Pemakanan untuk Pesakit Kanser
Pengenalan
Semua orang perlukan makanan yang seimbang bagi memenuhi segala
keperluan badan. Begitu juga dengan pesakit kanser. Tiada makanan yang
dapat menyembuhkan kanser dan tiada makanan spesifik yang perlu dimakan
atau dielak jika anda menghidapi kanser.
Pemakanan adalah faktor penting dan perlu diambil berat oleh pesakit
kanser.Ini adalah kerana kanser dan jenis rawatan yang diambil akan
meningkatkan keperluan badan dan menyebabkan anda perlu meningkatkan
pengambilan makanan. Corak pengambilan makanan anda juga akan terganggu.
Oleh itu, amalan pemakanan yang baik sebelum, semasa dan selepas
rawatan adalah penting dan boleh membuat anda rasa lebih sihat dan
bertenaga.
Kepentingan Amalan Pemakanan yang Baik
-
Dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain.
-
Dapat membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dengan lebih baik dan sembuh dengan lebih cepat.
-
Dapat meningkatkan sistem imun / ketahanan badan bagi membolehkan anda melawan jangkitan.
-
Dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.
Pemakanan Sebelum Rawatan
Makan pelbagai jenis makanan akan menolong anda mendapat segala nutrien
atau zat yang diperlukan. Badan akan menukar makanan kepada bentuk
tenaga. Anda memerlukan tenaga walaupun anda tidak aktif seperti biasa.
Oleh itu pengambilan makanan bertenaga dari sumber karbohidrat dan lemak
perlu mencukupi.
Makanan berprotein juga amat penting untuk memperbaiki tisu yang rosak
dan mengekalkan sistem imun badan bagi melawan jangkitan kuman atau
infeksi. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran menyumbangkan
vitamin, mineral dan serat yang diperlukan oleh badan.
Oleh itu anda disarankan mengambil pelbagai jenis makanan mengikut piramid makanan Malaysia seperti di bawah:
Masalah Pemakanan Semasa Rawatan dan Cara Mengatasi
Rawatan kanser diperlukan untuk membunuh sel-sel kanser, namun begitu
ia juga akan merosakkan sel-sel yang sihat. Pelbagai kesan sampingan
akan dialami. Kesan sampingan berbeza bagi setiap individu. Ia
bergantung kepada bahagian badan yang dirawat, lamanya masa rawatan dan
dos rawatan. Kebanyakan kesan sampingan adalah bersifat sementara dan
berakhir selepas rawatan selesai.
Kesan sampingan rawatan kanser akan mengganggu corak pengambilan
makanan dan menyebabkan anda mengalami masalah pemakanan. Antara masalah
yang dihadapi dan saranan untuk mengawal adalah seperti jadual di
bawah:
Masalah pemakanan | Saranan untuk mengatasi |
---|---|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemakanan Selepas Rawatan
Selepas rawatan, kesan sampingan yang dialami akan beransur hilang.
Selera makan mungkin akan meningkat. Anda masih perlu menjaga
pengambilan makanan agar sentiasa cergas dan sihat. Antara amalan
pemakanan yang disarankan adalah:
-
Makan makanan seimbang dan berkhasiat. Pelbagaikan makanan anda.
-
Makan 5 atau lebih pelbagai hidangan sayur dan buah setiap hari.
-
Pilih karbohidrat kompleks dan bijirin penuh bagi meningkatkan pengambilan serat dalam diet anda.
-
Kurangkan pengambilan lemak dan garam dalam makanan.
-
Pilih makanan yang boleh kekalkan berat badan sihat. Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.
Rujukan
- www.cancer.org (American Cancer Society)
- www.cancercouncil.com.au (New South Wales, Australia)
- www.eatright.org (American Dietetic Association)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan