my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Ogos 2013

cucu cicit lain laksmana bentan

SALASILAH CUCU CICIT MEGAT SERI RAMA - PAHANG

Syukri Shahidayu telah dapat merungkai salasilah cucu cicit Megat Seri Rama yang berada di Pahang. Daripada apa yang Bapa nya maklum "atuk punye mak (Siah binti Montok) ade pertalian sepupu dengan saorang keturunan Megat Seri Rama Generasi yang ke-5 yang pernah beliau ketemui Pekan dulu. Tahniah Syukri atas usaha anda.

Selasa, 26 Oktober 2010

Sessi Bergambar Perjumpaan 16 OKT 2010, Gen Tok Usoh - Cucu Megat Seri Rama



BANYAK LAGI MAKLUMAT DI SINI - klikkkkk

Masih tak terjawab dan tiada salasilah

Muhidin adalah generasi ke Enam dari Datuk Laksamana Bentan....Laksamana Bentan atau nama sebenarnya Megat Seri Rama adalah hulubalang atau pun Panglima Kerajaan Melayu Johor ketika di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1685-1699). Beliau telah membunuh Sultan Mahmud akibat rasa marah dan membalas dendam terhadap pembunuhan isterinya oleh baginda Sultan Mahmud.

Laksamana Bentan berjaya membunuh Sultan Mahmud yang ketika itu sedang dijulang sewaktu hendak ke masjid menunaikan solat Jumaat. Kemudian beliau turut dibunuh ketika itu juga, apabila baginda sultan melontarkan keris baginda ke arahnya. Kisah-kisah berkaitan baginda sultan dan laksamana begitu banyak diperkatakan malah, sebuah filem Melayu bertajuk “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang” beberapa kali ditayangkan. Sehubungan itu, rasanya sebahagian besar masyarakat di negara ini memahami kisah tragis lagi bersejarah ini.

"Makam Laksamana Bentan terletak di Kampung Kelantan dan berhampiran dengan Tebing Sungai Kemang di Daerah Kota Tinggi.

Perjalanan ke Makam ini hanya sejauh dua km dari bandar Kota Tinggi. Dipercayai di sinilah telah disemadikan Megat Seri Rama yang juga dikenali sebagai Laksamana Bentan, pahlawan Melayu terbilang dan isterinya Dang Anum.

Nama sebenar Laksamana Bentan ialah Megat Seri Rama berasal dari Bentan Sumatera dan bertugas sebagai Panglima angkatan laut Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Megat Seri Rama telah menikam Sultan Mahmud sewaktu dijulang ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat Jumaat.

Ini disebabkan dendamnya terhadap tindakan Sultan yang telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas isterinya sewaktu ketiadaan beliau mempertahankan negeri daripada serangan musuh. Dang Anum yang sedang mengandung telah dijatuhkan hukuman bunuh kerana dituduh memakan seulas nangka yang diambil dari kawasan larangan Diraja.

Sultan Mahmud sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau telah bersumpah yang mana keturunan Laksamana Bentan diharamkan menjejak kaki di kawasan makam sultan di Kota Tinggi tersebut selama tujuh (7) keturunan. Sekiranya keturunan Laksamana Bentan menjejakkan kaki di kawasan makam tersebut, mereka akan muntah darah....

Abang Long (Zianodin Ariffin) pernah cuba menjejakkan kaki di makam sultan tersebut, tetapi baru saja sampai di kawasan masjid, beliau telah merasa hendak muntah yang amat sangat. Lalu abang Long tidak jadi melawat makam sultan Mahmud, lalu abang Long berpatah balik.....

salahsilah keturunan laksmana bentan......

Laksamana Bentan: Megat Seri Rama atau Wan Demali?




Sejarah Melayu negeri Johor telah mencatatkan satu peristiwa tragis, di mana Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699) telah mangkat dibunuh oleh Laksamana Bentan. Rentetan itu membawa kepada munculnya pelbagai versi cerita rakyat tentang kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Banyak dikisahkan sehinggakan menimbulkan mitos serta langenda berkaitan kisah pembunahan cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, penubuh Kesultanan Johor tersebut.
Kisahnya berkisar kepada isteri Laksamana Bentan telah dibelah perutnya atas titah Sultan Mahmud Syah II. Titah yang dikeluarkan kepada pengawal istana kerana Dang Anum, isteri Laksamana Bentan telah memakan seulas nangka yang diambil dari kebun diraja. Dang Anum yang sedang sarat hamil ketika itu mengidam untuk memakan nangka telah dibelah perutnya tanpa perasaan ihsan dan belas kasihan.
Berikutan pembunuhan isterinya itu, Laksamana Bentan telah mengambil tindakan membalas dendam terhadap Sultan Mahamud dengan menikam baginda yang sedang berada di atas usungan. Persitiwa itu berlaku di kawasan dikenali sebagai Johor Lama (Kota Tinggi) pada tahun 1699. Sultan Mahmud masih sempat membalas tikaman tersebut yang menyebabkan Laksamana Bentan turut meninggal dunia.
Daripada kejadian pembunuhan Sultan Mahmud itu, timbul pula persoalan. Siapakah yang dimaksud dengan Laksaman Bentan dalam peristiwa tersebut?
Makam Laksamana Bentan Megat Seri Rama
Catatan popular ialah bahawa Laksamana Bentan itu bernama Megat Seri Rama yang didakwa sebagai cucu kepada Bendahara Sekudai. Beliau dikatakan berasal dari Bentan di Sumatera yang dilantik sebagai Laksamana Angkatan Laut Sultan Mahmud. Perlantikan tersebut dibuat setelah Megat Seri Rama dapat mematahkan satu kumpulan lanun di laut Johor.
Terdapat pula versi baharu yang menyatakan bahawa Wan Demali adalah Laksamana Bentan yang dimaksudkan di dalam kisah pembunuhan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang itu. Ini adalah berdasakan bahawa Wan Demali juga berasal dari Bentan, Sumatera.
Siapakah pula dan dari mana pula asal usul Wan Demali itu?
Berdasar sejarah serta kajian dari Kelantan dan Patani, Wan Demali adalah putera kepada Sayyid Ali Nurul Alam bin Sayyid Hussein Jamadil Kubro. Ini bermakna, Wan Demali adalah cucu kepada Sayyid Hussein Jamadil Kubro. Wan Demali juga disebut sebagai Wan Demali Alimuddin mempunyai 7 orang lagi adik beradik. Mereka ialah:
1)      Wan Abdullah (Sultan Wan Abdullah Umdatuddin / Wan Bo Teri Teri – Raja Champa 1471 – 1478).
2)      Wan Hussein (Syeikh Wan Hussein as-Senawi – Pendakwah Islam Nusantara yang membina Masjid Teluk Manok)
3)      Wan Jamal
4)      Wan Biru (Puteri)
5)      Wan Hassan
6)      Wan Senik
7)      Wan Muhammad Shalleh (Syeikh Wan Muhammad Shallih al-Laqihi)
Menurut sejarah Kelantan dan Patani lagi, setelah Siam Ayyuthia berjaya dihalau keluar dari Chermin-Langkasuka pada tahun 1467, putera-putera Sayyid Ali Nurul Alam telah membahagikan tugasan berdakwah ke Nusantara. Umpamanya, Wan Abdullah telah ditugaskan berdakwah di Jawa dan seterusnya ke Champa sebagai Panglima Perang Raja Champa. Wan Hussein dan Wan Demali telah dihantar ke Madura. Wan Hussein kemudiannya kembali ke Patani dan membuka pusat dakwahnya di sana. Wan Demali pula menuju ke Bentan di Sumatera.  Adik-beradiknya yang lain pula ada yang ke Bangkok, Kelantan serta Patani.
Di Bentan, Wan Demali telah dilantik sebagai Pateh Kermawijaya oleh pemerintah Majapahit diatas jasa-jasanya serta kebolehan beliau dalam dakwah dan pertahanan negara. Sesuai dengan kebolehan beliau sebagai Panglima Perang, maka Wan Demali digelarkan sebagai Laksaman Bentan.
Bagi merungkaikan siapakah Laksamana Bentan yang membunuh Sultan Mahmud, perhatikan tahun kejadian yang berlakunya peristiwa tersebut. Wan Demali adalah putera Sayyid Ali Nurul Alam (1360 – 1470) yang dilahirkan sekitar menghampiri tahun 1400 dan meninggal dunia dalam tahun menghampiri 1500. Pembunuhan Sultan Mahmud oleh Laksamana Bentan pula berlaku pada tahun 1699.
Jika diperhatikan jarak masa zaman Wan Demali dan pembunuhan Sultan Mahmud, tempohnya telah melangkaui 200 tahun! Jadi penulis meyakini bahawa Laksamana Bentan Megat Seri Rama (cucu kepada Bendahara Sekudai) yang dimaksudkan dengan peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Sedangkan Laksamana Bentan Pateh Kermawijaya Wan Demali Alimuddin pula hidup di zaman 200 tahun sebelum kejadian tersebut.
 Wan Demali dan Laksaman Bentan itu adalah dua orang yang berbeza.
Wan Demali adalah golongan ulama yang menyebarkan agama Islam yang berasal dari Patani. Sedangkan Laksamana Bentana adalah seorang pegawai istana dan keduanya berada dalam jarak tahun yang berbeza.
photos simpanan aku...setiap waris yg ada dalam photos ini..ada simpanan photos ini setiap seorang...untuk family aku..sudah pastinya aku la yg simpan...kena copy 11...coz adik beradik aku ada 11...masa nie mak ngan bak aku baru je lepas naik pelamin...atok aku belah mak..paling penyayang kat cucundanya....aku jumpa atok pon masa tuh aku umur berapa tahun...ingat2 lupa....kalau buyut2 aku tuh ada yg aku jumpa...ada yg x jumpa...
 

lanjutan kisah laksmana bentan

pan. "Ingat Sejarah..., Ingat SEJARAH2U". :-)

Thursday, 19 March 2009

Makam Laksamana Bentan

Batu Asas Pengenalan Makam
Makam Laksamana Bentan terletak di Kampung Kelantan dan berhampiran dengan Tebing Sungai Kemang di Daerah Kota Tinggi.
Perjalanan ke Makam ini hanya sejauh dua km dari bandar Kota Tinggi. Dipercayai di sinilah telah disemadikan Megat Seri Rama yang juga dikenali sebagai Laksamana Bentan, pahlawan Melayu terbilang dan isterinya Dang Anum.
Nama sebenar Laksamana Bentan ialah Megat Seri Rama berasal dari Bentan Sumatera dan bertugas sebagai Panglima angkatan laut Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Megat Seri Rama telah menikam Sultan Mahmud sewaktu dijulang ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat Jumaat.
Ini disebabkan dendamnya terhadap tindakan Sultan yang telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas isterinya sewaktu ketiadaan beliau mempertahankan negeri daripada serangan musuh. Dang Anum yang sedang mengandung telah dijatuhkan hukuman bunuh kerana dituduh memakan seulas nangka yang diambil dari kawasan larangan Diraja.

Makam Laksamana Bentan dan Isterinya Dang Anum
Namun demikian, Sultan sempat menikam balas Megat Seri Rama dan melafazkan sumpah bahawa "Orang-orang Bentan akan muntah darah jika berkunjung ke bumi Kota Tinggi selama tujuh keturunan". Peristiwa ini terkenal dengan 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'.
Susunan batu bata bersaiz besar yang digunakan untuk membina tembok makam ini dipercayai adalah sebuah kota pertahanan pada zaman kesultanan melayu silam. Kedudukan di atas tebing tinggi Sungai Johor ini sangat sesuai digunakan sebagai tempat beristirehat dan meninjau kedatangan musuh.
Sumber: Jabatan Muzium Kota Tinggi

14 comments:

Auzaie S.M said...
Syukran,info yang bermakna :)
baru tahu mengapa sultan dibunuh
dan mengapa laksamana membunuh sultan..tapi sumbernya dari mana?
Mujahid Islah said...
Sumber rasmi belum lagi ust kenal pasti, tapi bukti makam dan sumber lisan turun temurun masih boleh diperolehi hingga sekarang.

Lazimnya, sumber penceritaan begini datang dari hikayat2 lama kerajaan negeri terbabit, misalnya maklumat ini dipetik menerusi sumber Muzium Kota Tinggi. Utk lebih lanjut, enta boleh ke sana untuk mengesahkan sumbernya.
NeSLo said...
mmg kene sumpah 7 keturunan ek?
kalo dihitung hingga skrg agak2 da keturunan ke brp?
faez razali said...
ni keturunan ku....but ak dah lepas 7 keturunan...sekarang ayah x lagi muntah darah...dulu ye....huhuhh
faez razali said...
ini keturunan ku...but ak dah lepas 7 keturunan....that way ayah ku x muntah darah....
Ependi Abidin said...
assalamualaikum..
perlu di tambahkan..bahwa laksemane Bentan juga mengeluarkan sumpah..bahwa jika air dari Bintan di minum oleh orang kote tinggi akan sakit perut dan terus meninggal...ini yg selalu di ceritekan oleh orang tue di Bentan..

walaikum salam wr.wb.

budak Bentan..
rayonniq said...
habisla saya la keturunan ketujuh
rayonniq said...
jadi saya la keturunan ke tujuh iaitu keturunan laksmana bentan
♥RoYaLdArkRoseS♥ said...
Also same goes to me.. But sye da lepas keturunan 7 tu.. Tah ke brape tak twu la.. Hihi.. Hye keturunan sume.. :)
volga said...
ada org tua yg bgtau semasa keadaan masa tu laksamana bentan mengamuk selama 70 hari/malam smpi titian darah terakhir. hnya bbrp ratus tahun kemudian br org jumpa mayat laksamana bentan dgn sultan mahmud yg tak reput dan berkeadaan baik manakala rakyat jelata tinggal tulang di sungai telor, kota tinggi. x ramai yg berani ke sg telor, kota tinggi. atas titah sultan johor masa tu, kedua2nya hendaklah dibawa pulang dr sg telor, dan disemadikan di makam yg sama. memandangkan kedua2nya tidak bersekutu di masa hidup, makam laksamana bentan berpindah sendiri ke tempat sekarang. banjir yg paling teruk pada tahun 1968, sehinggakan balai polis sebelah sungai kota tinggi tu nmpk bucu bumbung, ttp makam laksamana bentan ttp tidak akan tenggelam.
miz charming said...
hye keturunan2 sekalian , i am one of you . why not kita buat gathering untuk semua keturunan laksamana bentan ni ?
Linda Abd said...
mak saya keturunan bentan,pakcik saya pernah pergi ke makam sultan mahmud dia terus pengsan meracau2, masa tu moyang saya masih hidup dia lah yg tolong baik pulih kan pakcik saya..mak saya pergi kota tinggi mesti rasa mual nak muntah..dah habis 7 keturunan kot.saya takde apa2 pun
Linda Abd said...
mak saya keturunan bentan,pakcik saya pernah pergi ke makam sultan mahmud dia terus pengsan meracau2, masa tu moyang saya masih hidup dia lah yg tolong baik pulih kan pakcik saya..mak saya pergi kota tinggi mesti rasa mual nak muntah..dah habis 7 keturunan kot.saya takde apa2 pun
Nazri Mohamad said...
ramai rupanya keturunan aku...hehehe...aku kira keturunan ke8 la....tapi mak aku tak bagi aku pergi...sebab aku anak laki sorang...mak aku anak pertama...jadi mak aku cakap aku masih boleh terkena sumpahan 2...kalau korang semua nak tahu...PM kita 2 sedara jauh kita...dia ada kena mengena dengan kita,...tapi kita semua pown silap2 dah sedara jauh....PM kita najib 2 sedara jauh dah...

sejarah laksmana bentan

Untold History : Laksamana Bentan Masih Hidup

Kita disogokkan dengan cerita :

Laksamana Bentan, mengamuk... dan membunuh Sultan Mahmud II yg baru berusia 24 tahun pada satu Jumaat, tahun 1699 AD..

Sultan Mahmud, mencabut kerisnya.. dan membalingnya ke kaki Laksamana Bentan = menyebabkan dia muntah darah dan mati disitu juga...

Sultan juga bersumpah, 7 keturunannya tidak boleh jejak kaki ke Bumi Kota Tinggi...

Now...

Ade yg tak kene disini : 

Dang Anum.. mati bersama anaknya - satu2 nye Zuriat Megat Seri Rama

Megat Seri Rama pun mati jugak

= So... dari mana datang 7 keturunan Panglima Bentan yg disumpah itu jika dia dan anaknya dah mati????

New leads menunjukkan dia masih hidup.... semasa pembunuhan Sultan Mahmud II

Menurut sumber "Muar Tradition"...... di sebut Muar sebab, Pakcik SUltan Mahmud II yg dibunuh itu.. yg bernamaSa Akar DiRaja lah yg merajakan keturunan Bendahara sebagai Sultan JOhor....

Menurut sumber yang sama :

- Megat Seri Rama membawa diri ke Singapore... bersama2 semua ahli keluarganya... dan meneruskan perjalanan ke Ulu Muar... LALU, membuka Seri Menanti, Negeri Sembilan

Yeahh.. dia tak mati.. dia lah sebenarnya yg membuka "Seri Menanti" dan mengasaskan kesultanan Negeri Sembilan



Yang pelik nye pulak... setelah membuka Seri Menanti dan menabalkan "Orang2 Kaya"... beliau 'hilang' tanpa dikesan....





Bukan itu sajee.................


Beliau bukan lah 'pendatang' dari Riau lalu diangkat jadi "Panglima"... beliau sebenarnya Cucu kepada Bendahara Sekudai,... Seorang pahlawan terbilang yg mengetuai serangan DAN merampas kembali A Farmosa dari Portuguese pada tahun 1641, 60 tahun sebelum CUCUnya MEMBUNUH SULTAN MELAKA yg terakhir...
To sum everything :

- Laksamana Bentan masih hidup semasa pembunuhan Sultan Mahmud II

- Dia membuka Seri Menanti, N9
- Dia cucu kepada keturunan Bendahara dan reputable panglima... sebab tu, orang istana tak brani nak lawan dia mase dia bunuh Sultan Mahmud

think again.................

.... and...

"kegilaan" sultan mahmud KERANA.. bukan sebab dia kejam.. tapi.. dia beristerikan Pontianak (sepertimane yg di lapurkan oleh Captain Hamilton semasa mengunjungi baginda)

Dia datang gile cume pada musim bulan mengambang, bile bini dia 'datang' kt dia je... tak tau ape makhluk., pontiana, jin or bunian... and mat salleh tu name Captain Hamilton - org yg 1st dapat singapore sebelum raffles tapi dia tak nak



Kubur siapa pula kah ini?????????


ia dikatakan kubur Laksamana Bentan dan Isterinya Dang Anum.. terletak di kota tinggi..