my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Isnin, 24 Oktober 2011

Cara Mengetahui Perempuan Dara, Lelaki Teruna

Dara, satu benda yang dianggap sensitif dikalangan orang melayu. Mana tidaknya, apabila kita tanyakan kepada seorang perempuan masih darakah dia, sudah pasti dia mengaku masih dara. Siapa sanggup membuka pekung didada sendiri? Silap haribulan pasti menjadi buruan lelaki hidung belang untuk dilacurkan. Namun respon yang sebaliknya diterima apabila kita berbicara mengenai terunanya seseorang lelaki itu. Maka si lelaki pasti dengan bangganya akan memberitahu dia sudah meragut dara gadis.Sebab apa? Sebab harga dara itu "mahal". Selepas tu mulalah lelaki tersebut berlagak sebagai playboy walaupun lemah batin. Jadi, dengan tujuan untuk mengajar lelaki untuk lebih mengetahui tentang dara, saya buat satu entri mengenai fakta dan perkara yang perlu anda tahu mengenai dara. Sebab walaupun lelaki selalu dikaitkan dengan menonton video lucah, tapi memang rata-rata lelaki tidak tahu tentang organ wanita ini. Tak caya try tanya kat mana lubang kencing perempuan. Utara ka? Selatan ka? Hehe... Kemudian saya tergerak untuk berkongsi pula mengenai cara-cara mengetahui seseorang perempuan itu masih dara. Setelah selesai menulis entri tersebut, saya 'schedule'kan supaya entri itu keluar pada keesokan harinya. Tetapi belum sempat entri tersebut dikeluarkan, saya mula serba salah. Persoalan utama yang bermain dikepala saya hanyalah: "Perlu ke aku mengajar orang lain untuk membuka pekung didada orang lain?" Jadi memikirkan dengan memberitahu cara-cara mengenalpasti seseorang itu masih dara atau tak itu lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan, saya terpaksa tarik balik dan 'delete' entri tersebut. Cuba fikirkan. Ya, memang dengan tahu seseorang perempuan itu dara atau tak kita dapat pilih seorang perempuan yang insyaallah benar-benar mampu memberikan zuriat yang baik untuk kita. Seorang perempuan yang memang terbukti pandai menjaga dirinya daripada godaan syaitan dan hawa nafsunya sendiri. Tetapi tahukah anda ada sebab Allah sembunyikan sesuatu perkara itu daripada pengetahuan manusia. Sebab apabila kita tahu kebenaran itu, kemungkinan besar hidup kita tidak tenteram dan dihantui oleh perkara tersebut. Ok, katakan kita tahu dia bukan lagi dara. Sudah tentu majoriti daripada kita akan terus menghukum tanpa bertanya. Sekiranya perempuan tersebut hilang dara kerana kebodohannya sendiri, tidak bermakna dia tidak boleh lagi diberikan peluang untuk membaiki kekhilafan dirinya. Jika dirinya pula dirogol, walaupun ramai yang akan bersimpati, tetapi sudah tentu masih lagi bukan menjadi pilihan isteri terbaik. Lagipun buat apa perlu membuka pekung didada orang lain sedangkan pekung didada sendiri belum tentu sebaik orang tersebut? Akhir kata, sekiranya memang benar dia hilang dara kerana nafsunya sendiri, insyaallah suatu hari nanti apabila dia sendiri punyai kekuatan dan mula redha, tanpa perlu dipaksa, dia sendiri akan memberitahu bakal suami/ suami dia akan status dirinya sendiri. Begitu juga bagi mereka yang hilang tanpa rela. Sejahat-jahat seorang perempuan itu, ternyata masih lagi ada kelembutan didalam dirinya. Carilah kelembutan itu, sentuhlah ia dan bentuklah dia sehingga menjadi bidadari syurga dan akhiratmu. Nescaya dialah yang akan membela nasibmu didunia dan akhirat sana.Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan