Apa itu radioterapi? | |
Lebih mengenai radioterapi dan pakar onkologi, klik di sini Rawatan Kanser Payudara Perspektif Pakar Onkologi, klik di sini Kemoterapi & Radioterapi, klik di sini
Sila kemukakan soalan anda pada Forum Radiology Malaysia
adioterapi
adalah satu cara untuk merawat barah. Ia menggunakan radiasi seperti
X-ray, sinaran gamma atau elektron, untuk mengubati atau mengawal
barah. Perkataan tersebut terdiri daripada “radio” bermaksud sinaran dan
“terapi” bermaksud rawatan.
Radioterapi
boleh digunakan kerana radiasi menghentikan barah daripada membesar dan
sel barah daripada membahagi. Ia diarahkan kepada sel barah dengan dua
cara- radiasi dalaman dan radiasi luaran.
Radiasi
luaran bermakna radioterapi diberi secara luar badan daripada sebuah
mesin yang mengarahkan sinaran radiasi kepada tumbuh barah. Ia adalah
seperti mengambil X-ray tetapi dosnya jauh lebih tinggi daripada xray
untuk diagnosa. Terdapat beberapa jenis mesin radioterapi yang berbeza.
Ini termasuk pemancut linear dan mesin kobalt.
Radiasi
dalaman bermakna radioterapi diberi dengan meletak sebuah bekas
radioaktif, dawai radioaktif yang halus atau jarum yang diletak dalam
badan dekat dengan atau di tempat barah wujud. Ini dipanggil sebagai
implan radioaktif. Implan tersebut mengandungi bahan radioaktif seperti yttrium, iridium atau caesium. Implan tersebut mengarahkan sinaran radiasi kepada barah tersebut.
Radiasi
luaran daripada mesin biasa digunakan untuk rawatan radioterapi. Pakar
Terapi Radiasi ataupun Pakar Onkologi akan menggunakan radiasi dalaman
jika sel barah berada dekat dengan permukaan badan atau tempat yang
senang untuk dimasuki. Mereka boleh menggunakan implan untuk barah
payudara, barah serviks, dan barah lidah. Jika radiasi dalaman
digunakan, biasanya radiasi luaran pun akan digunakan juga. Walau
bagaimanapun, pada hari ini, semakin banyak rawatan radiasi yang
bersasaran diberi dengan wujudnya radiologi intervensi yang telah
menjadi satu sumbangan besar kepada rawatan radiasi. | |
Siapa yang sepatutnya dapat rawatan radioterapi dan jenis apa radioterapi sepatutnya digunakan? | |
Jenis rawatan yang digunakan bergantung kepada jenis barah yang dihidapi, tempat barah wujud dan saiz tumbuhan tersebut. Rawatan perlu dikhaskan mengikut setiap individu. Pakar Radioterapi/Pakar Onkologi hanya akan menggunakan rawatan radioterapi jika rawatan tersebut membawa lebih kebaikan daripada keburukan. Malangnya, sinaran radiasi tidak boleh membezakan sel barah daripada sel manusia yang biasa. Walau bagaimanapun, sel barah tidak boleh menahan kesan radiasi dan akan mati. Sel manusia yang biasa akan pulih semula dan kesan tetap tidak akan dialami. Di sebab sel barah membesar lebih cepat berbanding dengan sel biasa, ia akan lebih terjejas dengan radiasi. Sel biasa juga akan terjejas dan mungkin menyebabkan kesan sampingan pada badan manusia. | |
Apakah kesan sampingan radioterapi? | |
Sesetengah tidak mempunyai kesan sampingan tetapi ada juga sesetengah yang memberi kesan sampingan. Ia bergantung kepada bahagian badan yang dirawat dan dos radioterapi yang diberikan. Kebanyakan orang akan berasa keletihan sepanjang rawatan mereka. Kesan sampingan yang lain akan dihidapi bergantung pada bahagian badan yang dirawat seperti:
Kebanyakan
kesan sampingan adalah sementara sahaja. Kesan sampingan tersebut akan
hilang selepas rawatan dihentikan. Walau bagaimanapun, ada juga kesan
yang tetap. Radioterapi boleh mengubati sesetengah jenis barah seperti
barah peti suara yang awal, kawasan hidung dan serviks (bahagian bawah
uterus). Kadang-kala ia dilakukan bersama pembedahan atau kemoterapi.
Dalam kes lain, radioterapi boleh bantu mengawal barah dengan
menghentikan tumbesarannya atau dengan mengecilkannya. Ini boleh
memanjangkan hidup seseorang yang menghidapi barah atau mengurangkan
masalah yang disebabkan oleh barah atau kedua-duanya.
Radioterapi tidak menyakitkan. Untuk implan, ubat bius akan diberikan kepada pesakit supaya pesakit tidak akan merasa apa-apa. Dengan radiasi luaran daripada sebuah mesin, pesakit tidak akan menjadi radioaktif. Ia selamat untuk bersama dan menyentuh orang lain termasuk wanita dan kanak-kanak. Pesakit yang dirawat dengan radiasi dalaman tidak digalakkan untuk menjumpai sesiapa pun supaya radioaktifnya tidak akan menjejaskan kesihatan orang lain. Apabila implan tersebut dikeluarkan, radio aktiviti dalam badan pesakit turut akan hilang. Orang yang dirawat dengan radioterapi mungkin boleh menghidapi barah yang lain kemudiannya. Walau bagaimanapun, ini adalah kemungkinan yang amat rendah. Rawatan radioterapi akan mengubati pesakit atau mengawal barah dalam badan pesakit. | |
Masa depan adalah cerah dengan perkembangan dalam radioterapi | |
Radioterapi sudah digunakan untuk banyak tahun sekarang. Penyelidikan telah menemui cara yang lebih baik dan berkesan semasa memberikannya. Mesin-mesin yang menyinarkan radiasi lebih baik berbanding dengan beberapa tahun dahulu. Selain itu, perkembangan teknologi dan mesin yang lebih tepat sasaran radiasinya. Pakar Onkologi, juru terapi dan ahli fizik perubatan sekarang boleh memberi pesakit dos radioterapi yang lebih tepat dan juga lebih tepat memancarkan sinaran radiasi hanya kepada tumbuhan barah. Ia lebih senang sekarang untuk mengelakkan kecederaan sel biasa yang sihat. Sekarang, penyelidikan rawatan adalah pada paras molekul dan genetik supaya rawatan barah menjadi lebih tepat lagi. | |
Bincang artikel ini pada Forum Radiology Malaysia |
my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.
my big family...
my big family...
Isnin, 26 Ogos 2013
radioterapi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan