Meng-azankan Bayi Pada Telinganya
Berkenaan permasalahan ini, ada suatu perbahasan yang agak menarik dan sekaligus memberikan kesimpulan yang agak kontra dengan kebiasaan amalan masyarakat kita yang biasa mengazankan telinga bayi sebaik saja kelahirannya. Oleh itu, di sini saya utarakan satu perbahasan mengenai status hadis berkaitan meng-azankan telinga bayi.
Hadis Pertama
Hadis ini berasal dari Abu Rofi’, bekas budak Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.), ia berkata: “Saya melihat Rasulullah s.a.w. azan, seperti azan solat, di telinga al-Hasan bin Ali, ketika Fathimah radhiyallahu ‘anha (r.anha.) melahirkannya”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud (5105), at-Tirmidziy (4/1514), al-Baihaqiy dalam al-Kubro (9/300), dan dalam asy-Syu’ab (6/389-390), ath-Thabraniy dalam al-Kabir (931-2578), dan dalam ad-Du’a (2/944), Ahmad (6/9-391-392), Abdur-Razzaq (7986), ath-Thoyalisiy (970), al-Hakim (3/179), dan al-Baghawiy dalam Syarh as-Sunnah (11/273).
Al-Hakim berkata, “Sahih sanadnya sekalipun keduanya (al-Bukhari dan Muslim) tidak mengeluarkannya”. Akan tetapi, ia disanggah oleh adz-Dzahabi dengan berkata: “Ashim adalah dho’if (lemah)”. at-Tirmidzi berkata, “Semua meriwayatkannya dari jalur Sufyan ats-Tsauri dari Ashim bin Ubaidillah dari Ubaidillah bin Abi Rofi’ dari bapaknya”.
Ini juga merupakan Hadis Riwayat ath-Thabraniy dalam al-Kabir (926,2579), dan dibawakan hadis ini oleh al-Haitsami dalam Majma’ az-Zawa’id (4/60) dari jalur Hammad bin Syu’aib dari Ashim bin Ubaidillah dari Ali bin al-Husain dari Abi Rofi’ dengan sedikit tambahan, “Beliau azan di telinga al-Hasan dan al-Husain”. Dia berkata di akhirnya, “Beliau memerintahkan hal itu kepada mereka”.
Di dalam sanad hadis ini terdapat Hammad bin Syu’aib. Ibnu Ma’in telah men-dho’if-kannya. Menurut al-Bukhari, “Mungkar hadisnya”. Pada tempat lain, ia berkata: “Mereka meninggalkan hadisnya”. al-Haitsami berkata dalam al-Majma’ (4/60), “Di dalamnya terdapat Hammad bin Syu’aib, sedang dia adalah amat lemah”.
Di dalamnya juga terdapat Ashim bin Ubaidillah, seorang yang dho’if (lemah). Selain itu, Hammad telah menyelisihi Sufyan ats-Tsaury, sama ada dalam hal sanad mahupun redaksi hadis, ini adalah kerana ia telah meriwayatkannya dari Ashim dari Ali bin al-Husain dari Abi Rofi’. Dia menggantikan Ubaidullah bin Abi Rofi’ dengan Ali bin al-Husain, dan ia juga menambahkan lafaz pada redaksi hadis, “…al-Husain”, dan perintah berazan. Hammad yang ini termasuk orang yang tidak diterima hadisnya, jika menyendiri dalam meriwayatkan hadis, kerana kelemahan pada dirinya yang telah anda ketahui. Apalagi ia menyelisihi orang yang lebih tsiqah (terpercaya) dan teliti daripada dirinya seperti ats-Tsaury. Dengan ini, hadis Hammad menjadi mungkar kerana kelemahannya yang pertama, dan kedua, penyelisihannya terhadap orang yang lebih tsiqah.
Adapun jalur kedua dari Sufyan, terdapat seorang yang bernama Ashim bin Ubaidillah. Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah (r.h.) berkata dalam at-Taqrib, “Dia lemah”. Al-Hafizh juga menyebutkan dalam at-Tahdzib (5/42), Syu’bah berkata, “Andaikan Ashim ditanya, “Siapakah yang membangunkan (membina) Masjid Bashrah, niscaya ia akan menjawab, “Fulan dari fulan dari Nabi s.a.w. bahawa beliau telah membangunkannya”. Ini untuk menggambarkan rawi ini bermudah-mudah meriwayatkan hadis, tanpa memperhatikan hadis yang ia riwayatkan sehingga dia banyak menyelisihi orang yang lebih tsiqah.Adz-Dzahaby berkata dalam al-Mizan (2/354), “Abu Zur’ah dan Abu Hatim berkata: Ashim adalah hadisnya mungkar. Ad-Daruquthny berkata: Ia ditinggalkan, orangnya lalai”. Lalu ia membawakan hadis Abu Rofi’, “Bahawa Rasulullah s.a.w. meng-azani telinga al-Hasan dan al-Husain”. Ringkasnya, hadis ini dho’if (lemah) kerana masalahnya ada pada Ashim, sedang anda telah tahu keadaan dirinya.
Ibnul Qoyyim menyebutkan dalam dalam kitabnya Tuhfah al-Wadud (hal.17) hadis Abu Rofi’, lalu membawakan dua hadis yang satunya dari Ibnu Abbas, dan lainnya lagi dari al-Husain bin Ali. Beliau menjadikan kedua hadis ini sebagai penguat bagi hadis Abu Rofi’ dan membuatkan tajuk, “Bab: Dianjurkannya azan ditelinga bayi”. Hal ini sebenarnya kurang tepat sesuai dengan perbahasan yang akan kita ketahui kemudian, Insya Allah.
Hadis Kedua
Adapun hadis kedua dari Ibnu Abbas r.a., diriwayatkan oleh al-Baihaqy dalam Syu’abul Iman (6/8620) dari Muhammad bin Yunus dari al-Hasan bin Amer bin Saif as-Sadusy, ia berkata, al-Qosim bin Muthoyyib Telah menceritakan kami dari Manshur bin Shofiyyah dari Abu Ma’bad dari Ibnu Abbas: ”Bahawasanya Nabi s.a.w. azan di telinga al-Hasan bin Ali pada hari ia dilahirkan, di telinga kanannya. Beliau melakukan iqomat pada telinga kirinya”.
Setelah itu, al-Baihaqi berkata: “Pada sanadnya terdapat kelemahan”. Kami katakan, “Bahkan hadis ini palsu”. Penyakitnya ada pada al-Hasan bin Amer. Al-Hafizh berkata dalam at-Taqrib, “Orangnya matruk/ditinggalkan”. Ibnu Abi Hatim berkata dalam al-Jarh wa at-Ta’dil (1/2/26), biografi (no.109), “Saya pernah mendengarkan ayahku berkata: [Kami pernah melihat al-Hasan bin Amer di Bashrah, dan kami tidak menulis hadis darinya, sedang dia itu ditinggalkan hadisnya]”. Adz-Dzahaby berkata dalam al-Mizan, “al-Hasan bin Amer dikatakan pendusta oleh Ibnul Madiny. Al-Bukhory berkata, “Dia pendusta”. Ar-Rozy berkata, “Dia ditinggalkan”.”.
Sebagaimana yang kita ketahui bersama, diantara kaedah-kaedah Ilmu Mushtholah Hadis bahawa hadis dho’if (lemah) tidak akan boleh dinaik taraf menjadi hadis sahih atau hasan, kecuali ia datang dari jalur periwayatan yang lain, dengan syarat: Tiada orang (perawi) yang teruk ke-dho’if-annya/kelemahannya dalam jalur tersebut, apalagi sehingga ada pendusta (dalam jalur periwayatannya). Jadi, hadis kedua dari Ibnu Abbas ini (dalam keadaanya sebegini) tetap kedudukannya sebagai hadis dho’if dan tidak boleh dijadikan hujjah. Berdasarkan ilmu hadis, hadis Ibnu Abbas tersebut tidak boleh dijadikan sebagai penguat bagi hadis Abu Rofi’. Jadi, hadis Abu Rofi’ tetap kedudukannya sebagai hadis dho’if, sedang hadis Ibnu Abbas adalah palsu!!
Hadis Ketiga
Adapun hadis al-Hasan bin Ali, hadis ini diriwayatkan oleh Yahya ibnul Ala’ dari Marwan bin Salim dari Talhah bin Ubaidillah dari al-Hasan bin Ali, ia berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w., “Barang siapa yang dikurniakan seorang anak, lalu ia meng-azani pada telinga kanannya dan beriqomat pada telinga kirinya, niscaya anak itu tidak akan dimudharatkan/dibahayakan oleh Ummu Shibyan”.
Hadis Riwayat Al-Baihaqiy dalam Syu’abul Iman (6/390), Ibnus Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah (623). Hadis ini dibawakan oleh al-Haitsami dalam al-Majma’’ (4/59) dengan katanya, “Hadis Riwayat Abu Ya’la(6780), di dalamnya terdapat seorang rawi yang bernama Marwan bin Salim al-Ghifary, sedang ia itu matruk (ditinggalkan hadisnya)”.
Bahkan hadis al-Husain bin Ali di atas adalah palsu, di dalamnya terdapat seorang rawi yang bernama Yahya Ibnul Ala’ dan Marwan bin Salim, keduanya memalsukan hadis sebagaimana hal ini disebutkan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahaadis adh-Dho’ifah (321). Dengan itu, hadis Abu Rofi’ tetap keadaannya sebagai hadis dho’if sebagaimana yang dikatakan oleh al-Hafizh dalam at-Talkhish (4/149): “Inti permasalahannya pada Ashim bin Ubaidillah, sedang ia itu dho’if.”
Terdahulu, Syaikh Al-Albani pernah meng-hasan-kan hadis ini dalam Kitabnya Shahih Sunan at-Tirmidzy (1224), Shahih Sunan Abu Daud (4258), al-Irwa’ (4/401), dan Silsilah al-Ahadis adh-Dho’ifah (1/493).
Namun kemudiannya Syaikh al-Albani menyemak semula peng-hasanan yang beliau lakukan terhadap hadis Abu Rofi’ (hadis pertama) dan meletakkannya di dalam Kitab adh-Dho’ifah pada cetakan terakhir yang diterbitkan oleh Maktabah al-Ma’arif (1/494/no.321), “Sekarang saya tegaskan (walaupun Kitab asy-Syu’ab telah dicetak), bahawa hadis Ibnu Abbas tidak sesuai/layak untuk dijadikan penguat (bagi hadis Abu Rofi’ - pent.), kerana di dalamnya terdapat rawi pendusta dan matruk (ditinggalkan). Saya amat hairan terhadap al-Baihaqy dan Ibnul Qoyyim, bagaimana mereka berdua hanya men-dho’if-kan hadis tersebut sehingga saya hampir memastikan sesuainya hadis tersebut dijadikan sebagai penguat. Makanya, dengan itu saya menganggap bahawa diantara kewajiban saya adalah untuk mengingatkan hal itu dan mentakhrijnya pada perbahasan akan datang (no.6121)”.
Di sana ada sebuah hadis yang diriwayatkan di dalam kitab “Manaqib al-Imam Ali” (113) dari Ibnu Umar secara marfu’. Cuma sayangnya hadis ini sekali lagi turut tidak boleh dijadikan sebagai penguat kerana di dalamnya ada rawi pendusta. Abu Ishaq al-Huwainy berkata dalam al-Insyirah (hal.96), “Kesimpulannya, tidak ada satu hadis pun yang boleh menjadi penguat bagi hadis ini menurut yang saya ketahui, Wallahu a’lam”.
Jadi, tiga hadis di atas tidak boleh dijadikan hujjah dalam menetapkan sunnahnya meng-azankan, dan meng-iqomatkan telinga bayi yang baru lahir, kerana kelemahan dan kepalsuannya.
Sumber: Buletin Juma’at al-Atsariyyah, edisi 02 Tahun I.
Penerbit: Pustaka Ibnu Abbas. Alamat: Pesantren Tanwirus Sunnah, Jl. Bonto Te’ne. No. 58, Kel. Borong Loe, Kec. Bonto Marannu, Gowa-Sulsel.
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/05 ... -mata.html
nawawi2007
Maqam 3
Posts: 1471
Joined: Jan 1st, '70, 08:00
Top
by alitantawi » Sep 9th, '08, 10:05
ini bukan soalan...persoalan ini telah dijwab dalam persoalan sebelum ini..berikut adalah salinan jawapan:
sekadar pencarian...
1- Memang terdapat beberapa hadith tentang perkara ini namun kebanyakannya adalah hadith-hadith yang telah pun dinilai dhaif oleh ulama hadith zaman berzaman. Contohnya hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni, al-Tabarani, al-Baihaqi dan lain-lain lagi.
2- Satu hadith yang paling kuat dan ia wujud dalam buku-buku SUnan yang utama ialah hadith yang disebutkan oleh anda yang bertanya - iaitu hadith riwayat Ahmad (dalam al-Musnad), Abu Daud dan al-Tirmidzi.
3- Al-Tirmidzi telah menyatakan bahawa hadith ini 'hasan sahih' dengan maksud ia sahih di sisinya. Secara ringkas, hadith ini adalah melalui periwayat bernama 'Asim Bin Ubaidillah dan ulama-ulama hadith yang lebih hebat seperti Imam Ahmad, Yahya Bin Ma'in dan al-Bukhari telah mendhaifkan 'Asim terutama hadith-hadith yang hanya beliau riwayatkan tanpa sokongan (contohnya hadith azan telinga bayi ini). Maka kita mengambil pendapat yang paling kuat dalam kalangan imam2 terdahulu iaitu hadith ini dhaif tanpa memperlekehkan al-Tirmidzi atau sesiapa sahaja.
3- Namun begitu amalan azan di telinga bayi ini bukanlah merupakan sesuatu yang bid'ah atau dosa. Ia masih boleh diamalkan tanpa menyatakan ia wajib atau sunat.
wallahu a'lam
alitantawi
Maqam 3
Posts: 1215
Joined: Jan 1st, '70, 08:00
Top
Re: Meng-azankan Bayi Sebaik Kelahirannya
by MaT_LughowiyyaaT » Apr 19th, '11, 19:43
Semakan semula telah dibuat terhadap pendirian al-Fadhil al-Ustaz Adlan Abd Aziz (alitantawi), Penyelaras Jabatan Hadith AAN, terhadap hadith azan di telinga bayi yang baru dilahirkan.
Jabatan Hadith AAN (termasuk alitantawi@adlan) berpegang kepada hadith yang diriwayatkan dan dinilai-SAHIH oleh al-Imam a-Tirmizi (1594):
التِّرْمِذِيُّ فِيْ جَامِعِه (1594): حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ قَالاَ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلاَةِ .
قَالَ أبُوْ عِيْسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ، وَالْعَمَلُ عليه ...
Sebarang penolakan terhadap penilaian al-Tirmizi terhadap hadith ini adalah tertolak sama sekali kerana ia hanyalah kajian terhadap zahir sanad tanpa mengambil kira petunjuk-petunjuk lain (al-qara-in wa al-murajjihaat).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan