IBNU ‘Abbas RA berkata, “Ketika Allah SWT menjadikan Arsy dan menyuruh malaikat memikulnya, lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa berat. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca subhaanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka ia terasa ringan untuk memikul Arasy dan mereka membacanya selama-lamanya.
Berkata Ibnu ‘Abbas RA, “Apabila Allah SWT menjadikan Adam AS, beliau telah bersin. Lalu Allah SWT mengilhamkan kepada Adam AS untuk membaca Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam AS membaca Alhamdulillah, lalu Allah SWT menjawab, “Yarhamuka Rabbuka (Kerana rahmat itulah aku menadikan engkau).Kemudian Malaikat berkata, “Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka digabungkan dengan ayat pertama tadi dan mereka membaca, “Subhaanallah Walhamdulillah”.
Mereka membaca demikian sehingga Allah SWT mengutuskan nabi Nuh AS. Disebabkan kaum Nabi Nuh AS adalah kaum yang pertama menyembah berhala, maka Allah SWT telah mewahyukan kepada nabi Nuh AS supaya menyuruh kaumnya membaca, “Laa ilaahaillallah” bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Lalu berkatalah malaikat, “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan kalimah yang kedua itu sehingga menjadi, “Subhaanallah Walhamdulillah Walaa ilaahaillallah”.
Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim AS. Setelah diutuskan Nabi Ibrahim AS, Allah SWT telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim AS menjalankan korban anaknya, yang mana akhirnya Allah SWT telah menebus anaknya Ismail AS dengan seekor kambing. Apabila Nabi Ibrahim melihat anaknya diselamatkan oleh Allah SWT dan digantikan dengan kambing, maka Nabi Ibrahim menyebut, “Allahu Akbar” kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya.
Berkata para malaikat, “Inilah kalimat keempat yang sungguh baik dan besar. Kemudian malaikat menggabungkannya dengan kalimah yang tiga sehingga menjadi “Subhaanallah Walhamdulillah Walaa ilaahaillallah Wallahu akbar”.
Ketika malaikat Jibril AS menceritakan kisah ini kepada RAsulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus membaca “Laa haula walaa quwwata illa billaahil ‘aliyyil ‘azim”.
Kemudian Jibril AS berkata, “Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadi “Subhaanallah Walhamdulillah Walaa ilaahaillallah Walaa haula walaa quwwata illa billaahil ‘aliyyil ‘azim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan