ada 3 kategori makanan untuk pesakit kanser yang sedang jalani rawatan
1. Untuk elak muntah
- Roti wholegrain- Makan roti wholegrain as snek, ini untuk pastikan
yang perut anda tidak kosong, kerana perut yang kosong itu menggalakkan
loya dan muntah.Selain itu, ia dapat bagi sumber fiber kepada anda
semua.
serving size dicadangkan: 1 keping
- Halia- Dapat hilangkan ketidakselesaan perut yang boleh buat anda
loya. Kalau nak senang, masukkan halia ke dalam sup dan masakan anda.
Cadangan hidangan: 4g sahaja sehari.
2.Sumber protein
- Mentega almond – Elakkan dari mengambil protein dari sumber haiwan.
Boleh tetapi jangan banyak. Dengan mengambil mentega almond ni, almond
ada benzaldehyde yang dikatakan toxic untuk sel kanser anda.Boleh la
dimakan bersama dengan roti tadi:)
cadangan saiz hidangan:2 sudu makan
- Kacang merah kecil atau kacang polong? ok, jangan terkejut sangat, kat bawah ada gambar.
Kenapa kacang ni baik sebab kacang ni ada sumber protein dan sumber fiber, juga senang dimakan dan dihadam.
cadangan saiz hidangan: setengah cawan, dimasak.
3. Untuk bagi kekuatan melawan sel kanser
- Bawang putih- Mengandungi allicin dan allyl sulfide yang dikatakan
boleh memusnahkan sel kanser,lambatkan proses pembahagian sel, dan
kuatkan lagi imuniti.
cadangan saiz hidangan:3 ulas sehari.
- Kangkung: Kaya dengan folat,yang bantu anda bina sel yang sihat dan
baik.juga ada lutein,iaitu salah satu antioxidant yang boleh bantu
kurangkan risiko kanser yang dah ada.
cadangan saiz hidangan:1 cawan, mentah, 1/2 cawan, dimasak
Jadi pada pesakit kanser dan orang-orang disekeliling mereka, bolehlah cuba amalkan dan bagitahu pada sesiapa yang memerlukan:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan