Salam
semua..Di sini saya ingin bertanya masalah penyakit saya yang membuatkan
saya buntu..saya mengalami masalah sakit kaki rasa seperti
kebas,menyucuk-nyucuk dan sampai tahap susah nak berjalan..untuk
pengetahuan doktor semua bahagian pinggang saya juga sering sakit..tidak
boleh angkat atau buat kerja berat-berat.....saya dah pernah berjumpa
doktor di GH but doktor's answer was very dissapointing.. ambil x-ray
tapi doktor kata tiada apa-apa masalah..untuk pengetahuan doktor juga,
sudah lebih setahun saya mengalami masalah ini..Hope can advice what the
best solution for this..
your kind advice and co-operation is much appreciated.
Regards,
Asura
Asura
Jawapan
Terima
kasih atas soalan saudara/saudari. Masalah sakit pinggang atau sakit
belakang yang disertai kaki kebas menyucuk-nyucuk selalu terjadi
sebenarnya dalam masyarakat kita. Antara salah satu sebab yang
menyumbang kepada berlakunya gejala ini adalah penyakit lumbar spinal
stenosis.
Apabila
kita semakin tua, tulang belakang kita yang mengandungi saraf tunjang
semakin sempit. Atas dasar ini lah keadaan ini dinamakan spinal
stenosis, manakala lumbar merujuk kepada anatomi tulang belakang
tersebut yang terletak di bahagian pinggang.
Anatomi
Memahami tulang belakang dan mengetahui bagaimana ia berfungsi membantu anda memahami penyakit anda.
Tulang
belakang adalah tulang kecil yang dinamakan vertebra, disusun secara
menegak (vertical) bertindih atas vertebra yang lain. Otot, ligamen,
saraf, dan intervertebral disks adalah bahagian tambahan yang membentuk
tulang belakang.
Vertebrae
Tulang-tulang
ini berhubung antara satu sama lain untuk membuat satu saluran (atau
lorong) di mana saraf tunjang ditempatkan. Vertebra dibahagikan kepada 5
bahagian utama iaitu 1.cervical (leher) 2. Thoracic (di bahagian dada)
3. Lumbar (pinggang) 4. Sacrum 5. Coccyx (sacrum dan coccyx bercantum
dan terletak di bahagian punggung).
Bahagian lumbar yang sering menjadi punca sakit belakang. Spinal cord=saraf tunjang
Saraf tunjang
Saraf
tunjang adalah saraf seolah-olah kabel electrik. Ia membawa maklumat
daripada atas (otak) ke otot-otot seluruh badan. Saraf tunjang terletak
di dalam saluran yang berada di dalam vertebra. Saraf-saraf kecil keluar
daripada saraf tunjang melalui beberapa lubang kecil yang terdapat pada
tulang vertebra.
Otot dan Ligamen
Struktur
ini penting bagi memberikan kestabilan dan pergerakan pada tulang
belakang anda. Ligamen adalah struktur yang menghubungkan tulang ke
tulang maka sangat penting untuk memastikan tulang belakang (vertebra)
pada kedudukannya.
Facet Joints
Sendi kecil ini terletak antara vertebra yang membantu pergerakan tulang belakang. Facet joint sangat dekat dengan saraf.
Intervertebral Disks
Intervertebral disks terletak antara vertebra.
Keratan
rentas tulang belakang. Spinal cord=saraf tunjang yang terletak dalam
saluran (spinal canal) di dalam vertebra. Nucleus Pulposus dan Annulus
Fibrosus adalah struktur yangmembentuk intervetbral disks.
Apabila
anda berjalan atau berlari, intervertabral discks bertindak sebagai
penyerap hentakan dan mengelak vertebra daripada berlaga antara satu
sama lain. Ia bertindak bersama facet joint membantu tulang belakang
bergerat, berputar atau membongkok.
Itervertebral
disks adalah rata, berbentuk bulat (keratin rentas) dan setebal
setengah inci setiap satu. Ia terdiri daripada 2 komponen utama iaitu :
Annulus fibrosus. Struktur yang kuat, fleksibel ini adalah struktur luar “outer ring”.
Nucleus pulposus.
Struktur lembut sepert jelly ini adalah struktur di bahagian dalam
annulus fibrosus. Struktur inilah yang mempunyai keupayaan untuk
menyerap hentakan.
Penerangan
Spinal
stenosis terjadi apabila ruang di sekeliling saraf tunjang semakin
sempit. Hal ini member tekanan mekanikal kepada saraf tunjuang dan
saraf-saraf yang bercabang keluar darinya seterusnya menyebab kesakitan,
kebas atau lemah kaki.
Apabila
kita berumur, tulang belakang menjadi keras dan mungkin bertambah dari
segi jisim. Hal ini menyebabkan saluran (spinal canal) di dalam vertebra
semakin sempit. Apabila kesempitan ini berlaku di bahagian pinggang, ia
dipanggil lumbar spinal stenosis.
Degenerasi
vertebra berlaku pada 95%populasi apabila menjelang umur 50 tahun.
Selalunya spinal stenosis terjadi pada golongan dewasa yang lebih 60
tahun , lelaki dan perempuan tiada beza dari segi insiden tetapi
perempuan lebih menunjukkan symptom yang memerlukan rawatan.
Sebilangan
kecil daripada populasi memang lahir dengan masalah tulang belakang
yang mengakibatkan lumbar spinal stenosis. Penyakit ini dinamakan
Congenital Spinal Stenosis, berlaku lebih banyak pada kaum lelaki.
Simptom selalunya terzahir pada umur di antara 30 ke 50 tahun.
Sebab
Arthritis adalah sebab utama spinal stenosis. Arthritis adalah degenerasi (penuaan) mana-mana sendi badan.
Dalam
tulang belakang (vertebra),arthritis berlaku apabila intervertebral
disks degenerasi dan hilang kandungan air. Di usia kanak-kanak dan
remaja, intervertebral disks mengandungi kandungan air yang tinggi.
Apabila tue, disks ini semakin kering dan semakin lemah. Hal ini
menyebabkan tebal intervertebral disks semakin berkurangan dan fungsinya
terganggu.
2 mudarat
utama yang akan berlaku. Pertama berat badan yang sebelum ini ditampung
oleh intervertebral disks telah berpindah ke face joints di belakang
saraf tunjang. Kedua, lubang di mana cabang-cabang saraf keluar akan
menjadi kecil dan sempit.
Tekanan
pada facet joint seterusnya mengakibatkan arthritis belaku. Cartilage
(tulang rawan) yang menyaluti facet joint terhakis dan menyebabkan
tulang-tulang vertebra berlaga antara satu sama lain tanpa ada pelincir
(cartilage). Badan kita ingin melindungi tulang-tulang ini daripada
terus rosak akibat lagaan tadi dengan pertumbuhan tulang baru pada facet
joint yang menyokong tulang vertebra. Semakin lama, tulang baru yang
dinamakan spur ini menyempitkan lubang keluar cabang-cabang saraf
daripada tulang vertebra.
Selain
itu, ligament juga bertambah dari segi saiz sebagai response kepada
arthritis tersebut. Hal ini lebih menyempitkan lubang keluar saraf tadi.
Apabila sudah cukup sempit, saraf akan terhimpit dan symptom sakit
terzahir.
Symptoms
Sakit Belakang.
Kadar kesakitan bergantung kepada kadar arthritis yang telah berlaku.
Semakin teruk arthritis individu, semakin kuat sakit yang dihidap.
Sakit punggung atau kaki. (sciatica).
Apabila sesuatu cabang saraf terhimpit, kesakitan akan dirasai pada
kawasan badan dimana cabang itu pergi. Sakit ini digambarkan seperti
pedih yang amat sangat atau seperti terkena genjatan elektrik. Selalunya
bermula di punggung dan merebak ke kaki. Sakit ini dinamakan sciatica.
Kebas atau rasa semut-semut pada punggung dan kaki. Tak semua menghidapi sakit, kebas-atau semut-semut pada kaki.
Kaki lemah atau foot drop. Mungkin satu kaki atau kedua-dua belah kaki.
Sakit berkurang apabila tunduk ke depan atau duduk.
Kajian menunjukkan apabila kita tunduk ke hadapan, ruang untuk saraf
bertambah dan mengurangkan kesempitan yang dialami. Pesakit didapat lega
apabila tunduk ke depan lebih-lebih lagi dalam keadaan duduk. Sakit
akan bertambah apabila berdiri tegak dan berjalan.
Pemeriksaan doktor
Medical History and Physical Examination
Apabila
symptom telah diceritakan, doctor akan memeriksa belakang anda dan
memicit untuk memastikan kawasan yang sakit. Doctor akan meminta anda
untuk tunduk ke depan, ke belakang, ke sisi untuk melihat had pergerakan
dan kesakitan.
Imaging Tests
X-rays.
Tidak muktamad. Doktor mungkin akan mengesan kesan penuaan pada tulang
seperti kurang tebal intervertebral disks atau pun tulang baru (bone
spur). X-ray yang diambil semasa anda tunduk ke depan dank e belakang
membolehkan doctor melihat ketidakstabilan sendi tulang belakang.
Pergerakan di luar had normal boleh dilihat. Hal ini dinamakan
spondylolisthesis. Doktor yang kurang pengalaman tidak dapat mengesan
sebarang perubahan awal di dalam x-ray.
Magnetic resonance imaging (MRI). Muktamad. Boleh diagnosis secara jelas
Additional tests. Computed tomography (CT) scans muktamad seperti MRI.
Rawatan
Rawatan tanpa Pembedahan
Tujuannya
hanya untuk mengurangkan sakit dan membolehkan kaki berfungsi sepenuhnya
tanpa pembaikan pada saluran saraf tunjang yang telah sempit.
Rawatan Fisiotherapy. Contohnya stretching exercise, massage lumbar dan abdominal strengthening .
Lumbar traction. Tiada bukti tentang keberkesanannya. Secara peribadi, saya tidak sarankan.
Ubat tahan Sakit Seperti
panadol, ibuprofen, voltaren, eterocoxib. Pastikan dapat nasihat
daripada doctor anda sebelu menggunakan ubat-ubatan ini.
Suntikan steroids (Cortisone).
Cortisone adalah ubat yang kuat dalam mengurangkan radang. Suntikan ini
diberikan di sekeliling saraf atau di “epidural space” yang
mengurangkan bengkak dan kesakitan. Tidak digalakkan menerima suntikan
ini lebih daripada 3 kali dalam setahun. Suntikan ini mengurangkan sakit
dan kebas tetapi tidak mengembalikan kekuatan pada kaki yang lemah .
Acupuncture. Mengurangkan sakit, tetapi untuk jangka masa panjang tiada bukti yang sahih tentang keberkesanannya.
Chiropractic manipulation. Sila rujuk orang yang berpengalaman. Penulis tidak berpengalaman dalam mengamalkan chiropractic manipulation.
Rawatan Pembedahan
Selalunya
mereka yang mengambil rawatan ini apabila rawatan tanpa pembedahan telah
dicuba ataupun kaki yang lemah dan tidak dapat digunakan sepenuhnya.
Pilihan yang ada 1. Laminectomy da 2.spinal fusion
Laminectomy.
Prosedur ini
meliputi pembuangan tulang, tulang baru (bone spur) dan ligament yang
menghimpit saraf. Prosedur ini juga dinamakan “Decompression”..
(Left) Untuk melihat vertebra, otot ditarik ke sisi. (Right) Selepas laminectomy, bone graft material dan screw diletakkan di sisi vertebra untuk mempercepat menyembuhan.
Spinal fusion.
2 atau lebih tulang vertebra dicantumkan secara kekal. Bone graft
daripada tulang pinggul digunakan untuk mencantumkan vertebra ini.
Fusion ini
mengurangkan pergerakan antara vertebra lantas mengurangkan kadar
kegagalan selepas pembedahan. Doktor bedah akan menggunakan rod dan
screwFusion eliminates motion between vertebrae and prevents the
slippage from worsening after surgery. The surgeon may also use rods and
screws to hold the spine in plac untuk memegang tulang belakang
supayabercantum dengan sempurna.
Rehabilitasi.
Selepas pembedahan, selalunya ditahan wad untuk 2-3 hari untuk
memastikan tahap kesihatan pesakit stabil dan physiotherapy atau
pemulihan cara kerja dapat diajar kepada pesakit.
Kami juga akan memakaikan brace atau korset untuk mempercepat pemulihan. Pesakit juga digalakkan cuba berjalan.
Risiko . Rendah, sama seperti apa-apa pembedahan e.g. pendarah, jangkitan, darah beku, reaksi terhadap ubat bius. Risiko sangat rendah.
Mereka
yang berisiko tinggi adalah orang tua, lebih berat badan, kencing manis,
perokok ataupun pesakit yang mempunyai penyakit-penyakit lain.
Komplikasi yang spesifik untuk pembedahan ini:
-koyak pada dura yang menyaluti saraf
-tulang gagal bercantum
-screw dan rod gagal menyokong
-kecederaan pada saraf
-gagal mengurangkan symptom
-simptom kembali
-tulang gagal bercantum
-screw dan rod gagal menyokong
-kecederaan pada saraf
-gagal mengurangkan symptom
-simptom kembali
Keputusan Pembedahan:
Cemerlang untuk 80% pesakit. Hidup kembali normal.
Pembedahan Baru:
- Interspinous process device
- Minimally invasive Decompression
Tiada ulasan:
Catat Ulasan