my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Khamis, 3 November 2011

BMW Sauber

BMW Sauber F1 adalah sebuah pasukan Formula Satu yang berpangkalan di Hinwil, Switzerland dan Munich, Jerman. Pasukan ini dibentuk pada penghujung musim 2005 sebagai kesan pengambilalihan pasukan Formula Satu Sauber sedia ada oleh pengeluar kereta Jerman BMW selepas usahasama mereka bersama Williams. Pasukan ini memperolehi dua kedudukan podium dan berada di tempat kelima dalam 2006, musim pertamanya dalam Formula Satu. Ini diikuti tempat kedua dalam musim 2007 setelah pasukan McLaren dikecualikan daripada kejuaraan. Pemandu Poland Robert Kubica memperolehi kemenangan pertama pasukan ini di Grand Prix Kanada 2008.

Pada 29 July 2009, BMW mengumumkan pengunduran dirinya dari F1 pada akhir musim 2009, ekoran "perkembangan terkini dalam sukan bermotor".[1] Berikutan ketidaktentuan masa hadapan pasukan ini, FIA memberikan tempatnya di musim 2010 kepada Lotus Racing, beserta tempat ke-14 untuk menjadikan BMW Sauber sebagai simpanan utama seandainya terbukanya sesebuah kedudukan atau kejohanan diperluaskan kepada 14 pasukan.[2] BMW mengakhiri hayatnya dalam sukan F1 di perlumbaan Abu Dhabi 2009, di tempat ke-6 kedudukan pasukan keseluruhan musim itu, dengan sumbangan mata-mata terakhirnya dari Nick Heidfeld di tempat ke-5 perlumbaan itu.

Pada 27 November 2009, BMW mengumumkan tercapainya persetujuan untuk menjual 80% pegangan sahamnya kepada Peter Sauber, lalu pasukan tersebut berjaya mendapatkan tempat ke-13 di kejohanan 2010 pada minggu berikutnya sebagai satu syarat urus janji itu. Satu lagi syaratnya mengehendaki bilangan kakitangan dikurangkan dari 388 kepada 250 orang.[3]Asal-usul
[sunting]
Sauber

Pada tahun 1970, Peter Sauber membina kereta pertamanya iaitu Sauber C1 yang memenangi acara Swiss Hillclimb pada tahun itu.[4] Sauber terus menyertai lumba kereta mendaki bukit sehingga beralih ke sukan bermotor pantas. Pasukan Sauber serba sedikit merasai kejayaan pada 1970-an dan 1980-an. Pada tahun 1989, Sauber menjadi pasukan kerja Mercedes-Benz, memenangi perlumbaan 24 Hours of Le Mans pada tahun itu dan juga World Sportscar Championship setahun kemudian.[5]

Pasukan Switzerland itu memasuki arena Formula Satu pada musim 1993, dengan enjin-enjin bekalan Mercedes. Hubungannya dengan pengilang Jerman itu bertahan hingga tahun 1994 apabila Mercedes beralih ke pasukan McLaren. Pasukan Sauber beralih ke enjin Ford dari tahun 1995 hingga 1996, kemudian ke enjin Ferrari yang berjenama Petronas, dari tahun 1997 hingga 2005. Sauber tidak pernah mencapai kemenangan, petak pertama atau pusingan pertama sepanjang kewujudannya dalam perlumbaan Grand Prix, namun pernah mendapatkan tempat ke-4 Kejuaraan Pengeluar musim 2001 bersama Kimi Räikkönen dan Nick Heidfeld sebagai pemandunya.[5]
[sunting]
BMW

BMW mula-mulanya menyertai perlumbaan kereta lumba bertempat duduk tunggal, dengan membekalkan enjin dalam kategori Formula Dua sebelum dinaikkan ke Formula Satu bersama pasukan Brabham pada tahun 1982, kemudian dikurniakan gelaran Kejuaraan Pemandu untuk Nelson Piquet dari Brazil setahun kemudian. BMW kekal dalam sukan F1 hingga tahun 1987, apabila hak penggunaan enjinnya diberi kepada Megatron yang terus memakainya sehingga tahun 1988. 12 tahun kemudian, BMW kembali ke arena F1 bersama pasukan Williams dari UK. Walaupun perkongsian kali ini sedikit sebanyak mendatangkan hasil, namun mereka gagal merangkul Gelaran Dunia Kejuaraan Pemandu mahupun Pengeluar. Pada tahun 2005, BMW menamatkan perjanjian bekalan enjin dengan Williams lalu membeli Sauber.[6] Peter Sauber kekal dengan pasukannya sebagai penasihat.
[sunting]
BMW Sauber F1
[sunting]
2006

Nick Heidfeld mendapat kedudukan podium pertama pasukannya di Grand Prix Hungary 2006.

BMW Sauber meletakkan mesej "Thanks Michael" di belakang kereta mereka untuk grand prix terakhir Michael Schumacher di Brazil.

Pada musim 2006, BMW Sauber menandatangani Nick Heidfeld dari Williams sebagai pemandu utama, sementara Juara Dunia 1997 Jacques Villeneuve mengesahkan kontrak Sauber yang sedia ada. Robert Kubica dari Poland menjadi pemandu ketiga pasukan. Pasukan tersebut masih menggunakan kemudahan Sauber, terutamanya untuk pembinaan casis dan ujian terowong angin, manakala ibu pejabat BMW di Munich bertanggungjawab pembinaan enjin V8 P86.

Bekas penaja kejuaraan Sauber, Petronas memperbaharui kontraknya dengan pasukan baru ini sebagai penaja biasa; begitu juga dengan Credit Suisse. Untuk musim baru, BMW Sauber mengumumkan kerjasama teknikal dengan Intel yang diakui boleh membawa kepada peningkatan teknologi yang sedia ada dalam kereta jalanan BMW.[7]

Lambang baru, diperkenalkan di Valencia pada 17 Januari 2006, adalah warna tradisional biru putih BMW dengan sedikit merah.

Jacques Villeneuve memperoleh mata pertama pasukannya dengan menduduki tempat ketujuh di Grand Prix Malaysia 2006, selepas Heidfeld terkeluar dari kedudukan kelima akibat kerosakan enjin di akhir perlumbaan. Sepanjang dua pertiga awal musim, para pemandunya merangkul mata dengan menduduki tangga ketujuh dan kelapan berturut-turut.

Pasukan ini menggunakan penambahan aero "menara berkembar" yang menyeluruh di hadapan kereta semasa perlumbaan di Magny-Cours, Perancis, yang bertujuan mengalirkan udara ke belakang, sekaligus meningkatkan prestasi.[8] Penambahan luar biasa ini segera diharamkan oleh FIA kerana didapati menjejaskan penglihatan pemandu, dan seterus mengancam keselamatan.[9]

Heidfeld memperoleh kedudukan podium pertama pasukannya di Grand Prix Hungary 2006 dari petak grid ke-10. Kubica mengambil alih tempat Villeneuve yang dikatakan oleh BMW tidak boleh memandu kerana kesulitan perubatan berikutan kemalangan di Grand Prix Jerman. Kubica menduduki tangga ke-7, tetapi kemudian hilang kelayakan kerana keretanya terlalu ringan.[10] Selepas berlumba di Hungary, BMW mengumumkan bahawa Kubica akan melengkapkan musim ini bagi pasukan Sauber, lantas menandakan berakhirnya kerjaya Villeneuve sebagai bekas juara dunia F1.[11]

Kubica meraih kedudukan podium kedua musim di Grand Prix Itali, setelah menduduki tempat ketiga sepanjang kebanyakan perlumbaan dan mendahului seketika semasa pusingan hentian pit pertama. Prestasi Heidfeld pula kurang memberangsangkan dan berakhir dengan hanya merangkul satu mata di kelapan. Kedudukan akhir pasukan ini di tangga kelima kejuaraan pengeluar dipastikan oleh dua mata dari Heidfeld di Grand Prix China 2006, dan penarikan diri kedua-dua pemandu Toyota dari Grand Prix Brazil 2006.
[sunting]
2007

Nick Heidfeld mencatatkan prestasi terbaik BMW Sauber pada musim 2007 iaitu tangga ke-2 di Grand Prix Kanada.

Robert Kubica sebagai pemandu kedua pasukan, beraksi di Grand Prix Kanada 2007.

Pada 19 Oktober 2006, diumumkan bahawa Robert Kubica akan bersahabat dengan Nick Heidfeld pada musim 2007 dengan Sebastian Vettel sebagai pemandu uji dan simpanan. Pada 21 Disember, diumumkan bahawa Timo Glock menyertai pasukan BMW Sauber sebagai pemandu uji kedua.[12] Pasukan ini melancarkan kereta barunya, iaitu F1.07, pada 16 Januari 2007.[13]

Kereta baru itu mempamerkan prestasi yang meyakinkan sepanjang sesi ujian pada musim sejuk, sehingga adakalanya mencatat masa terpantas. Bagaimanapun, ketua pasukan Mario Theissen meluahkan sedikit kebimbangan akan keutuhan kereta tersebut sebelum perlumbaan pembukaan di Melbourne. Robert Kubica menarik diri dari kedudukan ke-4 di tengah-tengah perlumbaan akibat masalah kotak gear, namun Nick Heidfeld membuktikan kejayaan ujian musim sejuk tersebut bukan hangat-hangat tahi ayam dengan menyempurnakan perlumbaannya di tangga ke-4. Heidfeld meneruskan kejayaan ini dengan dua lagi tempat ke-4 di Malaysia dan Bahrain. Kubica mendapat tempat ke-6 di Bahrain setelah menarik diri dan Australia dan mengalami masalah mekanik di Malaysia.

Prestasi BMW Sauber setakat ini menimbulkan kepercayaan ramai bahawa pauskan ini boleh memenangi perlumbaan setelah menonjolkan kehebatannya sebagai pasukan terbaik selepas pendahulu kejuaraan Ferrari dan McLaren. Walaupun jurang prestasi antara kedua-dua pasukan peneraju dan BMW Sauber dilihat agak besar, tetapi tidak sebesar jurang antara BMW Sauber dan pasukan-pasukan di belakangnya.[14]

Grand Prix Kanada berkesudahan dengan nasib bercampur-campur untuk pasukan ini. Walaupun Nick Heidfeld melengkapkan perlumbaannya di tempat ke-2, Robert Kubica pula mengalami pelangaaran teruk yang menyebabkan kereta keselamatan mengitari litar untuk masa yang agak lama. Pihak media mula-mulanya dimaklumkan bahawa Kubica terpatah kakinya, tetapi rupa-rupanya beliau cuma mengalami buku lima terseliuh dan konkusi.[15]

Sebastian Vettel mengambil alih tempat Kubica di Grand Prix AS, lalu mencapai tangga ke-8, oleh itu menjadi pemandu termuda yang mendapat mata Kejohanan Dunia Formula Satu. Bagaimanapun, selepas GP Eropah, Scuderia Toro Rosso mengumumkan bahawa Vettel mengambil alih peranan pemandu kedua dari Scott Speed.
[sunting]
2008

BMW Sauber mencapai kedudukan podium di perlumbaan pertama musim 2008, hasil Nick Heidfeld.

Grand Prix Kanada menyaksikan Robert Kubica mencatat kemenangan sulung dirinya dan pasukan BMW Sauber.

Pada 21 Ogos 2007, BMW mengesahkan Heidfeld dan Kubica sebagai barisan pemandunya untuk musim 2008.[16] Keretanya kali ini, F1.08 dirasmikan di BMW Welt, Munich pada 14 Januari 2008, lalu dipandu oleh Kubica buat kali pertama di Valencia pada hari keesokannya.

Pasukan BMW Sauber juga memperkenalkan skim baru yang mana setiap individu dalam seluruh pasukan akan diberi "fit for pole",[17] dari ketua hingga ke tukang bersih, iaitu pasukan ini dipastikan sihat dan sedia sepenuhnya pada musim 2008. Ketua pasukan, Mario Theissen dengan bangganya menyasarkan kemenangan F1 pertama pada musim ini yang dipertikai oleh ramai pihak luar.

BMW Sauber memulakan musim dengan memuaskan apabila Kubica nyaris merampas petak pertama akibat kesilapan dalam pusingan kelayakan utamanya di Melbourne. Di perlumbaan sebenar, Kubica menarik diri setelah dilanggar oleh Kazuki Nakajima tetapi Heidfeld melengkapkan perlumbaan di tempat ke-2. Kubica turut menduduki tangga ke-2 di Malaysia, manakala Heidfeld di tempat ke-6 pula mencatatkan pusingan terpantas sepanjang perlumbaan. Di Bahrain, Kubica merangkul petak pertama sulungnya buat diri dan pasukannya, dengan mengatasi Felipe Massa dengan perbezaan kurang 0.03 saat. Kedua-dua pemandu mengisi tangga ke-3 dan ke-4 dalam perlumbaan ini, sekaligus melonjakkan pasukan mereka ke tempat pertama kejuaraan pengeluar buat julung kalinya.

Pasukan ini turut menduduki tangga kedua di Monaco Grand Prix, dengan Robert Kubica mengatasi kedua-dua pelumba Ferrari dan mengekori pelumba McLaren Lewis Hamilton dengan hanya tiga saat.

BMW Sauber merasai kemenangan pertama di Grand Prix Kanada 2008, apabila kedua-dua pelumbanya merampas kedua-dua tangga teratas iaitu kemenangan pertama Robert Kubica diekori Nick Heidfeld, apatah lagi dimudahkan oleh pelanggaran Lewis Hamilton ddengan Kimi Räikkönen di lorong perhentian yang menamatkan perlumbaan kedua-dua mereka. Kubica mengikut percaturan isian minyak yang berbeza daripada Heidfeld yang mendahului perlumbaan buat seketika sebelum memastikan kedua-dua tangga teratas dalam genggaman mereka dengan begitu selesa.

Berikutan kemenangan itu, usaha pembangunan beralih tumpuan kepada musim 2009 yang dikenakan peraturan baru. Perkembangan ini amat menghampakan Kubica (yang mendahului kejuaraan selepas GP Kanada), kerana beliau berasa mereka sewajarnya menyasarkan sekurang-kurangnya satu gelaran. Kekurangan tumpuan kepada musim ini dicerminkan oleh kemerosotan prestasi sepanjang separuh kedua musim ini yang menyaksikan BMW diatasi oleh Renault, Toyota dan juga Toro Rosso (yang memulakan musim sebagai antara pasukan yang paling perlahan) menjelang akhir musim. Sungguhpun begitu, Kubica mengejar peluang tipis untuk merangkul kejuaraan pemandu sehingga Grand Prix kedua terakhir di China.

Pada bulan October, pihak pasukan mengesahkan Robert Kubica dan Nick Heidfeld kekal sebagai pemandu utama untuk musim 2009.[18]
[sunting]
2009

Walaupun BMW Sauber menyasarkan musim 2009 sebagai tahun mengecapi gelaran, namun prestasinya di awal musim agak mengecewakan. Kubica berada di tangga ke-3 pusingan pembukaan, apabila terlanggar Vettel merebut tangga ke-2 lalu terpaksa menarik diri. Heidfeld kemudiannya memastikan kedudukan podium pertama tahun ini di Malaysia, tetapi selepas enam perlumbaan, BMW Sauber cuma mengumpul 6 mata dan berada di tangga ke-8 dari 10 pasukan di Kejuaraan Pengeluar. Beberapa penambahbaikan dilakukan sempena Turki, termasuk peningkatan sistem brek janaan semula (KERS) dan peresap dua tingkat. Apabila peresap baru ini dilaksanakan, KERS tidak dapat dimuatkan, maka kedua-dua pemandunya terpaksa berlumba tanpanya. Selepas sesi kelayakan Grand Prix British, Mario Theissen mengumumkan keputusan pasukannya untuk tidak melanjutkan pembangunan KERS yang selama ini kuat didukung oleh BMW, sebaliknya bertumpu kepada peningkatan aerodinamik kereta. Maka tinggalnya Ferrari dan McLaren sahaja yang menggunakan sistem KERS. Di Grand Prix Eropah di Valencia, Robert Kubica mencatat mata pertama pasukan sejak berlumba di Turki.

Berikutan mesyuarat lembaga BMW pada 28 Julai, syarikat itu mengadakan sidang akhbar pada pagi keesokannya untuk mengesahkan penarikan diri pasukannya dari Formula Satu pada akhir musim 2009. Pengerusi Dr Norbert Reithofer menyifatkan keputusan ini sebagai berbentuk strategi.[19] Persatuan Pasukan Formula Satu pula membalas khabar itu mengeluarkan kenyataan meraih sokongan untuk membantu pasukan ini kekal dalam F1.[20]

Pada 15 September 2009, diumumkan bahawa BMW Sauber bakal dibeli oleh Qadbak Investments Limited yang dikatakan mewakili kepentingan Eropah dan Timur Tengah. Bagaimanapun, Lotus diberi tempat ke-13 dan terakhir dalam Kejohanan 2010. BMW Sauber pula diberi tempat ke-14 yang bergantung kepada satu lagi pasukan menarik diri atau semua pasukan lain bersetuju agar 28 pelumba dibenarkan menyertai Kejohanan 2010.[21][22] Berikutan penarikan diri Toyota, nampaknya bilangan pasukan tidak sampai 14 pada tahun 2010. Pasukan ini bakal menggunakan enjin Ferrari pada tahun 2010 seandainya dibenarkan berlumba.[23]

Pada 27 November 2009, diumumkan bahawa Peter Sauber akan membeli semula pasukan ini dengan syarat pasukan ini layak ke musim 2010.[24] Akhirnya, FIA membenarkan penyertaan Sauber pada 3 Disember.[25]Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Mata WCC
2006 BMW Sauber F1.06 BMW P86 V8 M BHR MAL AUS SMR EUR ESP MON GBR CAN USA FRA GER HUN TUR ITA CHN JPN BRA 36 ke-5
Heidfeld 12 Ret 4 13 10 8 7 7 7 Ret 8 Ret 3 14 8 7 8 Ret
Villeneuve Ret 7 6 12 8 12 14 8 Ret Ret 11 Ret
Kubica TD TD TD TD TD TD TD TD TD TD TD TD DSQ 12 3 13 9 9
2007 BMW Sauber F1.07 BMW P86/7 V8 B AUS MAL BHR ESP MON CAN USA FRA GBR EUR HUN TUR ITA BEL JPN CHN BRA 101 2
Heidfeld 4 4 4 Ret 6 2 Ret 5 6 6 3 4 4 5 14 7 6
Kubica Ret 18 6 4 5 Ret Inj 4 4 7 5 8 5 9 7 Ret 5
Vettel TD TD 8
2008 BMW Sauber F1.08 BMW P86/8 V8 B AUS MAL BHR ESP TUR MON CAN FRA GBR GER HUN EUR BEL ITA SIN JPN CHN BRA 135 3
Heidfeld 2 6 4 9 5 14 2 13 2 4 10 9 2 5 6 9 5 10
Kubica Ret 2 3 4 4 2 1 5 Ret 7 8 3 6 3 11 2 6 11
2009 BMW Sauber F1.09 BMW P86/9 V8 B AUS MAL CHN BHR ESP MON TUR GBR GER HUN EUR BEL ITA SIN JPN BRA ABU 36 6
Robert Kubica 15 Ret 13 18 11 Ret 7 13 14 13 8 4 Ret 8 9 2 10
Nick Heidfeld 10 2‡ 12 19 7 11 11 15 10 11 11 5 7 Ret 6 Ret 5


Bold - Petak pertama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan