my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

Ahad, 6 November 2011

Jatuh Cinta

Tidak seorang pun daripada manusia yang mampu membohongi hakikat, bahawa di dalam tubuhnya itu ada hati. Dan hati tersebut pula diciptakan oleh Allah dengan satu keistimewaan, iaitu menjana al-hub yakni rasa cinta,kasih dan sayang.

Itulah yang dinamakan sebagai fitrah.

Menidakkan peranan dan hakikat fitrah seumpama cuba menukar manusia menjadi satu makhluk yang lain. Kerja yang sia-sia dan hanya mengundang derita tiada sudah.

Justeru terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama bercakap dengan diri sendiri. Bisikkan kepada diri sendiri bahawa tidak ada salahnya mengakui hakikat penciptaan seorang manusia, yang ada jiwa dan ada cinta.

Islam tidak pernah menyekat fitrah dan naluri manusia. Jika manusia melihat Islam sebagai suatu peraturan dan cara hidup yang menyekat, bermakna manusia tersebut masih belum mengenali Islam dalam ertikata yang sebenar.


TERIMA HAKIKAT, FAHAMI DAN BERTINDAK

Lihatlah jam di dinding. Perhati detikan jarum panjang dan pendeknya. Renungi dan tanamkan dalam diri anda, bahawa lambat laun fitrah dalam diri tetap akan bersuara. Kebenaran itu tidak bisu. Sampai masanya, ia tetap akan bercakap dengan anda.

Menyedari hakikat tersebut, maka jalan yang bijak bukanlah ‘memerangi’ sebaliknya bersedia untuk menerima. Jangan perangi fitrah dalam diri anda mahupun diri orang lain. Apabila seorang saudara anda mengeluh jatuh hati atau jatuh cinta, jangan dikecam orang tersebut. Begitu juga apabila hati anda bersuara dengan jelas kepada anda tentang fitrahnya, maka jangan dikecam jiwa anda sendiri.

Jika dari awal, anda menyediakan otak untuk ‘menerima’ dan bukannya ‘memerangi’ , maka saya kira anda boleh bertindak dengan lebih rasional, matang dan bijak. Bertindak atas dasar kefahaman dan bukannya emosi semata-mata.



PANDU KE JALAN SELAMAT

Anda perlu faham bahawa jatuh cinta itu bukan suatu kesalahan. Jika ditakdirkan tiba-tiba anda terjatuh hati, atau terpikat, atau tersuka kepada seseorang yang mana sebelumnya perasaan tersebut langsung tidak ada, maka terima dan raikannya perasaan ataupun ‘suara jiwa’ anda terlebih dahulu.

Ini kerana ada golongan yang kelihatannya langsung tidak mahu bertolak ansur dengan suara jiwa mereka sendiri. Kata mereka itu suara Syaitan. Suara nafsu. Bukan suara Iman. Lantas mereka bersifat keras terhadap suara jiwa mereka sendiri, dan lebih malang apabila orang sekeliling mereka turut dipaksa untuk mengambil pendirian yang sama.

Meraikan suara jiwa anda bukan bermakna membiarkan diri anda hanyut. Itu kena jelas.

Sebab itu saya bercakap soal panduan. Setiap masalah, ada penyelesaian. Setiap perkara, ada tempat duduknya. Soal hati dan perasaan juga begitu. Ada tempat duduknya sendiri. Justeru menafikan tempat duduknya adalah suatu bentuk kezaliman.

Raikan perasaan suka. Raikan perasaan minat. Raikan perasaan terpikat. Jangan kecam dan jangan salahkan diri sendiri. Ini step yang sangat penting ketika anda jatuh cinta.

Kemudian, setelah anda mampu meletakkan diri anda dalam konteks yang betul, stabil dan meraikan bahasa jiwa, maka barulah anda boleh ‘memandu’ fitrah tersebut ke jalan yang sepatutnya.



PANDUAN PERTAMA : HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Ini paling penting. Saat jatuh hati dan terpikat itu, bagaimana sebenarnya hubungan anda dengan Allah? Solatnya bagaimana, zikirnya bagaimana, bacaan Al-Quran dan amalan sunat yang lain di tahap mana?

Ini kerana, suara hati yang selamat adalah suara hati yang paling teguh dan kukuh hubungannya dengan Allah. Di dalam hadith Nabi s.a.w menyebut bagaimana hati boleh menjadi hitam, gelap dan keras akibat daripada amalan dosa tanpa taubat.

Justeru hati yang seperti itu – semoga Allah jauhkan – bicaranya sangat bahaya. Bicaranya lebih condong ke arah kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan. Maka berhati-hati. Tatkala mahu mendengar suara hati tersebut, perbaiki dahulu perhubungan dengan Allah ta’ala.



PANDUAN KEDUA : IMAN ATAU NAFSU

Tanya kembali pada hati, apa yang membuatkan anda terpikat? Anda mungkin sukar untuk jujur dengan orang lain. Tapi anda secara hakikatnya boleh jujur dengan diri sendiri. Kalau faktor rupa paras atau bentuk tubuhnya sangat dominan di pertimbangan anda, besar kemungkinan anda akan berdepan dengan jatuh hati pada banyak lagi keadaan yang lain. Maknanya, hari ini terpikat dengan Timah, esok dengan Yati pula. Lusa nampaknya Ina lebih baik, dan sebagainya.

Tetapi jika faktor budi bahasanya, atau kecantikan akhlaknya yang mendominasi, anda lebih dekat dengan zon selamat. Tinggal lagi untuk mengawal dan mengemudi hati ke landasan yang sepatutnya.



PANDUAN KETIGA : MASUK SECARA TERHORMAT

Dalam Islam, bab hubungan manusia sesama manusia adalah bab yang diperakui. Tidak ada mana-mana bahagian pun dalam Islam yang mencacatkan atau menidakkan soal hubungan manusia sesama manusia, sebaliknya sangat dititkberatkan dan disertakan pula dengan pelbagai panduan dan peraturan.

Maka untuk menyambut suara hati dan memandunya ke jalan selamat, cara terbaik adalah dengan ‘masuk’ secara terhormat. Masuklah ke dalam hidupnya dengan cara yang paling baik. Bukan melalui pintu belakang.

Rumah buruk macam mana sekalipun, kalau kita masuk ikut tingkap atau pintu dapur, tuan rumahnya tetap pasti merasa marah.



PANDUAN KEEMPAT : KETUK PINTU DENGAN ADAB

Sebelum masuk ke rumah orang, terlebih dahulu ketuklah pintu dan berilah salam. Kita sebagai tetamu, kalau datang dengan cara baik, insyaAllah tuan rumah juga akan layan kita dengan cara yang baik.

Apa yang penting adalah kita lakukan dengan adab sebagai seorang muslim. Cara untuk ‘mengetuk pintu’ itu pelbagai. Samada sendiri atau menggunakan perantaraan seperti orang tengah dan sebagainya.



PANDUAN KELIMA : MENGENAL BESAR DAN LEBIH BESAR

Ketika perasaan tersebut menyesak jiwa dan mengganggu hati kita, biasanya kita terdorong untuk menganggap bahawa itulah persoalan paling besar yang perlu diatasi. Dengan apa cara sekalipun, perasaan tersebut mesti tertunai dan si dia mesti dimiliki.

Sebab itu ada yang mengistilahkan ia sebagai soal ‘hidup dan mati’. Seolahnya, kalau tak dapat akan menderita hingga mati.

Islam ternyata lebih awal menyediakan solusi untuk kita. Islam mendidik kita supaya membezakan antara perkara besar dengan yang lebih besar. Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda tentang takdir : Telah diangkat kalam dan telah keringlah dakwat.

Bermakna, semua perkara telah ada ketetapannya, termasuklah apa yang sedang kita usahakan. Justeru, melipatgandakan usaha dan ikhtiar itu tidak salah, cuma perlu dikawal supaya tidak ‘mencabar’ perkara yang lebih besar iaitu TAKDIR.

Paling cantik, mantapkan dahulu iman dan keyakinan dalam diri sebelum ‘mencabar’ diri untuk tampil ‘mengetuk pintu’.



PANDUAN KEENAM : BAHAGIA DAN TERSENYUM

Dalam melaksanakan beberapa panduan di atas, kita akan berdepan dengan beberapa natijah :

a) Dia yang kita suka pada awalnya, tetapi apabila diperhalusi rupanya kesukaan tersebut lebih diserabuti duniawi semata-mata, lalu kita kembali memperkasa cinta hakiki sebelum akhirnya menemui sejenis ketenangan padanya. Lalu kita tersenyum dan bahagia.

b ) Dia yang kita suka, rupanya juga menyukai kita, dan jalan ke arah pernikahan begitu mudah pula. Akhirnya bersatu di alam rumahtangga. Lalu kita tersenyum dan bahagia.

c ) Dia yang kita suka atau terpikat, rupanya sudah mempunyai seseorang di hatinya. Lalu kita bersabar dan merujuk kembali kepada perkara lebih besar iaitu soal takdir. Akhirnya kita temui ketenangan sebelum mampu tersenyum dan bahagia.

d ) Dia yang kita suka rupanya tidak ditakdirkan untuk kita, tetapi dalam waktu yang sama Allah bukakan jalan baru untuk kita dan dengan mudahnya keperluan kita terlaksana dengan seseorang yang kita sendiri tidak jangka. Akhirnya kita tersenyum dan bahagia.

Dalam apa keadaan sekalipun, kata kunci untuk tersenyum dan bahagia adalah REDHA. Justeru sangatlah penting untuk memegang panduan pertama yakni soal hubungan hati dengan Allah dalam menelusuri panduan-panduan seterusnya.

Yang penting, kita yakin bahawa setiap orang ada takdirnya masing-masing. Justeru mengapa tidak kita dan mereka berbahagia dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas setiap daripada kita?

Rabu, 2 November 2011

CARA BERCINTA BUJANG VS JANDA

Masyarakat sering memandang miring seandainya lelaki bujang bercinta dengan janda. Alasan kebanyakan ibu bapak, anak bujang mereka masih banyak yang hanya mau dijodohkan dengan anak gadis saja. Lebih lagi keadaan seandainya perbedaan usia agak jauh di mana janda tersebut tadi lebih berumur dan memiliki anak.
Tanggapan keluarga si bujang bagaimana anak mereka harus berhadapan dengan situasi tersebut serta lain-lain hal lagi. Pernahkah anda berhadapan dengan situasi sebegini atau anda baru coba berjinak-jinak berkenalan dengan janda? he he he
Di mana, anda lelaki bujang dan bercinta dengan si janda. Ikuti sedikit tips bagaimana anda terus menjaga hati si dia dan dalam masa yang sama perlu menghadapi keluarga juga.

Mereka Sangat Sensitif
Harus difahami semua manusia memiliki perasaan dan pada orang yg memiliki status janda akan lebih sensitif atau dia boleh menerima apa saja keadaan, soal ini jangan dipandang remeh. Namun kebanyakan janda amat sensitif dalam soal mencari kenalan baru. Lain situasinya jika janda itu tiada anak dan masih muda. Bercerai pula kerana suami mempunyai wanita lain. Perasaan sakit hati lebih menguasai keadaan dan mereka juga mungkin mengambil jalan yang sama, mau mencari kekasih. Jadi kalau anda mau bercinta dengan seorang janda, pastikan tutur kata dijaga.

Jangan Terlalu Mendesak
Seorang janda pastinya mempunyai trauma dalam perkawinan mereka. Ada yang mungkin pernah dipukul oleh suami, menderita lahir dan batinnya serta lain-lain masalah yang timbul dalam perkawinan terdahulunya. Justru itu, jika anda mau memiliki cinta mereka, jangan sesekali mendesak agar mereka dapat menerima anda di awal perkenalan mereka karena trauma yang masih wujud akan membuatkan mereka sering berfikir banyak kali untuk perkahwinan keduanya. mulailah berkenalan dengan niat yang baik dan jika anda sudah benar-benar memahami dirinya dan si dia juga sudah benar-benar mengenali diri anda, maka hubungan cinta itu boleh diteruskan.

Jangan Sesekali Mengorek Rahasia
Sesetengah orang cukup suka mengorek rahasia orang hingga ke ke akar masalahi. Bagi mereka, selagi rahasia tidak diketahui selagi itulah pertanyaan demi pertanyaan akan keluar dari bibir. Jika anda memilih untuk berkawan dengan janda, cukuplah serba sedikit anda mengetahui kisah hidup mereka. Misalanya bagaimana perceraian itu terjadi. Tidak perlulah bertanya berbagai soal sehingga janda yang ingin anda kenali itu merasa curiga di atas perkenalan yang ingin anda bina. Lagipun perkara sudah berlalu dan anda tidak perlu mengungkitnya lagi.

Jangan Terarah Kepada Hubungan Seks Semata-mata
Umumnya, golongan lelaki sering memandang rendah kepada janda seolah-olah mereka terlalu haus mau melakukan hubungan seks. Bagi wanita, cinta yang tulus ikhlas, sifat penyayang dan lain-lain situasi yang menyenangkan mereka adalah pandangan pada cinta pertama. Tidak semua wanita "haus seks’ biarpun mereka telah lama putus hubungan di ranjang. Mungkin anda perlu menetapkan pendirian, apakah tujuan utama anda berkawan dengan janda ini, semata-mata kerana seks atau anda benar-benar mencintainya dan mau mengawininya? Jika anda seorang Islam, ingat hubungan seks sebelum nikah itu haram. Jangan mengambil kesempatan ke atas kaum wanita.

Jangan Terlalu Memikirkan Si Dia Bekas Orang Lain
Wanita amat sensitif dan hubungan anda pasti tidak akan berkembang jauh jika anda sentiasa memikirkan dia merupakan bekas orang lain. Perasaan itu mungkin terbawa-bawa begitu jauh dan anda terlupa akan statusnya semasa anda mula-mula mengenalnya. Mengetahui dia seorang ibu tunggal sekaligus bekas orang lain, cukup untuk pengetahuan anda saja. Jalinkan hubungan berdasarkan cinta yang suci dan percayalah, jika hubungan dibina atas dasar cinta, anda tentu bahagia bersama si dia.

Menjalin Hubungan Baik Dengan Anak-anaknya
Berbeda situasi jika anda berkawan dengan janda yang punya anak dan mereka diceraikan tanpa anak. Bagi mereka yang tiada anak, tiada apa yang perlu difikirkan malah mereka mungkin bebas ke sana ke mari tanpa memikirkan perasaan apapun. Namun situasi ini tidak sama dengan janda punya anak karena mereka perlu menghabiskan sebagian masa untuk anak-anak yang masih memerlukan perhatian. Jika anda dapat mengambil hati si anak tadi lebih baik kerana hubungan baik anda akan menambahkan kemesraan sekaligus senang untuk anda terus serius menjalin hubungan dengan ibunya pula.

Berterus-terang Dengan Keluarga
Jika anda mahu mengakhiri hubungan ke jenjang pelamin, anda harus meyakinkan keluarga tentang wanita pilihan anda. Anda perlu berpendirian tetap karena kebanyakan hubungan begini pasti akan mendapat tentangan. Jelaskan juga mengapa anda memilihnya dan apa baik buruknya telah anda kaji lebih mendalam. InsyaAllah, jika anda bertegas pada pendirian, pastinya hubungan itu akan kekal. Ini karena janda adalah manusia biasa dan mereka juga punya hati dan perasaan yang perlu dijaga, bukannya disakiti selalu.

Isnin, 31 Oktober 2011

Tips untuk Survive dalam Percintaan Jarak Jauh

Ramai yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.

Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.


Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?

Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?
Kenapa merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.

Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))

4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.

Sekiranya anda mempunyai tips-tips tambahan, anda boleh berkongsi dengan kami dalam ruangan Ungkapan Cinta di bawah. Semoga si Dia tersenyum kembali!

Dilema Lelaki Encik mEnTeiL

Pertamanya korang kena baca Bertemu Kembali Cinta Pertama.. Rentetan dari peristiwa itu aku dapat rasakan si dia melalui perubahan terhadap aku. Pertama, si dia dah pandai nak bermanja² dengan aku, keduanya jumlah SMS yang aku terima meningkat satu kali ganda.. Pada aku itu mungkin perkara normal sebab dah lama tak jumpa dan bila bertemu menjadi adat la lebih rapat kan..

Selang dua tiga hari selepas itu, dia ada mengadu pada aku perihal tunangnya yang teruk.. Pasal apa aku tak berminat nak tau sebab tunang dia sendiri aku tak kenal.. Tak lama lepas tu dia ambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dan berniat ingin menyatukan kembali cintanya yang tergantung hampir 10 tahun dulu dengan aku.. Dia kata dia rasa lebih happy dengan aku.. What the …. ??!

“ingat aku tong shieldtox ke?? Kalau ada nyamuk baru sebok nak sembur?!” kata hati aku yang ego..

“takkan sebab aku pulak dia nak putus tunang” kata hati aku yang risau..

“senang betul dia nak putus ngan tunang dia n senang pulak dia nak sambung cintoi ngan aku” kata aku yang masih ragu..

Macam biasa kalau dalam dilema dan kekeliruan datang dah tentu persoalan akan timbul kan? Ye.. Aku mengaku ada lagi sayang kat dia walaupun sikit.. Tapi aku masih lagi lelaki dan ada pertimbangan.. Takkan nak mencipta satu perhubungan sampai begini tragis dan melukakan hati yang lain..

Menurut katanya, tunangnya itu (kini dah jadi bekas) sendiri yang inginkan keputusan tu.. Aku tak dapat nak pastikan sebab aku sendiri tak kenal dengan lelaki malang tu.. Katanya lelaki itu dah lama melukakan hati dia dan dah lama jugak dia bersabar.. Persoalannya (lagi) kenapa baru sekarang buat keputusan.. Tak sampai seminggu aku jumpa dia beb! Apa cerita?

Ntahla.. Hati aku 30% dengan berat ingin menerimanya.. Apa kata korang?

menteil yang dulu dikenali dengan dr. love kini mengalami masalah cinta.. haha.. dish!

entry dan kisah nie lebih kurang sama je dengan Dilema Lelaki Encik mEnTeiL dulu.. sebab tu aku letak pada version 2..

Bertemu Kembali Cinta Pertama

Pernah jumpa balik cinta pertama korang? Macam mana rasanya? Tersyahdu atau terkelakar? Hehe.. Nak dijadikan cerita petang semalam ada la satu nombor yang tidak dikenali.. Rupa²nya nombor talian maxis cinta pertama aku.. Aku kenalkan dia F je la ye.. Balas punya balas SMS tak sangka di lokasi yang sama dengan aku waktu tu.. Tanpa tunggu panjang ape lagi, ajak jumpe la… Er.. Dia yang ajak yer…

Tak disangka dia macam dulu lagi.. Rasanya dah lebih 6 tahun aku tak jumpa dia.. Dia still chinese look idamanku.. Haha.. Apakan daya dia dah bertunang..

Lama jugak bersembang dengan dia.. Dan macam² la aku tau hal perihal terbaru dia.. Apakan daya sekali lagi, adik dia dah merengek ajak balik.. cis!! nak gi berdating jumpa aku bawak adik buat apa?

Bila dah habis perjumpaan tu, tergelak aku sendiri bila terfikirkan macam mana cinta monyet aku dulu… Ye la.. Cinta zaman sekolah.. Apa pon jadi.. Cinta macam mana berdating dalam kelas.. Cinta berbalas surat.. ye la.. Zaman aku dulu manada handset lagi.. Anak orang kaya je ada.. Paling aku tak lupa kalau aku tulis surat.. Kompem panjang berjela.. Tapi dia balas sekerat dua jer.. Cis!!

Tapi sebenarnya kitorang tak putus pon.. Cuma lost contact jer.. Akhirnya dua² diam.. Putus macam tu jer.. Tapi aku still ingat macam mana cinta aku berputik dengan pandangan pertama mata dia di tangga.. Haha.. Cam lawak jer..

Apa pon aku happy tengok dia happy.. Sekurang²nya dia tak merana kalau still dengan aku lagi.. Hehe.. Itulah namanya pengorbanan dalam percintaan.. Cinta tak semestinya bersatu…

aku sebenarnya banyak masa on9 di alam maya nie.. tapi aku still sebok dengan projek internet aku.. maapkan aku ok.. hehe.. salam..

Khamis, 27 Oktober 2011

hidup bahagia

Love her...when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her...when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her...when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.

Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her...when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.


Love her...when her cooking is bad. She tries.

Love her...when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her...when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her...when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her...when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her...when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.

Love her...when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her...when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her...when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her...when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her...when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her...when she argues. She only wants to make things right for both

Love her...she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:
Treat the women well
The best of you are those who are the best in the treatment of their wives

1. Jangan Takut dan Khawatir
Perasaan takut dan khawatir merupakan pikiran kita yang paling tidak produktif. Sebagian besar hal-hal yang kita khawatirkan atau takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita khawatir dan takut?

2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam
Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Maukah anda membawanya sepanjang hidup? …. Saya rasa tidak. Jangan sia-siakan energi kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energi kita tersebut untuk hal-hal yang positif.

3. Fokus Pada Satu Masalah
Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu per satu. Jangan terpikirkan untuk menyelesaikan masalah secara sekaligus karena justru akan membuat kita semakin stress.

4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda
Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesehatan tidur kita. Pikiran bawah sadar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.

5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan
Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal yang mulia, tetapi jika kita mengambil porsi terbesar untuk menyelesaikan masalah orang lain tersebut justru itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri dengan porsi terbesar.

6. Jangan Hidup di Masa Lalu
Mungkin terasa nyaman bagi kita mengingat hal-hal yang menyenangkan di masa lalu tetapi jangan anda terlena didalamnya. Konsentrasilah dengan apa yang terjadi saat ini, karena kita pun akan bisa merasakan banyak kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika kita merayakan apa yang terjadi saat ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.

7. Jadilah Pendengar yang Baik
Mungkin sebagian besar orang termasuk saya susah untuk menjadi pendengar yang baik. Justru sebaliknya kita mengharapkan orang lain yang mendengarkan omongan kita, tetapi sebetulnya dengan belajar mendengarkan orang lain, kita akan mendapatkan banyak hal baru yang dapat sangat berguna bagi kebahagiaan hidup kita.

8. Jangan Biarkan Frustasi Mengatur dan Bahkan Mengacaukan Hidup Anda
Kasihanilah diri kita lebih dari apa pun, maksud saya adalah janganlah kita menyerah pada frustasi. Maju terus. Ambillah tindakan-tindakan positif dan lakukanlah dengan konsisten.

9. Bersyukurlah Selalu
Bersyukur dan berterimakasihlah atas semua yang kita dapatkan, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif, karena saya percaya dibalik setiap hal yang negatif tersebut ada hal baik yang bisa kita pelajari.

tanda anda serasi dengan pasangan

Rahsia sepasang kekasih agar mampu memiliki tempoh hubungan yang panjang adalah dgn adanya tolak ansur. Anda dan dia selalu mampu saling membantu,tak kiralah perkara kecil atau besar. Paling penting adalah anda berdua selalu mampu menikmati segala aspek kehidupan secara bersama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan walaupun tanpa harus melibatkan orang lain.
ok,apakah anda sudah merasakan hal tersebut? Jika ya, ini bererti ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup anda!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan serasi dia itu sbg jodoh anda atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak geriknya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbual serta tawanya menunjukkan ikhlas apa adanya? Apakah setiap ucapannya secara spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf). Kemungkinan besar dia bukan jodoh anda.

Petanda 3
Adanya refleksi batin membuat hati anda berdua mampu selalu saling merasa. Dan bila Anda atau si dia mampu saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Mungkin sebenarnya dialah belahan jiwa anda yang tersimpan…

Petanda 4
Bersamanya mampu membuat perasaan anda menjadi tenang, nyaman tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tak membuat anda merasa bosan.. Ini mampu sebagai petanda bahawa anda berdua kelak mampusaling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk anda dalam situasi apapun. Dan dia selalu mampu memahami cuaca dalam hati anda dikala dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang surut saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda mendapat musibah? Dia selalu faham saat tekanan perasaan anda datang menyerang? Dia cepat-cepat datang dan mencari ubat tatkala mengetahui anda sedang sakit? Jika ya, tak salah lagi. dialah orangnya…

Peranda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, dia tak peduli dengan masa lalu anda saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya.. ok, kalau begitu ini bererti dia sudah sedia menerima anda apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan anda tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat anda tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun,misalnya saat anda bangun tidur atau saat anda sakit dan tak mandi selama dua hari.

Petanda 8
Bila anda nenceritakan rahsia anda rasa lebih selamat menceritakan kepadaya daripada menceritakan kepada sahabat-sahabat anda. Atau anda merasa sudah tak mampu lagi berahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah anda temukan!

Sebagai pasangan kekasih yang akan menuju ke alam rumah tangga, banyak cabaran dan dugaan yang akan membuatkan anda berdua resah gelisah. Kadang-kadang hingga membuatkan anda berdua bertekak dan juga mungkin tidak bertegur sapa sehingga beberapa hari.

Sekarang, teliti kata-kata pujangga ini, “Dua manusia yang saling cinta mencintai pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya, hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya”.

Jadi persoalan kecil atau remeh temeh tidak harus dibebankan di bahu hingga menjejaskan hubungan yang telah terjalin selama ini. Hayati saat-saat manis anda bersama.



SALING BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN
Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting ialah dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Jadi kenapa dengan mudah terus melupakan segala kenangan indah yang dimiliki selama ini?

PERASAAN JIWA DAN EMOSI
Pernahkah ketika anda berdua sudah tidak bertegur sapa selama beberapa hari kemudiannya saling menghubungi dalam masa yang sama? Ada kalanya pancaindera yang keenam ini akan memberitahu apakah yang harus dilakukan untuk menjernihkan keadaan. Perasaan rindu, dapat membaca fikiran serta menduga reaksi pasangan pada situasi tertentu adalah anugerah yang tidak ternilainya kepada insan yang telah dijodohkan bersama.

TIDAK RASA BOSAN BILA BERSAMA
Jadi sekarang cuba imbas kembali bila dirimu bersama dirinya, bukankah perasaan tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan membuatkan dirimu merasa begitu selesa? Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan. Nah! Bukahkah ini petanda bahawa anda berdua adalah pasangan yang cukup serasi!

DIA SELALU ADA DALAM APA JUA SITUASI
Walaupun kadang-kadang anda tidak begitu memahami dirinya yang terlalu kompleks, namun dia selalu ada dalam apa jua keadaan sekalipun. Si dia begitu memahami situasi dalam hati pasangannya ini baik dalam suka atau pun duka. Sekarang, ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung duka? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, dia adalah pasangan yang terbaik buat dirimu!

TIDAK PEDULI DENGAN MASA SILAM
Dirimu yang dia kenali adalah dirimu sekarang, dia tidak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Jadi, kalau begitu ini bererti dia begitu mencintai dirimu seadanya. Kenapa perlu peningkan kepala dengan soal remeh temeh sedangkan si dia berusaha melupakan apa jua peristiwa silammu?

JUJUR DENGAN DIRI MASING-MASING
Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan kamu juga tidak malu-malu untuk mengaku kepada dirinya. Bahkan ketika kamu tampil ‘buruk’ di hadapan dirinya sekalipun (seperti ketika sakit dan berpakaian tidak rapi) dia menerima kamu seadanya. Begitu juga dengan dirinya yang berterus terang tentang kekurangan dirinya. Jadi kamu berdua sememangnya ditakdirkan untuk bersama.

TIADA LAGI RAHSIA ANTARA KAMU BERDUA
Tiada apa lagi harus dirahsiakan antara kamu berdua. Tiada kawan-kawan atau kaum keluarga yang mampu menyimpan rahsia seperti si dia. Dia adalah tempat kamu mencurahkan segala-galanya. Ini bermakna kamu dan dia sudah ditakdirkan bersama-sama. Percayalah pasangan yang ditakdirkan bersama pasti tidak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Bertengkar, bergaduh adalah perkara biasa dalam satu hubungan yang intim, jangan jadikan semua ini perkara yang membebankan dalam hubungan kamu berdua.

Inilah Kekurangan & Kelebihan Punya Suami Lebih Muda

Punya suami lebih muda ? Ehm… mungkin ada kelebihan dan kekurangannya memiliki suami yang lebih muda. Apa saja sisi positif dan negatif dari suami yang lebih muda ini, langsung aja liat daftarnya seperti dikutip dari ehow.

Kelebihan:

1. Lebih Menghormati
Pria yang lebih muda umumnya lebih bisa menghargai kelebihan dan kedewasaan wanita yang lebih tua. Biasanya suami yang lebih muda lebih menghormati dan menghargai sang istri. Dia bisa melihat lebih dalam kelebihan sang istri daripada hanya sebatas faktor umur. Pria yang lebih muda bisa melihat istrinya sebagai orang yang dicintai sekaligus untuk tempat belajar.

2. Lebih berambisi
Pria yang lebih muda biasanya masih dipenuhi oleh ambisi dan tujuan. Semangatnya meraih impian juga akan menular pada Anda. Hal ini juga bisa membuat Anda selalu dipenuhi energi positif untuk bersama-sama mencapai tujuan.

3. Semangat belajar
Rasa ingin tahu dan semangat belajar pria lebih muda masih sangat besar. Termasuk dalam hal bercinta. Mereka tak ragu menjalankan semua pengalaman yang baru bersama Anda. Anda pun akan selalu bersemangat setiap harinya. Pria yang lebih muda umumnya tidak terlalu gengsi untuk bertanya dan meminta petunjuk.

4. Penampilan fisik lebih menarik
Hal ini tidak diragukan lagi. Pria lebih muda secara fisik masih lebih menarik ketimbang yang umurnya lebih tua. Penampilan pasangan lebih muda akan membuat Anda lebih menjaga penampilan karena tak ingin terlihat kurang menarik saat berada disampingnya.

5. Lebih bergairah
Salah satu keuntungan menikah dengan pria yang lebih muda adalah umumnya mereka masih lebih aktif secara seksual ketimbang pria yang lebih tua. Pria yang lebih muda bisa lebih memuaskan hasrat seksual dan mempunyai stamina yang tinggi untuk aktivitas fisik yang bisa membuat pernikahan lebih menyenangkan.

Kekurangan:

1. Komitmen
Seringkali pria yang lebih muda masih kurang pengetahuan mengenai arti komitmen yang sebenarnya. Emosi serta perasaannya pada Anda yang menggebu membuat makna komitmen yang sebenarnya menjadi samar-samar. Seringkali kurangnya komitmen itu bisa menjadi benih potensi konflik dalam pernikahan.

2. Masalah keuangan
Pria yang jauh lebih muda biasanya memiliki pengalaman kerja lebih sedikit dari Anda. Tak jarang kesuksesan Anda justru melebihinya. Sebagai suami yang seharusnya bertanggung jawab penuh akan keuangan dalam rumah tangga, peran suami bisa jadi kurang maksimal. Seringkali justru Anda yang harus bekerja keras untuk membiayai rumah tangga.

3. Stigma
Umumnya kesulitan pernikahan dengan pria lebih muda dipengaruhi stigma yang ada di masyarakat. Wanita yang menikahi pria jauh lebih muda sering dianggap kurang baik. Sebaliknya pria yang memilih wanita jauh lebih tua pun juga dianggap benalu atau mencari keuntungan semata. Hal itu akan menjadi cobaan yang berat bagi Anda dan pasangan.

Namun ingat, semua pilihan pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Yang penting adalah niat dan ketetapan hati Anda untuk menjalani itu semua. Asal Anda berdua sudah punya komitmen yang kuat ketika memutuskan pernikahan, permasalahan apapun pasti bisa dihadapi dengan lebih mudah.
Ramai yang memandang semacam bila seorang wanita bersuamikan lelaki muda. Pelbagai tanggapan termasuklah si lelaki diguna-gunakan, tak kurang juga berkata si suami hanya berkehendakan harta. Tanggapan serong ini mungkin lebih hebat lagi jika masyarakat melihat beza usia si antara keduanya agak jauh misalnya lebih 10 tahun.

Keputusan mengahwini wanita yang lebih berusia sering kali dilihat seperti ‘udang di sebalik batu.’ Begitu ramai gadis di luar sana tapi mengapa wanita berusia jadi pilihan hati. Bukankah pilihan wanita muda lebih berbaloi, cantik dipandang dan sedap pula bila dalam pelukan.

Tapi jangan sangka semua kelebihan hanya berpihak pada wanita muda saja kerana wanita berusia juga tidak kurang hebatnya. Dalam urusan seks, punya isteri yang lebih berusia ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri. Tak percaya, semak perkara di bawah ini.

1. Lebih menikmati seks

Wanita yang lebih tua sering kali lebih terbuka dalam masalah seks. Mereka juga lebih menikmatinya daripada wanita muda. Berdasarkan beberapa kajian, puncak tenaga seksual wanita dicapai pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an.

Hasrat seks ini akan lebih besar jika wanita itu sudah memiliki karier yang bagus dan mapan secara kewangan. Wanita berusia ini dikatakan merupakan pasangan seks yang tepat bagi lelaki muda yang hasrat seksnya cukup tinggi pada usia muda.

2. Lebih bijak dan positif

Melalui pengalaman, isteri yang lebih berusia memiliki pandangan dan sikap yang lebih positif serta lebih bijak daripada gadis muda yang baru mengenal dunia. Sikap ini sangat menguntungkan lelaki muda yang sedang berkobar-kobar semangatnya mengejar impian.

Mereka memerlukan seseorang untuk mendengar harapan, pandangan serta memberi simpati dan sokongan ketika dia berdepan dengan kegagalan.

3. Lebih menghargai cinta

Pertambahan usia selalu mengingatkan seseorang betapa dekatnya mereka dengan saat akhir dalam hidupnya. Keadaan ini membuatkan isteri yang lebih berusia makin menghargai kehidupan dan setiap perkara yang dilaluinya.

Mereka juga akan lebih menghargai cinta yang diberikan pasangannya apa lagi jika usianya lebih muda. Dia akan membalasnya dengan sepenuh hati. Biasanya wanita muda tidak punya fikiran yang sama, mereka takkan dapat membalasnya seperti wanita yang lebih matang usianya.

4. Punya pengalaman luas

Tidak dinafikan isteri yang lebih berusia terutama sekali pernah melalui alam perkahwinan sebelum ini lebih mahir dalam aspek layanan seks untuk suami. Kelebihan ini memang tidak boleh dipertikaikan.

Pengalaman lalu tentunya mengajar isteri ini memberi layanan yang lebih mantap pada suami. Sementelah mereka tahu apa yang suami inginkan, termasuklah dalam hal pemanasan dan cara untuk memberi kepuasan seks yang lebih pada suami. Maka beruntunglah lelaki yang memiliki isteri berusia.

3 tips isteri bersuami lelaki muda

Biarpun punya kelebihan dalam urusan seks, namun sudah tentu kerana faktor usia, mereka dirasakan punya kekurangan. Dalam hal ini, wanita yang mempunyai suami yang lebih muda harus memerhati dan memperbaiki diri agar rumahtangga lebih harmoni.

Tips # 1 - Jaga penampilan

Walaupun usia bertambah, namun pastikan anda sentiasa menjaga bentuk badan dan penampilan diri. Buang perasaan negatif bahawa anda sudah tua dan tidak layak bergaya. Sebaliknya cari fesyen yang sesuai dengan usia anda.

Tips # 2 - Tonjolkan kelebihan

Anda mungkin mampu menyaingi daya tarik gadis muda, oleh itu pastikan anda punya satu perkara yang membuatkan pasangan sentiasa menginginkan anda. Contohnya, pandai memasak, pendengar yang setia atau pun bijak berbicara.

Tips # 3 - Jangan paksa diri

Terutamanya untuk mengikuti gaya hidup atau aktiviti yang tidak anda gemari. Ia juga memberi ruang untuk suami muda anda satu ruang peribadi. Tapi tidak salah jika anda mencubanya dulu.

Semoga bermanafaat!

Apa Salahnya isteri lebih tua? Tidak kira suami lebih tua atau isteri lebih tua, semua kira okey

DIA bimbang sebab baka l suaminya – kini sedang bert unang dan bercinta sakan – ja uh lebih tua darinya . Bila saya tanya , dia memberitah u beza usia dia dengan wira kebanggaannya itu ialah sepuluh tah un, lebih tepat lagi 10 tah un dua bulan. Suami sepuluh tah un lebih tua? Pada saya tidak ada masa lah sedikit pun. Saya memberitah u dia ada anak dara sunti 17 tah un berkahwin dengan lelaki yang seusia dengan ayahnya , 56 tah un! Pendek kata , suami tua isteri muda bukan luar biasa . Kalau setakat sepuluh tah un perbezaan usia, tidak ketara wa lau sedikit pun. Jadi, kalau ada jejaka dengan jarak usia seperti itu masuk meminang , jangan berwa lang durja. Lagi pun berdasarkan pengalaman, orang lelaki biasanya awet muda. Walaupun usia sudah mencecah setengah abad, bentuk tubuh dan daya tahan masih seperti remaja belasan tahun. Sebaliknya orang perempuan cepat dimamah usia. Selepas melahirkan seorang anak nampak sangat perubahan bentuk tubuhnya. Berat badan meningkat, dan tubuh yang dulu ramping mula kurang kerampingan.

Bila lahir anak kedua, ketiga dan seterusnya, banyak lagi perubahan pada tubuh juga perasaannya. Jika selepas melahirkan tubuh tidak dibaik pulih dengan sempurna, baru masuk 40 isteri sudah kelihatan lebih tua dari usia. Secara kebetulan saya berkahwin dengan isteri yang sepuluh tahun lebih muda. Ketika naik pelamin dulu dia baru 23. Lepas melahirkan anak sulung dia berusaha keras untuk mengekalkan bentuk tubuh ideal seperti anak dara. Proses baik pulih selama 40 hari dalam pantang dilakukan secara tradisional. Ada bidan kampung yang melakukan kerja-kerja mengurut, bertungku dan berbengkung. Makanan dikawal, banyak sangat pantang larang. Lepas pantang tubuhnya betul-betul berbalik kepada bentuk mula-mula kahwin dulu. Tetapi tidak lama. Tidak sampai dua bulan selepas itu, tubuhnya berubah semula sebab dia mengandung anak kedua.

Kemudian dengan semangat yang berkobar-kobar menyusul pula anak ketiga dan keempat. Kami memutuskan untuk empat orang sahaja. Dia berusaha keras untuk mengekalkan bentuk tubuh yang sihat. Tentu sekali tidak mudah untuk seorang ibu beranak empat hendak mengekalkan keselesaan tubuh. Dia mengawal diet dengan amat teliti, mengambil pil-pil vitamin, joging setiap hari untuk membakar lemak yang sentiasa mengganggu. Saya tidak perlu kawal diet, bantai sahaja apa yang tekak mahu. Lemak, kolesterol semua kira okey. Cuma akhir-akhir ini kena jaga gula sebab doktor mengesahkan kadar gula dalam tubuh saya mula meningkat. Kini setelah lebih suku abad kahwin, tidak terasa sangat perbezaan usia 10 tahun antara saya dan dia. Kami nampak macam sama usia. Kecuali rambut saya yang putih melepak seperti kapas, lain-lain tubuh saya seperti orang muda. Jadi, janganlah bimbang sekiranya anak dara hendak dijodohkan dengan teruna yang sepuluh tahun lebih muda. Pada saya kalau lelaki 15 atau 20 tahun lebih muda pun kira okey, tidak ada masalah.

Demikian pula halnya sekiranya seorang anak teruna berkahwin dengan gadis – atau janda – yang lebih tua sepuluh tahun. Ini jarang terjadi dalam kalangan masyarakat kita, tetapi bukan sesuatu yang luar biasa. Perihal isteri lebih tua dari suami tidak sepatutnya dijadikan isu. Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Siti Khadijah yang usianya jauh lebih tua. Saya mempunyai beberapa orang kenalan yang isteri lebih tua, mereka berjaya mengendalikan rumah tangga dengan aman damai. Tidak kira berapa jarak usia dengan suami, isteri tetap isteri. Jangan pula oleh sebab usia lebih tua, si isteri menganggap dia sebagai kepala keluarga. Dia tidak boleh mengatasi peranan suami. Suami tetap Perdana Menteri. Betapa hebatnya isteri, dia hanya Timbalan Perdana Menteri. Mungkin dia boleh memegang beberapa portfolio lain seperti Menteri Kewangan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Menteri Kebajikan Am dan sebagainya. Tetapi
jawatan No.1 mesti pada suami, walaupun dia sepuluh tahun lebih muda.

Selagi masing-masing faham dan dapat memainkan peranan dengan baik, pada hemat saya faktor usia bukan satu masalah. Siapa lebih tua bukan isunya. Lagi pun seperti yang selalu diberitahu, usia hanyalah angka. Jadi apa yang hendak dibimbangkan pada angka-angka itu. Apa yang penting dalam perkahwinan ialah persefahaman. Ini sebenarnya satu cabaran. Sebab selepas menjadi suami-isteri kita mula masuk ke alam rumah tangga sebenar. Inilah masa untuk kita membuktikan apa yang telah diikrarkan semasa era percintaan dulu. Berdasarkan pengalaman – juga pengamatan keliling – ada bezanya zaman asmaradana dengan zaman rumah tangga. Almaklumlah, musim cinta dulu penuh dengan khayalan. Apa yang dinyatakan macam tidak masuk akal. Tentu masih ingat antara madah-madah yang tidak masuk akal ketika zaman bercinta dulu. Antaranya, demi cinta sanggup tidur di atas rumput, berbantal lengan dan berselimutkan embun. Mengarut! Masih ingatkah ikrar si jejaka: “Walaupun matahari terbit dari barat cinta ku pada mu tidak akan berubah walau sedikit pun!” Tetapi bila sudah kahwin lain pula jadinya. Usahkan matahari terbit dari barat, baru mendengar guruh di langit sudah gementar dan lupakan isteri! Apakah benar isteri sanggup tidur di atas rumput berbantalkan lengan? Pasti tidak begitu. Sejak malam pertama lagi mereka telah tidur di dalam bilik serba indah dan di atas tilam spring. Saya percaya kalau suami ajak tidur atas rumput, pasti isteri tidak mahu. Perkahwinan bukan setakat tilam dan guru. Banyak yang perlu difikirkan setelah menjadi suami-isteri. Banyak yang perlu dipelajari untuk melayari bahtera rumah tangga. Kena tolak ansur dalam semua perkara. Kena banyak sabar, dan kena menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Sekiranya persefahaman dapat diwujudkan, usia – walaupun bezanya berpuluh tahun –langsung tidak menjadi halangan kebahagiaan. Kesimpulan: tidak kira siapa yang lebih tuan, bahtera hidup itu akan berlayar sempurna sekiranya masing-masing bijak berdayung. InsyaAllah! Lagi pun kata orang usia hanyalah angka. Apa hendak dibimbangkan pada angka-angka itu.

isteri lagi tua dari suami..

Dewasa ini, perkahwinan di bina berdasarkan cinta, kasih sayang dan kesefahaman yang dicapai bersama. Jarang-jarang kita mendengarkan ibu bapa memainkan peranan utama dalam mencari pasangan untuk anaknya. Satu ketika dahulu, banyak perkara yang dititik beratkan dalam mencari pasangan. Taraf, pangkat, harta, keturunan, agama dan tidak lupa juga faktor umur memainkan peranan dalam memilih pasangan. Tidak dinafikan agama merupakan faktor yang paling penting dalam mencari pasangan. Kebiasaannya, lelaki akan mencari perempuan yang lebih muda atau sebaya dengannya.

Memikirkan hal ini penulis terpanggil untuk membuat satu survey di kalangan rakan-rakan penulis pandangan mereka terhadap perempuan yang berkahwin dengan lelaki lebih muda dari mereka.

Boleh dikatakan kesemua mereka mengatakan itu tidak lagi menjadi masalah pada zaman sekarang asalkan pasangan tersebut saling menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain dalam merealisasikan objektif perkahwinan itu sendiri. Suami yang lebih muda dari isteri juga perlu ‘matang’ dalam menguruskan rumah tangga dan mampu untuk menjadi ketua keluarga yang baik. Si isteri juga perlu menghormati suami sebagai ketua keluarga walaupun di lebih tua dari si suami. Ini kerana, kita pernah ‘dimomokkan’ dengan cerita jika suami lebih muda dari isteri, si isteri akan bersikap ‘queen control’ dan ego dengan suami.

Ada juga pendapat mengatakan jika suami lebih muda dari isteri, apabila mencapai waktu 40-an si isteri sudah kurang berkeinginan terhadap seks dan si suami masih ‘menginginkan’ layanan seks. Ini dikhuatiri si suami akan mula kurang cintanya pada si isteri sehingga sanggup ‘makan luar’ dan poligami (bukan kerana tujuan poligami yang mengikut syariat).

Dari pandangan-pandangan yang saya terima, kesimpulannya disini perempuan berkahwin dengan suami yang lebih muda tidak akan menjadi menjadi masalah sekiranya pasangan tersebut sanggup untuk hidup bersama dan memainkan peranan dan menjalankan hak dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dengan sebenar-benarnya. Ini kerana objektif perkahwinan itu sendiri tidak meletakkan seks semata-mata dalam perkahwinan. Tambahan pula, tidak ada dalil atau nas al-quran dan juga enakmen undang-undang melarang perempuan berkahwin dengan lelaki yang lebih muda. Sejarah juga mengatakan Nabi Muhammad S.A.W yang berumur 25 tahun ketika itu berkahwin dengan Siti Khadijah yang berumur 40 tahun. Semua ini terpulang kepada individu itu sendiri dalam mewujudkan keluarga yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Wallahu’allam.

kahwin lewat..kelebihan dan kelemahannya...

 Bersepah dan berjela jawapan yang diberikan... Ramai pakar-pakar nikah, kahwin, cinta, jiwang dan tangkap rindu dalam iluvislam ini... *grindance* *grindance* *grindance* >> Mengapa Lelaki Lambat Berkahwin? Link provided: http://www.iluvislam...738#post_318738 >> Nak Kahwin?? Fikir 100X Dulu !! Link provided: http://www.iluvislam...999#post_378999 >> Kahwin Muda : Apa Pandangan Anda? Link provided: http://www.iluvislam...887#post_376887 >> Perkahwinan Idaman Anda Link provided: http://www.iluvislam...189#post_372189 - Nur Zihan - *grindance* *grindance* *grindance* .

5 ‘ayat’ wanita ingin dengar untuk Jatuh Cinta

“Wanita jatuh cinta dengan menggunakan telinganya, manakala lelaki pulak jatuh cinta melalui matanya!”… hmm.. betul ke? Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah wanita sukakan jejaka yang sering menuturkan kata-kata pujian untuk mereka manakala kaum lelaki pulak akan tertarik pada seseorang wanita itu pada penampilan diri mereka. Wahai jejaka, jika semasa bercinta anda sentiasa mengucapkan kata-kata yang indah, ia tak bermakna lepas kahwin nanti ‘tugas’ anda berhenti di situ. Sebaliknya, bermula dari alam perkahwinan inilah, tugas anda menjadi bertambah ‘berat’ demi memastikan rumahtangga anda bahagia hingga ke akhir hayat. Jika you all inginkan tips untuk membuatkan teman wanita/isteri anda jatuh cinta pada anda sekali lagi, hafallah 5 perkataan di bawah yang amat suka didengar oleh kaum wanita:

1. “Awak sangat cantik”

Regardless of any shape your women might be, e.g., slim, round, chubby, pear-shaped etc. they still deserve to receive compliments from their loved ones. Sebenarnya lelaki harus tahu yang wanita memang suka sangat2 jika dipuji pasal kecantikan mereka (take note: inner and outer beauty tau)). Jika masa bercinta bagai nak rak dulu, anda sering memuji kecantikan si dia, lepas dah kawin, janganlah lokek pulak untuk memberikan kata-kata manis atau pujian-pujian untuk si isteri. Sebenarnya setiap isteri memang menunggu-nunggu kata pujian dari mulut suami mereka. Jika si isteri bertanya, “Muka saya nampak berkedut ke bang?” Jangan plak ko mengiyakannya kerana itu soalan tipu muslihat jer tue… So, jawapannya yang sesuai ialah, “Muka sayang mana dimamah usia, dari dulu sampai sekarang maintain cantekkk….” (or something like that la…huhu)
2. “Saya dengar”

Hmm… rasanya ini memang bukan kepakaran lelaki..setuju tak? Mana taknya, masa wanita ingin memberitahu sesuatu, masa itu jugaklah anda sedang menonton TV atau mendengar radio atau melakukan kerja-kerja lain. Camne nak fokus pada luahan hati pasangan anda? Actually, senang jer kalau korang nak pikat hati perempuan, just DENGAR je apa yang dorang cakapkan dan kalau boleh, berilah feedback yang positif dan membina. Kadang-kadang wanita perlukan tempat mengadu pada insan yang sudi mendengar. Cuba fikir, kalau korang malas nak dengar luahan perasaan atau masalah orang yang anda cinta, jangan ko menyesal pulak kalau satu hari nanti si dia mencari somebody else yang sudi mendengar..
3. “Jangan risau. Segalanya akan menjadi baik”

Kata-kata yang menenangkan dan membawa maksud yang mendalam ini sangat penting untuk didengar oleh setiap wanita. Maklumlah wanita lebih emosional dari lelaki… misalnya mereka mungkin akan menitiskan air mata tanpa sebarang sebab yang kukuh. Pada ketika itulah, wanita akan mengharapkan suami/teman lelaki untuk menenangkan perasaannya dan mengatakan yang segala masalah ada jalan penyelesaiannya. Jadi kalau isteri anda dirundung masalah, sebaik-baiknya anda memeluknya dan mengucapkan kata-kata yang memberi semangat
4. “Apa yang abang boleh bantu?”

Jika suami anda rajin bertanya sama ada anda perlukan bantuan atau tidak, ini bermakna dia melihat anda sebagai pasangan yang ‘setaraf’ dengannya dan merasakan yang anda tidak sepatutnya melakukan semua kerja seorang diri (anda seorang wanita yang bertuah jika mendapat lelaki macam nie:-)). Ini bukan terhad pada kerja-kerja rumah saje. Jika anda sedang menghadapi saat-saat yang sukar, seorang lelaki yang baik bukan saje akan menyedarinya, malah dia akan ‘offer’ untuk membantu meringankan beban anda. Sikap sebeginilah yang akan membuatkan mana-mana wanita menyayangi pasangannya dengan lebih mendalam lagi!
5. “Saya cintakan awak”

Kadang-kadang, lelaki lebih cenderung untuk menunjukkan kasih sayang mereka melalui tingkah laku dan perbuatan. Some guys memang tak berapa gemar mengucapkan ‘I Love You’ banyak kali, terutamanya jika sudah lama berkahwin. Tapi, apa yang you guys tak tau ialah setiap kali anda melafazkan those 3 special words (dengan ikhlas) kepada kekasih hati anda, si dia akan berasa happy, tenang dan akan lebih menghargai anda! So jangan biarkan usia perkahwinan menghalang anda daripada mengucapkan kata-kata berharga ini.. Kalau ‘malu’ untuk mengatakannya, just tulis dalam surat pun takpe…:-)
Pastikan anda mengunjungi laman kami, www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan. Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia…!

Sebab kenapa wanita tak kahwin kahwin

1. Belum sampai jodoh

- “Kalau ada jodoh, tak ke mana”. Mesti you all dah biasa sgt dengar ayat nie kan, lebih2 lagi dari golongan yang lebih tua. Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada. Kalu jodoh mereka kuat, “Asam di darat, ikan di dalam kuali pun bleh bertemu!”:- ) So, it’s safe to say that salah satu sebab nape wanita tak kawin2 ialah kerana mereka ‘belum bertemu jodoh’.

2. Terlalu memilih

- Dulu lain, skrg lain. Dulu, anak2 gadis belasan tahun dah dijodohkan awal2 oleh mak bapak mereka. Si gadis pun tak membantah dengan pilihan mak bapak. Lain pulak dengan wanita zaman moden nie. Fikiran dah maju, katakan dan wanita sudah pandai pilih calon suami yang elok untuk mereka. Tak kisah nak memilih pun… asalkan tak TERLALU memilih. Nie tak, nak tunggu lelaki yang ada harta dan pangkat je untuk datang meminang, si ‘Average Joe’ (lelaki biasa) langsung tak dipandangnya…:-) Cuba lihat sekeiling anda… jika ada jejaka ‘nerd‘ atau ‘geek‘ yg ala-ala Clark Kent gitu… trylah tackle mereka yer… Tak mustahil jika merekalah ‘Super Hero‘ yg anda cari2 selama nie …:-)
3. Takut dapat suami yang tak baik

- Nie mungkin menjadi fobia bagi kebanyakan wanita – takut dapat lelaki yang tak baik perangainya. Sememangnya semua wanita mengidamkan suami mithali. Tapi kalu nak cari yang btl2 100% perfect tue memangla susah, kan? Dalam sejuta mungkin takde lagi. Skrg nie pun kalu baca paper, tiap2 hari ada jer kes suami curang, suami dera isteri, suami bunuh isteri pun ader….hishhh… camne wanita tak takut? Memang logik gak la kan kalu ada wanita tak mau kawin sbb takut dapat suami yang mukanya macam mamat di bawah nie…
4. Pernah putus cinta

- bagi mereka yang pernah putus cinta, you all memang tau camna seksa dan deritanya jiwa raga korang masa tu, kan? Kengkadang, perasaan nie la yg akan menghalang seseorang tue daripada fall in love again. Pada mereka, kalu tak cinta, maka tak deritalah jiwa mereka. Enggan mengulangi kesilapan yang sama, mereka nie rela membujang sampai ke tua…

5. Tak mau dikongkong

- Kebanyakan wanita sekarang nie suka bebas dan tak suka dikongkong. Mereka rase jika mereka kahwin, kebebasan mereka akan jadi terbatas. Nak keluar kena mintak kebenaran suami, nak kijer sampai lewat malam pulak kesian kat anak dan suami di rumah, dsb. lagi lah.
6. Pentingkan kerjaya/karier

- Kadang2, kerjaya pun boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden nie sudah bleh ‘mengalahkan’ lelaki dalam melakukan apa2 kijer. Cayalah…! Justeru ada yg lebih mengejar karier/kerjaya daripada lelaki :-) Mungkin gak mereka fikir nak kumpul harta dan tolong famili dulu, and then baru pikir nak settle down. Tapi biasala kan, masa tak tunggu kiter. Pejam celik, pejam celik, tengok umur dah masuk lewat 30-an atau 40++ dah… So, wanita berkerjaya (yg belum kawin), renung2 kanlah yer….
7. Pilihan hati mendapat bantahan keluarga

- Apabila hal nie berlaku, kesudahannya, si gadis sudah tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir jika tak dapat kawin dengan calon pilihan hati, baik toksah kawin langsung. Jangan terkejut pulak kerana perkara camnie memang ada berlaku.

8. Kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki

- Sebenarnya, ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki la nie. Nak tau sikap aper? Apa lagi kalu bukan sikap mereka yg suka pandang kecantikan semata-mata. Ramai wanita di luar sana yg mungkin tak cantik di luar, tapi kebaikan hatinya mak aii… bleh kalahkan beratus-ratus Ratu Cantik Dunia:-) But, sadly to say, most men tak nampak itu semua. So, mungkin gak wanita yang berasa kecewa nie dah jadi malas daa nak pikir pasal kawin. Kalu kawin pun, takut laki akan cari yg lain pulak…yang ada ‘rupa’. So, baik toksah kawin langsung…

Tolong support kami dengan menjadi fans kami di facebook: www.facebook.com/setelkahwin atau dengan menekan button ‘Become a Fan’ di sebelah atas kanan page ini. Terima kasih! :)

Relevankah istilah ‘Perigi Mencari Timba’

“Sudi tak awak kawin dengan saya”? Ini adalah ungkapan yang selalu dituturkan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita. Tiada yang ganjil bukan. Bagaimana pula jika ia dituturkan oleh seorang wanita kepada seorang lelaki. Dalam konteks kehidupan masyarakat kita sekarang, wanita tersebut pasti digelar “perigi mencari timba” kan?Andai anda seorang wanita yang sangat menyukai seorang lelaki, dan anda merasakan bahawa lelaki itu mampu menjamin kehidupan dan kebahagiaan anda kelak, tetapi anda takut atau kuatir untuk memulakan langkah pertama kerana risau digelar perigi mencari timba. Walhal, anda memulakan langkah tersebut untuk membina sebuah perhubungan yang halal antara lelaki dan perempuan kerana ianya dituntut dalam Islam

Tekanan
Istilah perigi mencari timba ini sebenarnya secara tidak langsung memberi tekanan kepada wanita-wanita yang agak berusia atau bekerjaya untuk mempunyai pasangan hidup. Mereka merasa malu untuk memulakan langkah pertama dalam menyatakan isi hati mereka kepada seseorang. Hal ini secara tidak langsung mendorong golongan ini untuk memilih menjadi anak dara sehingga ke akhirnya atau menjadi isteri muda. Relevankan istilah perigi mencari timba ini kerana setiap manusia tidak kiralah lelaki atau perempuan mempunyai hak untuk memilih sesiapa yang disukai atau disayanginya….

Drama/Filem
Selalu juga ditonjolkan dalam drama-drama atau filem-filem tentang persahabatan 2 sahabat karib, lelaki ( kita gelar dia sebagai A ) dan wanita ( kita gelar dia sebagai B ). Dalam perhubungan tersebut, A menganggap B adalah teman terbaiknya. Segala-galanya dikongsikan bersama B walaupun tentang perasaannya terhadap wanita lain. Tapi, lain pula halnya bagi B. Keakraban yang dibina sejak sekian lama telah memutikkan rasa cinta dihatinya terhadap A. Mahu bersikap jujur dan menyatakan isi hatinya terhadap B, terasa malu pula. Bimbang digelar perigi cari timba. Akhirnya B melepaskan A kepada wanita lain. Tanpa diketahuinya, A juga menyimpan satu rahsia dalam dirinya bahawa dia sebenarnya mencintai B. Berakhir kisah cinta rahsia antara dua hati ini.

Mentaliti
Mentaliti orang kita terhadap hal ini sebenarnya tidak membantu dalam membina sebuah komuniti yang normal. Sifat malu perlu ada pada setiap wanita, tetapi tiada yang salah tentang menyatakan jika kita menyukai seseorang itu. Asal jangan melebih-lebih sehingga menjatuhkan maruah sendiri sahaja sudah.

Rumusan
Jadi wanita-wanita di luar sana, fikirkan dalam-dalam samada anda sanggup melepaskan seseorang yang anda cintai semata-mata risau digelar perigi mencari timba. Ia hanyalah istilah. Tiada yang menjilidkan di dalam undang-undang bahawa sekiranya kita menyatakan rasa hati kita kepada seorang lelaki, kita dianggap “muka tidak tahu malu”. Tiada salahnya mencuba. Penolakan itu biasa, tapi penyesalan sekiranya tidak menyatakan isi hati adalah yang paling memeritkan… Malu tapi mahu, bukankah begitu?? =)

Rabu, 26 Oktober 2011

::Saling Melengkapi…::

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara.
Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya.
Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah…

::Jika Ia Sebuah CINTA::

Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.



Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta... ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.
JIKA DIA YANG KAMU CINTAI…UCAPKANLAH SEKARANG…

::10 Hadiah Paling Bermakna Buat Insan Tersayang::

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya.
Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita iaitu SUAMI ISTERI, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.