Petua merawat kanser dan makanan mencegah kanser
Tonton Video di bawah
http://youtu.be/lASAVQjQEgQ
http://youtu.be/lASAVQjQEgQ
Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser
paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia
bagi tahun 2002 dan 2003.
Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita
ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000
orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan
70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi
setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan
kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang. Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum
Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan
kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
http://rawatkanser.com
www. WORLD WITHOUT CANCER
www.PUSAT SUMBER KANSER PAYUDARA
Makanan yang dapat menentang kanser:
Memakan paling kurang 7 Biji Apricot setiap hari Insyaallah 100% tidak terkena kanser
Elakkan atau sekurang-kurangnya hadkan pengambilan daging merah kepada
maksimum 80gm sehari. Anggapkan daging merah hanya sebagai penambah
kepada hidangan bukan sebagai hidangan utama.
Jangan makan kulit ayam atau itik. Cuba cari ayam kampung yang tidak disuntik antibiotik atau hormon.
Elakkan makan bahagian organ dalaman seperti hati, ginjal otak dan sebagainya.
Elakkan produk-produk tenusu yang tinggi lemak.
Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara.
Elakkan daging dan ikan yang dipanggang, digoreng dengan minyak yang
sudah diguna berkali-kali, disalai atau dibakar. Membakar atau
memanggang di dalam ketuhar atau oven jauh lebih selamat.
Elakkan makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan bahan pengawet
seperti ikan masin, cincaluk, belacan, acar, buah-buahan jeruk, makanan
diawet, dan semua makanan yang ditinkan.
Kurangkan garam, kicap soya dan mSG. Banyakkan penggunaan rempah ratus.
Elakkan mengambil pemanis tiruan seperti sakarin dan siklamat.
Jangan makan makanan yang telah berkulat.
Berhenti memakan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan
mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita
membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu.
Elakkan menggunakan minyak masak, marjerin dan produk berminyak yang
mengandungi asid lemak trans (minyak yang dihidrogenkan atau separuh
hidrogen). Gantikan penggunaan minyak masak kelapa sawit dengan minyak
zaitun, minyak bunga bunga matahari dan minyak biji Apricot . Begitu
juga dengan marjerin.
Makan makanan yang banyak kandungan B17
Rancangan pemakanan yang disarankan:
Kulit ayam/itik mesti dibuang.
Makan banyak sayur-sayuran crucifer seperti brokoli, kobis bunga, bok
choy, sengkuang, kobis dan salad/lettuce. Kukus, reneh, celur atau makan
mentah.
Makan sekurang-kurang 3 hidangan ikan air sejuk seperti: salmon, tuna, tenggiri, kod.
Makan banyak gentian dan bijirin berserat dari sayur-sayuran, buah-an, kekacang dan bijirin.
Makan tempeh, tofu, tahu, taufu fah dan air kacang soya.
Beli sayuran organik jika mudah didapati.
Makan cendawan payung, tiram, shitake, mitake atau timur-barat (cendawan kampung yang tumbuh selepas hujan).
Makan makanan yang mempunyai betakeratone , karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.
Makan banyak sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.
Sentiasa minum banyak air yang bersih baik dimasak atau mineral mineral.
Buang kentang, bawang yang sudah bertunas. Tempat ia bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen-agen kanser.
Makanlah spirulina iaitu sejenis makanan lengkap. Ianya mengandungi 65%
protein sayuran dan keseluruhan vitamin, mineral, antioksidan, klorofil,
dan fitonutrien yang membantu meningkatkan fungsi imun untuk menentang
kanser.
Kurang minum minuman bergula. Jauhi minum minuman dalam tin atau bergas.
Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam.
Apabila makan diluar, pilih makanan kukus, sup, reneh/stew atau oven-grilled.
Faktor-faktor lain yang membantu menghalang pertumbuhan kanser:
Isi darah kita dengan banyak oksigen kerana kanser tidak boleh hidup
jika badan kita mempunyai kandungan darah yang banyak oksigen. Berjalan,
menaiki tangga, belajar teknik pernafasan tai-chi, aura therapy dan
qigong adalah antara riadah yang dapat meningkatkan kandungan oksigen di
dalam darah. Semakin banyak oksigen, semakin tidak boleh hidup sel
kanser itu.Fossilized Coral membantu membekalkan oksigen dalam darah
Ambilkira faktor istirehat yang boleh mengurangkan tekanan kerja atau
peribadi. Melawati tempat-tempat seperti tepi-tepi pantai, bukit-bukau,
atau tempat berair terjun, sungai dan jeram yang nyaman serta
kawasan-kawasan peranginan dingin adalah satu terapi untuk badan.
Tempat-tempat ini sebenarnya mempunyai banyak ion-ion positif yang dapat
menarik ion-ion negatif di dalam badan kita.
Kurangkan kandungan asid di dalam badan. Berfikiran positif juga
menurunkan kadar asid di dalam badan kita. Kerap marah-marah pula
sebaliknya akan meninggikan kadar asid di dalam badan. Merasa tertekan
juga meninggikan asid di dalam badan. Kerap menangis, bersugul dan
bermurung diri juga meninggikan kadar asid dalam badan.
Kita juga wajib percaya bahawa hanya Allah yang dapat menyembuhkan
setiap penyakit. Kita diajar untuk sentiasa bersabar, tidak berputus
asa, yakin dan meminta kepadaNya supaya diberi ketabahan dan kekuatan
mental dalam menempuhi dugaan.
Betik dan Vitamin B17
Buah betik atau ( Carica Papaya ) merupakan salah satu buah-buahan
tropika yang sangat berhasiat dan ajaib dari sudut rawatan yang sangat
luar biasa. Menurut kajian buah betik dan bijinya yang telah terbukti
mempunyai hasiat antihypertensive, antioxidant, anti- amoebic,
antiparasitic, antiseptic, penyembuhan luka luaran dan luka atau
pendarahan dalaman.
Sebagai alat Contraceptive ( pencegah kehamilan ), sel kanser akan
bertindak balas atau merebak selepas pembedahan. Sebab itu kimotherapy
dianjurkan untuk di lakukan untuk membunuh sel kakser. Salah satu alemen
yang di perlukan untuk sel kanser merebak adalah kehadiran astrogen
Hormon pada luka pembedahan. Buah betik merupakan agen Contraceptive dan
dapat menghalang estrogen dari pada berkumpul pada luka pembedahan
tersebut.
Situasi ini akan menghalang sel kanser dari merebak dengan cara
menghalang kehadiran estrogen pada luka pembedahan tersebut. Tanpa
estrogen sel kanser tidak dapat merebak. Selain dari buah betik, batang
buah nenas yang mengandungi bromalain juga mempunyai fungsi yang sama
seperti buah betik.
Buah Betik merupakan sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C dan
Vitamin A. Buah ini telah dipilih oleh WHO untuk meningkatkan kadar
Vitamin A pada kanak-kanan di negara-negara miskin yang mengalami
kekurangan Vitamin seperti Cameroon dan Sri Lanka.
Buah betik sangat terkenal dalam penggunaan rawatan Kanser di Mexico.
Kajian menunjukan betik mempunyai sifat melawan kanser kerana
mengandungi sebatian anti kanser carotenoids yang di kenali sebagai
lycopene, beta-carotene dan cryptoxanthin. Benzyl isothiocyanate
dijumpai dalam buah betik berfungsi untuk menginduksi apoptosis dalam
pankreas, prostat, leukemia dan menghalang karsinogen pada kanser pundi
kencing.
Kesembuhan Breast cancer ( kanser Payudara ) sangat rapat hubunganya
dengan memakan betik. Benzyl isothiocyanate di temui dalam buah betik
dan bijinya telah terbukti secara selectively induce apoptosis di dalam
sel kanser payu dara tubuh manusia. Kadar carotenoid yang tinggi di
temui dalam buah betik membuktikan pengambilan buah betik secara
berterusan dapat membantu merawat dan melindungi seseorang dari terkena
Penyakit kanser Payu Dara.
Sistem imun ( Pertahanan melawan penyakit ).
Siapapun yang mencermati sistem imun dan cara kerjanya, pasti ia akan
mangatakan bahwa sistem pertahanan ciptaan Allah swt ini merupakan
sistem pertahanan yang paling cangih , mengatasi kehebatan sistem
pertahanan negara manapun di dunia. Ia bekerja dengan mekanisme yang
sangat menakjubkan, untuk mendapat hasil pertahanan yang baik , patogen
harus memasuki (port d’entre) pada bahagiaan tertentu.
Bila telah terjadi jangkitan penyakit, patogen akan segera direspon oleh
sistem pertahanan tubuh non spesifik sebagai garis pertama sistem
pertahanan tubuh, yaitu berupa kulit, selaput lendir, silia, batuk dan
bersin, faktor larut yang terdiri dari faktor biokimia seperti lisozim ,
sekresi sebaseus, laktoferin dan neuraminik asid , faktor humoral
seperti komplemen, interferon dan CRP.9 Sebagai wujud satu-kesatuan
seluruh kerja sistem tubuh, disaat sistem pertahanan tubuh non spesifik
bekerja, sistem pertahanan spesifik sudah diberi arahan untuk bertindak
pada saat yang di perlukan.
Selanjutnya, faktor humoral, sel B dan faktor selular seperti Th (Th1,
Th2, Ts, Tdth dan Tc) akan terangsang untuk menghasilkan anti bodi,
yaitu sejenis protein yang bekerja menaklukkan secara spesifik patogen
tertentu. Dan anti bodi yang terbentuk ini, selanjutnya dipertahankan
tubuh untuk merawat penyakit yang serupa. Dengan istilah yang paling
mudah, sistem pertahanan spesifik akan merakam segala jenis penyakit
yang pernah kita hadapi dan bersedia untuk melawanya. Bagi penyakit yang
tidak pernah kita hadapi sistem ini akan berusaha untuk merawat dengan
cara mengeluarkan anti body yang dapat merawat penyakit tersebut.
Buah Durian Belanda merawat kanser
Durian
Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh
semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada
terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana
salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan
tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana
penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun,
ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon
Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Tapi
mereka gagal untuk mendapatkan " Graviola Sintetis" untuk di keluarkan
dari Graviola dan lakukan di makmal. Sepandai-pandai manusia tidak
mungkin untuk meniru 1 bahan sahaja untuk membunuh sel kanser yang ada
pada Graviola, bahan ini menjadi misteri hingga kesaat ini. Hanya
manfaat dan kesan kesembuhan Graviola sahaja yang dapat kita nikmati.
Pohonnya
rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa
Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai Buah Sirsak
manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak
besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya
masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor /
kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser.
Fungus dan Parasit
Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga
berfungsi
sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis
parasit dan cacing. Untuk pengetahuan anda Kanser merupakan penyakit sel
tidak ada hubungan dengan parasit bakteria atau fungus ( kulat),
Tetapi
persekitaran
yang dapat menyuburkan Sel kanser merupakan persekitaran yang menjadi
"habitat" makhluk perosak ini. Inilah yang membuat organ yang di serang
kanser akan menjadi lebih parah dan proses pereputan, pembusukan,
penhancuran, penggulatan pada sel yang diserang kanser akan menjadi
lebih teruk lagi. Proses kesembuhan akan menjadi lebih sukar lagi.
Graviola merupakan satu-satunya produk yang terbukti bekesan menghalau,
mengusir dan meracuni pendatang tanpa izin ini ( PATI )...
Serangan di mulut
Seluruh
tubuh manusia merupakan persekitaran yang tidak selamat untuk di huni ,
fungus, bakteria, parasit setelah anda mengamalkan Graviola. Graviola
akan di serap oleh badan melalui saluran darah. Semua sel di tubuh
manusia melalui salur darah. Darah yang mengandungi zat dari Graviola
dapat mengusir dan membunuh fungus, bakteria, parasit dan makhluk
perosak. Salah satu tempat yang paling selamat untuk makhluk perosak ini
melarikan diri adalah pada bahagian yang tidak mengandungi saluran
darah iaitu gigi. Graviola teh merupakan salah satu produk yang dapat
membasmikan fungus, bakteria, parasit dan makhluk perosak ini dengan
cara yang sangat sederhana.
Durian Belanda juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi,
kemurungan,
stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Bagi
saya yang telah terlibat bersama-sama manusia istimewa ( Pesakit kanser )
, bahkan pernah mengusung keranda bersama meraka, menghadiri kenduri
arwah dan menganjurkan beberapa seminar memotivasikan mereka.
semangat untuk hidup
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan
bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka
tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh
dipedalaman hutan , tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara
berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan
kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa
mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada
terapi kemo.
2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang
mematikan.
3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan
/ penyembuhan.
4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar
farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20
makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.
Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12
jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara,
Prostat, Paru-Paru, Rahim, Otak dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan
pertumbuhan sel kanser dan membunuh dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo
yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya
memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau
membunuh sel-sel yang sihat.
4.
Secara tradisional digunakan untuk mengubati cirit-birit, disentri,
kutu kepala, neuralgia, penyakit Jantung, asma, hipertensi, parasit dan
banyak lagi.
5.Membunuh cacing terutama pada kanak-kanak.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib”
ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung
mengenai hal ini ?
Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita,
kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan
dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang
tumbuh dihutan . Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini :
kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad
lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan
untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan
rematik.
Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang
mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi
tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat
menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen
pembunuh sel kanser yang berkesan.
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa??..
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat
adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan
menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan
pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola
ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk
penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan
besar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar
berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan.
Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh
sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama
pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu
Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser.
Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak
dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang
luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang
berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products
menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di
Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung
di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser
usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin
dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun
Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel
kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya
berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari agent seperti disebutkan terdahulu.
Khasiat Nenas untuk merawat kanser.
Nanas
atau nama saintifiknya Ananas Comosus, ia adalah sejenis tumbuhan
tropikal. Ianya adalah tumbuhan asli yang berasal daripada Brazil,
Bolivia, dan Paraguay. Nanas merupakan tumbuhan kumpulan bromeliad (
Famili Bromeliaceae). Tumbuhan ini juga boleh dikatakan rendah herba (
herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam
mengelilingi batang yang tebal.
Buahnya
ini dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya
yang seperti pokok kon pain. Bagi orang yang berasal dari Tupi pula,
buah ini dipanggil anana, yang bermaksud “buah yang baik”
Buah
nanas ini mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan juga Bromelain. Ianya
juga mengandungi asid sitrik ynag berkesan untuk menghilangkan lemak dan
menguruskan badan.
Buah
nanas ini boleh dimakan mentah atau pn dibuat jus minuman untuk memcuci
tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit
kerongkong, masalah hari dan juga demam kuning. Air nanas muda sesuai
digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing
dalam perut. Tapi bagaimanapun buah nanas ini tidak sesuai untuk ibu
yang mengandung.
Buah
nanas ini juga dipercayai mampu merawat penyakit kanser. Bua molekul
daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan
kanser. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan
kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak kanser.
Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang
dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan
sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel kanser. Buah ini
mempunyai kandungan vitamin A,B, dan C yang tinggi.
Pokok
dan juga buah nanas ini boleh dijadikan sumber komersial asid organic
seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya
pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang
diperolehi daripada daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti
selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
Manakala
jus nanas ini pula bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi
juga dapat atasi masalh kekeringan di bahagia bibir dan di bahagian
muka. Jika amalkan minum jus nanas, ianya berkesan untuk atasi masalah
kencing tidak lawas.
Enzim
yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan
daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan
strok. Sellain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta
berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan
kelesuan tubuh badan.
Epal hijau untuk Merawat kanser
Menurut
kajian, khasiat epal hijau dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan
kesihatan dan fungsi jantung. Jusnya yang mengandungi phytonutrient
dipercayai mampu melambatkan pengoksidan kolestrol yang tidak baik,
iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.
Serat
epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organic
sewaktu bertindak balas dengan bakteria didalam usus.
Kandungan
asidbutrik juga merupakan sember makanan sel usus yang terdapat
membasmi pertumbuhan sel kanser usus. Selain itu epal juga kaya dengan
serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus
serat yang diperlukan oleh setaip manusia dalam diet harian.
Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah
kajian yang telah dilakukan oleh saintis British juga membuktikan
kunyahan epal mampi mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang
merosakkan gigi. Bukan itu sahaja, di jepun penyelidik mendakwa amalan
mengupas buah epal dapat mengatifkan bahagian hadapan otak iaitu
bahagian yang mengawak pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.
Mengamalkan
epal hijau tidak akan mengundang tragedi buruk bahkan ia amat baik
untuk untuk kesihatan kamu.Sekiranya kamu mula merasai tanda-tanda
mendapat migraine seperti kepala yang berpanjangan, kurangkan kesakitan
itu dengan mengunyah epal hijau. Menurut kata Alan Hirsh pengarah The
Taste Research Foundation di Chicago epal hijau amat membantu pengidap
migraine. Ia dikatakan mempunyai aroma harum tersendiri serta mampu
membangkitkan mood ceria dan meredakan ketegangan yang di alami.
Selain
itu, bagi golongan yang gemar berdiet selalunya anda mempunyai masalah
sembelit. Kini tidak akan menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan
dalam menu harian anda.
Meski
pun ia bermanfaat mengatasi masalah sembelit buah epal ini juga
mempunyai khasiat untuk mengatasi masalah cirit-birit seperti mana yang
diterangkan oleh Miriam Polunnin dalam buku ciptaannya yang bertajuk
Healing Foods. Menurut apa yang diterangkan didalam buku tersebut, epal
sangat bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Dan mengikut kajian buah ini
hampir dikatakan tidak mengandungi lemak dan juga kolestrol, dan ianya
sangat sesuai dimasukkan dalam menu harian bagi wanita-wanita yang ingin
berdiet.
Epal
hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium,
vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang
mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana
sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Kelebihan epal hijau yang tidak anda ketahui :
Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu kesihatan membrane paru-paru.
Membantu kesihatan tulanf dengan menambah bahan kimia ( boron) pada mineral tulang.
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
Membantu mengekalkan berat badan.
Mengurangkan tekanan penyakit asma.
Mengurangkan risiko kanser.
Menghidu epal dapat menenagkan fikiran.
Petua Pemakanan Mencegah Kanser
mencegah lebih baik dari mengubat.
Jadi sebelum kena, jom kita cegah kanser dengan pengambilan-pengambilan makanan pencegah kanser dibawah.
Avocado
Khasiat Avocado :-
Kaya dengan gluthatione iaitu antioksidan terbaik bagi melawan radikal
bebas dalam badan dengan menghalang usus daripada menyerap sesetengah
lemak yangmenjadi punca kanser usus.
Membekalkan pottasium kepada badan
Sebagai sumber Beta Carotene yang baik
Baik untuk merawat Hepatitis bervirus (penyebab kanser hati)
Brokoli
Khasiat Brokoli :-
Mengandungi Indole-3-Carbinol, menukarkan estrogen penggalak kanser kepada estrogen penghalang kanser.
Antioksidan Lutein dan Zeaxanthin yang boleh mengurangkan risiko terkena kanser prostat.
Mengandungi Fitokimia yang boleh mencegah kanser kolon dan kanser rektum.
Lobak Merah
Khasiat Lobak Merah :-
Beta Carotene - Mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti kanser
payudara, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser kerongkong, kanser
perut, kanser usus, kanser kolon, kanser pundi dan kanser prostat.
Falcarinol - Membantu mengurangkan kanser.
Cili Merah
Khasiat Cili Merah :-
Mengandungi bahan kimia Capsaicin iaitu bahan yang boleh meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser)
Flax
Khasiat Flax :-
Lignin yang bertindak sebagai antioksidan dengan menghalang sel berubah menjadi sel kanser.
Kaya dengan Omega-3 yang membantu mencegah kanser kolon dan sakit jantung.
Bawang Putih
Khasiat Bawang Putih :-
Mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu
meningkatkan sel imun bagi melawan kanser dan menjadi pengurai bahan
penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini
menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Mengurangkan risiko
kanser perut dan dan kanser kolon.
Limau Bali/Limau Abung
Khasiat Limau Bali :-
Mototerpenes - Menghalang kanser dengan menyingkirkan karsinogen dari badan.
Kaya dengan Vitamin C, Beta Carotene dan Asid Folik
Anggur Merah
Khasiat Anggur Merah :-
Biofalvonoid - antioksidan yang kuat menghalang kanser
Resveratol - Menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan se kanser dan menekan respon imun.
Ellagic Acid - Sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang
diperlukan oleh sel kanser dan menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi
perlahan dan terbantut.
Sayur-Sayuran Hijau Dan Kuning
Khasiat Sayuran Hijau Dan Kuning :-
Mengurangkan risiko kanser perut
Cendawan/Kulat
Khasiat Cendawan :-
Polysaccharides (lentinan) - Meningkatkan sistem imun badan
Beta Glucan dan Protein (lectin) - Berfungsi menyerang sel kanser dan menghalang pertumbuhan sel kanser.
Thioproline - Meransang pengeluaran interferon dalam badan.
Kekacang
Khasiat Kekacang :-
Mengandungi antioksidan quercetin dan campferol yang berfungsi menekan pertumbuhan sel kanser.
Limau / Lemon
Khasiat Limau/Lemon :-
Mengandungi Limonene yang meransang sel imun pembunuh kanser (lymphocytes) dengan mengurai bahan penyebab kanser.
Betik
Khasiat Betik :-
Sebagai antioksidan yang mampu mengurai penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah atau makanan diproses
Rasberi
Khasiat Rasberi :-
Mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah kanser
Rumpai Laut
Khasiat Rumpai Laut :-
Mengandungi mineral seperti Pottasium, Kalsium, Magnesium, Iron dan
Iodine. Beta Carotene, Protein, Vitamin B12, Klorofil, Chlorophylone
(asid lemak yang penting melawan kanser payudara)
Produk Soya (Tofu, Tauhu)
Khasiat Produk Soya :-
Phytoestrogen yang berfungsi mencegah kanser payudara dan prostat serta menghalang perubahan sel kepada sel kanser.
Daun Teh
Khasiat Daun Teh :-
Mengandungi antioksidan polyphenol (catechins) yang menghalang sel kanser merebak.
Mengandungi fitokimia epigallocathecin gallate (EGCG) yang melekat pada
protein sel tumor dan seterusnya memperlahankan pertumbuhan tumor.
Tomato
Khasiat Tomato :-
Antioksidan Lycopene yang menyerap molukel oksigen bebas atau radikal bebas yang meransang kanser terutama kanser mulut.
Kaya dengan Vitamin C
Kunyit Hidup
Khasiat Kunyit Hidup :-
Menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 yang sering dikaitkan dengan keradangan dan penyebab kanser kolon atau rektum.
Fiber / Serat
Khasiat Fiber :-
Mampu mencegah kanser terutama kanser prostat.
Jus Epal Tak Bertapis
Khasiat Jus Epal Tak Bertapis :-
Berupaya mencegah kanser kolon.
Selain daripada pengambilan makanan-makanan pencegah kanser diatas, gaya
hidup sihat perlu juga diamalkan seperti melakukan senaman untuk
menguatkan lagi daya tahan tubuh.
Sumber Tips Mencegah Penyakit Kanser -
Food To Prevent Cancer
SERAI PENAWAR KANSER! Penemuan Israel yang disembunyikan!
Buat
pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel
memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus
tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh
pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan
serai segar di ladang milik beliau.
Beliau
diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh
doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang
beliau bagi kegunaan perubatan.
“Pesakit-pesakit
ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang
direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi
dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah
tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang
segar.”
Semua
ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben
Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas
ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan
sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.
Pasukan
penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein,
kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam
(cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan
Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).
“Citral”
ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam
sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon
citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena
officinalis).
Menurut
Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan
menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan
“apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati.
Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah
cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam
bekas kajian.
Para
penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa
keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada
kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan
dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan
adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas
yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh
sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang
kerosakan.
Penemuan
ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta
Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan
sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas
penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat
khabar yang paling popular di Israel.
Bagaimana
“citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para
penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam
sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem
sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan
kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan
terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya
sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila
mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel
tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein.
“Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan
serai”.
Kejayaan
dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai
mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser
didalam badan kita.
Apa
yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU)
didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan
penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga
menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk
melawan penyakit ini.
Tidak
hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar
di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka
amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan.
Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat
dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut
serta kata-kata semangat buat mereka.
“Bapa
saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia
yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa
yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai
ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka.
Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang
rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui
selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti
untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami
kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk
meminum teh serai ini setiap hari.”
Dari
umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14
tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok.
Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu
kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang
dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk
pertanian iaitu Tsofar.
“Kami
semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan
sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat
membesarkan anak-anak yang comel juga.”
Dalam
lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula
berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak
memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis
rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan
ketumbar.
Berjalan-jalan
di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba
serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik
jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang
beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu
kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat
bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama
kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage,
marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.
Perniagaan
beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk
berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat
sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah
dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai
dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar
untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan
kesihatan di negaranya.
Zabidov
juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu
para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa
penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan
kenapa “citral” berfungsi.
Beliau
juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para
pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang
berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion
kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang
terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah
baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak
lapan gelas sehari sebagai amalan.”
Zabidov
sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan
keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan
beliau sendiri.
Walaupun
berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga
sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun
lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”
Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)
AIR SERAI BERLIMAU
Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih
Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.
ANTARA MAKANAN YANG KAYA DENGAN VITAMIN B17
APA YANG PESAKIT KANSER TAK BOLEH MAKAN?
1)
Jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat di tukar
kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5;
merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).
2)
Jangan ambil Gula – Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti
yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian
3) Jangan makan produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain
Susu
membuat tubuh menghasilkan mucus/lendir terutamanya di trek usus perut.
Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.
4)
Jangan makan Seafood : seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga
tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)
5) Jangan Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat (ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)
6)
Jangan makan daging merah. WAJIB di elakkan terutama daging lembu,
kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam
usus akan menghasilkan asid.
7)
Jangan makan Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti
nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan &
berdenyut)
8) Say good bye bye pada Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik.
Contoh
ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu,
Ikan salmon, Ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain (Ikan
yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam di percayai
mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti
kanser).
9)
Pun tak boleh ! ->Makanan segera & sebarang produk dalam tin:
seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas
serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.
10) Jangan ambil Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan.
11)
Perlu dielakkan Makanan yang dipanggang & di bakar seperti sate,
ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus di elakkan
kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.
12)
Jangan makan Sayuran & buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun,
nangka, lobak putih (sebarang sayur yang berwarna putih, cendawan)