my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Selasa, 27 Ogos 2013

Apakah itu penyakit apendiks?

Apakah itu penyakit apendiks?

Soalan
Apakah punca penyakit apendiks?
Apakah itu apendiks dan fungsinya?
Bagaimanakah pesakit boleh mengalami appendix?
Makanan apakah yang paling sesuai untuk pesakit appendix?
Anak saya selalu memakan buah kismis kering yang ada biji di dalamnya. Dia mengunyah biji di dalam kismis itu sehingga hancur dan menelannya. Adakah amalan itu boleh menyebabkan dia mengalami penyakit apendiks?
Bolehkah pesakit bekerja kuat seperti membawa lori selepas 2 bulan dari pembedahan?
Bilakah saya mampu untuk bersenam selepas pembedahan?
Jawapan
Terima kasih atas soalan. Nama penyakit Appendix selalu sangat didengari,namun apa yang kita dengar sebenarnya salah. Appendix bukan penyakit, ia adalah organ, iaitu salah satu bahagian di dalam usus besar. Penyakit yang anda maksudkan sebenarnya adalah appendicitis atau dalam bahasa Melayunya radang appendix, haaa itu yang betul sebenarnya!

Apakah itu apendiks dan fungsinya?
Untuk menjawab soalan ini secara terperinci, sila rujuk artikel yang telah di tulis di sini
http://cyberclinics.org/artikel-cyberclinics/bidang-perubatan-medical/81-fungsi-apendiks
Bagaimanakah pesakit boleh mengalami apendiks?
Berdasarkan statistic, 16% populasi dunia barat mengalami appendicitis dan menjalani pembedahan membuang appendiks iaitu appendicectomy. Penyakit ini juga tidak kurang banyaknya di Malaysia.
Ia selalu terjadi pada usia sekitar 10 tahun ke 30 tahun. Bayi-bayi atau kanak-kanak tidaklah mengalami appendicitis sekerap orang dewasa. Hal ini demikian kerana diameter appendix golongan bayi dan kanak-kanak lebih besar, relative kepada diameter usus mereka. Maka sisa makanan atau objek lain lebih sukar untuk “tersekat” di salur appendiks.
Antara sebab utama berlakunya appendicitis adalah sisa makanan yang tidak hadam seperti biji cili, biji buah jambu batu dan pelbagai lagi. Tahi yang menyebabkan appendicitis ini selalunya berlaku apabila system penghadaman mengalami masalah seperti sembelit (constipation).
Antara sebab lain adalah  cacing, bahan lain selain makanan , jangkitan pada lymph nodes di usus , penyakit diverticular, adenomatous polyps dan lain-lain.
Apabila benda-benda ini menyumbat salur appendix, salur appendix mengeluarkan mucus( cecair), membengkak, tekanan di dalam salur bertambah, yang mana menyumbat salur darah appendix lantas menerukkan keadaan.
Makanan apakah yang paling sesuai untuk pesakit appendicitis?
Makan makanan yang  lembut dan mudah dihadam seminggu selepas pembedahan seperti bubur, makanan berkuah, sup-sup dan lain-lain. Yang penting makanan tersebut berkhasiat, ada sayur, ada protein sama ada ayam atau ikan  dan sumber tenaga (karbohidrat) seperti nasi, roti dan lain-lain.
Makanan pejal boleh dijamah sedikit demi sedikit selepas seminggu.
Anak saya selalu memakan buah kismis kering yang ada biji di dalamnya. Dia mengunyah biji di dalam kismis itu sehingga hancur dan menelannya. Adakah amalan itu boleh menyebabkan dia mengalami penyakit apendiks?
Possible
Bolehkah pesakit bekerja kuat seperti membawa lori selepas 2 bulan dari pembedahan?
Boleh
Bilakah saya mampu untuk bersenam selepas pembedahan?
Sangat penting untuk anda berehat dan mengelak aktiviti lasak untuk suatu jangka masa selepas pembedahan , lebih-lebih lagi sekiranya pembedahan jenis terbuka. Tempoh yg diperlukan lebih kurang2 minggu. Namun perlu diingatkan untuk mengelak senaman atau kerja yg memerlukan otot perut untuk bekerja kuat seperti seat up, meneran, memandu (kena tekan pedal clutch), membongkok dan lain lain.
Rujukan:
General Surgery Cairo University 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan