Pada suatu masa silam sering
berlaku peperangan untuk merebut kuasa dan meluaskan tanah jajahan.
Mengikut ceritanya dalam satu peperangan serorang Putera Raja cedera
parah dan berjaya menyelamatkan diri daripada musuhnya.
Putera Raja itu bersembunyi di
sebuah hutan dan berteduh di bawah sepohon pisang. Oleh kerana lukanya
yang parah Putera Raja itu pun jatuh pengsan.
Apabila Putera Raja itu sedar,
baginda dapati lukanya telah dirawat oleh seorang gadis. Putera Raja itu
berterima kasih kepadanya kemudian pulang ke istananya.
Putera Raja itu dimaklumkan
bahawa gadis itu adalah roh jelmaan pohon pisang raja udang itu. Bila
Putera Raja itu kembali ke pohon itu didapati pohon itu berbuahkan
pisang berwarna merah kesan daripada darahnya.
Oleh kerana terhutang budi,
Putera Raja itu mengisytiharkan kepada rakyatnya bahawa mereka tidak
dibenarkan memakan pisang raja udang atau menebang pohonnya !!
Sumber : http://tamanbahasa.blogspot.com/
Versi yg lain...
Di sebalik keenakan pisang raja udang tersimpan kisah tragik di antara sultan dan laksamana.
Kisahnya berlaku sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud Shah II di Kota Tinggi (Johor Lama). Semua bermula apabila berlakunya pembunuhnya Sultan Mahmud Shah II ketika dibawa oleh para pengawal menggunakan tandu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) telah membunuh sultan yang dianggapnya gila kerana telah membunuh isterinya, Dang Anum.
Seperti mana umum tahu, Dang Anum ketika itu sedang sarat mengandung dan mengidam buah nangka.
Kononnya sebelum mati, baginda telah menggunakan daun pisang raja udang untuk dijadikan penutup luka akibat daripada tikaman Laksamana Bentan. Apabila berbuah, kulit pisang dari pokok terbabit kelihatan kemerah-merahan. Sebelum mangkat, banginda juga dikatakan sempat bertitah, selama tujuh keturunan Laksamana Bentan diharamkan menjejakkan kaki di tanah Johor Lama itu.
Cerita
daripada orang tua tua, zaman dulu dulu kononnya ada keturunan yg tak
boleh makan pisang ni, macam kena sumpahan la. kalau makan jugak, nanti
kulit dia terkena sejenis penyakit kulit macam sakit sopak, warna kulit
jadi lebih kurang camwarna pisang tu.
Pisang
ni ada cerita mitosnya yang tersendiri. Pisang ni tak boleh dimakan
oleh orang keturunan Rawa. kisahnya seperti yg telah diceritakan di
atas.
Keturunan laksamana bentan juga tak boleh makan pisang udang (pisang merah) jika makan jugak, mesti kulit jadi gatal2. Sekiranya ada di antara keturunan Bentan yang terkena sumpahan (menjejakkn kaki ke daerah kota tinggi) dan muntah2 darah, mereka akan makan sejenis pisang yang diberi nama pisang Raja Udang untuk menghentikan muntah darah tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan