my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Rabu, 26 Oktober 2011

Apa Perlu Dibuat Jika Terlibat Dalam Kemalangan?

SERING kali apabila pemandu atau penunggang terlibat dalam kemalangan, mereka menjadi panik dan jadi kelam-kabut. Mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan seterusnya. Rasa cemas menyelubungi diri dan ini akan mengundang pelbagai lagi insiden yang tidak diingini terutama kepada pemandu wanita.Paling merisaukan, apabila pemandu-pemandu yang terlibat mulai bertelagah dan saling menuding jari di antara satu sama lain. Ini tidak menyelesaikan masalah malah merumitkan lagi jalan penyelesaian. Pemandu yang pertama kali terlibat dalam kemalanagan pasti tidak tahu apakah langkah yang sepatutnya diambil. Jadi ini 9 garis panduan untuk anda.



Catat dan hafal panduan menghadapai kemalangan ini untuk masa cemas itu:

1. Cuba bertenang dan jangan panik semasa kemalangan.

2. Laporkan kepada pihak polis dengan kadar paling segera.

3. Jika ada yang cedera, panggil 999.

4. Jika tiada yang cedera, alihkan kenderaan dari laluan trafik (jika boleh).

5. Catat semua nama, alamat, nombor plat dan jenis kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

6. Ambil gambar kejadian kemalangan dengan kamera atau telefon bimbit. Jika tiada, buat lakaran kasar.

7. Bertukar maklumat mengenai nama dan dan maklumat pengendali insurans atau takaful masing-masing.

8. Jangan berbincang siapa yang salah. Jika diajak, jangan layan. Tunggu sehingga polis sampai.

9. Jika perlu ditunda, pastikan ia ke bengkel yang betul. Dapatkan maklumat bengkel wakil daripada pihak insurans anda.



Oh.. ya, kalau sudah terlibat dalam kemalangan, memang sahlah kena saman kan. Jadi semak saman kenderaan anda di sini (untuk memastikannya memang tiada atau sudah dibayar).

P/s: Saya selalu doakan perjalanan anda dalam lindungan Allah SWT dan selamat pergi balik serta dijauhkan daripada kemalangan. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan