalui emel. Seterusnya anda dapat mengesan aktiviti online pengguna dan ini termasuklah melihat aktiviti history chats, websites, keystrokes dalam pelbagai bahasa dengan bantuan screenshots.

Bagaimana anda dapat mengetahui data-data pengguna? Sebenarnya software ini dapat merekod kesemua aktiviti pengguna dan kemudian menghantar maklumat-maklumat terus ke akaun online anda. Jadi, pengguna tidak sedar bahawa kesemua aktiviti mereka telah direkodkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan