my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Ahad, 23 Oktober 2011

“U TEKAN I” dalam CINTA

Sometimes I wonder dengan jawapan apa yang I selalu jawab kepada setiap persoalan cinta. “Keep your options open!”Ianya bermaksud, selagi kita tidak komited dalam sesuatu perhubungan, tidak salah untuk kita mempunyai beberapa pilihan, agar kita berpeluang untuk membuat pilihan yang bagus untuk masa depan kita. That way, kita akan kurang merasa “U TEKAN I” hehe… sebab, “Bila I asyik rasa kena TEKAN kat U…maka saat itulah I akan pergi jauh-jauh dari U” hehe terasa macam familiar je? Its just for obvious reason actually, apabila kita komited maka human nature… which perasaan cemburu, takut kehilangan, benci, mengongkong, dan sebagainya akan secara tidak langsung berubah menjadi TEKANAN. Dan kebanyakan perhubungan yang terputus ditengah jalan adalah disebabkan oleh “U TEKAN I” Sehingga rutin harian yang sudah bertahun-tahun menjadi keselesaan hidup anda, sudah tidak selesa lagi all because of LOVE. Kerana sayangkan pasangan kita maka, kita pun berubah untuk dia. Dengan harapan, dia tidak memberi tekanan kepada kita lagi dan bertambah sayangnya kepada kita. Tetapi hakikatnya, tekanan lain pula yang berlaku, betul tak? I’m sure ramai di antara anda yang membaca artikel Bro Razzi kali ini, pernah merasa atau lalui dengan apa yang dikatakan di sini… Sesetengah contoh yang berlaku :- Dulu-dulu, anda mempunyai ramai kawan. Tetapi semenjak anda bersama dia… setiap masa melarang anda dari berkawan lagi. Semua apa kawan anda lakukan, semua salah. Lama-lama penuh dengan tekanan tidak membenarkan anda berkawan lagi dengan kawan-kawan biasa tu. Biasa kita berpakaian relax, cool, selamba, now selalu menekan kita untuk menukar cara berpakaian, nak kena sopan, kena clean cut, sebabnya dia yang setiap hari suruh tukar. Kalau dulu, pekerjaan anda tidak dipersoalkan. Tapi sekarang siang malam asyik bertanya bila nak tukar kerja. Adoi! Kalau dulu boleh pulak makan di gerai-gerai, tapi sekarang selalu memberi tekanan memaksa kita makan di restoran besar dan high class sebab nak jaga standard takut kawan-kawan high class ternampak. Biasa boleh selalu balik jumpa family, ibu, bapa dan adik-adik, sekarang ni bunyi aje nak balik rumah mak, macam-macam komplen! Dulu boleh memberi pendapat, tetapi sekarang dikatakan melawan. Malah setiap hari apabila berbual, anda mesti dimarahinya kerana asyik nak memberi pendapat. Masa mula-mula cinta terjalin, di office anda. NOW, disuruh berhenti sebab ramai yang cuba memikat anda. Siang malam memberi tekanan suruh berhenti. Sampai satu masa katanya, “You tak berhenti, kita putus!” naahhhh… macam tu sekali tekanan yang diberinya. You pun berhentilah kerja kerana pasangan tersayang. Selang beberapa minggu, anda pulak “diberhentikan kerja dengannya, PUTUS” – A DOI! Banyak lagi lah tekanannya, Itu tak boleh, ini tak boleh…PRESSURED BABE! Tertekan wo…sekali sekala tak apa lah, ini kalau dah hari-hari dan setiap masa. Orang yang sabar pun boleh hilang pertimbangan. JADI, bagaimanakah tekanan ini boleh terjadi? Sedangkan awal-awal dulu…tak pernah pun pressure you kan, kalau awal-awal dah memberi tekanan, senang! Belah je…or terus tak layan. Tapi ini, setelah lama bercinta atau setelah bertunang dan maybe setelah mendirikan rumahtangga. Selalunya, ianya terjadi apabila pasangan anda sudah mulai merasa yang anda sudah dimiliki! Sudah OWN YOU. Bagi dia anda adalah milik dia seorang. Tapi yang I takut, anda yang memberi tekanan kepada pasangan anda tu, amacam?? Hehehe… Sebelah siapa pun yang memberi tekanan, solutions dia kat sini adalah “SALING PERCAYA DAN FAHAM MEMAHAMI” – Give and take la kan, closed one eye la jarang-jarang tu, jadi dengan cara begitu pasangan anda tidak akan tertekan dan merasa selesa apabila dia boleh jadi diri dia sendiri. Kerana, apabila tertekan, masyaAllah… teruk perasaan dia. Dan akibat tekanan ini lah orang boleh jadi gila, sakit jiwa… kalau tak doktor tak penggil pula pesakit dia mengalami, “TEKANAN jiwa” Dan akibat tekanan jiwa ini jugalah ramai pasangan yang putus, keluar dari perhubungan itu dan bawa diri. Kalau yang bertunang, putus tunang, dah kahwin, suami mulai cari luar… isteri yang tertekan mulai mendapat kawan muda-muda, adoi! U TEKAN I, I TEKAN button turbo lari dari you! - Tekanan pastinya membunuh perhubungan. Jadi bersederhanalah. Islam pun mengajar kita agar bersederhana di dalam kehidupan kita. Jadi kalau boleh sederhana bukan hanya dalam kehidupan biasa anda tetapi juga di dalam perhubungan cinta, agar anda dan dia sentiasa dapat menikmati kebahagiaan dalam bercinta, InsyaAllah. Hari ini hari Jumaat ni, hari kebesaran Islam… jadi banyak-banyak solat hajat dan berdoa agar pasangan anda hilang rasa stressnya akibat dari tekanan yang diberi. Some more bulan Rejab pulak elok lah puasa, kurang sikit tekanan perasaan kita tu… siapa yang puasa, Alhamdulillah semoga ibadah anda diterima Allah.s.w.t assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan