my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Khamis, 27 Oktober 2011

tanda anda serasi dengan pasangan

Rahsia sepasang kekasih agar mampu memiliki tempoh hubungan yang panjang adalah dgn adanya tolak ansur. Anda dan dia selalu mampu saling membantu,tak kiralah perkara kecil atau besar. Paling penting adalah anda berdua selalu mampu menikmati segala aspek kehidupan secara bersama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan walaupun tanpa harus melibatkan orang lain.
ok,apakah anda sudah merasakan hal tersebut? Jika ya, ini bererti ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup anda!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan serasi dia itu sbg jodoh anda atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak geriknya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbual serta tawanya menunjukkan ikhlas apa adanya? Apakah setiap ucapannya secara spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf). Kemungkinan besar dia bukan jodoh anda.

Petanda 3
Adanya refleksi batin membuat hati anda berdua mampu selalu saling merasa. Dan bila Anda atau si dia mampu saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Mungkin sebenarnya dialah belahan jiwa anda yang tersimpan…

Petanda 4
Bersamanya mampu membuat perasaan anda menjadi tenang, nyaman tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tak membuat anda merasa bosan.. Ini mampu sebagai petanda bahawa anda berdua kelak mampusaling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk anda dalam situasi apapun. Dan dia selalu mampu memahami cuaca dalam hati anda dikala dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang surut saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda mendapat musibah? Dia selalu faham saat tekanan perasaan anda datang menyerang? Dia cepat-cepat datang dan mencari ubat tatkala mengetahui anda sedang sakit? Jika ya, tak salah lagi. dialah orangnya…

Peranda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, dia tak peduli dengan masa lalu anda saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya.. ok, kalau begitu ini bererti dia sudah sedia menerima anda apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan anda tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat anda tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun,misalnya saat anda bangun tidur atau saat anda sakit dan tak mandi selama dua hari.

Petanda 8
Bila anda nenceritakan rahsia anda rasa lebih selamat menceritakan kepadaya daripada menceritakan kepada sahabat-sahabat anda. Atau anda merasa sudah tak mampu lagi berahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah anda temukan!

Sebagai pasangan kekasih yang akan menuju ke alam rumah tangga, banyak cabaran dan dugaan yang akan membuatkan anda berdua resah gelisah. Kadang-kadang hingga membuatkan anda berdua bertekak dan juga mungkin tidak bertegur sapa sehingga beberapa hari.

Sekarang, teliti kata-kata pujangga ini, “Dua manusia yang saling cinta mencintai pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya, hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya”.

Jadi persoalan kecil atau remeh temeh tidak harus dibebankan di bahu hingga menjejaskan hubungan yang telah terjalin selama ini. Hayati saat-saat manis anda bersama.



SALING BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN
Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting ialah dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Jadi kenapa dengan mudah terus melupakan segala kenangan indah yang dimiliki selama ini?

PERASAAN JIWA DAN EMOSI
Pernahkah ketika anda berdua sudah tidak bertegur sapa selama beberapa hari kemudiannya saling menghubungi dalam masa yang sama? Ada kalanya pancaindera yang keenam ini akan memberitahu apakah yang harus dilakukan untuk menjernihkan keadaan. Perasaan rindu, dapat membaca fikiran serta menduga reaksi pasangan pada situasi tertentu adalah anugerah yang tidak ternilainya kepada insan yang telah dijodohkan bersama.

TIDAK RASA BOSAN BILA BERSAMA
Jadi sekarang cuba imbas kembali bila dirimu bersama dirinya, bukankah perasaan tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan membuatkan dirimu merasa begitu selesa? Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan. Nah! Bukahkah ini petanda bahawa anda berdua adalah pasangan yang cukup serasi!

DIA SELALU ADA DALAM APA JUA SITUASI
Walaupun kadang-kadang anda tidak begitu memahami dirinya yang terlalu kompleks, namun dia selalu ada dalam apa jua keadaan sekalipun. Si dia begitu memahami situasi dalam hati pasangannya ini baik dalam suka atau pun duka. Sekarang, ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung duka? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, dia adalah pasangan yang terbaik buat dirimu!

TIDAK PEDULI DENGAN MASA SILAM
Dirimu yang dia kenali adalah dirimu sekarang, dia tidak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Jadi, kalau begitu ini bererti dia begitu mencintai dirimu seadanya. Kenapa perlu peningkan kepala dengan soal remeh temeh sedangkan si dia berusaha melupakan apa jua peristiwa silammu?

JUJUR DENGAN DIRI MASING-MASING
Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan kamu juga tidak malu-malu untuk mengaku kepada dirinya. Bahkan ketika kamu tampil ‘buruk’ di hadapan dirinya sekalipun (seperti ketika sakit dan berpakaian tidak rapi) dia menerima kamu seadanya. Begitu juga dengan dirinya yang berterus terang tentang kekurangan dirinya. Jadi kamu berdua sememangnya ditakdirkan untuk bersama.

TIADA LAGI RAHSIA ANTARA KAMU BERDUA
Tiada apa lagi harus dirahsiakan antara kamu berdua. Tiada kawan-kawan atau kaum keluarga yang mampu menyimpan rahsia seperti si dia. Dia adalah tempat kamu mencurahkan segala-galanya. Ini bermakna kamu dan dia sudah ditakdirkan bersama-sama. Percayalah pasangan yang ditakdirkan bersama pasti tidak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Bertengkar, bergaduh adalah perkara biasa dalam satu hubungan yang intim, jangan jadikan semua ini perkara yang membebankan dalam hubungan kamu berdua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan