my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Khamis, 27 Oktober 2011

isteri lagi tua dari suami..

Dewasa ini, perkahwinan di bina berdasarkan cinta, kasih sayang dan kesefahaman yang dicapai bersama. Jarang-jarang kita mendengarkan ibu bapa memainkan peranan utama dalam mencari pasangan untuk anaknya. Satu ketika dahulu, banyak perkara yang dititik beratkan dalam mencari pasangan. Taraf, pangkat, harta, keturunan, agama dan tidak lupa juga faktor umur memainkan peranan dalam memilih pasangan. Tidak dinafikan agama merupakan faktor yang paling penting dalam mencari pasangan. Kebiasaannya, lelaki akan mencari perempuan yang lebih muda atau sebaya dengannya.

Memikirkan hal ini penulis terpanggil untuk membuat satu survey di kalangan rakan-rakan penulis pandangan mereka terhadap perempuan yang berkahwin dengan lelaki lebih muda dari mereka.

Boleh dikatakan kesemua mereka mengatakan itu tidak lagi menjadi masalah pada zaman sekarang asalkan pasangan tersebut saling menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain dalam merealisasikan objektif perkahwinan itu sendiri. Suami yang lebih muda dari isteri juga perlu ‘matang’ dalam menguruskan rumah tangga dan mampu untuk menjadi ketua keluarga yang baik. Si isteri juga perlu menghormati suami sebagai ketua keluarga walaupun di lebih tua dari si suami. Ini kerana, kita pernah ‘dimomokkan’ dengan cerita jika suami lebih muda dari isteri, si isteri akan bersikap ‘queen control’ dan ego dengan suami.

Ada juga pendapat mengatakan jika suami lebih muda dari isteri, apabila mencapai waktu 40-an si isteri sudah kurang berkeinginan terhadap seks dan si suami masih ‘menginginkan’ layanan seks. Ini dikhuatiri si suami akan mula kurang cintanya pada si isteri sehingga sanggup ‘makan luar’ dan poligami (bukan kerana tujuan poligami yang mengikut syariat).

Dari pandangan-pandangan yang saya terima, kesimpulannya disini perempuan berkahwin dengan suami yang lebih muda tidak akan menjadi menjadi masalah sekiranya pasangan tersebut sanggup untuk hidup bersama dan memainkan peranan dan menjalankan hak dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dengan sebenar-benarnya. Ini kerana objektif perkahwinan itu sendiri tidak meletakkan seks semata-mata dalam perkahwinan. Tambahan pula, tidak ada dalil atau nas al-quran dan juga enakmen undang-undang melarang perempuan berkahwin dengan lelaki yang lebih muda. Sejarah juga mengatakan Nabi Muhammad S.A.W yang berumur 25 tahun ketika itu berkahwin dengan Siti Khadijah yang berumur 40 tahun. Semua ini terpulang kepada individu itu sendiri dalam mewujudkan keluarga yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Wallahu’allam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan