my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Rabu, 26 Oktober 2011

Punca Pencemaran Tanah

Definisi pencemaran tanah ialah perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal.Bahan pencemar ini boleh terdiri daripada organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu atau mati.



Punca-punca pencemaran tanah yang dikenalpasti:

1. aktiviti perlombongan
2. tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang
3. penebangan hutan
4. pembuangan sampah sarap
5. pembuangan kumbahan yang tidak terkawal
6. pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear
7. tumpahan minyak

Walaupun ada lagi lain-lain sebab pencemaran tanah tetapi inilah dia 7 sebab pencemaran tanah paling lazim sekali dikesan dimana-mana.



Antara kesan-kesan utama akibat pencemaran tanah:

Tanah Menjadi Beracun
Kesan daripada pencemaran tanah kepada dunia sangat ketara seperti jenis pencemaran lain juga. Ianya turut memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami.



Tanah Bertukar Gersang
Tanah menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol, dan pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang.



Hakisan Tanah Berlaku
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang begitu sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia. Umpamanya tanah runtuh dan gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah.

Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.



Semua kesan pencemaran tanah ini adalah tidak baik untuk kita dan generasi seterusnya. Adalah menjadi langkah yang paling wajar untuk kita bersama-sama menghalang aktiviti pencemaran tanah agar tidak berlarutan. Usaha-usaha membendung harus diambil dengan mengabungkan pelbagai pihak agar kesan yang ketara dapat dicapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan