my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Isnin, 24 Oktober 2011

Mati Sebagai Suatu Sunnah (Peraturan) Allah

'Mati' ialah lawan 'hidup'. Manakala 'tiada' ialah lawan 'ada'. Hukum yang berlaku pada makhluk ini ialah bila 'hidup' maka dia berakhir dengan 'mati.' Siapa takutkan 'mati', maka seolah-olah hidup itu tidak wujud baginya. Jelasnya siapa yang diberi hidup, maka dia akan menyusul dengan 'kematian.' Cuma tinggal lagi persoalan, bilakah kita mati?

Tiadalah siapa yang tahu bila dan di mana dia akan mati, demikian juga bila akan berlaku hari kiamat, sebab perkara-perkara ini adalah termasuk perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah sahaja.

"Sungguhnya di sisi Allahlah pengetahuan tentang hari kiamat, sedang Dialah yang menurunkan hujan dan Dia mengetahui kandungan rahim dan tiadalah seorang pun yang dapat mengetahui (dengan tepat) apa yang akan diusahakannya esok dan tiadalah seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Halus PengetahuanNya." (Luqman: 34)

Oleh sebab suasana kematian itu boleh menyebabkan seseorang bertukar agama dan pegangan hidup yang berpunca daripada godaan syaitan dan kejahatan keinginan nafsu, maka seseorang mukmin disarankan agar bersiap-sedia lebih awal bagi menghadapi peristiwa kematian dengan melihat atau merasakan beberapa alamat, tanda atau bukti tertentu.

Kematian itu berlaku bila tibanya ajal (ketetapan Allah). Biasanya dia bermula dengan sakit dan kelemahan badan. Bila perubahan fizikal makin merusak dan gangguan-gangguan tidur kerap berlaku, maka di kala itu seseorang perlu membanyakkan persiapan bagaimana yang akan dipaparkan nanti.

Akan tetapi bila kematian itu hampir benar akan berlaku, terdapat beberapa beberapa alamat, antaranya keadaan nadi yang sangat lemah, merosotnya bekalan darah, keadaan antara sedar dan tidak sedar diri dan akhirnya terasa sesuatu yang mendadak secara luar biasa menyerang tubuh.

Mungkin sebelum berlaku perubahan ini, seseorang berlagak ganjil dengan keluarga dan anak-anak, di mana menggambarkan dia akan meninggal keluarga buat selama-selamanya.

Bagi orang mukmin, bila hampir mati terasa mati adalah lebih baik daripada hidup dan terasa lebih tenang untuk menemui Kekasih (Allah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan