my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Rabu, 26 Oktober 2011

Download Siri Firefox 2 Hingga 9 Untuk Windows, Linux Dan Mac OS X

MOZILLA Corporation adalah dimiliki sepenuhnya oleh Mozilla Foundation yang menguruskan pembangunan beberapa aplikasi seperti browser Mozilla Firefox, SeaMonkey Navigator web browsers dan Mozilla Thunderbird email client. Mereka adalah sebuah komuniti global open source yang semakin meningkat naik.Sehingga Ogos 2011, Firefox merupakan browser (pelayar Internet) kedua yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Dianggarkan kira kira 30% daripada jumlah pengguna Internet dunia.

Sedikit teknikal: Firefox sebenarnya menggunakan Gecko layout engine. Di samping ciri lain yang menarik seperti pelayaran berasaskan tab, semakan ejaan, pengurus muaturun, private browsing, geolocation dan berbagai lagi.

Selain itu, sekiranya pengguna mahu menambah fungsi Firefox juga tiada masalah. Mereka menyokong banyak extensions (dibangunkan oleh pihak ketiga) yang boleh digabungkan ke dalam browser Firefox kita.

Firefox dapat berfungsi dalam hampir kebanyakan operating system termasuk Microsoft Windows, GNU/Linux, Mac OS X dan FreeBSD. Sehingga saya menulis post ini, versi Firefox paling stabil yang disarankan oleh Pihak Mozilla Firefox ialah Firefox 6.0.2 yang dilancarkan secara rasmi pada 6 September 2011.

Lain orang, lain citarasanya. Ada yang sukakan versi terkini, ada pula yang lebih gemarkan versi lama. Mugkin juga ada yang suka menyimpan koleksi Browser Firefox dari dahulu sampai yang terkini. Jadi walau apa juga yang menjadi minat anda, berikut adalah pautan untuk download siri lengkap Mozilla. Bermula daripada Firefox 2 sehinggalah Mozilla Firefox 9 Alpha.

Jadi saya telah berusaha mencari satu sumber download Firefox yang memungkinkan kita mendapat kesemua siri Firefox. Daripada yang lama sehingga yang terkini. Akhirnya saya menjumpai suatu laman untuk download browser Firefox ini. Selamat men-download semua.

>> Download Firefox V2 Until V9 Here <<

Enjoy..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan