my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Rabu, 26 Oktober 2011

Bagaimana Membuat Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online?

PANDUAN permohonan pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ini saya tuliskan khas untuk para pelajar IPTA yang sedang belajar. Juga kepada bakal pelajar yang akan meneruskan pengajian sama ada secara sepenuh masa, separuh masa atau secara PJJ yang sedang berkira-kira membuat permohonan pinjaman PTPTN tetapi kurang pasti bagaimana caranya. Diharap panduan ringkas ini memberi manfaat buat semua bakal permohon.Buat pengetahuan anda, mereka yang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional terpilih adalah layak membuat permohonan pinjaman PTPTN. Jadi pinjaman PTPTN ini memang merupakan suatu peluang baik kepada individu yang tidak mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi menampung yuran pengajian yang semakin meningkat naik dari tahun ke tahun.



Panduan sebelum mengemukakan permohonan pinjaman PTPTN secara online:

1. Sebelum anda membuat permohonan pinjaman PTPTN, sila dapatkan dahulu Nombor PIN di Kaunter BSN. Nombor PIN yang dibeli ini mempunyai tempoh sah laku selama 6 bulan daripada tarikh pembelian. Ia penting bagi kegunaan pendaftaran semasa memuat permohonan pinjaman PTPTN di laman permohonan PTPTN itu nanti.

2. Membuka akaun simpanan (persendirian) di bank yang telah ditetapkan oleh IPTA masing-masing. Ini untuk kegunaan pihak PTPTN memasukkan jumlah pinjaman PTPTN yang lulus kelak.

Jadi bagaimanakah cara membuat permohonan pinjaman PTPTN ini sebenarnya?

Permohonan pinjaman PTPTN hendaklah dibuat secara online melalui pautan ePinjaman PTPTN di bawah..

–> Klik untuk ke laman permohonan pinjaman PTPTN

Selepas membuat permohonan pinjaman PTPTN melalui pautan di atas, calon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian berserta dokumen jaminan dan menyerahkan dokumen-dokumen tersebut beserta lain-lain dokumen sokongan yang ditetapkan kepada Pegawai PTPTN melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPT masing-masing. Sila semak tarikh serahan dokumen tersebut yang telah ditetapkan oleh HEP IPTA masing-masing.

Lain-lain dokumen sokongan yang telah ditetapkan perlu disertakan bersama. Apakah lain-lain dokumen sokongan itu?

Maklumat itu sudah saya sediakan dalam bentuk pdf untuk kemudahan anda sebagai pembaca blog saya. Anda boleh muaturun melalui pautan di bawah (sila save di komputer anda untuk tujuan rujukan pada masa akan datang):

>> Lain-lain dokumen sokongan dan maklumat tambahan berkaitan pinjaman PTPTN <<

Untuk keterangan lanjut dan syarat terkini, anda boleh merujuk laman rasmi PTPTN ini.

Sementara bagi membuat semakan penting berkaitan permohonan pinjaman PTPTN dan hal-hal lain yang bersangkut-paut, bolehlah buat di laman semakan khas PTPTN ini.

Diharapkan informasi tentang permohonan pinjaman PTPTN yang saya bawakan ini berguna buat anda. Sekiranya ada maklumat terkini mengenai permohonan pinjaman PTPTN yang terkini anda perolehi, sila kongsikan dengan pembaca lain dengan menyatakannya di ruangan komen ya. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan