my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Isnin, 26 Ogos 2013

Diet Pemakanan Bagi Pesakit Kanser

Diet Pemakanan Bagi Pesakit Kanser


  • Dinasihatkan supaya mengelakkan mengambil nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ini bertujuan memberi peluang B17 bekerja membunuh sel-sel kanser tanpa sebarang gangguan pertambahan gula dari nasi. Nasi adalah makanan karbohidrat yang akan ditukarkan menjadi gula oleh sistem badan. Gula merupakan makanan dan tarikan utama kepada sel kanser.
  • Gula – kerana gula merupakan makanan bagi sel kanser dan akan mempercepatkan pembiakan sel kanser. Elakkan pemanis tiruan sebaliknya gunakan pemanis asli seperti pemanis stevia atau madu asli.
  • Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & yang berasaskan bahan dari lembu. Susu menghasilkan mucus (lendir/kahak) terutamanya di saluran usus perut. Walaupun lendir ini baik untuk badan namun kuantiti klendir yang banyak membantu sel kanser untuk subur.
  • Makanan Laut (shellfish) seperti ketam, sotong dan udang. Gamat juga tidak digalakkan. Makanan ini didapati mempunyai kandungan asid yang tinggi dimana ianya akan memberikan persekitaran yang baik untuk sel kanser terus subur membiak.
  • Minuman seperti kopi, teh, minuman bercoklat, berkarbonat adalah terdiri dari minuman menghasilkan pertambahan kandungan asid didalam badan dan ini akan membuatkan sel kanser lebih cepat merebak.
  • Daging Merah wajib di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, dan rusa. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid seterusnya memberikan ruang untuk sel kanser subur.
  • Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut).
  • Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik. Ikan bersisik didapati mempunyai kandungan asid yang banyak dan membantu kesuburan kanser.Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, ikan salmon, ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain.(Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam di percayai mengandungi Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).
  • Makanan segera & sebarang produk dalam tin seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi kuantiti  bahan pengawet yang banyak.
  • Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan.
  • Makanan yang dipanggang & di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.
  • Banyakkan meminum air terutamanya air beralkali (alkaline drink). Ini bagi memudahkan sel-sel kanser yang mati dikeluarkan melalui air kencing, dalam masa yang sama dapat menstabilkan kandungan asid didalam dbadan. Persekitaran beralkali mampu menghentikan pembiakan sel kanser.


Panduan diet pemilihan makanan yang disebut diatas lebih bertujuan untuk membantu pesakit kanser mendapat manfaat yang maksima dari pengambilan B17 biji aprikot, tidak sesekali bermaksud ianya menjadi makanan larangan kerana pertembungan khasiat dianatara makanan dan B17. Bukan juga bererti makanan tersebut memberikan mudarat kepada badan seperti mabuk, pitam dan sebagainya. Apabila pemakanan kita tidak dijaga sewaktu dalam proses rawatan kanser dijalankan, proses menghapuskan sel kanser akan menjadi sukar dan perlahan disebabkan B17 terpaksa 'bertarung' dengan jumlah sel kanser yang semakin membiak ibarat kita cuba memadamkan api  dalam masa yang sama mencurahkan minyak petrol kedalam api.

PERLU DIINGAT B17 BUKANLAH DADAH, IANYA HANYALAH SEBAHAGIAN DARI MAKANAN SAMPINGAN YANG SEMEMANGNYA DIPERLUKAN OLEH BADAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan