my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Ahad, 23 Oktober 2011

Tiada lagi “Mesra”

Sebagai manusia biasa, lemah dan tidak sempurna, mengharapkan penghargaan dan kemesraan dari insan tercinta, dari kekasih, dari suami or dari seorang isteri pastinya bagai satu kemestian. Bukan mahu segunung emas dan selautan permata pun. Bukan mahu bagai belangkas berkepit siang dan malam, bukan mahu bercinta berasmaradana sepanjang zaman… tetapi sekadar secubit mesra, secalit cinta, pun sudah memadai sebenarnya… RASA itu….feel itu yang kat dalam dada ni, perlu sesekali disemai juga. Dapat merasa kasih dan sayang…dapat merasa dicintai dari KEMESRAAN… Barulah tenang rasa di jiwa, rasa diri dirindui, diingati dan diambil peduli. Penting MESRA ni… it touches our hearts! - Tapi kalau segala pengorbanan, segala usaha, segala harta dan wang ringgit dilaburkan semata-mata untuk merapatkan perhubungan, memesrakan kasih dan sayang, mengekalkan percintaan, then cuba pula berbagai cara untuk membahagiakan kita bersama, …kita tidak juga dihargai, malah sudah tak ada lagi kemesraannya…aihhh, geram juga! Kita bukan malaikat yang penuh dengan kesempurnaan, kita bukan ahli sufi yang rela terseksa sampai bila-bila… Itu yang kadang-kadang apabila setelah segala-gala yang dilakukan tetapi tidak dihargai, nak bermesra pun jauh sekali…itu yang mulai lah rapat dengan cinta yang lain tuhhh… aihhh… Kadang-kadang di dalam perhubungan kalau kita terlalu baik sangat dan hanya memberi saja… pasangan kita akan mengambil kesempatan di atas kebaikan kita. Dia boleh anggap kasih sayang kita ni remeh dan berkata, “Tak apa lah…dia sure sayang aku punyaaa” fuuuu… INI YANG BAHAYA NI…TOO CONFIDENT! Tak leh beb cam tu… “Don’t ever take things for granted babe, don’t ever take your partner, easy!” Walau sudah bersama 10-20 tahun pun kita kena terus embrace the relationship dan fires up the love! Agar pasangan kita tidak merasa neglected atau merasa perhubungan itu sudah tiada lagi kemesraan.Yes, kita semua faham dan tahu sebagai manusia biasa kita tidak perfect…so, because of that lah kita kena lebih-lebih lagi treat perhubungan atau perkahwinan kita itu dengan penuh kemesraan dan kasih sayang setiap masa. Beri sikit-sikit pun cukuplah, janji dapat rasa. Bila pulang dari kerja tu rasa kemesraan tu. Bila lama tak jumpa tu, rasa dirindui. Bila kita lakukan sesuatu tu…dia notis dan memberi sedikit pujian atas effort kita tu pun dah cukup… Ini…tidak, sudahlah kita punya bersungguh-sungguh rindu dan tak sabar nak jumpa, tapi bila jumpa je…dia asyik letih lah, bosanlah, tak larat nak bercakap lah, adoi… nampak sangat dah tak kisah dengan kita kan…obvious sangat yang cinta sudah hilang, …cakap pun macam mendatar je, sudah tiada lagi mesra… well, begitulah apabila cinta sudah pudar… All I can say about this is, percintaan, perhubungan, perkahwinan adalah satu pengembaraan yang tiada hujungnya. Ianya sentiasa berevolusi dari satu keadaaan kepada satu keadaan yang lain. Sekiranya apa yang kita ada hari ini, pudar dan hilang kehangatannya… mungkin sudah tiba masanya untuk memulakan pengembaraan yang baru… Yang penting sebelum membuat keputusan untuk bersama, cuba bayangkan you dan dia grow old together…like an OLD MARRIED COULPLE, nampak tak bayangan tu? Kalau nampak, great! Kalau tak nampak…tanya pada diri sendiri, “Adakah aku boleh terima cara dia, perangai dia, dan hidup bersama dengannya mesra hingga ke tua?”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan