my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Rabu, 26 Oktober 2011

Anda Memerlukan Strategi Pelaburan Yang Betul

OLEH kerana melabur dan pelaburan ialah perkara yang samar dan tidak jelas pada kebanyakan masa. Maka anda seharusnya bersedia. Ia lebih mirip kepada game – anda tidak akan tahu siapa pemenangnya sehinggalah sesebuah permainan itu tamat.Seperti juga mana-mana game yang anda mainkan, strategi yang baik dan berkesan adalah diperlukan untuk menang. Sekiranya anda kalah bermain sebarang permainan, itu tidak mengapa tetapi sekiranya anda kalah dalam game yang dipanggil pelaburan ini. Awas – ia memang perkara yang memberi kesan buruk pada kehidupan anda kelak.

Jadi untuk game pelaburan ini, anda memerlukan strategi pelaburan.

Strategi pelaburan pada asasnya adalah pelan atau rancangan menempatkan wang anda ke beberapa tempat berisiko yang akan membantu mencapai matlamat kewangan dengan jumlah keuntungan yang dihajati.

Setiap jenis pelaburan ini pula mempunyai banyak cabang untuk menepati keperluan induvidu. Ia umpama sebuah kedai pakaian yang menjual pelbagai jenis pakaian termasuk Baju-T, gaun, seluar panjang, seluar pendek, pakaian dalam, baju kurung dan aneka lagi.

Pasaran saham adalah seperti kedai pakaian itu. Anda sudah semestinya tidak patut terjun ke dalamnya dan memilih mana-mana jenis saham saja. Asalkan ada. Apa lagi setakat berpandukan khabar angin bahawa saham A akan naik dan saham B akan turun.

Sekiranya anda belum melakukan kajian dan mempelajarinya, anda akan mudah keliru dengan berbagai jenis pelaburan yang ada di pasaran. Di sinilah strategi pelaburan memainkan peranannya. Gabungkan toleransi risiko dan gaya pelaburan individu anda dengan betul agar ia seimbang dan tepat dalam memilih instrumen.

Sekiranya dan baharu berjinak-jinak dalam pelaburan, dampingi perancang pelaburan yang bertauliah sebelum memilih mana-mana pelaburan. InsyaAllah mereka akan membantu mengembangkan strategi pelaburan yang boleh mendatangkan kebaikan kepada matlamat keuntungan yang anda mahukan.

Jangan sekali-kali melaburkan wang tanpa mempunyai matlamat dan strategi pelaburan bagaimana mencapai matlamat itu tadi. Ini penting. Cuba bayangkan, tiada sesiapa yang akan memberikan wang kepada seseorang tanpa dia sendiri mengetahui untuk apa wang itu digunakan dan bila dia akan mendapat semula wang itu nanti!

Seperti tajuk artikel kali ini, saya tidak kata anda memerlukan satu strategi pelaburan tetapi anda ‘memerlukan strategi pelaburan’. Itu bermakna ia lebih daripada satu strategi. Lebih tepat lagi – lain instrumen, lain strateginya.



P/s: Kepada yang meminati bidang hartanah sebagai instrumen pelaburan, ini strategi pelaburan yang betul bagaimana melakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan