my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Rabu, 26 Oktober 2011

Kaki Pancing Yang Mabuk Laut

MEMANCING sepatutnya suatu aktiviti yang mengembirakan. Tapi apakala bot atau kapal yang disewa mulai mengharungi laut lepas, rasa terumbang-ambing pun mulai timbul. Lebih-lebih lagi jika terpaksa meredah suasana berangin atu ribut berjam-jam lamanya. Ombak setinggi beberapa meter. Ada yang mulai berasa pening, loya dan seterusnya muntah. Inilah yang dipanggil sebagai mabuk laut.Kepada pembaca blog ini yang merupakan kaki pancing, saya tidak melupakan anda. Terutamnya kaki-kaki pancing junior yang sering mengalami mabuk laut. Memang tak seronok rasanya menikmati perjalanan dalam keadaan pening atau tidak selesa. Lebih teruk bila termuntah dihadapan rakan-rakan sepemancingan lain.

Terlebih dahulu, harus diingat bahawa ini hanyalah petua sahaja. Tidaklah dijamin keberkesanannya. Bak kata orang, tak rugi mencuba kan.



Lima petua mabuk laut:

1. Makan atau minum berlemak
Jika bercadang untuk ke trip memancing, adalah tidak digalakkan untuk mengambil makanan berlemak misalnya lauk bersantan. Begitu juga dengan minuman bersusu. Dikatakan ianya merangsang ketidakselesaan tekak dan menambahkan peluang mabuk laut.

2. Mandi laut
Ada yang mengamalkan petua ini untuk melegakan mabuk. Tapi jangan pula cuba-cuba terjun ke laut kalau tidak pandai berenang. Dikhuatiri daripada mabuk menjadi lemas pula. Hehee..

3. Buah limau
Caranya mudah, picit limau nipis dan hidu baunya apabila mula terasa pening. Ada pendapat lain pula mengatakan, kunyah kulitnya sepanjang perjalanan di laut. Ia dikatakan dapat memberi kelegaan atau melewatkan rasa mabuk. Selain itu, buah oren juga boleh digunakan jika tiada limau nipis.

4. Pisang mentah
Pastikan ianya masih mentah dan berasa kelat ya.. Buang kulitnya dan makanlah buah pisang tersebut. Berapa biji tak ditetapkan, bergantung kepada ketahanan anda kepada rasa kelatnya.

5. Meminum air laut
Ini petua lama para nelayan. Pelbagai versi kita dengari. Ada yang kata minum air di kuala. Ada yang kata minum air di mana-mana kawasan laut pun. Ada yang kata minum hingga sendawa dan ada yang kata minum sedikit asalkan tekak terasa masin.



Semoga dengan mencuba mana-mana petua menahan atau mengelakkan rasa mabuk laut ini bermanfaat kepada para pemancing junior..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan