my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Isnin, 24 Oktober 2011

LOVE IS CINTA

Cinta sering ditutur

Sering dilafaz seolah-olah ialah pemangkin segala-galanya….

Manusia begitu mendambakan cinta….

Seolah-olah hanya ia yang mencanangkan kebahagiaan…
Namun ramai mana manusia yang hanyut…

Hanyut dalam cinta yang tak bertepian…

Umpama mencurah air ke daun keladi….

Cinta ditabur tanpa imbalan balasan….

Cinta gersang tanpa arah tujuan….

Menjadikan hati kelam tanpa dibajai sakinah…
Wahai cinta!

Tidak cukupkah kau mencarik-carikkan naluri…

Menghadirkan lebih banyak kecamukan jiwa…

Memintal khayalan bahagia di benak pendamba cinta…

Apakah kau begitu hebat…
Sehingga kau boleh ditebus dengan nyawa…


Tidak sanggup kumelihat lebih banyak manusia dilemaskan kau…

Dek kerana termakan dengan kata-kata cinta…

Jikalau cinta menjanjikan bahagia mengapa masih ada yang merana…


Jikalah cinta itu obor yang menyinari kehidupan megapa manusia masih ada yang sesat di dalam kegelapan…


Bagaimana baru ku akan yakin dengan formula cinta…

Formula cinta yang tidak akan mengundang kekecewaan…

Formula cinta yang pasti membuahkan kebahagiaan…
Sesungguhnya cintailah pemilik cinta itu….

Apa? cinta itu ada pemiliknya? Siapa? Kenapa tidak kusedari kewujudannya? Bukankah pemilik cinta yang kumiliki dahulu pernah melukaiku….
Bukan..

itu adalah pemilik cinta palsu, cinta yang gersang….
Jadi bagaimanakah caranya aku dapat mencintai pemilik cinta itu?

Bacalah formula-formula cintaNya di dalam surat-surat cintaNya….
Inilah jawapan yang kutemui…


Rupanya cinta selama ini ku damba adalah cinta palsu berbaur janji dusta tapi cinta yang kuburu kini adalah cinta yang kupasti arahnya…

Cinta yang akan kucekalkan hati ini untuk menggalasnya meskipun ku tahu aku akan diuji….terus diuji…

kerana…
Dia pemilik cinta sejati…

Bukan mudah untuk meraih cintaNya…Aku kena mempersiapkan diri…Aku ingin menemuiNya nanti….

Biar setiap kepahitan di atas dunia mampu dibayar dengan kebahagian ku di sana….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan