my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Khamis, 27 Oktober 2011

Apa Salahnya isteri lebih tua? Tidak kira suami lebih tua atau isteri lebih tua, semua kira okey

DIA bimbang sebab baka l suaminya – kini sedang bert unang dan bercinta sakan – ja uh lebih tua darinya . Bila saya tanya , dia memberitah u beza usia dia dengan wira kebanggaannya itu ialah sepuluh tah un, lebih tepat lagi 10 tah un dua bulan. Suami sepuluh tah un lebih tua? Pada saya tidak ada masa lah sedikit pun. Saya memberitah u dia ada anak dara sunti 17 tah un berkahwin dengan lelaki yang seusia dengan ayahnya , 56 tah un! Pendek kata , suami tua isteri muda bukan luar biasa . Kalau setakat sepuluh tah un perbezaan usia, tidak ketara wa lau sedikit pun. Jadi, kalau ada jejaka dengan jarak usia seperti itu masuk meminang , jangan berwa lang durja. Lagi pun berdasarkan pengalaman, orang lelaki biasanya awet muda. Walaupun usia sudah mencecah setengah abad, bentuk tubuh dan daya tahan masih seperti remaja belasan tahun. Sebaliknya orang perempuan cepat dimamah usia. Selepas melahirkan seorang anak nampak sangat perubahan bentuk tubuhnya. Berat badan meningkat, dan tubuh yang dulu ramping mula kurang kerampingan.

Bila lahir anak kedua, ketiga dan seterusnya, banyak lagi perubahan pada tubuh juga perasaannya. Jika selepas melahirkan tubuh tidak dibaik pulih dengan sempurna, baru masuk 40 isteri sudah kelihatan lebih tua dari usia. Secara kebetulan saya berkahwin dengan isteri yang sepuluh tahun lebih muda. Ketika naik pelamin dulu dia baru 23. Lepas melahirkan anak sulung dia berusaha keras untuk mengekalkan bentuk tubuh ideal seperti anak dara. Proses baik pulih selama 40 hari dalam pantang dilakukan secara tradisional. Ada bidan kampung yang melakukan kerja-kerja mengurut, bertungku dan berbengkung. Makanan dikawal, banyak sangat pantang larang. Lepas pantang tubuhnya betul-betul berbalik kepada bentuk mula-mula kahwin dulu. Tetapi tidak lama. Tidak sampai dua bulan selepas itu, tubuhnya berubah semula sebab dia mengandung anak kedua.

Kemudian dengan semangat yang berkobar-kobar menyusul pula anak ketiga dan keempat. Kami memutuskan untuk empat orang sahaja. Dia berusaha keras untuk mengekalkan bentuk tubuh yang sihat. Tentu sekali tidak mudah untuk seorang ibu beranak empat hendak mengekalkan keselesaan tubuh. Dia mengawal diet dengan amat teliti, mengambil pil-pil vitamin, joging setiap hari untuk membakar lemak yang sentiasa mengganggu. Saya tidak perlu kawal diet, bantai sahaja apa yang tekak mahu. Lemak, kolesterol semua kira okey. Cuma akhir-akhir ini kena jaga gula sebab doktor mengesahkan kadar gula dalam tubuh saya mula meningkat. Kini setelah lebih suku abad kahwin, tidak terasa sangat perbezaan usia 10 tahun antara saya dan dia. Kami nampak macam sama usia. Kecuali rambut saya yang putih melepak seperti kapas, lain-lain tubuh saya seperti orang muda. Jadi, janganlah bimbang sekiranya anak dara hendak dijodohkan dengan teruna yang sepuluh tahun lebih muda. Pada saya kalau lelaki 15 atau 20 tahun lebih muda pun kira okey, tidak ada masalah.

Demikian pula halnya sekiranya seorang anak teruna berkahwin dengan gadis – atau janda – yang lebih tua sepuluh tahun. Ini jarang terjadi dalam kalangan masyarakat kita, tetapi bukan sesuatu yang luar biasa. Perihal isteri lebih tua dari suami tidak sepatutnya dijadikan isu. Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Siti Khadijah yang usianya jauh lebih tua. Saya mempunyai beberapa orang kenalan yang isteri lebih tua, mereka berjaya mengendalikan rumah tangga dengan aman damai. Tidak kira berapa jarak usia dengan suami, isteri tetap isteri. Jangan pula oleh sebab usia lebih tua, si isteri menganggap dia sebagai kepala keluarga. Dia tidak boleh mengatasi peranan suami. Suami tetap Perdana Menteri. Betapa hebatnya isteri, dia hanya Timbalan Perdana Menteri. Mungkin dia boleh memegang beberapa portfolio lain seperti Menteri Kewangan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Menteri Kebajikan Am dan sebagainya. Tetapi
jawatan No.1 mesti pada suami, walaupun dia sepuluh tahun lebih muda.

Selagi masing-masing faham dan dapat memainkan peranan dengan baik, pada hemat saya faktor usia bukan satu masalah. Siapa lebih tua bukan isunya. Lagi pun seperti yang selalu diberitahu, usia hanyalah angka. Jadi apa yang hendak dibimbangkan pada angka-angka itu. Apa yang penting dalam perkahwinan ialah persefahaman. Ini sebenarnya satu cabaran. Sebab selepas menjadi suami-isteri kita mula masuk ke alam rumah tangga sebenar. Inilah masa untuk kita membuktikan apa yang telah diikrarkan semasa era percintaan dulu. Berdasarkan pengalaman – juga pengamatan keliling – ada bezanya zaman asmaradana dengan zaman rumah tangga. Almaklumlah, musim cinta dulu penuh dengan khayalan. Apa yang dinyatakan macam tidak masuk akal. Tentu masih ingat antara madah-madah yang tidak masuk akal ketika zaman bercinta dulu. Antaranya, demi cinta sanggup tidur di atas rumput, berbantal lengan dan berselimutkan embun. Mengarut! Masih ingatkah ikrar si jejaka: “Walaupun matahari terbit dari barat cinta ku pada mu tidak akan berubah walau sedikit pun!” Tetapi bila sudah kahwin lain pula jadinya. Usahkan matahari terbit dari barat, baru mendengar guruh di langit sudah gementar dan lupakan isteri! Apakah benar isteri sanggup tidur di atas rumput berbantalkan lengan? Pasti tidak begitu. Sejak malam pertama lagi mereka telah tidur di dalam bilik serba indah dan di atas tilam spring. Saya percaya kalau suami ajak tidur atas rumput, pasti isteri tidak mahu. Perkahwinan bukan setakat tilam dan guru. Banyak yang perlu difikirkan setelah menjadi suami-isteri. Banyak yang perlu dipelajari untuk melayari bahtera rumah tangga. Kena tolak ansur dalam semua perkara. Kena banyak sabar, dan kena menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Sekiranya persefahaman dapat diwujudkan, usia – walaupun bezanya berpuluh tahun –langsung tidak menjadi halangan kebahagiaan. Kesimpulan: tidak kira siapa yang lebih tuan, bahtera hidup itu akan berlayar sempurna sekiranya masing-masing bijak berdayung. InsyaAllah! Lagi pun kata orang usia hanyalah angka. Apa hendak dibimbangkan pada angka-angka itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan