my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Malaikat Suka Duduk dalam Majlis Zikir

Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Allah Tabaraka wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.

Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu Allah SWT bertanya mereka: “Wahai para malaikatKu, dari manakah kamu semua?” Berkata para Malaikat: “Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka bertasbih, takbir, talil dan tahmid serta memohon kepadaMu.” Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para malaikatNya, maka Allah SWT pun berfiman: “Wahai para malaikatku, apakah yang mereka minta kepadaKu?” Berkata para malaikat: “Hamba-hambamu itu memohon syurga dariMu.” Allah SWT bertanya lagi: “Pemahkah mereka melihat akan syurga itu?” Berkata para malaikat lagi: “Mereka tidak pernah melihat syurga itu.”

Berfiman Allah SWT: “Hamba-hambaKu memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu.” Berkata para malaikat: “Mereka juga memohon kebebasan.” Allah SWT bertanya: “Mohon bebas dari apa?” Berkata para malaikat: “HambaMu itu memohon kepadaMu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam.” Allah SWT bertanya para malaikat lagi: “Pernahkah hamba-hambaKu melihatkan nerakaKu itu?” Berkata para malaikat: “Tidak ya Allah.” Allah SWT berfirman: “Hamba-hambaKu itu tidak pemah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya.”

Kemudian para malaikat berkata lagi: “Ya Allah, hambaMu itu memohon ampun kepadaMu,” Allah SWT berfiman: “Dengarlah wahai para malaikatKu, Aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu.” Berkata malaikat lagi: “Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir.” Allah SWT berkata: “Orang itu pun Ku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan