my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Ahad, 23 Oktober 2011

Wanita lebih bijak?

Dalam banyak-banyak situasi perhubungan cinta, selalunya yang kita nampak, wanita ditipu, diperdaya dan diperbodohkan! Dalam perhubungan juga ramai yang selalu bertegang leher dan bertikam lidah dengan wanita hanya kerana mempertikaikan siapa yang betul… At the end, apabila wanita ditinggalkan, mereka dikatakan BODOH! Bodoh kerana mencintai lelaki yang sengaja mempermainkan mereka, memperdaya dan menggunakan kelemahan wanita itu untuk kesenangan diri sendiri. Mungkin ada betulnya wanita KURANG BIJAK memilih lelaki yang baik untuk mereka…namun, pada pendapat Bro Razzi, wanita adalah lebih bijak di dalam menguruskan kehidupan seharian. Dan mereka bertambah matang dan jauh lebih bijak dari lelaki especially apabila mereka pernah beberapa kali dipermainkan dan dikecewa kaum Adam itu. Yang sedihnya… wanita masih mahu menganggap diri mereka lemah, obviously kerana sudah berabad mereka dilabelkan sebagai KAUM YANG LEMAH! …sad thing, really! CUBA WANITA RENUNGKAN KEMBALI… Anda mesti pernah dengar istilah “QUEEN CONTROL” - tahukah anda istilah itu datang dari mana? Sebenarnya ia datang dari zaman awal-awal pemerintahan Kings of England, Spain and France… Dikala itu kita melihat raja-raja memerintah dengan pemerintahan kuku besi… Namun yang kita TIDAK lihat adalah siapa yang mengawal raja itu dibelakang… Yaa THE QUEEN!! Queen yang control semua decision… Walau King yang amat berkuasa, walau queen jauh lebih bijak dari King…the queen always keep the low profile dan manupulasi apa sahaja yang King fikirkan… sehingga, The Queen yang bijak selalu membuatkan The King fikir dia yang membuat keputusan, walhal segala-galanya adalah helah Queen itu sendiri. Basically, WANITA sebenarnya adalah lebih BIJAK dari lelaki …lebih-lebih lagi kebanyakan lelaki begitu mudah menukar fikiran apabila mereka membuat keputusan lebih menurut ‘Santapan Ular mata satu dari celah kelangkangnya!’ QUEEN CONTROL adalah solusinya? Sudah tentunya bukan solusi yang terbaik, mengawal ketat lelaki yang anda cintai! Menghalangnya dari melakukan apa yang disukainya. Dan membenarkan dia melakukan perkara yang hanya anda suka. Tak baik tu… Tetapi sekiranya ia boleh membaik pulih perhubungan dan memberi kebahagiaan dan kesenangan kepada both of you, well why not! …but biarlah dengan cara yang lebih sesuai. Ini kerana… Lelaki sebenarnya amat benci jika wanita itu suka menunjuk yang dia lebih bijak. ATAU cuba memperlekehkan mereka seolah-olah lelaki tidak berilmu, malah mereka akan terasa seperti dipijak-pijak wanita… mestilah mereka akan MALU seperti sudah tergadai maruah seorang lelaki. Mengapa wanita mesti tunjuk mereka lebih terer? Lebih berpengatahuan? Lebih pandai bergaul? Lebih matang? Lebih itu, lebih ini? WHY? …Puas ke dapat beritahu kat lelaki yang you all lagi bijak? Puas ke dapat kawal lelaki? Seronok dapat buat lelaki terasa bodoh? JIKA anda wanita itu maka anda BUKAN wanita yang bijak! Jadi seperti THE QUEEN… itu jauh lebih bijak. Queen Tidak menunjukkan kepandaian dan kebijaksanaan pada King…sebaliknya BIJAK dalam mempengaruhi apa saja yang King fikir dan menjadikan keputusannya adalah seperti keputusan dari King itu sendiri. IMPORTANT TIPS : Sentiasa memberi pendapat yang lebih memihak kepada lelaki tetapi juga menguntungkan anda Buat beberapa pilihan untuk lelaki memilih, kurangkan pilihan kepada yang menangkan anda sahaja. Gambarkan apa yang mahu disampaikan, dengan cara meminta bukan menyuruh Bertanya lelaki seolah-olah anda tidak tahu dan tidak pandai… walaupun anda seorang yang pakar Selalu meminta tunjuk ajar dari lelaki konon anda tidak berilmu… walhal anda terer habis Bukakan minda lelaki kepada pemandangan dunia yang lebih luas, supaya dia akan lebih terbuka Bantu dia dalam menyelesaikan masalah, dengan cara membuatkan dia rasa bangga kerana itu adalah usahanya sendiri dengan bantuan anda. Mungkin anda akan merasa seperti remeh dan tidak penting sangat… tetapi sebenarnya, hanya sedetik waktu sahaja lelaki merasa anda cuba mengatasi mereka… anda akan dianggap wanita OVER yang tidak layak untuk mereka dampingi atau miliki. Level anda sudah dianggap terlalu tinggi untuk mereka. PENTING : Salah satu punca ramai wanita yang berkarier, punya kedudukan dan pendidikan tinggi, tidak menemui jodoh mereka adalah apabila mereka terlalu menonjolkan apa yang mereka telah capai…sehingga membuatkan lelaki merasa berada di tahap rendah… Lelaki mesti chiaow punyalah kan Well, ada …bukan tak ada lelaki yang suka wanita in control dan lebih bijak dari mereka, tetapi bilangannya terlalu sedikit. Untuk itu… kena pandai la sikit, guna trick sikit… Buatkan lelaki rasa dia besar, hebat, in control, in power, buatkan seolah-olah anda yang ikut telunjuk mereka… namun yang sebenarnya, …hehehe Jangan biarkan ego anda mengatasi situasi ini, tak menguntungkan pun. ada lebih baik anda gunakan cara yang lebih menjaminkan kebahagiaan kepada kedua-dua belah pihak. Both happy…senang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan