Resepi Jus Anti Kanser
Mengambil jus setiap hari adalah satu langkah yang mudah dan sihat serta
cara alami merawat kanser dengan meningkatkan sistem imunisasi badan.
Di samping itu zat-zat dan antioksidan yang terdapat didalam
buah-buahan dan sayur-sayuran segar bersifat antikanser. Anda juga boleh
mencampurkan biji aprikot dan blend kan sekali didalam jus. Dengan ini
dapat mengurangkan rasa pahit jika biji aprikot dimakan begitu sahaja.
Oleh itu ini bukan sahaja anda memakan vitamin b17 setiap hari tetapi
juga mendapatkan khasiat vitamin daripada jus buah-buahan atau sayuran
yang diminum.
Namun diet jus ini kurang disesuai untuk pesakit kanser yang sedang
menjalani chemotherapy kerana, badan meraka berada dalam keadaan lemah
dan sistem imunisasi tidak begitu kuat untuk melawan penyakit jika
terdapat bakteria pada bahan-bahan segar yang dibuat jus.
Maka anda haruslah berhati-hati untuk membuat jus, pastikan buah-buahan
dan sayur-sayuran yang digunakan untuk membuat jus di basuh
bersih-bersih supaya tidak terdapat kesan racun serangga yang melekat
padanya.
Anda boleh mencampurkan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar untuk membuat jus. Pastikan anda menggunakan hanya air yang telah ditapis (dinyah klorin) atau air mineral untuk membuat jus. Jangan tambah gula kerana gula merangsang pertumbuhan kanser, sebaliknya gunakanlah stevia atau madu liar jika perlu.
Jus begini amat baik di ambil sekurang-kurangnya setengah jam sebelum
makan. Misalnya setiap pagi, tengahari, dan malam sebelum waktu makan.
Berikut adalah beberapa resepi jus yang anda boleh cuba.
Just Anti Kanser 1
1 biji Ubi bit
1 biji lobak
3 kepala brokoli dan batangnya
1 batang saderi
1/2 biji kentang
1/2 inci halia
1 biji epal bersama bijinya sekali (biji epal mengandungi vitamin b17)
Basuh semua bahan bersih-bersih dan masukkannya ke dalam blender. Jika ia berasa pelik, perahkan sedikit limau nipis kedalam jus. Jika ia terlalu pekat tambahkan sedikit air atau timun untuk mencairkannnya.
Jus Anti Kanser 2
3 biji tomato
1 batang saderi
1 batang timun
sedikit stevia atau madu liar
sedikit lada benggala
sedikit garam laut untuk rasa
Jus Campuran
Sebiji epal dengan bijinya sekali (biji epal mempunyai vitamin b17)
Lobak merah
sedikit timun
sedikit air limau nipis
Jus Delima (kaya dengan antioksidan)
Blend buah delima bersama biji-bijinya
Selain daripada itu, jus rumput gandum (wheatgrass) yang tinggi alkali amat baik sebagai rawatan kanser alternatif. Marilah sama-sama mengamalkan resepi jus anti kanser ini untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita bagi menentang penyakit kronik seperti kanser.
Makanan beralkali dan makanan berasid
Saya harap ia tidak terlalu lewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin untuk semua. Semoga kemenangan yang
diraih dibulan syawal berpanjangan didalam hidup kita termasuklah dari
segi kesihatan.
Untuk isu kali ini, marilah kita bincangkan tentang pentingnya
mengamalkan diet yang beralkali dibandingkan dengan diet yang berasid.
Ini adalah kerana badan yang tinggi asid nya menggalakkan pertumbuhan
kanser dan menyebabkan kita mudah sakit dan cepat letih. Sebaliknya
makanan yang beralkali membantu menyihatkan badan kita.
Skala PH adalah daripada 0 sehingga 14. Nilai ph kurang dari 7 adalah
asid (kurang oksigen) dan skala ph lebih dari 7 adalah alkali. Bila
skala ph mencapai 8.5, sel-sel kanser akan mati dan sel-sel sihat akan
hidup.
Oleh itu marilah kita kenali makanan beralkali dan makanan berasid.
Makanan Beralkali
Sayur-sayur asparagus, brokoli, bayam mentah, timun, taugeh, bawang
putih, limau, lemon, mangga, papaya, stevia, kacang hijau, kacang soya,
salad, kubis, labu, tembikai, kurma dan buah tin (fig), keledek, teh
hijau, wheatgrass, epal, anggur, kismis, kiwi, carrot, nenas,buah pir,
oren, pisang,tomato, avocado, madu liar, kulit kentang, buah berangan,
susu soya, susu ibu, susu kambing, keju susu kambing dan teh halia.
Perlu diingatkan walaupun lemon dan limau dalam bentuk asalnya bersifat asid namun setelah mengalami proses penghadaman didalam badan ianya bersifat alkali.
Perlu diingatkan walaupun lemon dan limau dalam bentuk asalnya bersifat asid namun setelah mengalami proses penghadaman didalam badan ianya bersifat alkali.
Makanan Berasid
Madu yang diproses, gula putih, gula perang, pemanis tiruan seperti
nutra sweet dan equal, buah dalam tin, ceri masam, buah plum, beri
hitam, kranberi, prun, bayam yang dimasak, kentang tanpa kulit, coklat,
kacang pecan , gajus, kacang tanah dan walnut, minyak jagung, roti,
nasi, pasta, tepung gandum, ayam, daging lembu, daging babi, aiskrim,
susu lembu, keju susu lembu, telor, yogurt, minuman bergas, teh, kopi
dan bir.
Namun oleh kerana banyak sayur-sayuran di pasar di sembur dengan racun serangga, maka mungkin ia satu idea yang baik untuk kita mula menanam sayur-sayur kita sendiri. Dengan ini kita dapat bekalan sayur-sayur organik. Kalau tidak pun, pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibeli dicuci dengan sebersih-bersihnya supaya ianya selamat untuk dimakan.
Oleh itu marilah kita mengambil lebih banyak makanan beralkali dibandingkan dengan makanan berasid sebagai rawatan kanser alternatif yang sihat, alami dan tidak menyakitkan. Anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga.
Ayat-Ayat Al-Quran untuk Merawat kanser
Saya percaya kaedah terbaik untuk mengubati sesuatu penyakit haruslah
melibatkan aspek-aspek fizikal mahupun spiritual. Ini adalah kerana
aspek-aspek spiritual juga memainkan peranan dalam sistem imunisasi
seseorang itu.
Ramai diantara pesakit kanser yang saya kenali pernah menyatakan bahawa
stress atau tekanan hidup menjadi antara penyebab sakit kanser. Ini
adalah kerana apabila seseorang itu mengalami stress, sistem
imunisasinya menjadi lemah. Dengan itu seseorang akan lebih mudah
terkena penyakit.
Menggunakan ayat-ayat Al-Quran merupakan salah satu cara spritual yang
anda dapat cuba dalam mengubati sesuatu penyakit. Gabungan cara fizikal
seperti kawalan diet, senaman, cara hidup dengan cara spritual seperti
penggunaan ayat-ayat al-Quran, dengan izin tuhan pesakit akan sembuh
dengan lebih cepat.
Berikut ialah beberapa ayat-ayat Al-Quran yang dapat digunakan bagi merawat kanser yand dipetik daripada website 1khalifah.
Untuk mengecilkan sel-sel kanser : Surah Thahaa 105-107 (baca 7 x)
Untuk membunuh sel-sel kanser
1. Surah Al Qalam : 1-5
2. Surah Al Qalam : 16 - 20 (baca 7 x , ulang ayat ke 20 - 20 x)
Untuk sembuh dari kanser
1. Al Fathihah
2. Al Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al A'raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thahaa 65-69
7. Mukminun 115-118
8. As-Shaafaat 1-15
9. Al Rahman 31-34
10. Al Hasyr 21-24
11. Al Mulk 3-4
12. Al Qalam 3-4
13. Al Jinn 3
14. Al Kafirun
15. Al Falaq
16. An Nas
Bacalah kesemua ini pada air untuk diminum dan dibuat mandian. Sebaik-baiknya gunakanlah air mineral atau air zam-zam untuk air minuman. Ini adalah kerana air zam-zam mempunyai sifat antioksida yang tinggi, saksikan video dibawah untuk keajaiban air zam-zam.
Bacalah kesemuanya dengan betul tajwid dan tartilnya serta yakin bahawa Allah dapat menyembuhkan penyakit anda. Allah jua yang berkuasa atas segalanya , Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Disamping itu anda juga disarankan untuk membaca Doa Nabi Yunus, Bismillah 5, Doa Nabi Ayub , ayat-ayat Syifa serta perbanyakkanlah beristigfar.
Cara Makan Biji Aprikot dan diet vitamin b17 untuk merawat kanser
Menurut banyak sumber, jika seseorang yang ingin mencegah daripada
mendapat kanser, pengambilan 15-20 biji aprikot (bersaiz kecil) setiap
hari amat di galakkan.
Bagaimanapun bagi pesakit kanser jumlah ini berganda-ganda banyaknya. Ada yang syorkan 30 gm dalam sehari (15-20 biji setiap kali makan). Ada juga mencadangkan sehingga 200 biji sehari. Secara umumnya, dos biji aprikot bergantung pada berat seseorang ( 1 biji bagi setiap 4.5 kg ). Kunyahlah biji aprikot satu persatu dan tambahkan dos secara perlahan-lahan agar badan dapat menyesuaikan diri. Jika ia terlalu pahit, anda boleh juga blendkan dan campurkan didalam makanan seperti salad atau dalam jus buah-buahan tanpa gula seperti jus epal. Anda boleh juga cuba makan biji aprikot bersama buah-buahan seperti buah epal atau aprikot kering untuk mengurangkan rasa pahitnya. Bagi saya sendiri, saya memakan biji aprikot bersama buah-buahan, misalnya bersama buah oren, epal atau jambu. Dengan cara ini rasa pahitnya dapat dikurangkan.
Antara tanda kita telah terlebih makan Vitamin b17 (overdos) ialah anda akan rasa pening dan khayal. Oleh itu kurangkan dosnya ke sukatan yang sesuai dengan badan. Ambillah biji aprikot beberapa kali dalam sehari supaya anda tidak perlu mengambil begitu banyak biji aprikot dalam satu masa. Misalnya anda boleh mengambil biji aprikot setiap kali sebelum anda makan pagi, tengahari, petang, malam dan seterusnya.
Berikut adalah Zat-zat yang perlu ada untuk mengoptimumkan kesan pengambilan biji aprkot untuk membunuh sel-sel kanser :-

- Zink (berfungsi mengangkut laetrile didalam badan)
- Vitamin C
- Vitamin B6, B9, B12
- Vitamin A, E,
- Magnesium, Manganese dan Selenium
Tanpa zat-zat yang mencukupi anda boleh makan banyak biji aprikot atau
makanan yang mengandungi vitamin b17 namun kesannya kurang berkesan.
Zat-zat berkenaan amat di perlukan untuk meningkatkan sistem imunisasi
badan serta untuk membantu dalam proses penyembuhan.
Oleh itu pengambilan multivitamin dan suplemen seperti habbatus sauda (nigella sativa) yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan adalah sangat digalakkan. Mengubah cara diet atau pemakanan kita juga penting.
Elakkan memakan banyak daging binatang kerana ia akan menggunakan banyak enzim pankreatik seperti trypsin, chymotrypsin, bromalin. Enzim-enzim ini pula perlu ada cukup didalam badan untuk menghapuskan lapisan protien sel-sel kanser. Dengan ini sistem imunisasi badan serta vitamin b17 dapat menyerang sel-sel kanser dengan lebih efisen. Oleh itu pengambilan nenas dan papaya yang mengandungi enzim ini amatlah di syorkan. Biji aprikot yang bertindak keatas sel kanser akan mengeluarkan toxin-toxin oleh itu minumlah banyak air supaya toxin-toxin ini dapat disingkarkan dengan cepat.
Anda juga disarankan mengambil banyak sayur-sayuran organik, kekacang dan buah-buahan segar yang mengandungi banyak antioksidan serta zat -zat yang bermanafaat.
Elakkan mengambil makanan yang telah diproses seperti mi segera dan snek-snek ringan yang mengandungi banyak bahan kimia dan pengawet yang mempunyai kesan negetif pada kesihatan. Elakkan juga makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula kerana gula merangsang pertumbuhan kanser. Kawalan diet in mungkin sukar dilakukan tetapi ia amatlah perlu juka anda ingin sembuh dari kanser.
Cara ini mungkin mengambil masa yang agak lama untuk menampakkan kesan, namun anda haruslah bersabar dan istiqamah dalam mengamalkannnya, dengan izin tuhan ia dapat membantu anda sembuh dari kanser. Semoga kita bertemu lagi di ruang blog Ubat Sakit Kanser bagi mencari rawatan -rawatan kanser alternatif lain yang berkesan.

Ubat Sakit Kanser yang lalu kita telah
mengetahui bahawa vitamin b17 dapat membunuh sel-sel kanser. Maka kali
ini marilah kita mencari apakah sumber-sumber makanan yang mempunyai
vitamin b17 ini. Sebenarnya banyak makanan yang mempunyai sumber vitamin
b17 semulajadi, tetapi oleh kerana rasanya yang pahit, ramai yang tidak
mengambilnya. Berikut ialah senarai makanan yang mempunyai vitamin b17
:-
Sumber Vitamin B17
Blackberi liar
Biji Epal
Biji Apricot
Biji Ceri
Biji Nektarin
Biji Pic
Biji Pir
Biji Plum
Biji Prun
Kacang Parang
Kacang Badam (pahit)
Kacang Macadamia
Daun Alfalfa
Daun Eucalyptus
Daun Ubi Kayu (cassava)
Rebung (Bamboo shoot)
Sumber Vitamin B17
Blackberi liar
Biji Epal
Biji Apricot
Biji Ceri
Biji Nektarin
Biji Pic
Biji Pir
Biji Plum
Biji Prun
Kacang Parang
Kacang Badam (pahit)
Kacang Macadamia
Daun Alfalfa
Daun Eucalyptus
Daun Ubi Kayu (cassava)
Rebung (Bamboo shoot)
Kita di Malaysia amat bernasib baik
kerana pucuk ubikayu yang mengandungi banyak vitamin b17 adalah murah
dan boleh dibeli di pasar-pasar. Namun jika anda tidak sukakannya anda
boleh memakan biji epal bersama-sama dengan epal sekali, dengan cara ini
rasa pahitnya dapatlah dikurangkan. Satu cara mudah untuk mendapatkan
bekalan vitamin b17 harian ialah dengan membeli biji aprikot. Rasanya
pahit namun ia boleh dimakan bersama buah-buahan atau biji-bijiran
seperti oats, seperti anda memakan cornflakes atau muesli untuk
sarapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan