my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Jumaat, 28 Oktober 2011

SURAH AL- IKHLAS TERTULIS DI SAYAP PARA MALAIKAT

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Ketika saya (Rasulullah s.a.w) mikraj ke langit, maka saya telah melihat Aarsy di atas 360,00 sendi dan jarak antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,00 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu terdapat 80,0000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas (Qul huwallaahu ahad).”


Sabda Rasulullah s.a.w lagi “ Setelah mereka selesai membaca surah tersebut , maka mereka berkata : “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”


Apabila para sahabat r.a mendengar keterangan dari Rasulullah s.a.w maka mereka sangat kagum. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi : “Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum ?” Berkata para sahabat “ ya kami sungguh kagum Ya Rasulullah s.a.w.”


Rasulullah s.a.w bersabda : “ Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya “Qul huwallahu ahadun” itu tertulis di sayap Malaikat Jibril a.s. “Allahush Shamad: itu tertulis di sayap Malaikat Mikail a.s. “Lamyalid walam yuulad” tertulis pada sayap Malaikat Izrail a.s. “Wala yakun lahu kufuwan ahadun” tertulis pada sayap Malaikat Israfil a.s. Oleh itu, sesiapa dari umatku membaca Surah Al-Ikhlas maka dia diberi pahala membaca Kitab taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran yang agung”.


Setelah Rasulullah s.a.w berkata demikian maka baginda bersabda lagi : “Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum ?” Maka berkata para sahabat : “Ya Rasulullah s.a.w, kami semua kagum.”


Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : “ Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguh “Qul huwallahu ahadun” itu tertulis di dahi Abu Bakar Ash-Sidiq r.a, “Allahush Shamad” itu tertulis di dahi Umar Al-Faaruq r.a, “Lamyalid walam yuulad” itu tertulis di dahi Ustman Dzan Nuuraini r.a dan “Walan yakun lahu kufuwan Ahadun” itu tertulis di dahi Ali Assakhiyyi r.a. Oleh itu, sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas maka dia diberi oleh Allah s.w.t pahala Abu bakar, Umar, Utsman dan Ali r.a.” (Hayatun Quluubi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan