Pengelasan saintifik
Alam : Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
(tiada pangkat) : Commelinids
Order: Zingiberales
Keluarga: Musaceae
Genus: Musa
Buah pisang amat digemari ramai penduduk dunia, ia mempunyai 1,001
khasiat, kaya dengan pelbagai vitamin. PISANG pada mulanya adalah
sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan.
Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh dijadikan
pemakanan dan ubatan mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati
dan murah, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan
serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.
Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara
merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta
jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas!
Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu
merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh
pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah
amat tinggi.
Komposisi Kimia Buah Pisang (Embon)
Pisang embon (Musa paradisiaca L.) mempunyai komposisi kimia sebagai
berikut. Menurut Stover (1987), komposisi kimia daging buah pisang ambon
masak antara lain adalah:
kadar gula 88,28%,
gula reduksi 5,44%,
Sukrosa 1,05%,
pati 0,84%,
protein 0,68%,
Pektin 0,93%,
Protopektin 0,21%,
lemak 0,53%,
serat kasar 1,28%, dan
abu 1,33%.
Perubahan Sifat Fisik dan Kimiawi
Selama proses pemasakan, buah pisang akan mengalami perubahan sifat
fisik dan kimiawi, antara lain adalah: perubahan tekstur, aroma dan
rasa, kadar pati dan gula (Pantastico, 1989).
Tekstur buah ditentukan oleh senyawa-senyawa pektin dan selulosa. Selama
pemasakan buah menjadi lunak karena menurunnya jumlah senyawa tersebut.
Selama itu jumlah protopektin yang tidak larut berkurang sedang jumlah
pektin yang larut menjadi bertambah. Menurut Palmer (1981),
jumlah selulosa buah pisang yang baru dipetik adalah 2–3% dan selama
pemasakan buah jumlahnya akan berkurang. Rasa manis setelah buah masak,
ditentukan oleh adanya gula hasil degradasi pati yang menjadi gula yang
lebih sederhana yaitu sukrosa, glukosa, dan fruktosa (Paul dan Palmer,
1981).
Daging buah yang masih mentah memiliki rasa kelat yang disebabkan oleh
senyawa tanin. Selama proses pemasakan buah rasa kelat berangsur-angsur
kurang, hal ini disebabkan kandungan tannin aktif menurun pada buah yang
masak (Stover, 1987).
Timbulnya aroma yang khas pada buah pisang disebabkan terbentuknya
senyawa kompleks dari senyawa yang mudah menguap dan beberapa minyak
esensial yang ada. Di samping timbulnya aroma terbentuk juga gula selama
pemasakan buah. Bertambahnya senyawa mudah menguap pada saat pemasakan
buah pisang sangat erat hubungannya dengan pembentukan aroma buah
pisang(Stover, 1987).
Komponen penyusun aroma pada buah pisang adalah iso–amil asetat, amil
asetat, amil propionat, amil butirat, heksil asetat, metil asetat,
pentanol, butil alkohol, amil alkohol, dan heksil alkohol (Hulme, 1981).
Sebahagian besar zat padat dalam buah adalah karbohidrat. Karbohidrat
utama jaringan tanaman yang tidak ada hubungannya dengan dinding sel
adalah senyawa pati. Pati terdapat dalam plastid intraseluler atau
granula yang mempunyai ukuran dan bentuk khusus. Metabolisma pati
mempunyai peranan yang penting pada proses pemasakan buah. Selama waktu
pasca penuaian, pati dapat diubah menjadi gula sederhana seperti
sukrosa, glukosa, dan fruktosa. Dalam penyimpanan suhu rendah,
terjadinya akumulasi gula adalah akibat dari aktivitas enzim.
Perubahan kadar pati dan penambahan kadar gula merupakan sifat yang
menonjol dalam proses pemasakan buah pisang. Pada waktu dituai , buah
pisang mengandung pati sekitar 20–30% berat basah. Pada akhir pemasakan
buah, hampir kesemua pati terhidrolisis menjadi gula sederhana hanya
tinggal 1–2% saja. Kandungan gula pada buah pisang yang masih muda hanya
sekitar 2% tetapi setelah masak meningkat menjadi 15–20% (Winarno,
1984).
Pada waktu kandungan pati menurun, kandungan sukrosa akan naik, dan
sukrosa yang terbentuk akan dipecah menjadi glukosa dan fruktosa.
Glukosa yang terbentuk akan digunakan untuk proses respirasi atau diubah
menjadi senyawa lain.
Selulosa
Selulosa adalah salah satu penyusun dinding sel pada buah pisang.
Senyawa ini tidak larut dalam air. Hidrolisis selulosa dengan enzim
selulase mengakibatkan terpecahnya ikatan β–1,4 glukosida yang
menghasilkan selobiosa dan glukosa (Mandels, 1986).
Enzim selulase merupakan enzim ekstraseluler dan bersifat induktif.
Enzim selulase kemungkinan aktif selama penyimpanan buah meskipun
kontribusinya dalam perubahan tekstur tidak jelas. Meskipun aktivitas
selulase berakibat lemahnya dinding sel, namun belum jelas apakah juga
mengakibatkan pelunakan pada daging buah.
Jenis pisang
Terdapat berpuluh jenis pisang di dunia. Seperti pisang nipah, nangka,
abu, mas, tanduk raja, dan embunyang biasa didengari. Namun seperti
pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling,
rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita
dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.
1) Pisang Abu
2) Pisang abu keling
3) Pisang awak
4) Pisang Berangan
5) Pisang Benggala (Galla)
6) Pisang Bunga
7) Pisang Embun
8) Pisang Kapas
9) Pisang Kari
10) Pisang Kelat Keling
11) Pisang Khaki
12) Pisang Lemak Manis
13) Pisang Lidi
14) Pisang Mas
15) Pisang Merah
16) Pisang Nangka
17) Pisang Nipah
18) Pisang Putar
19) Pisang Rastali
20) Pisang Serendah
21) Pisang Susu
22) Pisang Talang
23) Pisang Tanduk
24) Pisang Tanduk Raja
25) Pisang teratai
Ketua Diatetrik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa
(IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad, berkata seperti yang kita tahu, semua
pisang boleh dimakan, bagaimanapun ada berapa jenis pisang yang tidak
boleh dimakan iaitu pisang pisang hutan kerana banyak biji atau pisang
muda.
"Ada pisang yang dimakan mentah dan ada juga tidak boleh dimakan mentah
antaranya pisang tanduk, nangka, abu, lidi dan kapas," katanya ketika
dihubungi, baru-baru ini.
Beliau berkata, pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh
badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A,
serat, vitamin C dan Kalsium.
"Sebagai contoh, 2 biji pisang mas mengandungi 100 kalori, 73gram (g)
air, 1.4g protein, 23 g karbohidrat, 1.7 g serat, 380 mikro gram (mg)
karoten (pre vitamin A), 63 RE vitamin A, 8.3 mg vitamin C dan 342 mg
kalium," katanya.
Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga
mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan
glukosa pembekal tenaga. Gula semula jadi ini amat penting untuk
kanak-kanak yang sedang membesar.
Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang mengandungi magnesium,
fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.
Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh
membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama
90 minit. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana
ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja
pertandingan sukan.
Kegunaan Pisang dan Pokoknya
Pokok pisang adalah satu tanaman serba guna daripada pucuknya hinggalah kepada batangnya.
Daun pisang :
Pucuk pisang @ Daun pisang muda digunakan untuk membuat pembalut lemang.
Daun tua untuk dibuat bungkus kuih, nasi lemak, tapai, kuih abuk-abuk,
alas kuih bingka, alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum
apabila terkena makanan yang panas. Digunakan sebagai pelindung diri
semasa hujan. Pembalut masakan seperti ikan bakar hinggalah mengganti
sebagai pinggan ketika makan.
Pelepahnya boleh dibuat penyepit dodol semasa dodol hendak dimasukkan dalam tampin.
Batang pisang :
Digunakan untuk membuat rakit. Pengalas belanga panas. Mempunyai gentian
yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali
dan bahan seumpamanya seperti guni.
Di kalangan masyarakat Melayu lama di Pantai Timur telah lama
menggunakan tali pisang dalam proses mencelup benang losing bagi menenun
kain cindai atau kain ikat. Tali pisang yang dibuat dari batang pisang
'gala' yang kuat, kukuh dan tidak rapuh telah digunakan bagi mengikat
benang losing tersebut. Daun pisang yang telah kekuningan atau kering
pula digunakan sebagai pembalut sebelum diikat dan dicelup.
Manakala di Sarawak pula, satu usaha telah dibuat bagi menghidupkan kembali seni kraftangan yang dibuat dari pelepah pisang.
Jantung pisang :
Dibuat sebagai ulam selepas dicelur.
Buah pisang :
Boleh dimakan bila buah masak atau diambil semasa muda untuk dimasak
sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan
kerepek.
Pisang boleh diberi makan kepada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal yang mudah dihadam.
100 gram pisang menyediakan
# 1.2 gm protein
# 0.3 gm lemak
# 17 mg kalsium
# 78 mg karotin
# 88 mg kalium
# 27.2 gm karbohidrat
# 0.4 gm fiber
# 116 kcal tenaga.
Khasiat Buah Pisang
Pisang bukan sahaja mengenyangkan, bahkan ia juga tidak menggemukkan,
dan amat berkhasiat bagi kesehatan serta kecantikan. Buah ini tidak
hanya mudah di cerna, bahkan juga mengandung 9 kandungan gizi dan dapat
mengembalikan tenaga yang hilang. Dibanding dengan buah lain, sebiji
pisang yang matang mengandung 99 gram (gr) kalori, 1,2 gr protein, 0,2
gr lemak, 25,8 miligram (mg) karbohidrat, 0,7 gr serat, 8 mg kalsium, 28
mg fosfor, 0,5 mg besi, 44 RE vitamin A, 0,08 mg vitamin B, 3 mg
vitamin C dan 72 gr air. Pisang yang matang dapat mengubah gula darah
menjadi glukosa alami, serta cepat diserapkan oleh badan.
Ciri-ciri pisang yang matang : Berkulit warna kekuning,
keorengan, kuning kuningan dengan bercak cokelat atau hijau kekuningan.
Kandungan buah pisang matang membekalkan beberapa manfaat kesehatan,
terutama bagi:
1.
Alergi
Pisang sangat berguna bagi mereka yang alergi terhadap makanan tertentu,
tidak seperti makanan protein lainnya, yang mengandungi asam amino yang
boleh menyebabkan alergi. Pisang hanya berisi asam-amino jinak yang
tidak menyebabkan alergi.
2.
Anemia
Kandungan zat besi yang cukup tinggi dalam pisang. Ia membantu
merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah bagi pesakit anemia. Dua
biji pisang sehari, menjauhkan anemia.
3.
Menambah Tenaga
Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2
gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium,
27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga. Pisang juga
mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi
tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula
semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga
mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6
& C, niasin, dan folat.Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua
biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau
senaman berat selama 90 minit.Selain itu dalam perubatan traditional,
jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti
jantung, hati, paru-paru dan limfa.
4.
Sembelit
Pisang merupakan makanan terbaik bagi penderita sembelit karena ia
menormalkan fungsi usus besar untuk menyerap sejumlah besar air agar
usus berfungsi dengan baik.
5.
Disentri
Pisang bersama dengan sedikit garam merupakan ubat yang sangat mujarab
untuk disentri. Bagi kanak kanak kecil pisang harus dilumatkan terlebeh
dahulu sebelum di beri makan.
6.
Mabuk
Campuran milkshake pisang dengan madu adalah ubat yang baik bagi
pemabuk. Pisang menenangkan perut Anda, bersama dengan susu, membantu
merehidrasi sistem anda.
7.
Membantu Membersihkan Nikotin
Nutrisi yang terdapat dalam pisang seperti vitamin A1, B6, B12, C, magnesium, dan kalium membantu menarik nikotin dari tubuh.
8.
Meningkatkan Mood
Pisang mengandung Tryptophan, asam amino yang bertanggung jawab untuk
produksi Serotonin. Serotonin adalah hormon yang dikenal untuk mengatasi
depresi dan meningkatkan mood.
9.
Gangguan Usus
Pisang sebagai makanan pencegah gangguan pencernaan. Ia adalah
satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa mendatangkan tekanan
keatas usus besar yang menyebabkan penyakit maag kronis. Pisang juga
dapat meneutralkan kelebihan asam lambung dan melapisi perut sehingga
mampu mengurangi iritasi. Bagi yang mengalami penyakit usus atau kolik
akibat asam lambung, Pisang dicampurkan dengan segelas susu diminum
(banana milk shake).
10.
Meningkatkan fungsi otak
Kalium ditemukan dalam pisang merupakan sumber yang baik untuk
meningkatkan fungsi otak. Satu ujikaji telah dijalankan di sebuah
sekolah Inggeris, 200 pelajar mampu menyelesaikan ujian akhir hanya
dengan bersarapan pisang. Mereka digalak pengambilan buah pisang pada
waktu rehat dan makan tengahari, sebab pisang mampu meningkatkan
kecerdasan otak.
11.
Gangguan Ginjal
Dengan kandungan rendah protein dan kadar karbohidrat yang tinggi,
pisang bermanfaat dalam pengubatan gangguan ginjal. Pisang berguna dalam
uremia dan nephritis, kerana membuang racun toksid dan sumbat pada
salur ginjal.
12.
Gangguan haid
Masak bunga pisang dan makan dengan dadih dianggap ubat yang efektif
untuk menyembuhkan gangguan menstruasi seperti pendarahan yang
berlebihan dan nyeri haid. Bunga pisang membantu meningkatkan hormon
progesteron agar mengurangi pendarahan.
13.
Mengurangi risiko Serangan Jantung dan Stroke
Pisang merupakan sumber kalium yang membantu menjaga tubuh dan
keseimbangan elektrolit cairan dalam sel tubuh dan membantu dalam
mengawal tekanan darah, sehingga mengurangi risiko serangan jantung dan
stroke. Penelitian telah menunjukkan bahwa pengambilan pisang secara
rutin dapat mengurangi risiko stroke sebanyak 40%.
14.
Batu Ginjal
Juice dari batang pisang diguna sebagai ubat gangguan kencing. Ia
meningkatkan fungsi ginjal dan hati, dan melawaskan kencing dan
mengurangkan rasa nyilu pada bahagian salur. Telah diterbukti sebagai
membantu memecahkan batu ginjal dan prostat.
15.
Ibu Hamil
Wanita hamil dianjurkan supaya memakan pisang, karena pisang mengandungi
asam folat yang tinggi, penting bagi ketumbuh besaran dan kesihatan
janin, pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadi cacat bawaan.
Sebiji pisang matang, mengandung sekitar 85-100 kalori. Dengan memakan
dua biji pisang sahaja telah dapat memenuhi keperluan asam folat yang
diperlukan. Di samping itu, pisang membantu menggawal kadar gula dalam
darah yang dapat mengurangkan symptom muntah muntah diawal pagi “morning
sickness”.
16.
Penderita Penyakit Hati (Lever)
Bagi penderita penyakit hati, dua biji pisang sehari ditambahan sesatu sudu madu, baik untuk menambah tenaga dan selera makan.
17.
Merawat Luka Bakar
Mangsa kebakaran kulit, daun pisang dapat digunakan sebagai ubat.
Caranya, kulit yang terbakar dsapukan campuran abu daun pisang dan
minyak kelapa. Campuran ini mampu meyejukkan kulit yang terbakar. Atau
dengan melekat pelekat dengan melumatkan pisang yang terlebeh masak
kekawasan yang melecur atau luka.
18.
Tekanan (Stress)
Pisang mengandungi potasium, yaitu mineral terpenting (vital) yang
membantu menormalkan denyutan jantung, membekal oksigen ke otak dan
mengatur keseimbangan kadar air dalam tubuh. Ketika mengalami stress,
metabolisma tubuh akan meningkat drastis sehingga menurunkan kadar
potasium dalam tubuh. Dengan pengambilan pisang, potasium dalam tubuh
dapat diseimbangi.
19.
Penderita Stroke
Berdasarkan risalah “The New England Journal of Medicine”, penggambilan
pisang setiap hari dapat menurunkan resiko kematian akibat stroke hingga
40%.
20.
Mengawal Suhu
Di beberapa buah negara, pisang dipandang sebagai makanan penyujuk yang
dapat menurunkan suhu badan, lebeh lebeh lagi kepada emosi ibu hamil. Di
Thailand contohnya, ibu hamil mengambil pisang bagi memastikan bayi
dilahirkan dalam suhu badan yang sejuk.
21.
Pisang Dalam Diet dan Kecantikan
Pisang juga punya peranan dalam menurunkan atau menaikkan berat badan.
Sebuah penelitian telah membuktikan, bahwa seseorang mampu menurunkan
berat badannya dengan berdiet pisang.
Bila ingin menghilangkan berat badan, caranya ; Setiap hari dimakan
empat biji pisang dan minum empat gelas susu tanpa lemak dalamsehari.
Dilakukan selama tiga hari dalam seminggu.
Air dari batang pisang dikatakan berkhasiat bagi melebatkan rambut,
caranya mudah sekali hanya perlu membuat lubang pada batang pisang
kemudian ditutup dengan plastik dan dibiarkan semalaman hingga air
bertakung didalamnya lalu disapukan ke kulit kepala. Manakala kulit
pisang Emas pula digosokkan pada kulit untuk wajah yang halus dan licin.
Dari pisang dan susu tersebut, Anda mendapatkan 1,250 kalori. Menu ini
cukup menyehatkan bagi tubuh Anda. Selain menurunkan berat badan, diet
pisang juga membantu kulit wajah menjadi lebih bersih dan tidak
berminyak.
22.
Kutil (Warts)
Bagi mereka ang mencari rawatan semulajadi yang ingin membuang kutil,
ambil kulit pisang (putih dibahagian kulit dan kuning dibahagian luar)
tampalkan diatas kutil dan dibaluti dengan pelekat atau pembalut.
23. Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
24. Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
Kandungan Zat dan Gizi Pisang
Pokok Pisang (Musa sapientum) dari Encyclopædia Britannica 1911
Pisang Merah (red bananas), Bananitos (apple bananas), Cavendish
(bananas-Banana), Mentah, bahagian yang boleh dimakan nilai Nutris bagi
100g (3.5oz)
Energy 371 kJ (89 kcal)
Carbohydrates 22.84 g
Sugars 12.23 g
Dietary fiber 2.6 g
Fat 0.33 g
Protein 1.09 g
Vitamin A equiv. 3 μg (0%)
Thiamine (Vit. B1) 0.031 mg (2%)
Riboflavin (Vit. B2) 0.073 mg (5%)
Niacin (Vit. B3) 0.665 mg (4%)
Pantothenic acid (B5) 0.334 mg (7%)
Vitamin B6 0.367 mg (28%)
Folate (Vit. B9) 20 μg (5%)
Vitamin C 8.7 mg (15%)
Calcium 5 mg (1%)
Iron 0.26 mg (2%)
Magnesium 27 mg (7%)
Phosphorus 22 mg (3%)
Potassium 358 mg (8%)
Zinc 0.15 mg (1%)
One banana is 100–150 g.
Percentages are relative to US recommendations for adults.
Source: USDA Nutrient database
Hasil dari Buah Pisang
Jenis Pisang Komersial
Pengertian komersial disini adalah banyak terdapat dipasaran, baik
dipasar umum maupun supermarket, jenis-jenis pisang itu banyak digemari
oleh masyarakat karena keistimewaaanya. Berikut uraian mengenai
jenis-jenis pisang komersial.
a. Pisang barangan
Pisang barangan di Filipina dikenal dengan nama pisang lakatan dan
dimalaysia disebut pisang berangan. Pisang jenis ini sangat popular
sebagai pisang meja. Berat rata-rat pertandan berkisar 12-20 kg terdiri
dari 8-12 sisir. Setiap sisirnya terdiri dari 12-20 buah. Ukuran buahnya
12-18 cm dengan diameter 3-4 cm warna kulit buahnya kuning kemerahan
dengan bintik-bintik cokelat. Warna daging buahnya agak oren rasanya
enak dan aromanya harum.
b. Pisang raja
Pisang jenis ini tangkai buahnya terdiri atas 6 sisir yang masing-masing
terdiri 15 buah. Berat 1 buah pisang sekitar 92 g dengan panjang 12-18
cm dan diameter 3,2 cm. bentuk buahnya melengkung dengan bagian pangkal
bulat. Warna daging buahnya kuning kemerahan tanpa biji. Empulur buahnya
nyata dengan tekstul kasar. Rasanya manis lama tanaman berbunga sejak
anakan adalah 14bulan. Sedangkan buah masak 164 hari sesudah muncul
bunga.
c. Pisang raja sere
Pisang raja sere dikenal sebagai pisang meja ukuran buahnya kecil dengan
panjang buah 10-15 cm dan diameter 3-4 cm berat pertandan 10-14 kg,
jumlah sisir 5-9, dan tiap sisir terdiri 12-16 buah. Pada waktu matang
warna kulitnya kunig kecoklatan dengan bintik-bintik cokelat kehitaman.
Kulit buahnya tipis, warna daging buahnya putih, rasanya manis, dan
aromanya harum.
d. Pisang ambon lumut
Pisang ambon lumut atau pisang ambon hijau tetap berwarna hijau,
walaupun buahnya sudah matang. Kalau terlalu matang, kilitnya agak
kekuningan dengan bercak-bercak cokelat. Per tandan terdiri dari 7-12
sisir dengan berat 15-18 kg. Persisir piang berisi 20 buah. Buahnya
lurus, panjang 15-17 cm, berdiameter 4,2 cm. Kulit buah agak tebal,
daginga buah berwarna kuning agak putih, tidak berbiji. Rasanya manis,
aromanya kuat. Berat per buah sekitar 80 gram.
e. Pisang ambon kuning
Pisang ambon kuning memiliki bentuk buah melengkung dengan pangkal buah
bulat. Per tandan terdiri dari 6-9 sisir dengan berat 18-20 kg. Persisir
berisi 15-20 buah. Panjang buah 15-17 cm, bobot 100 gram per buah.
Daging buahnya putih kekuningan, tidak berbiji. Rasanya manis, pulen,
dan harum.
f. Pisang nangka
Pisang nangka termasuk pisang olahan. Kulit buahnya tebal dan tetap
hijau, walaupun sudah matang. Jika terlalu matang warna buah menjadi
agak kekuningan. Daging buahnya kuning kemerahan. Rasanya manis masam
dengan aroma harum. Pertandan terdapat 7-8 suisir dengan berat 12-14 kg.
Dalam setiap sisir berisi 14 sampai 24 buah. Panjang buah sekitar 15 cm
beratnya 120 gram.
g. Pisang tanduk
Pisang tanduk termasuk pisang olahan. Kulit buahnya tebal, berwarna
kuning dengan bintik-bintik hitam. Dalam satu tandan terdapat 1-2 sisir.
Dengan berat 7-10 kg. setiap sisir terdiri dari 10-15 buah. Panjang
buah 206-28 cm diameter 4,6 cm. bentuk buah melengkung. Warna daging
buah kuning muda atau putih kekuningan. Buah tidak berbiji. Buah dimakan
setelah direbus, rasanya manis. Berat per buah 320 g.
h. Pisang raja uli
Pisang raja uli dikenal sebagai pisang olahan warna kulit buah kuning
cerah dan daging buah putih. Buahnya berasa manis dan beraroma harum.
Setiap tandannya terdiri dari 5-8 sisir buah dengan berat setiap sisir
kurang lebih 1620 g. beratnya buah 120 g. panjang buah 18 cm, dan
lingkar buah 13 cm. Pisang ini sangat enak jika direbus atau digoreng.
i. Pisang Embun
Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk
panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian
berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang
dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau
antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9
sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap
sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah
pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter .
Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .
j. Pisang Emas
Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan
pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna
kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi
kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6
hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang
buah pisang ini bersaiz 9.0 sentimeter dan lebarnya ialah 3.5
sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.
k. Pisang Rastali
Buah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak
kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan
kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim
pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8
sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap
sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang
Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7
sentimeter.
Kepelbagaian Buah Pisang