my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Sabtu, 29 Oktober 2011

Bahagian Korban dan Akikah

Saya nak tahu mengenai bahagian akikah dan koban. Jika akikah dibuat dengan lembu, adakah 1 bahagian untuk seorang? Bolehkah kita buat 1 bahagian untuk anak yang kembar sekaligus.
Koban pula, ada ustaz menyebutkan bahawa jika sebuah keluaga melakukan korban, ia boleh diwakilkan kepada satu bahagian sahaja. Apa benar, selama yang saya belajar di sekolah, satu bahagian korban untuk seorang. adakah boleh dibuat satu bahagian untuk sebuah kelaurga. Jadi seekor lembu, 7 bahagian, maka boleh dilaksanakan untuk 7 keluarga. Minta ustaz jelaskan dengan dalilnya sekali ya..

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan adat kemampuan yang ada, Insya-Allah.Quote:
Jika akikah dibuat dengan lembu, adakah 1 bahagian untuk seorang? Bolehkah kita buat 1 bahagian untuk anak yang kembar sekaligus.


Aqiqah ini disunatkan dengan kambing bagi setiap anak, Lebih baik lagi (jika mampu), jika anak lelaki hendaklah disembelih 2 ekor kambing sebagaimana A’isyah ra katanya :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمرهم عن الغلام شاتان مكافئتان وعن الجارية شاة

“Sesungguhnya Rasulullah saw mengarahkan mereka menyembelih 2 kambing yang serupa bagi anak lelaki dan 1 bagi anak perempuan” -[Hadith riwayat al-Tirmudzi; beliau mengatakan Hasan Sahih; Ibn Majah %3163, Sahih al-Tirmudzi #1221].

Ulama’ Mazhab membenarkan aqiqah menggunakan lembu sebagaimana hadith yang diiwayatkan oleh Anas ra. bahawa Nabi bersabda :-

من ولد له غلام، فليعق عنه من الإبل والبقر والغنم

“Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengannya Unta, Lembu atau Kambing” – [hadith riwayat al-Tabarani].

Menurut Ensaiklopedia Fiqh Kuwait, Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali bersetuju bahawa binatang yang ingin diaqiqahkan diperbolehkan sebagaimana binatang korban seperti Unta, Lembu dan Kambing, dipersetuji oleh 2 pandangan Malik. Selainnya mengatakan bahawa hanya boleh beraqiqah menggunakan kambing. Mereka berbeza pendapat mengenai berapa bahagiannya :-

a. Mazhab Syafie :- membahagikan aqiqah sebagaimana melakukan korban; iaitu 1 kambing atau 1/7 Unta atau 1/7 Lembu.
b. Mazhab Maliki dan Hanbali :- satu lembu seluruhnya, atau satu Unta seluruhnya.

Berbalik kepada persoalan diatas, berdasarkan hadith Nabi : كل غلام رهينة بعقيقته maksudnya – “Setiap anak lelaki di gadaikan dengan aqiqahnya”, eloklah dilaku setiap bahagian lembu tersebut (1/7) kepada setiap anak-anaknya. Ada riwayat yang menyebut bahawa Nabi melakukan aqiqah kepada setiap seorang cucunya, Hasan ra. dan Husein ra..[Hadith Riwayat Abu Daud #2841, al-Nasaa'i #4219].

————–Quote:
Apa benar, selama yang saya belajar di sekolah, satu bahagian korban untuk seorang. adakah boleh dibuat satu bahagian untuk sebuah kelaurga. Jadi seekor lembu, 7 bahagian, maka boleh dilaksanakan untuk 7 keluarga


Benar, satu bahagian adalah mencukupi bagi satu keluarga didalam ibadat korban, Nabi telah menempah kibash yang mempunyai kaki hitam, perut hitam dan warna hitam mengelilingi matanya agar baginda dapat melakukan ibadat korban. Berkata baginda kepada A’isyah ra. “Berikan ku Pisau” dan A’isyah telah memberinya. Baginda mengambilnya dan meletakkan Kibash di atas tanah lalu menyembelihnya seraya berkata :

بسم الله ، اللهم تقبل من محمد ، وآل محمد ، ومن أمة محمد ثم ضحى به

“Dengan nama Allah, Ya Allah, terimalah (korban ini) bagi pihak Muhammad dan keluarga Muhammad, dan umat Muhammad, kemudian dia mengorbankannya” [Hadith Riwayat Muslim].

Telah diriwayatkan oleh Ayob al-Ansari bahawa :-

كان الرجل في عهد النبي صلى الله عليه وسلّم يضحي بالشاة عنه وعن أهل بيته، فيأكلون ويطعمون

“Dizaman Nabi , seseorang lelaki boleh berkorban seekor kambing bagi pihak diriya dan kaum keluarganya, dan mereka akan makan sebahagian dan memberikan (agihkan) sebahagiannya” [Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmudzi].

Menurut ulama’, 1/7 unta atau lembu, menyerupai seekor kambing, maka memadai 1/7 lembu dikorbankan bagi pihaknya dan keluarganya. WA.

Petikan sebuah fatwa berbahasa Inggeris didalam IslamOnline :-Quote:
One Sacrifice Is Sufficient for the Whole Family


It is sufficient for the head of the household to offer one animal on behalf of himself and the members of his family, as it was proved that the Prophet (peace and blessings be upon him) offered a she-goat on behalf of himself and his kith and kin. However, one may also offer a whole camel or cow as sacrifice on behalf of one, and seven people can share in offering one cow or camel, whether they belong to the same family or not. In this regard, according to Jabir (may Allah be pleased with him), the Prophet (peace and blessings be upon him) and his Companions shared during the Hudaybiah year in offering sacrifices: seven of them would share in offering one camel or cow.

[b\All About Udhiyah: Rulings and Conditions [/b]
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1135167182386


Sekian, wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan