my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Isnin, 26 Ogos 2013

daun belalai gajah untuk si kanser

Khasiat Daun Belalai Gajah

Assalamualaikum kekawan semua... Semoga kekawan semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan di lindungi oleh Allah s.w.t. Sekarang ni banyak cerita duka yg kita dengar dan lihat, semoga negara kita kembali aman damai hendaknya. 

Berbalik pada tajuk mengenai khasiat daun belalai gajah ni.. saya sebenarnya suka makan ulaman daun ni.. tambahan kalau ada khasiatnya.Hari tu adik praktikal di tempat kerja saya ada memberi batang pokok belalai gajah ni, balik rumah saya terus cucuk dalam pasu yang dah ada pokok kunyit... tak sangka mudah sungguh hidupnya... tengok sekarang di sedang berpucuk dengan jayanya...

Ini pokok belalai gajah yg saya tanam dalam pasu tu :)

Bila tengok pucuk daun tu cantik muda-muda saya pun petiklah, kebetulan saya ada buat sambal hijau (resepi disini sambal hijau), memang sedap pucuk daun belalai gajah ni... 


Pucuk daun belalai gajah dan sambal hijau
Tada... tengok plate saya ni penuh dengan warna hijau..... oooooohhh ku lihat hijauuuu... hijauuu.. :P

Plate yg menghijauuu

Jom kita tengok apa khasiat daun belalai gajah ni :D
Khasiat DAUN BELALAI GAJAH atau SABAH SNAKE GRASS boleh mengubati penyakit Kanser seperti Uterus Cancer, Prostate Cancer, Breast Cancer, Lang Cancer, Leukemia Patiens, Dialysis Patiens, High Blood, High Uric Acid, Diabetes dan banyak lagi. 
Pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah 
·         Pesakit mengidap Uterus Cancer - Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor kata tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.
·         Pesakit Lang Cancer tahap 3 - Telah membuat chemotherapy sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.
Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage penyakit :
·         Stage 1 : 30 daun setiap hari
·         Stage 2 : 50 daun setiap hari
·         Stage 3 : 100 daun setiap hari
·         Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari 
*Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut
Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
·         masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
·         masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
·         tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
·         masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
·         masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
·         blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
·         jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
·         Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi 
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan