my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Rabu, 26 Oktober 2011

Untuk Lelaki Sahaja – Mencumbui dan Dicumbui

memainkan peranan penting di bahagian lain pada tubuh isteri anda seperti mencium, mengigit secara manja, membisik dan sebagainya. Pada mana-mana bahagian tubuh isteri anda yang disentuh oleh anda sendiri akan memberi rangsangan sepenuhnya kepada isteri anda terutama sekali menggunakan mulut anda. Apabila mencium isteri anda, ada beberapa tempat yang wajar dicium oleh anda dan kebanyakan daripada tempat-tempat ini tidak diketahui ramai.Telinga

Bahagian telinga adalah bahagian yang sering diabaikan apabila ingin meningkatkan kepuasan isteri anda. Menggunakan mulut anda adalah cara terbaik untuk memberi stimulasi kepada isteri anda. Menggigit secara manja pada bahagian telinga isteri anda membolehkan isteri anda merasa berahi pada permulaan permainan anda berdua. Selain itu juga anda boleh menggesel mulut anda bahagian luar telinga isteri anda secara manja.

Bahagian Belakang Leher

Cara terbaik dan sangat berkesan untuk meningkatkan mood isteri anda sebelum melakukannya. Ia sangat berkesan apabila anda melakukannya secara kejutan setiap kali sebelum anda dan isteri anda memulakan permainan anda berdua. Apabila isteri anda sedang sibuk melakukan tugas bersendirian di dapur atau di mana-mana bahagian rumah anda, dekatkan diri anda pada bahagian belakang isteri anda secara senyap, selakkan rambut isteri anda lalu mencium isteri anda pada bahagian belakang lehernya. Isteri anda akan berasa terkejut lalu meminta anda melakukan perkara yang lebih romantis secara berdua.

Muka

Ada beberapa perkara yang lebih peribadi selain mencium isteri anda pada bahagian muka. Mulut anda yang berasa suam adalah sesuai untuk memberi ciuman lembut pada bahagian pipi, dahi, dagu, hidung dan mata isteri anda yang tertutup. Sangan romantis bukan? Walau apa pun bahagian yang anda akan cium pada wajah isteri anda, ingat seperkara. Jangan menjilat atau membasahi muka isteri anda! Isteri anda adalah seseorang yang patut anda layan dengan sempurna setelah seharian dia menjaga mahligai anda berdua sewaktu anda keluar berkerja.

Leher

Walaupun isteri anda sedang memakai baju, bahagian lehernya adalah salah satu tempat yang cukup seksi dan romantis untuk anda mencium isteri anda. Cumbuan yang diberikan oleh anda pada bahagian leher isteri anda akan membuatkan dirinya mahukan sesuatu yang lebih daripada anda. Jadi, mulakan ciuman anda pada bahagian lehernya sebelum anda berdua beralih melakukan ‘tugas’ seterusnya.

Pinggul

Bahagian pinggul isteri anda adalah bahagian yang paling sensitif dan tidak disangka sama sekali untuk mencium isteri anda di bahagian ini. Ini mungkin kerana ia adalah bahagian yang paling dekat dengan mahkota isteri anda. Walau apa pun sebabnya, mencium isteri anda pada bahagian ini akan memberikan satu getaran atau gegaran kepada isteri anda yang akan bermula daripada pinggul ke bahagian kepalanya, atau pun ke bahagian bawah sehingga ke bahagian kaki isteri anda.

Dada

Meletakkan mulut anda pada bahagian dada isteri anda adalah perkara paling seksi dan romantis anda boleh lakukan. Tetapi jika anda tersilap langkah, ia mungkin membawa padah kepada anda dan boleh menghilangkan mood isteri anda. Mencium dan memberi sedikit gigitan lembut serta manja adalah dibenarkan dengan syarat anda melakukannya dengan baik dan penuh kasih sayang. Bahagian dada isteri anda adalah bahagian yang paling dan sangat sensitif, jadi harus melakukannya dengan betul. Ingat, belai dadanya dan cium dengan penuh kasih sayang. Anda juga harus ingat bahawa bahawa bukan sahaja bahagian putting isteri anda yang memerlukan perhatian, seluruh dada memerlukan belaian dan ciuman yang menyeluruh. Gunakan mulut anda sebaik-baiknya pada bahagian dada isteri anda untuk efek yang maksimum.

Bahagian-bahagian Yang Dilarang

Walau dimana-mana bahagian pun anda mencium, ia akan membuatkan isteri anda berasa seronok. Walaubagaimana pun , ada beberapa bahagian yang tidak boleh anda cium kerana ia akan mengecewakan isteri anda. Jika anda ingin mencium bahagian-bahagian ini, pastikan anda mendapat kebenaran isteri anda. Bahagian-bahagian ini termasuk kaki dan punggung isteri anda. Pastikan anda tahu bagaimana hendak mencapai kehendak isteri anda sebelum memulakannya. Selamat berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan