my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Rabu, 26 Oktober 2011

Teladani Drama Nora Elina, Seth Seorang Perogol?

Novel Kasih Yang Suci, karya novelist Meen Zulaikha terbitan Alaf 21 Sdn Bhd.Dibawah ini anda boleh baca sinopsis novel Kasih Yang Suci seambil bersama-sama PDH untuk menilai dan mengambil iktibar darinya, malah boleh download drama Nora Elena melalui pautan yang diberikan.


Namun apa yang lebih penting, apakah pengajaran yang boleh kita ambil dari drama ini? Romantik? Ya, drama ini melonjak naik kerana sifat romantik Seth yang membuatkan setiap wanita yang menontonnya merasa ingin menggantikan tempat Elina, mendapat suami romantik! Wanita memerlukan suami menjadi romantik untuknya.“Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru”


Novel ini pasti akan memuaskan hati ramai pembaca bagi yang memandang kisah-kisah cinta selepas kawin. Si suami berusaha mendapatkan cinta isteri yang mengahwininya tanpa rela seperti Tengku Syahran memburu cinta Zahlia (Bicara Hati), seperti Taufik menggoda Salina (Kau yang Satu), seperti Zafri merayu kepada Alia (Pelayaran Cinta), seperti Syafiq sabar dengan kerenah Afiqah (Pergilah Sepi) dan banyak lagi la kisah yangg seperti ini.

Watak wanita ‘sopan tapi seksi’ seperti ‘Elena’ pastinya menarik minat pembaca-pembaca remaja tambah-tambah lagi apabila dipasangkan dengan Seth yg berketurunan baba-nyonya yang kacak!

Novel yang diangkat menjadi drama ini sebernarnya bermula dengan Seth yang sudah lama sukakan Elena dan kerana dorongan nafsu, Elena menjadi mangsa nafsu serakahnya ketika gadis itu berusia 15 tahun. Elena menghilang dan sepuluh tahun kemudian mereka bertemu semula.


Elena tidak mengenali penyerangnya dan menganggap Seth menjadi penyelamat maruahnya (apabila tunangnya memutuskan ikatan di saat-saat akhir kerana mengetahui Elena sudah tidak suci) rupa-rupanya lelaki yang telah meragut kesuciannya! Seth sebenarnya yang dahulunya merogol Elina!
( PDH baru tahu kenapa Seth dinamakan Seth Tan.hehe..)

Seth sanggup memeluk Islam dan mengamalkan anutannya sepenuh hati kerna ingin bertaubat. Saat cinta mereka bersemi dan membuahkan hasil, rahsia terbongkar. PDH menjadi geram apbaila membaca dan mengetahui yang Seth menyimpan bukti dahulunya pernah menodai Elina! Adusss…hehe..

Kesabaran Seth sebagai saudara baru teruji dgn kerenah Elena yang mula mencari pasal. Seth enggan melepaskan Elena yang mengugut akan meninggalkan Seth dan anaknya yg bakal lahir kelak kerana lelaki itulah yang telah menghancurkan hidupnya. Seth menggunakan tempoh Elena mengandung dan menyusu unttk memikat semula isterinya itu.

Novel ni penuh dengan scene Nora Elena dan Muhamad Seth. Seth bijak megggoda! Mula terasa ‘segan’ dan tersipu sipu pula apabila membaca sesetengah scene! (Padahal PDH seronok, belajar teknik baru mengoda isteri!hoho..)


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.



Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?Download slot drama TV3 yang terbaik di sini. Klik di sini.

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.



P/S PDH : Menggangu waktu maghrib siarannya. Menonton di Tonton sekali sekala, PDH lebih terhibur dengan membaca novelnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan