my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Rabu, 26 Oktober 2011

Warna Hitam

KALI ini warna hitam mengambil giliran untuk kita bicarakan sepintas lalu daripada pelbagai aspek. Sebut warna hitam, teringat saya akan buah manggis. Ia terdapat di dalam sebuah pantun (dalam lagu rasanya) tapi tak ingat, yang berbunyi lebih kurang begini..Hitamlah hitam si tampuk manggis,
walaupun hitam di pandang manis,
hitamlah hitam si beras pulut,
yang hitam manis hati terpaut.

Kalau ada yang ingat lagu apa ini, sila kongsikan di ruangan komen ya.

Warna hitam seringkali dikaitkan dengan suasana yang penuh misteri. Tidak pasti mengapa. Barangkali kerana ia begitu rapat dengan kekelaman warna malam yang mampu menyembunyikan seribu satu perkara di dalamnya.

Bagi saya sendiri, apa yang paling menarik perhatian saya terhadap warna hitam ini adalah kerana ianya merupakan warna dominan alam semesta. Sekurang-kurangnya untuk Galaksi Bima Sakti la. Hehee.. Kenapa warna angkasaraya hitam? Boleh saja kalau Allah SWT mahu menggunakan warna-warna lain bukan. Hmm.. Ada apa ya dengan warna hitam? Sungguh misteri sekali..

Dari segi sains, hitam sebenarnya adalah gabungan daripada semua spektrum warna. Ia merupakan kebalikan daripada warna putih yakni menyerap semua jenis pancaran warna, tetapi jangan silap hitam juga merupakan pemancar warna terbaik di samping menjadi penyerap haba yang cukup efektif!

Beralih ke dunia fesyen, hitam adalah warna penyelamat dikala anda tidak tahu harus mengenakan pakaian warna apa. Sebab itulah kenapa kasut yang paling senang untuk dipadankan dengan apa jua pakaian biasanya berwarna hitam atau sekurang-kurangnya daripada warna-warna gelap. Labih daripada itu, warna hitam akan membuat si pemakainya kelihatan anggun dan elegen. Satu lagi kelebihannya, seseorang yang mengenakan warna bertemakan hitam akan tampak kelihatan lebih kecil atau kurus.

Sementara dari segi personaliti, dikatakan penggemar warna hitam:

- Suka membuat perancangan yang teliti.
- Teratur dan serius dalam percakapan.
- Gemar bercakap mengenai cabaran yang dihadapi.
- Mementingkan protokol, data, fakta dan bukti dalam kerja harian.
- Berminat dengan angka.
- Kadangkala menggunakan kuasa yang ada dengan mendesak orang lain.
- Seorang yang skema.

Begitulah serba sedikit mengenai warna hitam. Walaupun ada pelbagai lagi perkara belum disentuh yang berkait rapat dengan warna hitam yang menawan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan