my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Jumaat, 4 November 2011

Cara Menjejaki Rakan

Myspace suatu ketika dulu pernah menjadi laman sosial paling popular di dunia sebelum kemunculan Facebook yang kini telah mengambil alih kedudukan dan popularitinya. Majoriti malah hampir semua pengguna laman sosial tersebut telah beralih ke Facebook kerana mereka beranggapan ia merupakan satu trend alaf baru untuk bersosial. Tetapi perlu diingat, Myspace jugalah yang telah banyak berjasa dan mendidik anda untuk bersosial secara alam maya (termasuk friendster) dan sebagainya.Adakah anda masih ingatkan Myspace? ataupun akaun Myspace anda terbiar begitu sahaja tanpa owner? Cuba bayangkan dulu anda adalah seorang remaja yang sangat sukakan muzik dan sukakan kebebasan untuk mengubahsuai profile mengikut citarasa sendiri. Sekarang mana perginya muzik yang anda letak di profile yang berlatarbelakang gambar yang penuh warna-warni? Jawapannya ada di dalam kepala sendiri (anda sudah terlalu dewasa sebenarnya untuk profile-profile sebegitu). Awek/balak Myspace dan awek/balak Facebook juga sangat berbeza walaupun mereka adalah orang yang sama. Di Myspace anda boleh add sesiapa sahaja yang anda suka (usha picture profile cun terus add kot..hahaha) tanpa segan silu. Di Facebook ianya lebih privasi dan perasaan untuk add adalah berbeza. Anda mungkin berasa takut-takot untuk add memandang friend request anda tidak diendahkan (ibarat kena reject habis. kadang tu berzaman baru approve). -- Terpaksa main poke-poke dulu dan mesej.

Selalunya friend request anda akan diapprove jika beliau mengenali anda. Namun begitu terdapat juga pengguna yang open-minded. Mereka tidak kisah siapa-siapa yang add mereka, yang penting rakan mereka bertambah. Tetapi perlu diingat, jangan terlalu suka-suka untuk approve seseorang yang sangat tidak dikenali. Mereka mungkin adalah spy untuk mendapatkan seberapa banyak data yang boleh dikumpul untuk aktiviti godaman dan sebagainya. Sebenarnya alamat emel dan no. telefon adalah 2 source penting untuk memulakan aktiviti godaman.Untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua laman sosial ini dari awal ianya ditubuhkan sehingga sekarang, boleh dapatkan di wikipedia:
http://en.wikipedia.org/wiki/Myspace
http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook

Berikut merupakan cara mudah untuk mencari rakan Myspace anda di Facebook. Cara ini mungkin dianggap nasib dan tidak berjaya 100% namun ianya sangat menyeronokkan. Cara lain untuk dapatkan kembali rakan Myspace anda adalah dengan masuk kembali ke dalam akaun emel Myspace dan dapatkan emel rakan anda di sana. Atau anda boleh invite mereka melalui emel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan