my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Rabu, 26 Oktober 2011

Cara Semak Khidmat Negara: Terpilih Atau Tidak

APA itu Latihan Khidmat Negara?

Saya percaya, memang sudah ramai yang sedia maklum apakah yang dimaksudkan dengan Program Latihan Khidmat Negara. Pelbagai pengalaman kita dengari daripada peserta PLKN yang sudah-sudah. Ada kata seronok, ada kata kurang seronok dan ada yang kata tak seronok.
Itu kalau terpilih la. Bagi yang tidak terpilih (seperti saya) memang tak tahu la keadaannya yang sebenar. Peserta yang dipilih adalah daripada kalangan remaja lepasan SPM pada tahun berkenaan. Kali ini saya ingin membawakan sepintas lalu berkenaan Program Latihan Khidmat Negara. Ini untuk sekadar pengetahuan bersama sahaja.

Program Latihan Khidmat Negara telah yang telah dilancarkan pada 16 Febuari 2004 ini direkabentuk sedemikian rupa sesuai dengan objektifnya untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan remaja, memupuk perpaduan kaum, integrasi nasional dan membentuk perwatak positif seperti gigih, bersemangat kental dan tabah.

Secara kasar, Program Latihan Khidmat Negara yang selama 3 bulan itu dibahagikan kepada tiga elemen teras yakni:

1. Elemen latihan asas ketenteraan – 20%
2. Elemen kenegaraan – 40%
3. Elemen khidmat masyarakat – 40%

Jangan tidak tahu, peserta yang gagal mengikuti Latihan Khidmat Negara tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan hukuman penjara selama 6 bulan atau denda sebanyak RM3 000 atau kedua-duanya sekali. Lebih lanjut mengenai hal ini boleh baca Akta Latihan Khidmat Negara ini.



Bagaimana mengetahui kita terpilih ke PLKN?

Saya secara peribadi kurang pasti apakah kriteria pemilihan peserta yang bertuah mengikuti latihan ini. Disebabkan itu, adalah lebih bijak memastikan sendiri sama ada terpilih ke Latihan Khidmat Negara atau pun tidak. Cara termudah ialah dengan menggunakan kemudahan SMS. Kenapa tidak, semasa sedang membaca laman ini sekarang pun anda sedang memegang hp di tangan kan?



Cara membuat semakan Khidmat Negara sama ada terpilih atau tidak:

Taip PLKN < jarak > No. KP dan hantar ke 15888
Contoh – PLKN 940404120000 [dan hantar ke 15888]



Jika terpilih. Ini cara membuat semakan dimana kem Latihan Khidmat Negara yang anda harus lapor diri:

Taip PLKN < jarak > KEM < jarak > No. KP dan hantar ke 15888
Contoh – PLKN KEM 940404120000 [dan hantar ke 15888]



*Nota: caj SMS akan dikenakan untuk perkhidmatan ini.

Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai keperluan semakan lain yang ada sangkut paut dengan Kem Latihan Khidmat Negara, anda boleh ke laman semakan PLKN ini. Ia lebih menyeluruh untuk pelbagai jenis semakan berlainan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan